April 22, 2017

49 Tun Dr Mahathir Said Nobody Respect Malaysia Anymore, Well He Is Really Insane Old Man


Tun Dr Mahathir in his latest blog posting entitled "Respect Malaysia", read here, has written, amongst others:
13. But Najib seems to demand that the world respect Malaysia. What is there for the world to respect about Malaysia.
17. Better still, he should resign and let Malaysia be democratic again. A kleptocracy, a Malaysia ruled by crooks and criminal as alleged by numerous foreigners and their institutions will never gain the respect of the world.
For the sake of argument, lets see some of what happened to Malaysia since 13th General Election:

July 2013: Japan Prime Minister Shinzo Abe visited Malaysia.

October 2013: Canada Prime Minister Steven Harper visited Malaysia.

November 2013: President Xi Jinping of China arrived in Malaysia for a three-day official visit. No siting China president had ever visited Malaysia during Tun Dr Mahathir's regime.

April 2014: United State of America (USA) President Barack Obama visited Malaysia in landmark visit. The first USA president to visit Malaysia since 1966. No siting USA president had ever visited Malaysia during Tun Dr Mahathir's regime.

October 2014: Malaysia won a non-permanent seat in the United Nations Security Council (UNSC). 187 out of the total 192 countries voted for Malaysia.

December 2014: Prime Minister DS Najib Tun Razak played golf with USA President Barack Obama.

July 2015: British Prime Minister David Cameron visited Malaysia.

November 2015: USA President Barack Obama visited Malaysia again.

November 2016: Prime Minister Najib Tun Razak visited China. President Xi and DS Najib witnessed signing of deals worth a historic RM144 billion for loans and investments into Malaysia.

November  2016: PM DS Najib visited Japan. Japan gave two patrol boats to Malaysia as gifts.

And for 2017, these have happened so far:

January 2017: The Economist predicts Malaysia to grow faster and maintain 8th fastest growing GDP growth major economy country in the world for 2017.

February 2017: Saudi King visited Malaysia. Invested RM31 billion. No Saudi King had ever visited Malaysia during Tun Dt Mahathir's regime.

March 2017: Tourism Ministry announced that Malaysia received 26,757,392 tourists in 2016 with tourist receipts at RM82.1 billion and this shows an increase of 18.8% compared to 2015,

March 2017: Malaysia voted best country to invest in by BAR and Young & Rubicam.

March 2017: French President Francois Hollande visited Malaysia.

March 2017: United Nation report declared Malaysia officially 4th happiest country in Asia. Malaysia moves up five spots in world’s happiest country index to 42nd happiest country among 155 nations.

March 2017: PM DS Najib visited India. Prime Minister Modi and DS Najib witness signing of deals worth a historic RM157 billion with RM142 billion of projects to be implemented in Malaysia.

March 2017: Malaysia Airports reported that for the first 3 months of 2017, total air passengers have increased 10.5% while non-ASEAN international traffic have increased 14.6% compared to 2016.

April 2017: Malaysia's February exports jump 26.5% - the strongest growth in 7 years.

April 2017: Japan's Crown Prince Naruhito made five-day official visit to Malaysia.

April 2017: Bloomberg placed Malaysia as 11th least miserable country out of 65 countries. The developed countries such as China, USA, UK, Canada, Germany, Australia, New Zealand et cetera are more miserable than Malaysia.

April 2017: World Economic Forum placed Malaysia among the top ten most visited destination in the world.

April 2017: Malaysia's stock market has jumped 7% since the beginning of 2017. An increase of 140 points from 1,617 points on December 23 to 1,756 points as at 21st April.

Well, for minions opposition supporters, judge for yourself if Tun Dr Mahathir is right or wrong that Malaysia is not well-respected.

Foot Note: 

Tun Dr Mahathir also wrote in the same blog posting that:
3. Currently the world has labelled Malaysia as one of the ten most corrupt country in the world. And there are good reasons for labelling Malaysia corrupt.
Well, In the recently released Corruption Perception Index for 2016 by Transparency International, Malaysia was ranked 55th among 176 countries. Who are we going to trust? Tun Dr Mahathir or Transparency International?

0 7 Inisiatif Penambahbaikan Sistem e-Tiket KTMB


Keretapi Tanah Melayu Berhad dalam satu Kenyataan Media semalam berkata,
Sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam darat terutamanya mod rel, KTMB akan terus komited untuk meningkatkan semua aspek operasi kami. KTMB akan terus bekerjasama dengan SPAD bagi memastikan peningkatan yang sedang dijalankan sentiasa relevan dengan keperluan rakyat. Kami juga mengalu-alukan maklum balas orang ramai dalam usaha penambahbaikan mutu perkhidmatan kepada pengguna.
Sejajar dengan komitmen tersebut, KTMB telah memperkenalkan 7 inisiatif untuk menambahbaik sistem e-tiket iaitu:

a) Menyediakan satu talian internet khas sebanyak 50mbps bermula 8  Mac 2017 bagi meningkatkan keupayaan sistem bagi menampung transaksi yang semakin meningkat.

b) Menambahbaikkan sistem maklum balas transaksi melalui emel (8 Mac 2017) dan sms (21 Mac 2017) bagi memaklumkan pelanggan sekiranya transaksi tidak berjaya.

c) Mengaktifkan auto refund sistem pada 20 April 2017 bagi mengatasi masalah kelewatan pemulangan tambang kepada pelanggan. Sebelum ini pemulangan tambang adalah 14 hari atau lebih tetapi sekarang wang akan dipulangkan dalam masa sehari sahaja.

d) Penambahan jumlah Mesin Penjualan Tiket (Ticket Vending Machine atau TVM) sebanyak 47 mesin pada 3 April 2017. Dengan itu terdapat 132 TVM yang sedang beroperasi.

e) Penambahbaikan dan reka bentuk semula laman sesawang rasmi KTMB dan Online Ticketing seang dijalankan bagi meningkatkan ciri-ciri dinamik dan mesra pengguna.

f) Penyelarasan saluran komunikasi rasmin syarikat (laman sesawang KTMB Berhad, Twitter dan Facebook) bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini.

g) Unit Perkhidmatan Pelanggan KTMB (KTMB Call Centre) juga telah menambahkan jumlah kakitangan bagi meningkatkan keupayaan dan kapasiti penerimaan panggilan. KTMB Call Centre mampu meningkatkan kapasiti perkhidmatan dan mengurangkan waktu menunggu bagi pelanggan.

Adalag diharapkan dengan usaha-usaha dan inisiatif terbaru daripada KTMB ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat berkenaan kepada pelanggan dan mampu bersaing secara sihat dengan pengendali pengangkutan awam yang lain.

39 Kata Dulang Paku Serpih, Mengata Noh Omar, DAP Pulau Pinang Yang Lebih


Media DAP Pulau Pinang menyalak hari ini menyalahkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kononnya membatalkan kelulusan projek BP1 di kawasan Parlimen yang tidak dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu. 

Menjawab persoalan itu, Menterinya, TS Noh Omar, berkata sejak tahun lalu peruntukan untuk KPKT sangat terhad dan ia tidak boleh diagihkan kepada semua 222 kawasan Parlimen di negara ini. Justeru, katanya, pihak kementerian akan mengutamakan kawasan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai BN terlebih dahulu. 

CTS tidak nampak apa salahnya pekeliling dikeluarkan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar, bertarikh 17 Mac 2017. Lagipun tuduhan ini adalah tidak berasas memandangkan banyak kawasan di Selangor di mana BN kalah terutama di Shah Alam dan Sepang, namun KPKT tetap meluluskan banyak projek di sini.


DAP tidak perlulah berlagak suci. Lihat sahajalah pekeliling bertarikh 17/03/2017 di bawah. Apa yang mereka kata Kerajaan Pusat yang buat, mereka terlbih dahulu melakukannya. DAP buat tidak pula diistilahkan melampau? Kata dulang paku serpih.


April 21, 2017

27 Ini Sebabnya @RafiziRamli Tidak Bertanding Di Kemaman Sebaliknya Di Pandan


Ramai yang bertanyakan kenapa di dalam Pilihanraya Ke 13, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli tidak bertanding di kawasan kelahirannya iaitu di Kemaman sebaliknya memilih untuk bertanding di Pandan.

Lihat sahaja gambar-gambar di bawah sudah cukup untuk menjelaskannya. Orang-orang Kemaman bijaksana tidak memilih penipu dan pembohong mewakili mereka. Rafizi Ramli bernafsu besar. Masih ada cita-cita untuk menawan Kemaman sedangkan sambutan yang diterima, lebih kerusi dari orang yang hadir.





50 From Tumpat To Bandar Tun Razak With Love



Inilah ciri-ciri parti yang bertanding di pilihanraya untuk kepentingan peribadi dan agenda politik parti dan bukan untuk berkhidmat kepada Rakyat dan pengundi. Belumpun sempat sepenggal memenangi Pilihanraya Umum Ke 13 dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat, Dato Kamaruddin Jaafar telahpun mengkianati amanah pengundi dengan menjadi penyelaras Parlimen Bandar Tun Razak pula.

Faham-fam sajalah. Kalau sudah menjadi penyelaras di sini, pasti nama akan naik sebagai calon PKR Bandar Tun Razak. Padan muka Rakyat Tumpat. Kita fikir baik sajalah. Mungkin di Tumpat susah untuk membeli banglo ala-ala Disneyland.

5 @NgaKorMing Terdesak Fitnah Kerajaan Kononnya Berhentikan Skim Bantuan Makanan Pelajar Miskin



Kita tahu Pilihanraya Umum Ke 14 sudah dekat. Mana-mana Wakil Rakyat yang selama ini dorman, tiba-tiba aktif menjuarai isu Rakyat. Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, hari ini, baca di sini, menggesa kerajaan supaya mengembalikan skim bantuan makanan percuma kepada murid-murid miskin yang telah dihentikan sebelum ini.

Mengikut 'Guradian Angel' ini lagi, Nga Kor Ming mengambil inisiatif menaja makanan kepada pelajar-pelajar miskin  Sekolah Kebangsaan Sri Kepayang dekat sini selama dua tahun. Sedih dan sayu mendengar cerita sedih MP berkenaan membantu pelajar-pelajar miskin.

Cumanya, kita mahu tanya MP berkenaan, skim bantuan makan percuma yang mana yang Nga Kor Ming maksudkan? Nama skim pun tak tahu, lagi mahu buat fitnah? Apa yang kita tahu adalah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak 1979, tidak pernah diberhentikan.

RMT merupakan bantuan makanan tambahan kepada murid sekolah rendah golongan miskin dan bertujuan menyediakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi nutrien seimbang bagi membantu murid-murid memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam kelas. Maklumat lanjut untuk RMT, boleh baca di sini dan di sini. Kesian kedua-dua guru sekolah berkenaan menjadi 'barua' DAP memegang banner.

20 Siapa Dr Dzulkefly Ahmad Untuk Mengecam DS @NajibRazak Dan Mempertikaikan Index WEF?


Mungkin kerana telah lama tidak muncul di arus media, maka Mantan Ahli Parlimen PAN Kuala Selangor bertindak mengeluarkan Kenyataan Media, baca di sini, untuk menjadikan dirinya relevan dengan dunia politik terkini. Apatah lagi dengan tarikh Pilihan Raya Umum ke 14 yang semakin dekat menjadikan beliau mahu menonjolkan diri walaupun Kenyataan Media beliau kali ini kelihatan bodoh dan seperti tidak membuat 'homework'.

Awal bulan April tahun ini, Malaysia telah diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) Global Indeks Kompetitif 2016-2017 yang dikeluarkan September tahun lepas pada kedudukan ke-11 terbaik di kalangan 138 negara, dari segi infrastruktur pengangkutan. Malaysia telah mencatatkan mata keseluruhan sebanyak 5.7 dalam indeks infrastruktur pengangkutan, dengan 7 sebagai skor yang terbaik.

Tidak puas hati dengan pencapaian tersebut, Dr Dzulkefly telah menggunakan dan memfitnah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menghentam Perdana Menteri yang dikatakan syok sendiri. Beliau mengambil data kononya dari SPAD yang menyatakan 48% pengguna pengangkutan awam tidak berhasrat menggunakan perkhidmatan awam pada masa hadapan.

Kami di CTS mencabar Dr Dzulkefly agar mengemukakan data SPAD ini, kalau ada. Carian kami ke atas laman web rasmi SPAD serta semakan ke atas pegawai-pegawai berkenaan di SPAD tidak menjumpai data atau sebarang kajian berkenaan. 

Kedua, satu lagi kebodohan yang saya nampak dalam Kenyataan Media yang dibuat oleh Dr Dzulkefly adalah beliau meminta Laporan Tahunan KTMB  bagi 3 tahun yang lalu dan bertanya ke mana perginya RM11.69 bilion wang rakyat dibelanjakan? CTS tidak pasti dari langit mana Dr Dzulkefly memetik jumlah RM11.69 billion ini.

Apa yang pasti mungkin beliau tidak sedar bahawa KTMB bukanlah merupakan Kedai Runcit Ah Seng yang tidak mempunyai rekod perakaunan yang sempurna dan Laporan Audit dan Kewangan dari 2013 hingga 2015 ada dalam website KTMB dan boleh di akses oleh semua pihak. Buka dan bacalah sendiri di sini, bodoh.

April 20, 2017

55 Walaupun @AzminAli 'Double Standard Kes Rasuah, @AdamRosly Tetap Didakwa @SPRMMalaysia Esok


Lihatlah video di bawah bagaimana sikap berpilih (doubke standard) Timbalan Presiden PKR, dalam mengulas isu rasuah. Di dalam ceramahnya Azmin Ali dengan keras menghukum Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dengan mengelar Bapa Perasuah Negara dan Perompak Nombor Satu Dalam Negara, walaupun Perdana Menteri tidak pernah didakwa dengan mana-mana dakwaan rasuah di mana-mana mahkamah di dunia. 

Sebaliknya apabila mengulas mengenai Ketua AMK Ampang yang disiasat dengan dakwaan rasuah, lain pula rentak bunyinya. Katanya, "Jangan kita hukum seseorang semata-mata siasatan sedang berjalan." Kepala hotak kau lah Azmin.


Sikap berpilih Azmin Ali ternyata tidak dapat menyelamatkan Adam Rosly. Esok jam 9.00 pagi Adam Rosly dijangka didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001. Maklumat terbaru, SPRM juga menyebut suruhanjaya itu turut menyita rumahnya di Ampang yang dibeli pada harga RM1.2 juta secara tunai.

Yang pasti kesian Adam Rosly, selepas beliau ditahan SPRM, Cabang PKR Ampang mengeluarkan Kenyataan Media menafikan ada hubung kait Adam Rosly dengan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Zakaria mahupun Menteri Besar Selangor, Azmin Ais Krim, maaf typo Azmin Ali.

92 Parti Bebas Rasuah (PBR) Disaran Ditukar Kepada Parti Jual Jubin (PJJ)

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Datuk Mohammad Razin Abdullah menunjukkan gambar premis dan bilik pameran menjual jubin tiga tingkat, yang didakwa menjadi lokasi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Parti Bebas Rasuah (PBR), melalui telefon bimbitnya ketika satu sidang akhbar.

Maklumat yang tidak sahih mengesahkan bahawa ROS akan mencadangkan Parti Bebas Rasuah (PBR) ditukar kepada Parti Jual Jubin (PJJ) dan Presidennya yang baru merampas parti politik berkenaan, Datuk Ezam Mohd Nor berpeluang mempunyai tempat yang lebih luas untuk menyimpan kotak-kotaknya.


April 19, 2017

81 Ucapan Ahok Di Pasca Kekalahan Jawatan Gabenor Jakarta


Banyak yang boleh kita pelajari dari pilihanraya Gabenor Jakarta kali ini. Sekali lagi, populariti di media sosial bukanlah merupakan indikator yang betul. Sama seperti apa yang terjadi di dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang lepas.

Kemenangan Anies Baswedan sebagai Gabenor Jakarta menunjukkan wang kapitalis Cina yang menguasai jentera propaganda media kovensional dan media sosial Indonesia masih gagal menumpaskan gerakan akar umbi orang Islam di Jakarta.

Apa yang menarik dan dapat dijadikan pedoman untuk Rakyat Malaysia adalah peribadi Ahok Mantan Gabenor Jakarta yang tewas. Di dalam ucapan kekalahannya, beliau meminta agar para penyokong beliau terus bagi sokongan kepada pimpinan baru.

Tidak seperti di Malaysia, apabila pembangkang kalah di dalam pilihanraya, mereka akan mencari 1,001 alasan demi alasan. Dan alasan yang diberikan diletakkan di bahu pihak yang memenangi pilihanraya iaitu Kerajaan yang memerintah.

Apa yang tidak disalahkan oleh pembangkang Malaysia. Pelbagai tuduhan dikempar dan tiada bukti diberikan. Kita tidak luoa dengan fitnah Bangla dibawa masuk untuk mengundi, 'blackout'  atau lampu dipadamkan di pusat mengundi untuk memalsukan undi, dakwat kekal disalahkan malah sperma pemimpin mereka berada di dalam dubur orang lain pun DS Najib Tun Razak juga yang salah. Inilah pembangkang yg paling jahil mukarrab di dunia.

Sila baca ucapan Ahok di bawah ini:
"Pertama, saya mau sampaikan terima kasih kepada kepolisian, TNI, tentu semua pihak, KPU maupun Bawaslu, juga ketua-ketua partai maupun relawan, termasuk media yang telah mendukung berjalan dengan baik. Jakarta bisa begitu baik.
Tentu kami harapkan ke depan, kami ingin semua lupakan persoalan selama kampanye dan Pilkada, karena Jakarta ini rumah kita bersama. Karena Jakarta ini kita bangun bersama.
Kami tadi, saya sudah sampaikan ke Pak Djarot, kami masih ada enam bulan sampai pelantikan. Kami akan bekerja dengan cepat, dengan baik, meletakkan dasar-dasar. Kami akan berusaha melunasi PR-PR, janji kami. Tentu tidak mungkin selesai PR-PR itu. Kita harapkan nanti Pak Anies dan Pak Sandi bisa meneruskan dengan baik.
Nah itu yang kita harapkan. Kepada pendukung kami, kami mengerti pasti sedih, kecewa, tapi nggak apa-apa, percayalah bahwa kekuasaan itu Tuhan yang kasih dan Tuhan yang ngambil. Jadi tidak ada seorangpun bisa menjabat tanpa seizin Tuhan. Jadi semua nggak usah terlalu dipikirkan.
Ini sangat baik, kami akan bekerja de
ngan cepat untuk enam bulan, kami akan terus bekerja, kami akan fokus mengejar PR tadi. Dan kami terbuka untuk Pak Anies dan Pak Sandi untuk minta data, apa saja. Kan open government.
Selamat untuk Pak Anies dan Pak Sandi, dan seluruh timses pendukung. Kita semua sama, kita ingin Jakarta baik, karena Jakarta rumah kita bersama. Terima kasih semua."

50 Gara-Gara Gambar-Gambar Bercumbuan, @dyanasmd Tukar Gambar Profil, Namun Teruk Dikecam Netizan


Bekas calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofea hari ini telah menukar gambar profil di laman sosial Facebook beliau kepada imej wanita Melayu terakhir gara-gara tersebarnya gambar-gambar itim beliau dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sejak semalam.

Walau bagaimanapun, tindakan beliau ini jelas hanya hipokrit semata-mata telah mendapat kecaman daripada netizen yang membuat komen di Facebook beliau.





59 SUK Parti Bunga Keluar Partipun Buat Sidang Media, Gedik Betul


Semalam di media sosial heboh dengan mesej di bawah:

As'Salam dan Salam Sejahtera, pohon liputan program spt berikut:

PENGUMUMAN KELUAR PARTI OLEH PIMPINAN TERTINGGI PARTI BUNGA
Rabu (19 April 2017)
Jam 11 pagi
Ballroom 2, Tingkat 9, Sunway Putra Hotel, KL
Terima kasih.

Apabila pertama kali membaca mesej di atas, ingatkan ada yang hendak buat lawak April Fool atau troll seseorang. Al maklumlah, mana ada penganut Parti Bunga memanggil dengan nama itu. Mereka lebih senang dengan nama PPBM atau Bersatu.

Apabila hari ini dalam Sidang Media mengesahkan bahawa yang meletakkan jawatan adalah Setiausaha Kerja (SUK) Parti Bunga, Cikgu Kamarulzaman Habiburrahman, yang juga Presiden Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), terasa lucu pulak.

Ya lah, kalau parti lain SUK tak penting pun di mata media. Tidaklah sampai gedik hendak mengelarkan diri sebagai 'Pimpinan Tertinggi'. Mungkin tidak ada jawatan yang benar-benar penting dalam Parti Bunga sehinggakan jawatan SUK pun dianggap penting atau semua dalam Parti Bunga gila kuasa. Untuk rekod Cikgu Kamarulzaman juga merupakan Ketua Bahagian Teluk Kemang dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat.

821 ahli GKCM dikatakan akan turut menyertai Cikgu Kamarulzaman meninggalkan parti PPBM bekuatkuasa serta merta. Kumpulan ini meninggalkan Parti Bunga tidak sampai setahun ditubuhkan kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.



107 Lagi Gambar-Gambar @Zairilkj dan @Dyanasmd Bersukaria

Mereka dakwa gambar pemimpin DAP yang disiarkan semalam 'superimposed', kita tambah lagi gambar-gambar terbaru. Mereka kata pemimpin DAP berkenaan sudah berkahwin senyap-senyap. Saya kata baguslah. Beromenlah di rumah. Tidak perlu lakukan di khayalak ramai.










Ini pula komen daripada tuan punya diri, Dyana Sofea.



April 18, 2017

87 Adakah Ini Gambar-Gambar Intim Terbaru @zairilkj Dan @dyanasmd ?





Kalau betullah ini gambar-gambar terbaru dua pemimpin DAP, Khairil Khir Johari dan Dyana Sofea yang terbaru yang viral di media-media sosial, kita harapkan kedua-dua mereka agar bernikah sahaja dan elakkan membuat dosa. Patutlah pemimpin-pemimpin DAP begitu istiqamah menolak pindaan Rang Undang-Undang 355.

Jadi sekarang baru saya faham apa yang dimaksudkan oleh Kharil Khir Johari dengan Maqasid Shariah versi DAP. Teringat kata-kata lebih kurang begini, "looks like me, kiss like me, drink like me, maybe fuck like me, BUT is not fucking me."

April 17, 2017

106 @EzamNor Curi Parti Orang Untuk Jalankan Agenda Banteras Rasuah?




Macam-macam perangai ahli politik di Malaysia. Ingatkan projek sahaja yang boleh dicuri. Rupanya parti politik pun boleh dicuri jugak. Ironinya, orang yang mencuri parti politik ini bertegas menjalankan agenda banteras rasuah! Kepemimpinan asal Parti Generasi Baru (PGB) mendakwa partinya telah dirampas oleh Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan DS Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) seperti yang diumumkan awal bulan ini.

Presidennya, Datuk G Kumar sebentar tadi dalam Sidang Media berkata, perkara itu berlaku tanpa pengetahuannya kerana tiada sebarang mesyuarat atau notis dibuat selain tanpa persetujuan lebih 300 ahli. Beliau menjelaskan, pihaknya telah membuat laporan polis dan membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjalankan siasatan lanjut kerana telah melanggar perlembagaan parti dan undang-undang agensi itu.

Pengasas PBR, S Gobi Krishnan yang telah digantung keahliannya sebagai Setiausaha Agung PGB pada bulan lalu telah melanggar perlembagaan parti dengan melantik jawatankuasa baharu tanpa memberi notis panggilan mesyuarat kepada Presiden. Eloklah tu, pencuri mencuri untuk mencegah rasuah. Eloklah Datuk Ezam Kotak dan DS Khairuddin Botox menukar sahaja nama parti kepada Parti Bebas Rembat atau Parti Baru Rampas.

27 Tun Dr Mahathir Hanya Membisu Sekiranya Projek Kerajaan Menguntungkan Kroni


Serangan dan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad bertali arus terhadap usaha pelaburan yang dijalankan oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Kritikan paling popular terhadap pelaburan China ke Malaysia dengan mendakwa DS Najib Tun Razak tergamak menjual kedaulatan Malaysia kepada China.

Tun Dr Mahathir sebelum ini mengkritik projek Forest City di Johor yang dibangunkan oleh syarikat Country Garden Pacific View. Tun Dr Mahathir hanya mencipta ketakutan dan mempergunakan isu perkauman untuk mencapai matlamat politik. Selepas itu, Tun Dr Mahathir membidas pula projek mega Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dianugerahkan kepada China Communications Construction Company (CCCC).

Terbaru, Tun Dr Mahathir mengkritik projek mega Melaka Gateway bernilai RM43 bilion sebagai satu lagi petanda Kerajaan Persekutuan menyerahkan kedaulatan negara kepada China demi manfaat politik jangka pendek. Projek itu adalah usaha sama KAJ Development Sdn Bhd milik kerajaan negeri Melaka dan syarikat jana kuasa gergasi PowerChina International.

Namun, selepas DS Najib Tun Razak pulang dari lawatan ke India dengan membawa balik hasil sebanyak 31 Memorandum Persefahaman (MoU) sekitar RM160 bilion, Tun Dr Mahathir diam membisu. Antara yang menjadi tumpuan adalah projek bandar pembangunan bersepadu bandar maritim di Pulau Carey antara MMC Port Holdings Sdn Bhd, Sime Darby Property Berhad dengan Adani Ports dan Special Economic Zone Limited untuk tempoh 30 tahun.

Tun Dr Mahathir tiba-tiba sahaja menjadi bisu dan tidak mengkritik projek mega hasil pelaburan dengan India seperti mana beliau mengkritik pelaburan China ke Malaysia. Timbul persoalan, adakah kritikan beliau hanya tertumpu kepada projek yang tidak melibatkan kroni-kroninya sahaja? Seperti sedia maklum bahawa MMC Port Holdings Sdn. Bhd. adalah milik TS Syed Mokhtar Al-Bukhary.

DS Najib Tun Razak pernah berkata pemimpin pembangkang kerap mengadakan misi ke luar negara, tetapi agenda mereka adalah untuk memburukkan negara dengan mensabotaj ekonomi Malaysia. Ini berbeza dengan lawatan rasmi DS Najib Razak bersama menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan ke luar negara yang bermatlamat meningkatkan kerjasama dua hala dan meneroka peluang baharu dalam pelbagai sektor.

Selain itu, lawatan berkenaan untuk mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara serta membuka peluang pelaburan kepada syarikat Malaysia sekali gus dapat mengembangkan perniagaan ke pasaran yang lebih luas di luar negara, terutama negara dilawati.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng suatu ketika dahulu dengan bangganya mengeluarkan kenyataan bahawa Pulau Pinang adalah destinasi pilihan pelabur asing, tetapi hakikatnya hari ini, banyak pelabur asing meninggalkan Pulau Pinang. Lim Guan Eng juga mengubah rentak bicaranya dan penyokongnya menuduh bahawa kerajaan menjual negara apabila banyak pelaburan asing masuk ke Malaysia sedangkan ia memberi manfaat kepada rakyat dan syarikat Malaysia menerusi pelaburan hampir RM569.4 bilion di luar negara.

Mengikut logik yang diguna pakai pembangkang, negara mana yang jual maruah dan kedaulatan mereka kepada Malaysia? Wujud juga segelintir pihak yang kerap mengatakan Malaysia ini sebuah negara gagal. Sekiranya gagal seperti dakwaan pembangkang, dalam tempoh dua tahun ini, Malaysia telah menerima kunjungan daripada pelbagai ketua negara, antaranya Presiden Perancis (Francois Hollande), Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Presiden Filipina (Rodrigo Duterte), Presiden Amerika Syarikat (bekas Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama) dan Perdana Menteri Singapura (Lee Hsien Loong).

Malaysia juga diterima baik di China, Jepun, Indonesia, Jerman dan banyak negara lain dengan lawatan ke negara terbabit mencapai hasil kerjasama yang bakal menguntungkan Malaysia, contohnya perjanjian bersama Aramco (pengeluar minyak terkemuka Arab Saudi, Saudi Aramco), bernilai RM31 bilion dan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bersama China yang bernilai RM144 bilion.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diper­kenalkan kerajaan telah berjaya mencipta 2.94 juta peluang pekerjaan dan meningkatkan RM36,299 pendapatan per kapita sekali gus meningkatkan pelaburan swasta kepada RM114.8 bilion. Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semakin me­ningkat sehingga 4.5 peratus pada suku keempat tahun lalu selain pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan jumlah RM207.9 bi­lion iaitu peningkatan 11 peratus berbanding 2015.

Eksport negara pula merekodkan peningkatan sehingga 13.6 peratus pada Januari lalu. Sektor pelancongan juga me­ningkat sebanyak 18.8 peratus daripada RM69.1 bilion pada 2015 kepada RM82.1 bilion pada 2016 selain nisbah hutang negara berbanding KDNK bertambah baik daripada 54.5 peratus menurun kepada 52.7 peratus pada akhir 2016.

Berdasarkan fakta diberikan, tidak wajar Malaysia digelar sebagai negara gagal seperti yang dicanang oleh pembangkang dan masih banyak yang boleh dilakukan dalam merealisasikan potensi Malaysia. Pihak pembangkang adalah pengkianat negara kerana dengan sengaja berusaha untuk mensabotaj ekonomi negara semata-mata mahu melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara gagal di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

April 16, 2017

75 Peter Chong Sudah Ditemui Selamat, Tahniah @PDRMsia cc. @KBAB51


Yang dikatakan hilang sudahpun dijumpai. Pembantu Ahli Parlimen R Sivarasa, Peter Chong tiba daripada Kuala Lumpur dari Pattaya, Thailand, petang tadi, tanpa sebarang kecederaan. CTS ada membuat posting mengenai kehilangannya beberapa hari lepas di sini, dan menasihatkan orang ramai agar tidak gusar dan bimbang sekiranya beliau hanya ke Thailand.

Semasa 'kehilangan' beliau beberapa hari lepas, imej Polis Di Raja Malaysia menjadi permainan pembangkang. Jadi janganlah mengharapkan pihak pembangkang akan meminta maaf dengan 'penemuan' semula ini. Mungkin Peter Chong ada hal peribadi di Pattaya, Thailand sehingga tidak dapat memberitahu pemergiannya ke situ kepada keluarga beliau.

Nota Kaki: Selain daripada aktiviti pesta air di seluruh Thailand sejak beberapa hari ini yang berakhir semalam, Pattaya juga terkenal dengan aktiviti 'shemale' dan 'gayboy'. CTS tidaklah menuduh apa-apa, sekadar memberitahu fakta sahaja.

108 Saman Retorik Ezam Kotak Tidak Berasas Sama Sekali


Kita amat kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Presiden Baru Parti Tanpa Rasuah, Ezam Mohamad Noor yang menyaman Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak. Ini adalah kerana dengan berkotak-kotak bukti rasuah yang dikatakan dimiliki oleh Ezam sejak dulu, dakwaan beliau hanyalah bertumpu kepada salinan fitnah yang diperolehi daripada The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report sahaja.

Ezam Mohd Noor tidak mempunyai locus standi untuk menyaman Perdana Menteri walaupun sebagai pembayar cukai. Perdana Menteri tidak mempunyai kaitan secara langsung dalam perjalanan operasi dan perniagaan yang dijalankan oleh 1MDB.

Ini disahkan dalam laporan 106 mukasurat Public Accounts Committee (PAC) Parlimen Malaysia. Malah, salah seorang anggota PAC yang merupakan Ahli Parlimen (MP) DAP Kepong, Tan Seng Giaw juga turut menyatakan bahawa tidak ada asas untuk mendakwa atau menuduh Perdana Menteri bersalah dalam isu 1MDB.

Transaksi usahasama perniagaan 1MDB yang disebut dalam saman Ezam Md Noor adalah transaksi yang sama disebut dalam Kes Saman Sivil DOJ Amerika Syarikat. Namun, 1MDB telah berulang kali menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak kehilangan sebarang wang dari transaksi usahasama tersebut.

Sebagai contoh, dalam usahasama bersama Petro Saudi, 1MDB telah mendapatkan kembali wang modal yang dilaburkan berserta keuntungan sebanyak RM1.98 billion. Jadi, jika terdapat kehilangan wang, nyata dan jelas bahawa wang tersebut bukanlah wang 1MDB. 

Tambahan lagi, bebanan yang ditanggung oleh 1MDB sebelum ini adalah berpunca dari masalah pengurusan dan tadbir urus korporat yang lemah oleh pihak pengurusan sebelum ini. Tidak ada sebarang bukti penglibatan, penyalahgunaan kuasa ataupun penyelewengan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

Dalam minit mesyuarat yang dikemukan kepada Jabatan Audit Negara dan PAC, Ahli Lembaga Pengarah 1MDB juga telah bertindak tegas dengan menyoal, memberi teguran dan memberikan arahan kepada pihak pengurusan 1MDB untuk memastikan perjalanan syarikat lebih teratur dan profesional.

Melalui beberapa langkah strategik dan penstrukturan semula, 1MDB telah berjaya membayar kembali kesemua hutang jangka pendeknya. Malah, beberapa hari lalu kita saksikan 8 buah pengkalan udara baru yang lebih moden dan selesa telah hampir siap dibina sepertimana perjanjian 1MDB dengan Kerajaan sebelum ini.

Keseluruhan pembinaan ini menelan belanja hampir RM2.7 billion. Secara logiknya, jika benar 1MDB kehilangan wang sebegitu banyak, ianya tidak akan mampu melaksanakan komitment sebesar ini. Dan tuntutan Ezam Mohd Noor bahawa beliau sebagai pembayar cukai dan seorang rakyat ‘bakal menanggung kerugian’ adalah tidak berasas sama sekali.

Nota Kaki: Inilah kerja Malaysiakini, menipu, sebarkan fitnah, lepas itu mintak maaf. Senang saja menulis, "We apologise for the error in the article ‘Swiss AG says no MLA request from Malaysia over SRC." Damage has been done.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates