August 8, 2017

10 @TonyPua Dan @TeresaKok Pertikai @IrwanSerigar Pegang 20 Jawatan Pengarah, @cmlimguaneng Pegang 19 Pengarah Apa Cerita?

Dua hari lepas, Free Malaysia Today (FMT), baca di sini, melaporkan dua pemimpin DAP iaitu Ahli Parlimen (MP) Petalin Jaya Utara, Tony Pua dan MP Seputeh, Teresa Kok telah mengkritik DS Dr Irwan Serigar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan yang memegang sekurang-kurangnya 20 jawatan dalam entiti Kerajaan dan Syarikat Milik Kerajaan (GLC).

Tony Pua meminta agar Dr Irwan Serigar supaya mendedahkan jumlah wang yang diterima selaku pengarah di pelbagai agensi. Katanya, jika kedudukannya sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan memerlukan beliau duduk di lembaga GLC, beliau tidak boleh menerima bayaran daripada syarikat terbabit.

Manakala Teresa Kok pula berkata, 
Bagaimana seseorang boleh memegang banyak jawatan pengarah? Menjadi Ketua Setiausaha di kementerian dengan sendiri sudah sibuk. Jadi bagaimana dia boleh memainkan peranan pengarahnya dengan berkesan dalam banyak GLC?
CTS amat bersetuju dengan kedua-dua sarana yang dibuat oleh Teresa Kok dan Tony Pua ini. Walaubagaimanapun, kita berharap mereka turut mempersoalkan 'Big Boss' mereka merangkap Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng yang memegang jawatan sebagai Pengerusi kepada 19 GLC Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Berapa gaji dan elaun yang diterima oleh Joseph Lim Guan Eng? Jadi Ketua Menteri tidak sibukkah sehingga hendak memegang 19 jawatan Pengarah?

Berikut adalah jawatan Pengerusi yang dipegang oleh Lim Guan Eng:

1. Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
2. Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
3. Pengerusi PBA Holding Berhad
4. Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera
5. Pengerusi Invest Penang
6. Pengerusi Penang Global Tourism Sdn Bhd
7. Pengerusi PGC Strategies Sdn Bhd
8. Pengerusi PICEB Sdn Bhd
9. Pengerusi PYDC Strategies Sdn Bhd
10. Pengerusi Lembaga Muzium Negeri
11. Pengerusi Penang Science Cluster
12. Pengerusi Penang Stem Sdn Bhd
13. Pengerusi Penang Future Foundation
14. Pengerusi BPO Premier Sdn Bhd
15. Pengerusi Premier Horizon Ventures Sdn Bhd
16. Pengerusi PDC Telecommunication Services Sdn Bhd
17. Pengerusi George Town World Heritage Incorporated
18. Pengerusi Penang Tecn Centre Bhd
19. Pengerusi Lembaga Pengarah Penang Institute

Cibailah DAP. Kuman seberang laut nampak jelas, bangkai gajah depan mata lagi mau tutup ka?








2 Lawak Pagi Dari DS @AzminAli Dari UNISEL



Satu sketsa lawak pecah perut telah dilaporkan oleh seorang sahabat sebentar tadi. Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali apabila menyedari Pengerusi NGO Merah, DS Jamal Yunos akan membuat Sidang Media berhadapan dengan UNISEL, pihak universiti berkenaan kelam kabut menyediakan banner untuk diletakkan di hadapan universiti berkenaan.

Universiti berkenaan menyatakan bahawa biasiswa dan pinjaman akan diberikan secara percuma. Ayuh Anak Selangor sama ada yang belajar di sana atau akan memohon memasuki universiti berkenaan, anda boleh telefon nombor yang tertera di banner berkenaan iaitu 03-55223400 atau 012-3401740 dan anda boleh mengetahui sama ada pihak UNISEL (baca Kerajaan Selangor) berbohong atau tidak. Kerajaan Selangor kalau sembang, babipun boleh terbang.

August 7, 2017

41 Seksyen 62 Akta SPRM Bercanggah Perlembagaan, Tahniah! Jangan Lengahkan Lagi 2 Kes Rasuah Kamu @cmlimguaneng

Apabila undang-undang berpihak kepada pembangkang, gegak gempita pujian mengatakan undang-undang di Malaysia adalah telus dan mahkamah adalah adil. 

Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang menghadapi dua tuduhan rasuah, hari ini menyambut dengan riang keputusan Mahkamah Rayuan yang mengatakan bahawa Seksyen 62, Akta SPRM bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. 

Lim Guan Eng yang begitu gembira telah membuat 3 poster dengan 3 bahasa seperti di bawah. Maaflah kaum India, tiada Bahasa Tamil dari Lim Guan Eng.




Tahniah Lim Guan Eng, macai-macai penjilat DAP perlu ingat bahawa kemenangan Lim Guan Eng hari ini adalah berkaitan dengan Seksyen 62, Akta SPRM sahaja. Seksyen 62 hanya berkisar tentang "menghendaki seseorang tertuduh memfailkan pembelaannya sebelum perbicaraan sebagai tidak sah dan terbatal."

CTS setuju dengan penghakiman Mahkamah Rayuan. Kes belum bicara tetapi ODS kena kemukakan Penyata Pembelaan kepada SPRM pula. Seksyen 62 yang memperuntukkan pihak pembelaan mendedahkan sifat pembelaannya sebelum kes bermula telah diisytiharkan tidak sah.

Implikasinya, ia menjadikan kes di bawah Akta SPRM sama seperti kes jenayah yang lain di mana pihak pembelaan berhak berdiam diri sehinggalah pihak pendakwaan membuktikan kesnya pada tahap prima facie.


Perlu diingat kemenangan Lim Guan Eng hari ini tidak ada kaitan secara terus dengan dua pertuduhan rasuah yang sedang dihadapinya. Lim Guan Eng hanya cuba melengahkan dua kes rasuah beliau.

Kita berharap agar Lim Guan Eng tidak terus melenggahkan kes beliau memandangkan beliau dan pembangkang sudah bersetuju bahawa Mahkamah di Malaysia adalah adil dan saksama. Lawan tetap lawan.

Terkini 08/08/2017: SPRM akan rayu kes Seksyen 62, Akta SPRM di Mahkamah Persekutuan.

4 "Kami Boleh Buat Malaysia Bebas Rasuah Dalam Hanya 10 Tahun", Bebaskan Rasuah Selangor Dan Pulau Pinang Dulu @SyedSaddiq


Aura pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan berjanji bulan dan bintang sudah berjangkit kepada barisan pemimpin Pemuda mereka. Barisan Pemuda mereka sudah berani berjanji perkara yang akan menjadi gelak ketawa ramai.

Seperti yang selalu CTS tulis, Pakatan kalau berjanji babipun boleh terbang. Kenapa tidak dimulakan membanteras rasuah di negeri tang diperintah oleh Pakatan Harapan seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Apa sudah jadi dengan rasuah seks yang telah dibongkar oleh aktivis PKR, Chegubard dalam pentadbiran Selangor. Kenapa diam. Di Pulau Pinang pula, selain banyak isu pentadbiran yang terpalit dengan rasuah, Ketua Menteri sendiri sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi dengan dua pertuduhan rasuah.

Kenapa perlu tunggu Pakatan Harapan memerintah Malaysia terlebih dahulu dan apa signifikasinya menunggu sehingga 10 tahun untuk membanteras rasuah di Malaysia. Hapuskan dulu di Selangor dan Pulau Pinang. Paling lawak apabila Syed Saddiq menawarkan diri untuk berundur kalau usaha ini gagal. Siapa Syed Saddiq Paladium?

August 6, 2017

19 3 Hakim Mendapat Perkenan YDP Agong, Daulat Tuanku



DYMM SPB YDP Agong berkenan menyampaikan watikah kepada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan. Daulat Tuanku. Berita berkenaan disahkan di laman sosial Twitter milik Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.



Nampak gayanya usaha 'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang, Dr Wan Azizah Wan Ismail berpanas ke Istana Negara beberapa hari lepas untuk menyampaikan bantahan perlantikan ini nampaknya tidak berhasil. Hari ini, 'Top Gun' membawa diri ke Fukuoka, Jepun.

August 5, 2017

24 Pembatalan Dan Kegagalan Pesta Durian, @AzminAli Dan EXCO Perlancongan Selangor Harus Minta Maaf

Pengunjung 'Selangor Food Mega Festival (SFMF)' Anjuran Kerajaan Negeri Selangor begitu marah hari ini apabila tertipu dengan promosi 'Kendurian - Kenduri Durian' yang dibatalkan gara-gara Durian tidak masak.

SFMF adalah aktiviti anjuran Tourism Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri dengan menampilkan hidangan lazat pelbagai budaya serta menyediakan landasan kepada pengusaha makanan tempatan melebarkan pasaran mereka.

Apapun alasan yang diberi adalah tidak wajar dan memalukan apabila pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk negara termasuk pelancong asing dikecewakan dengan alasan "durian belum masak".

Imej negara tercalar dengan kebodohan Kerajaan Negeri yang bersikap sambil lewa dalam acara sebesar ini. Pelancong tidak sebut Selangor tapi dia sebut Malaysia. Yang buat onar adalah Kerajaan Negeri Selangor tapi yang dapat malu Negara Malaysia.

Viral di media sosial hari ini Rakyat marahkan penganjur yang menipu. Mereka mengaut keuntungan besar dengan menjadikan pengunjung sebagai kambing hitam. Apa yang berlaku ini memalukan Rakyat Selangor!





20 RM6 Ribu Gaji Minima, Pakatan Harapan Semakin Meroyan Dengan Janji Pilihan Raya


Semakin dekat dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), bahang kegelisahan semakin terasa di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan. Terdesak dengan beberapa siri fitnah terhadap 1MDB tidak berjaya meracuni Rakyat dan isu kitar semula seperti pembelian scorpene yang memakan diri, pemimpin-pemimpin Pakatan Haram beralih kepada membuat janji-janji yang tidak masuk akal.

Tidak susah untuk berjanji bulan dan bintang kerana mereka tahu mereka tidak akan menang sehingga membentuk Kerajaan Persekutuan. Apatah lagi untuk parti picisan seperti PAN, ada tidak menambah, tiada tidak mengurang. Terbaru, Suhaizan Kayat, Setiausaha Organisasi PAN telah membuat poster manifesto dengan berjanji untuk menaikkan gaji minimum RM6 ribu sebulan.

Macai-macai penjilat tegar DAP pasti bersorak kegirangan. Mereka lupa ini semua tidak mungkin terjadi dalam masa terdekat. Kita fikir logik sudahlah. Tidak perlu analisa hebat sebab IQ macai Pakatan Harapan sekadar 41 sahaja.

Dalam satu kilang, hireiki paling bawah adalah mungkin tukang sapu dan pembantu am. Bayangkan kalau gaji minima mereka RM6 ribu? Berapa gaji minima Penyelia? Berapa gaji Pegawai, Pengurus dan sebagainya? Mampukah kilang tersebut untuk menanggung kos operasi syarikat?

Singapura juga bukan sempurna seperti dalam fikiran Suhaizan Kayat. Waima mereka juga tidak membuat gaji minima sebanyak SGD6 ribu. Apa yang berlaku hanyalah pertukaran wang asing sahaja. Ekonomi Singapura yang menjadi contoh Suhaizan Kayat juga bukannya baik sangat. Buktinya? Temasik Holdings kerugian 73 billion dan Singapore Airlines kerugian 483 juta dan terpaksa menawarkan cuti tanpa gaji kepada 8 ribu pekerja.


Mediacorp melaporkan syarikat penerbangan Singapura, Singapore Airline, menawarkan cuti tanpa gaji kepada kakitangannya sebagai satu langkah pengurangan kos. Kalau ini berlaku di Malaysia terhadap MAS, pasti Ahli Parlimen pembangkang akan berarak dari Parlimen ke KLIA. Agaknyalah.

August 4, 2017

14 Drama Terbaru Tun @Chedetofficial - Melayu Dan UMNO Pergunakan Saya



Dipetik dari laporan Malaysiakini, lidah pembangkang, berkatalah 'Top Dog' Pakatan Harapan bahawa "Sebenarnya, orang-orang Melayulah yang mempergunakan saya."

Sekarang orang-orang Melayu jugak yang salah. Selama 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri adalah disebabkan orang-orang Melayu mahu mempergunakan beliau. Undian tertinggi yang beliau perolehi setiap kali Pilihanraya Umum kebanyakan daripada pengundi Melayu disebabkan oleh mereka mahu mempergunakan insan bernama Mahathir bin Mohamad.

Pada 22/06/2002, Tun Dr Mahathir mengejutkan para perwakilan dan pemimpin UMNO di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC apabila beliau mengumukan meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

Ini semua orang Kedah panggil gempak keling saja. Tidak sampai sejam, beliau menarik balik keputusannya selepas dipujuk oleh ramai Ahli Majlis Tertinggi UMNO khususnya Timbalan Presiden, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Inipun salah UMNO dan orang-orang Melayu kerana hendak mempergunakannya. 04/04/2009, Tun Dr Mahathir kembali buat kali kedua menyertai UMNO supaya Melayu dan UMNO bokeh menggunakannya.


Beliau berkata lagi, beliau tidak mendapat sebarang manafaat secara peribadi sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Hakikat sebenarnya adalah seorang atau dua anaknya menjadi billionaire disebabkan mereka menabung dari kecil. 

Bapa mereka, Tun Dr Mahathir tidak campurtangan langsung dalam urusan perniagaan mereka. Antara anak yang dilatih menabung sejak kecil adalah Boboi. Walaupun tidak sekaya dua lagi adik beradiknya yang lain tetapi dengan harta yang ada, dua tiga generasi makan tak habis. 

Ikut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Boboi mempunyai 126 syarikat termasuk yang 'dormant'. Yang aktif dan membuat keuntungan adalah seperti Kosmo Tech, Diastar, Inch Kenneth, Airzed Broadband, Aijya, Avillion Hotel, Eastern Utilities, Admiral Cove, M Ocean, Reliance, Asia Roofing, Sharp Roxy. 

Syarikat Kumpulan Opcom saja pun makan tak habis, dapat ratusan juta tender Telekom secara runding terus di zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Hebat ahli keluarga ini menabung.


9 Ketua Menteri Dengan Dua Pertuduhan Rasuah Tandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Dengan @SPRMMalaysia



Pulau Pinang mencatatkan sejarah tanahair hari ini apabila Ketua Menteri yang sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di Mahkamah telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuh (IBR) di hadapan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad. 

Mengikut catatan di laman Facebook Lim Guan Eng di sini, sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri telah menerima pakai 10 langkah integriti yang mencerminkan komitmen untuk menjadi negeri bebas rasuah seperti di bawah. Tulisan merah di bawah 10 langkah intergriti itu adalah pertanyaan CTS adakah betul langkah berkenaan dilaksanakan.

i. Amalan Pentadbiran yang berlandaskan Prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus). 
Cekapkah pentadbiran Lim Guan Eng apabila Kerajaan Negeri membayar laporan 'feasibility study' untuk pembinaan terowong bawah laut dan membayar hampir RM300 juta kepada kontraktor untuk kajian tersebut tetapi sehingga hari ini tidak siap?
ii. Menginstitusikan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri, barisan EXCO dan ADUN.

iii. Melaksanakan tender terbuka yang kompetitif.
Bukankah skandal tanah Lebuhraya Peel dilakukan secara rundingan terus?
iv. Tidak membenarkan ahli keluarga untuk melibatkan diri dalam kontrak Kerajaan atau berurusniaga dengan Kerajaan Negeri.
Lim Guan Eng pasti lupa hubungan isterinya Betty Chew dengan Phang Li Khoon sebagai rakan perniagaan kan?
v. Melarang ADUN dan ahli pentadbiran daripada diluluskan permohonan tanah Kerajaan Negeri.

vi. Melindungi pemberi maklumat atau peniup wisel yang tulen.

vii. Mengambil tindakan ke atas pemimpin yang hidup mewah melebihi pendapatan rasminya.
Bagaimana dengan pembelian banglo tanpa kolam renang yang dibeli di bawah harga pasaran?
viii. Telus dalam sumbangan politik.

ix. Tidak menerima ‘donation’ peribadi.
Minta derma tidak boleh, bagaimana minta bayar kes saman?
x. Mengambil tindakan ke atas pegawai yang melanggari kesemua di atas.
Setakat hari ini, pegawai tertinggi iaitu Ketua Menteri masih belum diambil tindakan akibat dua pertuduhan rasuah bukan?
Wayang opera Cina apakah yang sedang dimainkan ini?

Nota Kaki: Kenapa dalam Sidang Media muka Tokong tidak ada senyum? Senyumlah. Senyumlah.


7 Bye bye Gelang Patah, Welcome @LimKitSiang To Tanjong


Ahli Parlimen Gelang Patah, Johor dan Penasihat DAP Seumur Hidup, Lim Kit Siang kini adalah pemilih berdaftar di Kawasan Parlimen Tanjong, Pulau Pinang. Dari Selatan berpindah ke Utara. Beralamat di lokaliti Kinta Lane. Alamat rumah kedai siapa yang digunapakai sebagai alamat Lim Kit Siang? Bukankah Lim Kit Siang mempunyai rumah sendiri di Pulau Pinang? Setidak-tidaknya gunalah alamat rumah banglo anaknya, Lim Guan Eng (yang tak ada kolam renang tu). Kenapa alamat kedua-dua rumah berkenaan tidak digunakan?

Mungkinkah Lim Kit Siang akan bertanding semula di Tanjong? Mungkinkah keadaan politik DAP di Pulau Pinang yang amat tenat sekarang memaksa Lim Kit Siang untuk bertanding di sini? Mungkinkah beliau akan bertanding untuk kerusi DUN Komtar juga sebagai persiapan untuk jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya Lim Guan Eng terpaksa menjadi penghuni Penjara Sungai Buloh kerana bersalah melakukan rasuah?

Apakah nasib ADUN Komtar  Ng 'Rottweiler' Wei Aik yang kini memiliki kerusi berkenaan? Pastinya ADUN berkenaan yang sekadar menjadi 'anjing salakan' yang tidak menyerlah akan digantikan pada PRU14. Apakah gantinya nanti adalah Lim Kit Siang? Drama DAP semakin menarik. Dapatkan 'pop corn' anda sekarang di kedai-kedai berhampiran.

3 Ini Kena Puji @RafiziRamli Bijak, Modal RM300,000 Dapat RM1,500,000! Tahniah Rakyat Malaysia


CTS tidak pernah memuji Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tetapi kali ini saya terpaksa memuji kepandaian beliau. 10 hari lepas, beliau telah merayu kepada Rakyat Malaysia untuk menyumbang ke dalam akaun Invoke beliau sebanyak RM300,000 untuk membayar saman kepada National Feedlot Corporation (NFC) atau beliau bakal dikenakan tindakan muflis.

Semalam, dengan penuh gembiranya Rafizi Ramli mengumumkan dalam tempoh 10 hari, seramai 7,435 rakyat Malaysia menjawab rayuan saya dan secara bersama menyumbang sejumlah RM1,585,014.49. Jumlah ini adalah 5 kali jumlah yang diperlukan untuk membayar NFC. Tahniah Rakyat Malaysia terutama penjilat-penjilat tegar Rafizi Ramli. 

Selepas ini tidak perlulah membuat aduan Rakyat Malaysia susah. Anda sendiri yang bertanggungjawab. Orang susah semakin susah tidak ditolong. Rafizi Ramli yang mempunyai aset berjuta dikayakan lagi dengan hanya bermodal fitnah. Seperti kata Hussin Lempoyang dalam filem P Ramlee, Tiga Abdul, "Jual orang lebih untung dari jual unta. Woww!!!"


August 3, 2017

10 Datuk @Huan2U Minta @LimKitSiang Jawab Saja Di Mana Beliau Dilahirkan

Penasihat DAP seumur hidup, Lim Kit Siang melenting, marah-marah apabila ditanya mengenai tempat beliau dilahirkan. Perhatikan perangai Lim Kit Siang yang kebudak-budakan mempersoalkan perkara-perkara lain dan bercakap kasar dengan wartawan sedangkan bukannya susah untuk menjawab soalan tersebut.


Sementara itu, Datuk Huan Cheng Guan mengkritik Lim Kit Siang dan mempersoalkan kenapa Kit Siang marah-marah dan tidak menjawab soalan wartawan yang bertanya tempat kelahiran Kit Siang. 

Katanya, "Jawab sajalah, soalan ini bukan susah, kenapa mahu marah-marah dan pusing sana sini." Katanya lagi, "Ini soalan mudah saja, kalau lahir di Singapura, jawab saja lah di Singapura, kalau di Malaysia, jawab sajalah di Malaysia, kalau di China, jawab sajalah....."


Mengikut Wikipedia, Kit Siang dan Guan Eng berbangga balik ke kampung kelahirannya di Zhangzhou, Wilayah Fujian, China pada 2008 selepas menawan Penang. Jadi memang Kit Siang marah bila ditanya dia berasal dari kampung mana di Parlimen tadi.

Sudah 51 tahun, Kit Siang pegang jawatan dalam DAP. Siapa bangkang dan lawan akan dikena tindakan pecat dari parti. Kuku besi dan diktator adalah cara DAP, bukannya cara demokrasi.

64 Hebat 'Top Dog' Pakatan Harapan, Beli 2 Biji Scorpene Masa Dia Jadi PM Pun Dia Tak Tau, Awat Cheq Tiduq Ka?



Kata orang, nak bohong, bohong sikit-sikit sudahlah. Ni semua sekali nak kelentong. Tempoh 'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri berakhir pada tahun 2003. Keputusan Malaysia untuk memiliki dua kapal selam kelas Scorpene dari DCNS Perancis dimeterai pada Jun 2002. Ketika itu, DS Najib Razak adalah Menteri Pertahanan. Hari ini, Tun Dr Mahathir kata pembelian dua kapal selam scorpene tidak dibincang dalam kabinet semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Kata Tun Dr Mahathir,
Saya memang tak nak beli kerana kita tak boleh guna. Kapal selam itu kita tak boleh guna di Selat Melaka. Dan kita tidak ada duit, kosnya tinggi. Tetapi tiba-tiba setelah saya bersara, saya dapat tahu Menteri Pertahanan sudah buat pesanan untuk mendapatkan dua buah Scorpene. Keputusan itu mungkin dibuat ketika saya menjadi Perdana Menteri, tetapi saya tidak dimaklumkan tentangnya.
Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mulai 05/06/2001-31/10/2003. Mana mungkin pembelian aset ketenteraan bernilai berbilion Ringgit Malaysia dibuat tanpa kelulusan Kementerian Kewangan yang dikepalai oleh Menteri Kewangan?

Adakah Tun Dr Mahathir mahu mengatakan di bawah pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia Malaysia mampu membelanjakan RM3.4 bilion untuk pembelian dua item, tanpa kelulusan Kabinet, tanpa kelulusan belanjawan, dan tanpa persetujuan perbendaharaan? Agak-agaklah Tun.

Kronologi mudah pembelian kapal selam scorpene:

1995 - Perjanjian pembelian kapal selam.

1995 - 2000 : DS Najib adalah Menteri Pendidikan.

2001 - Pembelian kapal selam selesai. Tun Dr Mahathir masih lagi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

2001 - DS Najib dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

2003 - Tun Dr Mahathir letak jawatan sebagai Perdana Menteri.

2017 - 'Top Dog' Pakatan Harapan lupa.

Kita seharusnya jangan lupa ingatan yang diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO, TS Annuar Musa menerusi Kenyataan Media beliau hari ini. Beliau berkata setiap ahli UMNO diingatkan supaya tidak terperangkap sama sekali dengan strategi musuh, khususnya Pakatan Harapan (PH), yang tidak sudah-sudah untuk mewujudkan keretakan dalam UMNO, satu usaha PH yang masih gagal hingga sekarang.

Fitnah Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terbaru kata beliau terhadap Timbalan Perdana Menteri (TPM), DS Ahmad Zahid Hamidi, kononnya TPM memohon sokongannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri (PM), DS Najib Razak, adalah satu lagi percubaan Tun Dr Mahathir untuk menanamkan syak wasangka di kalangan sanubari setiap ahli UMNO.

Kata TS Annuar lagi, sekiranya begitu mudah Tun Dr Mahathir membohongi rakyat, dulu atau sekarang, tiada ada apa yang menghalangnya untuk terus menghalalkan pembohongan sebagai strategi politiknya.

5 Husam Musa Cuba Kelentong Isu 1MDB Seperti Mana Isu Tren Laju Yang Dijanjikannya


Pada 12/09/2012, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata Kerajaan Kelantan pada masa berkenaan sedang merangka untuk membina laluan keretapi laju bagi menghubungkan negeri itu dengan negeri-negeri di Pantai Barat termasuk Johor untuk keperluan jangka masa panjang. Baca arkib Harakah, di sini.

5 tahun selepas beliau berjanji kosong, Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak, merealisasikan impian Rakyat Kelantan dengan merancang dan akan membina East Coast Rail Link (ECRL). Ini bukan impian kosong seperti janji Husam Musa. Ini janji ditepati DS Najib Tun Razak. Majlis pecah tanah (bukan seperti membina batu asas di Kelantan) akan dilakukan oleh Perdana Menteri pada 09 Ogos ini di Bandar Baru Kuantan.


Semalam, Husam Musa cuba mencetuskan polemik apabila beliau membuat tuduhan bahawa Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan cuba untuk mengeluarkan bon untuk membayar hutang 1MDB yang kebetulan berlaku sedikit kelewatan akibat kesilapan teknikal. Kenyataan Media daripada Naib Presiden PAN ini adalah seperti berikut:
Salah Bayar Tidak Jenayah, Dua Kali Bayar Tugas Semua Rakyat Malaysia. Syabas Najib!
Pengeluaran bon berjumlah RM 2.5 billion hari ini oleh Bank Negara berbetulan dengan janji 1MDB lewat semalam bahawa bayaran kepada Ipic akan dibuat pada bulan Ogos ini juga.
Tarikh pembukaan bon oleh BNM ini ialah pada 1 Ogos dan tarikh pengeluaran adalah 4 Ogos, sehari sebelum lima hari masa sambungan diizinkan oleh Mahkamah Arbitrasi London untuk 1MDB melunaskan bayaran sejumlah RM 2.585 billion untuk pusingan pertama.
Kod tender bagi bon itu adalah 201700001701 dan maklumat mengenainya boleh dibaca di laman Bank Negara:
https://fast.bnm.gov.my/fastweb/public/mainpage.do.
Berbahagialah penyangak 1MDB.
Bagi rakyat Malaysia yang dukacita dengan kerugian sebesar ini, mereka tidak dapat berbuat apa-apa sekalipun mengeluarkan air mata darah. 
GII Murabahah ini akan matang 20 tahun lagi iaitu 4 Ogos 2037. Umur DS Najib di masa itu adalah 84 tahun, jika masih hidup untuk sama membayar bon ini bagi tujuan pembayaran dua kali dosa 1MDB.
YB Dato Husam Musa
Naib Presiden Parti Amanah Negara
9 Dzulkaedah 1438/2 Ogos 2017
Pertama, berdasarkan laman web Bank Negara Malaysia (BNM) yang diberikan oleh Husam Musa, baca di sini, betul terdapat satu tender dikeluarkan oleh BNM berjumlah RM2.5 billion bertarikh matang pada 04/08/2037 seperti 'print captured' di bawah:


Walau bagaimanapun, tarikh tutup untuk tender berkenaan adalah pada 03/08/2017. Itu baru tutup tender. Bagi sesiapa yang menguruskan tender, pasti mereka tahu dari tarikh tender ditutup, tender didaftar dan diproses, tender dibuat penilaian, tender ditawarkan kepada pemenang dan kontrak tender diberikan mengambil masa. Dalam kes berkenaan mungkin mengambil masa lebih sebulan. Jadi logikkah Husam Musa mendakwa bon di atas digunakan untuk 'bagi tujuan pembayaran dua kali dosa 1MDB?'

Kedua, laporan sebelum ini menyatakan 1MDB diberi tambahan lima hari bekerja untuk menyelesaikan pembayaran itu, yang merupakan sebahagian penyelesaian membabitkan pertikaian hutang, berjumlah   US$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion). Sempatkah bon berkenaan dikeluarkan dalam masa 5 hari, ikut logik pakar keretapi laju?

Ketiga, Menteri Kewangan Kedua, DS Johari Abdul Ghani. berkata baca di sini, pembayaran yang dijadualkan pada 31/07/2017, akan diuruskan di peringkat lembaga pengarah 1MDB. Mengenai sama ada dana awam akan digunakan sekiranya 1MDB mahu mendapatkan bantuan kerajaan beliau berkata, pihak 1MDB tidak berjumpa dengan Menteri Kewangan. Kalau kita tidak percaya cakap DS Johari, cakap siapa kita hendak percaya? Husam Musa?

August 2, 2017

16 Apa Ni Tun @chedetofficial Tak Ada Bukti Lah Pulak Tuduh DS @Zahid_Hamidi



'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir semalam membuat tuduhan yang begitu serius kepada Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi di dalam blog beliau, chedet.cc semalam:
9. Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas. 
10. Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak.
Tidak sampai 24 jam, Tun Dr Mahathir buat 'u-turn' bahawa beliau tidak mempunyai bukti tentang dakwaan tersebut. Apa ni Tun? Suka suka hati hendak buat tuduhan mencemarkan nama baik orang tanpa bukti. Mungkin DS Ahmad Zahid boleh menyaman kot Mantan Perdana Menteri 22 tahun ini?


Agak melucukan apabila macai-macai Pakatan Harapan marah-marah apabila nama 'Mahathir a/l Iskandar Kutty’ menjadi topik perbincangan kerana dikatakan menghina keturunan Pengerusi mereka, Tun Dr Mahathir. Sedangkan macai-macai ini lupa pemimpin-pemimpin Pakatan lah yang juara mengejek Tun Dr Mahathir dengan menyebut namanya  sebenar itu. 

Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli berulang kali membangkitkan isu keturunan Tun Dr Mahathir dalam ceramah politik mereka. Begitu juga aktivis pro Pakatan Harapan yang juga blogger Tukar Tiub, Hishammuddin Rais yang sering mempersendakan keturunan Tun Dr Mahathir dalam penulisannya di Keadilan Daily. 

Rakyat juga tidak boleh lupa gelaran seperti Mahafiraun, Mahazalim, Bapa Perasuah dan Bapa Rasis yang diberi Pakatan Pembangkang sebelum ini untuk memalukan Tun Dr Mahathir.

Tapi apabila Tun Dr Mahathir menyertai Pakatan Harapan, mereka menjadi seperti sudah 'hilang ingatan' dan menipu rakyat kononnya mereka tidak pernah mempersendakan keturunan Tun Dr Mahathir. Inilah sikap hipokrit dan munafik pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates