June 17, 2017

210 Malaysiakini Kecut Buah Pelior Tukar Nama Rosmah Kepada Isteri MOI



Tidak sampai setengah jam Malaysiakini menyiarkan beritanya, mereka telah tukar tajuk beritanya. Dari nama 'Rosmah' kepada 'isteri MO1'. Takut ler tu. Kalau sudah yakin sangat, kenapa perlu takut? 

Nampak sangat pembangkang hanya berani bermain dengan persepsi. Mereka tahu Perdana Menteri dan Isteri tidak dinamakan langsung sebagai defendan di dalam Saman Sivil Mahkamah Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang terbaru.

Buat Presiden Parti Cap Bunga Raya pula, bila hendak pulangkan isteri orang? Bukan saya tanya. EXCO Armada beliau yang tanya. Sebelum kita bincangkan apa yang ada dalam saman di Mahkamah Kehakiman Amerika, elok Tuan Presiden ulas dan jawab dulu apa yg dibicarakan di Mahkamah Kuala Lumpur.

0 SPAD Akan Tingkatkan Aktiviti Penguatkuasaan Pada Musim Perayaan


Sebagai langkah proaktif, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mula menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara intensif bermula daripada 12 Jun sehingga 2 Julai 2017. Di antara aktiviti-aktiviti yang turut dilaksanakan dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan penguatkuasa lebuhraya bagi menangani isu pengendali dan pemandu yang melanggar undang-undang atau peraturan. 

Aktiviti-aktiviti penguatkuasaan ini adalah termasuk audit penguatkuasaan terhadap rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran, rondaan di lokasi berisiko tinggi dan perangkap kelajuan serta pemantauan CCTV di Pusat Operasi Lebuhraya.

Berdasarkan kenyataan terbaharu Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah, untuk musim perayaan Aidilfitri tahun ini, kira-kira 5,000 bas ekspres termasuk 93 bas tambahan dibenarkan beroperasi. Jelas Mohd Azharuddin, kesemua bas ekspres itu sudah melalui pemeriksaan terperinci sebelum dibenarkan beroperasi, termasuk rekod pemandu bas dengan kerjasama PDRM, JPJ dan JKJR.

Seramai 384 pegawai penguat kuasa SPAD turun padang menjalankan operasi itu termasuk pemeriksaan di kaunter-kaunter tiket dan dokumen di 40 terminal bas seluruh Semenanjung Malaysia.

SPAD juga telah mengeluarkan pekeliling untuk mengingatkan pengendali bas ekspres untuk utamakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya melalui penekanan terhadap pematuhan Kod Amalan Industri SPAD (ICOP) serta peraturan keselamatan pada setiap masa.

SPAD seperti mana-mana musim perayaan sebelum ini sentiasa menitik bertkan soal keselamatan pengguna pengangkutan awam dan juga pengguna jalan raya yang lain. Sikap proaktif SPAD wajar dihargai dan kita sebagai pengguna jalan raya di musim perayaan ini marilah bersama-sama memastikan tahap keselamatn berada pada tahap yang terbaik untuk kebaikan bersama.

46 DOJ For Dummies - Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Saman Sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat?


1. Asas kepada saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS untuk mengambil alih sesuatu aset adalah 'ADUAN AWAM' dan bukan "BUKTI-BUKTI PRIMA FACIE" hasil dari siasatan pihak berkuasa AS. 

2. Jika DOJ mempunyai bukti yang kukuh mengenai sesuatu kegiatan penggubahan wang, sudah tentu DOJ boleh secara terus mendakwa pesalah terbabit di mahkamah AS dan aset tersebut boleh dirampas menggunakan Akta Penggubahan Wang Haram AS.

3. Bagaimanapun, disebabkan DOJ kekurangan bukti prima facie, maka DOJ tiada pilihan melainkan terpaksa menggunakan saman sivil bagi mengambil alih aset-aset yang disyaki hasil dari kegiatan jenayah. 

4. Melalui saman sivil, DOJ tidak perlu mempunyai bukti yang kukuh, cukup sekadar aduan awam. Sebaliknya pihak tertuduh pula yang perlu membuktikan aset-aset yang diperolehi bukan dari hasil jenayah penggubahan wang atau jenayah-jenayah lain.

5. Seperti yang disebut oleh DOJ sendiri “a civil forfeiture complaint is merely an allegation that money or property was involved in or represents the proceeds of a crime. These allegations are not proven until a court awards judgment in favor of the U.S.”. Maksudnya, tiada sebarang dakwaan yang telah dibuktikan sebaliknya ia adalah berasaskan aduan semata-mata.

6. Bolehkah DOJ membuktikan jenayah telah dilakukan melalui saman sivil ini? Tidak. Saman sivil ini hanya untuk mengambil alih aset yang disyaki diperolehi dari sumber haram. Dalam kes bekas Presiden Taiwan, walaupun aset beliau dirampas dan dijual oleh DOJ, tetapi tiada sebarang bukti yang membolehkan DOJ mengambil tindakan ke atas beliau. 

7. Dalam kes bekas Presiden Taiwan, aset yang diambil alih adalah hartanah bernilai AS$2 juta pada tahun ia dibeli, iaitu pada tahun 2008. Bagaimanapun selepas 8 tahun, termasuk selepas saman sivil difailkan dan perbicaraan mahkamah, keseluruhannya mengambil masa selama 6 tahun, nilai yang dipulangkan kepada rakyat Taiwan hanyalah AS$1.5 juta. Tidak masuk akal selepas 8 tahun, nilai hartanah tersebut masih tidak meningkat. Lebih tidak masuk akal lagi apabila nilainya menurun kepada hanya AS$1.5 juta.

June 16, 2017

75 Cerita Khayalan Cincin Rosmah Mansor Muncul Kembali Dalam DOJ Terbaru


Pembangkang pastinya menarik nafas lega yang panjang hari ini apabila pergeseran sesama mereka telah berjaya diredakan apabila portal, blog dan cytro mereka telah berjaya mensensasikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Perlu diingat bahawa sejak tahun 2016 hingga sekarang DOJ telah mengemukakan dua kenyataan berhubung 1MDB. Sehingga sekarang tidak ada satupun pendakwaan yang dibuat kepada mana-mana pihak. Banyak cerita disensasikan dan tiada pendakwaan dan bukti dikemukakan di mahkamah.

Kedua, berdasarkan senarai defendan di atas, tidak ada nama 1MDB, DS Mohd Najib Tun Razak dan isteri DS Rosmah Mansor berani diletakkan oleh DOJ sebagai pihak defendan atau pihak yang disaman. Kalau adapun cerita di dalam Saman Sivil berjumlah 250 muka ini hanyalah sekadar pukul curi dari jauh sahaja seperti gelaran 'Malaysia Official I' dan 'the wife of Malaysia Official I'. 

Kenapa pembangkang dan DOJ dayus dan penakut untuk mendakwa atau meletakkan nama DS Najib Tun Razak dan DS Rosmah Mansor? Ini bermakna DOJ tidak meletakkan DS Najib Tun Razak, DS Rosmah Mansor dan 1MDB sebagai pihak yang disaman atau pihak yang bersalah dalam tuntutan Saman Sivil ini. Yang pembangkang meroyan kenapa?



Di dalam cerita khayalan atau fantasi di dalam tuntutan Saman Sivil DOJ ada menceritakan pelbagai kisah dongeng seperti cincin 22 karat berlian berwarna pink, DS Rosmah Mansor (DOJ hanya berani meletakkan nama sebagai 'the wife of MOI) menaiki kapal mewah Topaz milik Syeikh Mansour bin Zayid, Timbalan Menteri United Arab Emirates sehinggalah percintaan Jho Low dengan model Australia, Miranda Kerr yang saya sendiri tidak pasti apa sangkut paut dengan Perdana Menteri dan isteri, apatah lagi 1MDB?

Cerita cincin berlian ini dengan DS Rosmah Mansor bukanlah satu perkara baru. Cerita berunsurkan Cinderella dan Snow White ini telah dimainkan oleh Raja Sotong Negara, Rafizi Ramli sejak lama dulu. Cerita ini menjadi isu meroyan minions pembangkang sehinggalah Rafizi Ramli meminta maaf dan berkata di dalam mahkamah beliau hanya bergurau. Kali ini pembangkang bergurau lagi. Gurauan yang tiada asas, apatah lagi sebarang bukti. Jangan haraplah DOJ hendak mengambil tindakan ke atas kenyataan yang dibuat ini.

28 Contohilah Bagaimana Pemuda MCA Ini Mendekati Masyarakat Islam Di Bulan Ramadhan



Disebabkan masih ada yang membuat pukul rata berkenaan dengan isu DAP mengedarkan kurma di Pasar Ramadhan di Kluang, disertakan di bawah satu contoh buat perbandingan. 

Persoalan bakal timbul apabila MCA juga turut mengedarkan buah kurma di setiap masjid di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Nawaitu DAP dan MCA mungkin agak sama tetapi cuba kita bandingkan bagaimana cara mereka mengedarkan kurma berkenaan, langsung tidak sama bukan?

Saudara Chua Hock Kuan adalah anak jati Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan amat petah berbahasa Melayu dan loghat Kelantan. Kalau hanya mendengar suaranya sahaja pasti kita akan kata beliau adalah Melayu kampung. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan dibesarkan di Wakaf Bharu.

Beliau faham akan budaya Ramadhan setempat maka aktiviti seperti ini sudah biasa bagi beliau dan MCA Kelantan menyantuni rakan-rakan yang beragama Islam. Mengedarkan kurma secara kotak terus kepada pihak masjid dan tidak perlu bungkus 5 biji kurma dan bahagi-bahagikan di Pasar Ramadhan sepertimana yang DAP Kluang lakukan yang akhirnya mengundang padah kepada mereka juga.

Masyarakat Cina Kelantan amnya sudah biasa dengan adat dan adab berkait bulan Ramadhan yang tidak dapat ditiru dan diamal oleh pembangkang DAP. 

Dalam konteks ini kita boleh melihat parti Cina mana yang betul-betul hendak berkawan dengan orang-orang Islam dan parti mana sekadar hanya mengambil kesempatan buat modal politik di Media Sosial sahaja.

62 Pusingan Kedua Pembangkang Cuba Menjatuhkan DS @NajibRazak Melalui Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat

Agak pelik membaca Saman Sivil yang dikemukakan melalui Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) semalam kononnya pihak berkuasa akan merampas sejumlah USD540 juta dalam bentuk aset yang didakwa dicuri daripada syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang digunakan untuk membiayai perbelanjaan-perbelanjaan boros. Baca laman web DOJ, di sini.

Asas Saman Sivil DOJ pada Julai 2016 adalah disebabkan oleh hakikat bahawa 1MDB mengesahkan telah membayar wang kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (IPIC) tetapi IPIC pada awal 2016 berkata mereka tidak menerima wang berkenaan. Dengan demikian terdapat dakwaan kehilangan wang maka dituduh pada waktu itu berlaku pengubahan wang haram.

Tidak lama selepas itu,  IPIC telah mengakui bahawa transaksi bayaran berkenaan telah berlaku maka tidak ada 'wang hilang' seperti mana yang didakwa dan dengan itu tiada pengubahan wang haram. DOJ Amerika Syarikat tidak mempunyai asas di dalam Saman Sivil berkenaan memandangkan dakwaan 'wang hilang' tidak pernah berlaku di antara 1MDB dan pihak IPIC.

Apa yang minions pembangkang harus hadam dalam isu DOJ yang terbaru ini adalah ini adalah Saman Sivil dan bukan kes jenayah. 1MDB tidak disebut langsung sebagai defendan atau pihak yang disaman dalam Saman Sivil berkenaan. 1MDB juga menafikan sebarang kehilangan aset atau dana dari syarikat mereka. Bagaimana pihak yang menyaman (complaint) dapat mengesahkan kehilangan USD540 juta. Siapa sahaja boleh membuat Saman Sivil melalui DOJ. Untuk mengetahui siapakah dalang di sebalik Saman Sivil terbaru DOJ ini, baca Malaysia Today, di sini.

Kedua, membaca 250 muka surat dokumen DOJ mendapati defendan-defendan dalam Saman Sivil pusingan kedua ini adalah Low Taek Jho, Low Taek Szen, JW Hospitality (VHG) Intl Ltd, FFP (Cayman) Ltd, Mubadala Development Company PJSC, Viceroy Hotel Group dan Jynwel Capital Ltd. Tiada nama Mohd Najib Tun Abdul Razak ataupun 1MDB. Macai faham tak defendan tu apa?

Kesimpulan isu DOJ ini sebenarnya merupakan babak pusingan kedua pengumuman pertama DOJ, yang dibuat pada bulan Julai tahun lepas, dan percubaan terakhir dan lemah oleh pembangkang dalam menghidupkan semula isu 1MDB yang sudah mati dan cuba memastikan perkara itu terus hidup sehingga pilihan raya umum akan datang. 

Berikut adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh 1MDB:
Media statement by 1Malaysia Development Berhad  
Issued on 16 June 2017  
For immediate publication 
US Department of Justice Lawsuits 
1MDB notes the contents of a civil lawsuit filed by the United States Department of Justice ("DOJ") against certain assets. 
1MDB highlights that it is not a party to the civil lawsuit nor has it been contacted by the DOJ in relation to this matter. 
1MDB notes that the civil lawsuit does not contain any appendices with documentary proof or witness statements to support the allegations made by the DOJ. 
As previously stated, 1MDB will fully cooperate with any foreign lawful authority, subject to international protocols governing such matters and the advice of the relevant domestic lawful authorities.
Berikut pula adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri:


Peguam Negara TS Mohamed Apandi Ali pula berkata tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa menunjukkan adanya penyalahgunaan wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kata beliau, 
Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) mengambil perhatian berhubung tindakan undang-undang sivil terbaharu oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).Tindakan kedua ini berlaku pada ulang tahun tindakan pertama, dan nampaknya ia merupakan tindakan ulangan. Kami ingin menyatakan rasa kecewa kami kerana sekali lagi AGC tidak dimaklumkan atau diberitahu oleh DoJ berhubung tindakan ini. 
Kami juga mendapati bahawa tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgunakan daripada 1MDB; dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi penyelewengan dana daripada 1MDB, ” katanya dalam satu kenyataan.Selepas semakan, kami mendapati bahawa tiada jenayah dilakukan. Pada masa ini, masih ada penyiasatan yang sedang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia mengenai 1MDB. 
Kami ingin menyatakan rasa bimbang mengenai sindiran tentang salah laku jenayah yang dibuat terhadap Perdana Menteri. Tindakan sivil itu langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah. 
Bagaimanapun, kami mengalu-alukan apa-apa permintaan sedemikian selaras dengan komitmen kami untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa dan memerangi pengubahan wang haram. 
Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, AGC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan jenayah, dengan syarat adanya bukti yang mencukupi untuk berbuat demikian.

0 Butang SOS Perlu Ada Dalam Kenderaan Uber Dan Grab


Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata, semua syarikat perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Uber dan Grab diarahkan untuk melengkapi aplikasi mereka dengan butang SOS secepat mungkin bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin. Tambah beliau, butang SOS yang akan dihubungkan terus ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut dibuat bagi membolehkan penumpang untuk memberi amaran polis jika keselamatan mereka terancam.

Sistem SOS wajar dikuat kuasa di Malaysia memandangkan sistem tersebut sudah digunapakai oleh perkhidmatan Uber di India dan pengenalan butang tersebut di negara ini adalah baik ekoran beberapa kes yang melibatkan pemandu Uber baru-baru ini. Ia berikutan banyak kejadian tidak diingini berlaku terhadap penumpang dan juga pemandu baru-baru ini. Dalam masa sebulan kebelakangan ini sahaja, 3 kes jenayah berkaitan Uber dilaporkan.

Dalam kejadian pertama, seorang wanita tidak perasan terdapat penumpang lain di kerusi hadapan kenderaan Uber yang ditempahnya. Beliau kemudian diacukan pisau dan dirompak berhampiran pusat perniagaan One Puchong.

Kejadian kedua pula berlaku di Cheras, di mana pemandu Uber menurunkan dua orang penumpang bukan di tempat yang dipinta. Sejurus kemudian, datang dua orang penunggang motorsikal menyamun kedua-dua lelaki tersebut.

Dalam kejadian terbaru, seorang pemandu Uber di Pulau Pinang dibelasah sekumpulan lelaki yang mendakwa beliau mencabul seorang wanita warga Vietnam. Ia berlaku ketika wanita tersebut menaiki kereta Uber yang dipandu mangsa. Mangsa dikatakan mengeluarkan kemaluannya dan mengarahkan wanita tersebut memegangnya.

Selain daripada butang SOS yang perlu diwujudkan, kita juga menyambut baik cadangan pihak SPAD yang mengkehendaki pengusaha khidmat tempahan pengangkutan seperti Uber dan Grab menghantar maklumat peribadi pemandunya pada bulan ini, selaras dengan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang sedang dalam proses pindaan, dan dijangka akan dibentang di Parlimen bulan depan.

Dengan ini SPAD dapat menggunakan pengkalan data pemandu yang ada padanya, dan menyemak dengan pelbagai agensi penguatkuasa undang-undang. Ini secara langsung membolehkan pihak SPAD untuk menyita kenderaan yang disalahguna, menghalang mana-mana pesalah dari memandu dan syarikat penyedia khidmat tempahan pengangkutan juga akan dikenakan denda jika gagal menepati standard prestasi yang ditetapkan, terutama dalam aspek keselamatan.

June 15, 2017

77 Kalau Ini Macam Bonus Dua Bulan DS @AzminAli , Sudah Chiak Beh Liau (Makan Tak Habis)


Poster di atas yang memaparkan senarai jawatan, jumlah gaji dalam Kerajaan Negeri Selangor serta kiraan apa yang Menteri Besar Selangor dapat dengan bonus yang diumumkan sebanyak dua bulan, menjadi tular di media-media sosial. Kalau betullah kesemua jawatan yang disandang serta gaji yang diperolehi, Azmin Ali adalah orang yang paling beruntung di Selangor. 

Dengan jumlah besar melebihi RM800,000, orang Cina kata Chiak Beh Liau atau makan tak habis! Tahniahlah kepada penyokong-penyokong beliau yang menyalak berbangga dengan pengumuman bonus sebanyak dua bulan. Ironinya, macai-macai ini bukanlah pekerja sektor awam di Selangor pun.

0 Lesen Dan Permit Bas Qistina Express Digantung SPAD


Tindakan tegas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen dan 26 permit bas milik Qistina Express Sdn Bhd selama sebulan susulan kemalangan membabitkan bas tersebut di Kilometer (KM) 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan selepas Terowong Menora pada 10 Julai lalu, wajar dipuji.

Tindakan tegas itu diambil pihak SPAD selepas mendapati syarikat tersebut melanggar syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD pada 12 Julai lalu. Tindakan penggantungan lesen dan permit Qistina Express diharap akan menjadi pengajaran kepada pengendali bas ekspres lain supaya mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) Suruhanjaya berkenaan pada setiap masa.

Pada 10 Julai lalu, dua cedera selepas kereta yang mereka naiki dirempuh bas ekspres yang turut merempuh sembilan kenderaan lain di Kilometer (KM) 265.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan selepas Terowong Menora. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, bas ekspres itu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh 10 kereta yang ada di depannya. Semasa kemalangan, bas ekspres berkenaan dalam perjalanan menuju ke selatan dan membawa 28 penumpang.

Adalah diharapkan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri, hujung bulan ini, pihak SPAD akan terus meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memastikan pengusaha bas ekspres supaya mengutamakan keselamatan penumpang, memastikan kenderaan mereka beroperasi dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas dan keselamatan jalan raya.

13 Diamlah Azwan Bro! Jangan Cuba Jadi Opportunist Dalam Isu FELDA


Angin tidak ribut pun tidak, secara tiba-tiba Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun turun dari langit membuat Kenyataan Media agar Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia menjalankan siasatan ke atas syarikat senaraian awam, Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV). Senator yang dilantik Kerajaan ini yang terkenal dengan nama Azwan Bro dikatakan turut mendapat tempat di Buletin Utama menyatakan pendapatnya itu. Maaf, CTS sudah lama tidak menonton TV.

Sama ada beliau baru keluar dari gua atau terjaga dari tidurnya yang panjang, Azwan Bro seharusnya sedar siasatan dalaman oleh Jabatan Audit Dalam FGV sedang dan telah dijalankan. Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah melantik DS Idris Jala untuk memantau perkembangan siasatan berkenaan. Malah semalam, Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa laporan pihak bebas bagi menyelesaikan kemelut FGV telah siap. Sabar sajalah Azwan Bro. Apa lagi hendak melalak?


Perdana Menteri sudah arahkan DS Idris Jala mengumpul semua maklumat dalam FGV dan memberi rekomendasi. Kenapa perlu ada cadangan lain secara terbuka dari sayap UMNO? Kedua, ketika keadaan dalam FGV baru sahaja tenang dan harga saham naik semula, kenapa mesti Azwan Bro memanjangkan isu ini? Kenapa Azwan Bro meminta pihak lain pula untuk masuk campur?

Ini bukan kali pertama Azwan Bro melalak isu yang beliau sendiri tidak arif. Dalam bulan Julai 2015, Azwan Bro cuba menjadi 'populist' dan 'opportunist' dengan menyokong TS Muhyiddin Yassin mendesak siasatan ke atas 1MDB. Namun, setelah kebenaran demi kebenaran terbongkar, beliau kembali tidur lena dan kini pada Jun 2017 beliau kembali terjaga dari tidur dengan isu FGV kononnya.


Untuk pengetahuan Azwan Bro dan minions pembangkang di luar sana yang cuba menjatuhkan FGV, serangan-serangan ke atas FGV sebenarnya bertujuan memberi imej negatif kepada FELDA. Ini semua dilakukan dengan satu tujuan iaitu menimbulkan perasaan benci peneroka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana peneroka FELDA menjadi undi penentu di hampir 55 buah kerusi Parlimen di seluruh negara. Hakikat yang perlu Azwan Bro dan minions pembangkang perlu tahu adalah:

1. Pendapatan FGV sejak disenaraikan di Bursa Malaysia:

2013 : RM 12.658 bilion
2014: RM 15.26 bilion 
2015: RM 15.67 bilion
2016: RM 17.3 bilion.

2. Ramai yang lupa bahawa FGV tidak pernah mengalami ke­­rugian sejak penubuhannya pada 2012 sehingga 2015. Hanya pada 2016 FGV berhadapan kerugian apabila apabila terdapat ladang sawit yang ditenggelami banjir, kenaikan harga gula dunia dan banyak pelaburan utama mereka belum mendatangkan hasil yang sepatutnya.

3. Sejak diapungkan pada 2012 sebagai apungan kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook, FGV tidak pernah gagal membayar dividen kepada semua pemegang sahamnya walaupun ketika ia berdepan situasi perniagaan mencabar seperti kejatuhan harga sawit dan kekurangan hasil buah akibat fenomena cuaca.

Kita berharap Azwan Bro tidak mempunyai agenda untuk merosakkan FGV seperti mana beliau cuba lakukan ke atas 1MDB suatu waktu dulu.

June 14, 2017

102 Ramalan Ahli Nujum Negara Sotong @RafiziRamli Harga RON95 Jadi RM2.70 Bulan Jun Tersasar Jauh


Ahli Nujum Negara yang tidak bertauliah, Rafizi Ramli, hari ini kantoi lagi dengan ramalannya yang jauh ke laut. Rafizi Ramli yang digelar Sotong oleh netizen pada bulan Februari lalu dipetik Malaysiakini berkata, harga petrol akan naik menjadi RM2.70. Beliau berkata,
Malah, saya menjangkakan harga petrol dan diesel akan terus naik pada beberapa bulan akan datang dan berkemungkinan mencecah RM2.70 (seliter) menjelang Jun 2017 sekiranya harga siling tidak diperkenalkan dan subsidi tidak dikembalikan.
Untuk bulan Jun 2017, untuk dua minggu berturut-turut, harga bahan api untuk petrol dan diesel telah berlaku penurunan. Harga RON 95 untuk tempoh 15 hingga 21 Jun 2017 adalah RM1.98 dan menurun dari minggu sebelumnya sebanyak RM0.07. 

Walau apapun yang terjadi, ramalan Sotong untuk melihat harga RON 95 menjadi RM2.70 untuk bulan Jun 2017 hanya menjadi angan-angan Mat Jenin. Masih adakah yang percaya cakap si Sotong ini?

69 Hafiz Kritik - Mukhriz Hadap Jawatankuasa Disiplin - Taufik Bela - UMNO Yang Salah


Belumpun menghadapi satu pilihan raya, sudah macam-macam masalah Parti Cap Bunga ini. Baru minta Pengerusi Parti jelaskan kekayaan anak-beranak sudah kena hadap lembaga disiplin parti. Inikah yang dikatakan kebebsan bersuara?

Ulang masa kembali di mana TS Muhyiddin Yassin menjelajah sana-sini menghentam Presiden Parti lagi teruk daripada apa yang dilakukan oleh Muhammad Hafiz, itu pun kena mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dua tiga kali baru mendapat persetujuan untuk dipanggil ke lembaga disiplin.

Yang kamu dikatakan adil, orang lain zalim? Boleh pula membuat fitnah Muhammad Hafiz Azhar adalah individu yang ditanam oleh UMNO di dalam Parti Cap Bunga? Semalam pula seorang lagi EXCO Armada, Mohamad Taufik Abas membuat sidang media terhadap Timbalan presiden Parti Cap Bunga, DS Mukhriz Mahathir yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengecewakan, mengkhianat dan penipuan. Katanya, 
Mukhriz adalah orang yang patut bela Hafiz, tapi dia pula yang mengkhianatinya. Hakikatnya, Mukhriz sendiri yang melantik Muhammad Hafiz sebagai EXCO tanpa melalui apa-apa tapisan dan pemilihan seperti EXCO lain, tapi kenapa sekarang beliau pula tuduh UMNO salah.
Adakah Mohanad Taufik Abas, seorang lagi EXCO ARMADA turut ditanam oleh UMNO dalam Parti Cap Bunga? Ini semua salah UMNO juga kah?


21 Lim Kit Siang Iftar Makan Sedulang Dalam Masa Yang Sama DAP Anjur Iftar LGBT Terbesar Di Malaysia



Dalam bulan Ramadhan ini, DAP tidak habis-habis menjual gambar pemimpinnya terutama Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Joseph Lim Guan Eng berbuka puasa dengan masyarakat Islam, kononnya mereka mesra dan hormat dengan ajaran Islam. Manakala macai-macai Melayu seperti Syefura Othman atau Rara kelihatan ayu berbaju kurung mengedarkan kurma di Pasar Ramadhan.


Hakikatnya, imej sebenar DAP adalah ingin menyesatkan orang Melayu dan Islam semakin terserlah dan contoh terbaharu ialah apabila ketua organisasi Pemuda DAP Subang, Numan Afifi akan mengadakan satu majlis berbuka puasa atau lebih terkenal dengan panggilan iftar di kalangan penyokong LGBT Malaysia pada 10 Jun di Bangsar.  

Numan juga telah menyatakan rasa bangga dengan majlis Iftar Gay dan lesbian itu telah berjaya dijalankan dengan kedatangan yang ramai termasuklah  anak muda Melayu. DAP akan buat apa sahaja untuk menipu dan memesongkan orang Islam supaya orang Melayu dan Islam tunduk kepada agenda mereka.

Ada yang bertanya apa bezanya DAP dan MCA. MCA sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang menjaga kaum Cinanya tanpa ada agenda untuk menyesatkan Umat Melayu Islam. Manakala DAP pula adalah kafir harbi yang bertopengkan Islam untuk menyesatkan Umat Islam itu sendiri. Seperti kata penceramah DAP, "We use Malay to skrew Malay".

June 13, 2017

50 Tokong Claim Penang Only Sold RM657.6 Million Of Land From 2008 To 2015, What A Joke!


In a bid to defend himself, Chief Minister of Penang, Joseph Lim Guan Eng dismissed allegations by certain individuals that the state’s profit or its budget surpluses came from the sale of land. He said yesterday, quoted by The Star, read here,
The premium obtained from the sale of land from 2008 to 2015 was about RM657.6mil. However, the state used RM500mil to build low-cost, low medium-cost, public and affordable housing, leaving only about RM157.6mil. The state obtained a total revenue of about RM4.94bil from 2008 to 2015.
According to Joseph Lim Guan Eng, only RM657.6mil land sales from 2008 to 2015. However, his following statement contradicted each others:

1. On 02/05/2012, Joseph Lim Guan Eng praised himself and mentioned that just one sale of Bayan Mutiara land is already RM1.07 billion. Read here.

2. And then on 16/12/2016, Joseph Lim Guan Eng said that, "From 2008 to 2015, he Penang Development Corporation (PDC) sold RM1.94 billion worth of land for industrial and mixed development purposes". Read here.

Most are aware that PDC is 100% owned by the Penang Government thus many are curious why Joseph Lim Guan Eng still claim that Penang only registered RM657.6 million in revenues from state land. Where did this RM1.94 billion go to and where is it used?

Read what Barisan Nasional Strategic Communications (BNSC) Team has its said below,
BNSC MEDIA STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE
Four Senior DAP Leaders Responded But No Questions Answered
1. We are encouraged that four senior DAP responded to our statement on Sunday questioning if Penang is on a path to a failed state or bankruptcy.
2. Penang EXCO YB Chow Kon Yeow's response was merely to say f Penang is a failed state, the Federal government should call for a general election as soon as possible.
However, we are unsure how that answers our questions. 
3. YAB Lim Guan Eng was next to reply. He claimed that Penang had only registered revenues of RM657.6mil from land sales from 2008 to 2015.
4. YAB Lim's reply has raised many questions from people who remembered YAB Lim praising the sale of RM1.07 billion worth of sate land in Bayan Mutiara in the year 2011. Or the sale of RM484 million of land in Batu Kawan to Aspen Vision in 2014 saying that the entry of IKEA to sell furniture to Penang people would be an economic game-changer for the state.
5. Questions were also raised as YAB Lim was reported on 16 December 2016 to have confirmed that the Penang Development Corporation (PDC) had sold RM1.94 billion in land from 2008 to 2015,  
6. Most are aware that PDC is 100% owned by the Penang Government thus many are curious why YAB Lim still claim that Penang only registered RM657.6mil in revenues from state land.
7. We are also dismayed that YAB Lim did not want to challenge our claim that as much as RM37 billion of state land, land rights and assets have been sold or traded away since 2008 and take up our offer for us to show him our list for him to confirm or dispute.
8. DAP Supremo YB Lim Kit Siang's reply however was that Penang will not fail but Malaysia will become a failed state instead - a claim that Kit Siang had repeated since the 1960s including in a 1978 book of his titled "Timebombs in Malaysia". 
9. Malaysians have been waiting 50 years for Kit Siang's much-repeated prophecy of Malaysia becoming a failed state.
However, a key question would be if Malaysia is set to become a failed state and bankrupt then how is the Federal Government going to guarantee the billions in loans from China's EXIM Bank that YAB Lim Guan Eng wants to borrow for the state?
10. Penang Deputy Chief Minister II YB P.Ramasamy also responded by claiming that Penang has been saved by DAP.  As proof, YB P.Ramasamy said that DAP had educed 95% of Penang's state debt. 
11. However, YB P.Ramasamy had neglected to explain that it was the Federal Government who in 2011, had converted a RM655 million debt of Penang into annual lease payments over 45 years - which means the state actually ends up paying the same RM655 million amount - that allowed the Penang State Government to boast a 95% reduction in state debt.
In fact, YAB Lim had issued a press statement to thank Prime Minister YAB Najib Razak and the Federal Government for this assistance.
12. We are disappointed that despite four top DAP leaders responding to our statement with various rhetoric and diversion, none of our questions were actually answered. We repeat them in brief here:
a) Is it true that the Penang Govt has sold or traded away at least RM37 billion worth of state land, land rights and assets since DAP took over in 2008? 
b) Is it true that there is not much state land left to sell as stated by Penang EXCO YB Chow Kon Yeow last year?
c) Is it true that the cost of the Penang Transport Masterplan Project has increased in price from RM27 billion to RM46 billion over the past year as stated by YB Chow Kon Yeow?
d) Is it true that the Penang State Govt will resort to bank borrowings to make-up the RM19 billion gap between RM27 billion and RM46 billion as was stated by YB Chow in his interview with The Edge last July?
e) Did the Penang Govt recently diverted funds from the state reserves as emergency loans of RM609 million to the state-owned Penang Development Corp, which has seen its profits plunge by 80% in recent years and another RM30 million to the Penang Water Supply Corporation (PBA)?
All these questions are relevant to the future of Penang and its people - especially in light of the recent confirmation by the State Government that yearly state operating expenses have increased 500% since DAP took over in 2008.
Barisan Nasional Strategic Communications (BNSC) Team, Putrajaya

13th June 2017

June 12, 2017

102 Penaga Dilanda Ribut, Mana Lim Kit Siang?




Penaga dilanda ribut kuat awal pagi tadi membadai puluhan rumah. Sepanjang dua minggu ini cuaca di Kepala Batas sangat baik dan cerah, tidak mendung dan tidak hujan dan sentiasa panas. Tapi awal subuh tadi ribut kuat melanda tanpa disangka-sangka. 

Setiap kejadian dan bala bencana yang Allah turunkan, ada sebab musababnya. Allah mahu umatnya berfikir dan beringat. Kita mengharapkan Penasihat DAP Lim Kit Siang dapat turun melawat dan memberi sumbangan seadanya kepada penduduk Penaga. 

Janganlah hanya datang makan sedulang konon berbuka puasa dengan penduduk semata-mata untuk mengaut undi Melayu seperti mana yang beliau lakukan minggu lepas. Lain kali ajaklah lagi apek tua datang berbuka puasa di Penaga, kali ini jangan kata makan sedulang, silalah suap ke mulut sekali.



Kecenderungan kedua-dua beranak Lim Kit Siang dan Joseph Lim Guan Eng berbuka puasa dengan Umat Islam, bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh. Joseph Lim Guan Eng pernah melakukan makan sedulang sewaktu berbuka tahun lepas. Tahun ini teknik seumpamanya diikuti oleh bapanya.

Tindakan mereka merendahkan kedudukan mereka semata-mata untuk berlakon mendapatkan kepercayaan Umat Islam merupakan satu perkara yang amat menjijikkan. Sebolehnya mereka cuba untuk menutup persepsi Umat Islam bahawa DAP anti Islam.



June 11, 2017

88 EXCO Armada Desak Pengerusi Dedah Kekayaan Anaknya Dan Presiden Nafi Skandal Seks Nika Gee



EXCO pusat Armada Parti Cap Bunga merangkap ketua biro keselamatan pusat, Muhammad Hafiz bin Azhar semalam dalam sidang media beliau, mendesak pengerusi Parti Cap Bunga, Tun Dr Mahathir untuk menjelaskan mengapa anak-anak beliau begitu kaya dalam masa yang singkat.

Hafiz juga mendesak Presiden Parti Cap Bunga, TS Muhyiddin Yassin untuk membersihkan nama dan menafikan skandal seks beliau ada dengan perempuan bernama Nika Gee.

Bagi minions Parti Cap Bunga Raya ini, CTS sudah nampak bagaimana mereka hendak spin isu ini. Caranya ialah dengan menuduh Hafiz & Co. sebagai barua UMNO. Memang betullah.

Perlu diingatkan, Pengerusi, Presiden dan hampir keseluruhan ahli-ahli Parti Cap Bunga berasal dari UMNO. Bezanya mereka ini golongan yang terpinggir dan kecewa tidak mendapat habuan dan jawatan.


44 Ahli Parlimen DAP Kluang Dihalau Pengundi Di Pasar Ramadhan



Mungkin dengan niat bermuka-muka mendekati Rakyat 5 tahun sekali, Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong, telah dihalau oleh pengundi-pengundi beliau sendiri di Pasar Ramadhan di kawasannya. Niat untuk mengedarkan beberapa biji buah kurma tergendala apabila beberapa peniaga Pasar Ramadhan mengamuk dengan kehadiran beliau dan rombongannya.

Kita ingatkan apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang dapat makan sedulang dengan barua-barua Melayu baru-baru ini, penerimaan Masyarakat Melayu kepada Cina cauvinistme sudah menjadi nyata. Namun, sangkaan tersebut meleset. Masih ramai yang masih tidak dapat menerima pemimpin DAP untuk memerintah mereka.

Nota Kaki: Nasihat kepada Liew Chin Tong, kalau datang melawat Rakyat bertahun-tahun sekali, janganlah bawa buah kurma sahaja. Itu penghinaan namanya. Bawalah sampul duit raya beratus-ratus seorang. Barulah senyum sikit pengundi-pengundi hendak menerimanya.

Ini pula peristiwa di sebalik tabir bagaimana kurma berkenaan dibungkus. Kenapa semua Cina-Cina DAP ini berpakaian hitam ya? Berkabung bagi orang Islam makan kurma?


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates