December 31, 2016

71 @AzminAli Ada Sehingga 13 Januari Untuk Minta @JAISelangor Haramkan BR1M



Sehubungan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am Parti Cap Bunga Raya bahawa BR1M adalah rasuah, Menteri Besar Selangor, DS Mohamed Azmin Ali bersetuju bahawa program BR1M adalah satu bentuk sogokan. Nasib Menteri Besar Selangor adalah baik. Ini berikutan tindakan Kerajaan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran dan kemaskini maklumat BR1M kepa 13 Januari depan. 

Menteri Besar Selangor mempunyai masa untuk meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengeluarkan fatwa dan mengezetkan pengharaman BR1M sesuai dengan fatwa Mursyidul Am Parti Cap Bunga Raya yang dipersetujuinya. Azmin Ali juga boleh segera melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tindakan dapat diambil ke atas Kerajaan Pusat dan semua nama-nama penerima BR1M di negeri Selangor dapat dikeluarkan.

Bayangkan berapa banyak Kerajaan Pusat boleh berjimat dengan tindakan Menteri Besar Selangor ini. Ini kerana negeri penerima terbesar BR1M sepanjang 3 tahun ini adalah Selangor. Jumlah penerima BR1M di Selangor adalah paling ramai dalam negara sejak tahun 2014, iaitu seramai 987,757, 1,066,359 pada tahun 2015 dan 1,017,403 pada tahun 2016.

December 30, 2016

53 Parti PAN Dan DAP, Mana Satu Idaman Ezam Kotak

Bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor mengesahkan beliau keluar Parti Cap Bunga Raya hari ini. Ianya hanya berlaku selepas tiga bulan beliau memohon menyertai parti yang ditubuhkan itu setelah meninggalkan UMNO.

Ezam yang terkenal dengan panggilan Senator Kotak dikritik hebat oleh netizen sejak akhir-akhir ini apabila beliau sanggup menjilat kembali ludah terhadap Pengerusi Parti Cap Bunga Raya,Tun Dr Mahathir Mohammed yang kononnya beliau mempunyai bukti dakwaan rasuah Tun Dr Mahathir yang berkotak-kotak.

Ezam sekarang sudah kehabisan parti untuk disertai. PKR, UMNO dan Parti Cap Bunga Raya sudah ditinggalkan. PAS tidak sanggup menerima satu lagi pemimpin katak setelah serik dengan Datuk Ibrahim Ali. Yang tinggal hanyalah parti PAN dan DAP. CTS rasakan beliau amat sesuai dengan parti DAP yang lidah bercabang.

December 29, 2016

104 Tun Dr Mahathir Kata BR1M Rasuah, @AzminAli Setuju, @DrWanAzizah Tak Setuju, @MuhyiddinYassin Diam Terus



Timbalan Presiden PKR dan juga Menteri Besar Selangor, DS Mohamed Azmin Ali hari ini bersetuju dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, dan berkata program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) suatu bentuk sogokan.

Mungkin Azmin Ali terlupa Kerajaan Selangor juga banyak berjanji untuk memberikan bantuan kepada Rakyat Selangor, tetapi kebanyakan bantuan yang dijanjikan masih belum ditunaikan. Adakah bentuk bantuan yang dijanjikan kepada Rakyat Selangor ini juga merupakan satu bentuk rasuah? Ini adalah beberapa contoh bantuan yang dijanjikan, dan sebahagian daripadanya masih janji tinggal janji.
  • Hadiah RM1,000 kepada anak Selangor yang diterima ke Institut Pengajian Tinggi.
  • Bantuan atau biasiswa kepada anak-anak Selangor di semua peringkat pendidikan.
  • Tabung permulaan RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.
  • Kurangkan beban Ibu Bapa yang menghantar anak ke nurseri tanpa had bilangan dengan subsidi sebanyak RM50 ke RM100 seorang.
  • Elaun khas RM150 ke RM250 untuk wanita tanpa kerja tetap yang jadi surirumah bagi jaga anak bawah 12 tahun.
Bagi Rakyat Selangor CTS nak tanya, anda semua merasakah apa yang dijanjikan oleh Pakatan Selangor ini sejak dijanjikan 2008? Kalau anda pernah merasa atau tidak, adakah anda berpendapat bentuk bantuan yang dijanjikan ini bukan rasuah kalau Azmin Ali kata BR1M itu satu sogokan atau rasuah?

Azmin Ali berkata, baca di sini, "RM600 boleh habis dalam masa 2 hari. Itu sogokan politik oleh Putrajaya." Apa yang Azmin Ali terlupa adalah Selangor bagi Warga Emas duit belanja RM100 untuk setahun membeli belah di pasaraya Giant. 30 minit sudah habis duit itu digunakan. Bodoh punya Menteri Besar.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak bersetuju kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa BR1M disifatkan sebagai rasuah. Menurutnya, apa sahaja yang diberikan Kerajaan perlu disalurkan kepada Rakyat, itu bukan rasuah. Ia adalah hak mereka untuk mendapatkannya. Baca di sini.


Manakala Presiden Parti Cap Bunga Raya pula langsung tidak bersuara mengenai BR1M. Bersetuju tidak, membangkang tidak. Mungkin beliau terkenangkan kenyataan beliau dahulu seperti di bawah atau mngkin beliau sibuk dengan urusan peribagee, maaf ... peribadi kot?

35 Hadiah Tahun Baru 2017 Dari DS @AzminAli - Cukai Tanah Pertanian Naik Hampir 200%


Semalam kita dihidangkan dengan drama sinetron dari Ahli Parlimen Pandan yang kononnya Kerajaan Pakatan Harapan Selangor berbesar hati untuk mengadakan Bazar Rakyat Pandan dengan mengadakan gerai percuma. Baca di sini. Hari ini, Rakyat Selangor mendapat satu lagi perkhabaran gembira. 

Cukai tanah pertanian untuk tahun 2017 telah dinaikkan hampir 200%! Cukai tanah pertanian untuk tahun 2017 ialah tanah RM89 dan parit RM18, kesemuanya berjumlah RM107. Berbanding tahun sebelumnya tanah RM33 dan parit RM18 yang membawa jumlah RM51.

Tahniah Rakyat Selangor. Undi Pakatan Harapan cukai negeri naik.

10 Senada Dengan Bapanya, @MukhrizMahathir Pula Pertikaikan BR1M


Semalam, Mantan Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Mahathir mempertikaikan BR1M. Katanya di laman sosial Twitter, apa telah jadi kepada ekonomi berpendapatan tinggi sekiranya ramai Rakyat yang menerima BR1M. Kenapa Timbalan Pengerusi Parti Cap Bunga Raya tidak berfikir dengan lebih positif bahawa kemampuan Kerajaan untuk membayar BR1M kepada Rakyatnya setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan ekonomi Kerajaan adalah stabil dan kukuh. Salahkah Kerajaan berkongsi pendapatan negara dengan Rakyatnya yang memerlukan?

DS Mukhriz Mahathir pernah menjadi Ahli Parlimen Jerlun sejak 2008. Sejak 2013, beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam dan Menteri Besar Kedah. Adakah beliau berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Parlimen dan kawasan DUN beliau selama mana beliau menjadi Wakil Rakyat di kawasannya. Adakah beliau berjaya membangunkan Kedah lebih hebat dari negeri-negeri lain di Malaysia? Mungkin sekarang DS Mukhriz Mahathir terlupa dan mengkritik BR1M kepada Rakyat tetapi arkib Utusan Malaysia tidak pernah lupa beliau hadir di majlis pemberian BR1M di kawasan parlimennya. Dulu lain, sekarang lain.


December 28, 2016

68 Bazar Rakyat Pandan - Wayang Tinggi Produksi Dari @RafiziRamli


Rafizi Ramli di dalam laman sosial Facebook beliau telah mewar-warkan bahawa beliau akan melaksanakan Bazar Rakyat untuk sambutan ambang 2017. Sekali imbas nampak seperti kebaikan yang bakal dilakukan oleh Ahli Parlimen Pandan ini. 

Tujuannya untuk menunjukkan kepada Perdana Menteri kononnya ada caranya Kerajaan boleh membantu mengurangkan harga barang. Namun, beberapa persoalan timbul mengenai niat dan tindakan Ahli Parlimen Pandan ini.

Pertama, bukankah Pandan sebahagian daripada Parlimen di dalam negeri Selangor? Bolehkah peniaga berniaga di dalam Selangor tanpa lesen walaupun hanya sehari? Kalau boleh dan dilihat boleh mengurangkan harga barang, kenapa cukai dan lesen perniagaan di Selangor tidak dihapuskan.

Kedua, Ahli Parlimen Pandan mengadakan gerai percuma selama satu hari sahaja. Kenapa tidak dilanjutkan selama mana Kerajaan PKR dan DAP memerintah? Setidak-tidaknya sehingga Pilihan Raya Umum akan datang?

Ketiga, untuk pengetahuan Rafizi Ramli, idea berniaga gerai dan bazar terbuka ini telah lama dijalankan di Negeri Sembilan. Menteri Besarnya telah mengarahkan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menganggu peniaga yang ingin berniaga di jalanan asalkan tidak menganggu lalu lintas. Adakah Selangor juga bertindak sedemikian?

Keempat, Rafizi Ramli mensyaratkan agar setiap makanan yang dijual adalah bernilai RM5 ke bawah dan tidak mengenakan GST? Sejak bila pula peniaga kecil dengan jualan tahunan di bawah RM500,000 dikenakan GST?

Kelima, Kerajaan Negeri Selangor adalah antara negeri yang menaikkan lesen perniagaan di beberapa PBT di Selangor yang mendadak sehingga 400 peratus sejak 2013 terutama bagi yang melibatkan perniagaan kecil dan sederhana. Minta Rafizi Ramli hentikanlah wayang pacak yang cuba beliau mainkan dengan mengadakan gerai percuma selama sehari. Hapuskan dulu atau turunkan dulu lesen perniagaan di Selangor sebelum bercadang untuk mengajar Perdana Menteri.

December 27, 2016

51 Carca Merba Parti Cap Bunga Raya Isu Ketua Srikandi


Kenyataan Setiausaha Agung Parti Cap Bunga Raya semalam yang disiarkan oleh ahli tegar parti dirujuk. Marilah kita bersama-sama mengkaji bagaimana carca merba dan putar belit isu Ketua Srikandi diulas oleh Setiausaha Agung Parti.

Pertama, cuba lihat No. 1, baris ke 3 - "PPBM masih belum menubuhkan sayap Srikandi."

Kedua, cuba lihat No. 3, baris 1 - "MPT akan menubuhkan sayap Srikandi dalam masa terdekat."

Ketiga, cuba lihat No. 4, baris 1 - "Adalah diharapkan ahli-ahli PPBM terutamanya Srikandi dapat bertenang."

Dalam ketiga-tiga kenyataan dalam satu Kenyataan Media amat mengelirukan dan carca merba, "masih belum menubuhkan sayap", "akan menubuhkan sayap" dan adalah diharapkan ahli-ahli PPBM terutama Srikandi" yang mana satu yang betul ni?

Kita faham, parti 'bodoh' (mengikut kata Ainina) ini masih di peringkat tajaan. Pengerusi (Penaja), Presiden (Penaja) dan Timbalan Presiden (Penaja). Setakat ini hanya kenyataan rasmi oleh Setiausaha Agung (Penaja) dan Ketua Penerangan (Penaja) sahaja berhubung isu ini. Selagi belum ada Mesyuarat Agung Parti, semuanya adalah 'syok sendiri'.


December 26, 2016

0 Siapa Lim Guan Eng Untuk Bercakap Mengenai Demokrasi? - Presiden MCA


Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Joseph Lim Guan Eng pada malam Hari Natal yang dipenuhi dengan ucapan politik yang negatif. DS Liow menemplak Lim yang mendakwa hak demokrasi di negara ini telah tidak dilindungi.

DS Liow mengingatkan Lim bahawa Hari Natal adalah hari perayaan keluarga yang diberkati dan disambut oleh Rakyat Malaysia secara aman. DS Liow berkata Lim sebaliknya telah memilih untuk bercakap mengenai Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal, selain membuat tuduhan bahawa prinsip demokrasi telah terhakis.

Ini bukan kali pertama bahawa pemimpin-pemimpin DAP telah menukarkan mesej perayaan ke dalam propaganda politik yang negatif. Ini dapat dilihat daripada video Tahun Baru Cina oleh Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan salam Hari Raya Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming di mana bendera Amerika telah digunakan.

DS Liow berkata Lim adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama yang mempunyai hubungan renggang dengan media Cina yang membantu beliau dalam pilihan raya umum lepas, sehinggakan beliau sanggup mengeluarkan kenyataan mengapa berita beliau sebagai Ketua Menteri tidak mendapat perhatian di dalam akhbar Cina.

Lim juga menurut DS Liow terkenal dengan tingkah laku yang tidak toleran dan ketidakupayaan untuk menerima kritikan di Pulau Pinang. Beliau pernah menyaman aktivis di Pulau Pinang tetapi kalah.



Beliau pernah disaman kerana mengeluarkan perkataan nenek kepada Ketua Pembangkang Pulau Pinang. Akibatnya, mahkamah telah memutuskan bahawa Lim harus membayar RM500,000 kepada Datuk Jahara Hamid.



DS Liow juga berkata, DAP tidak mempunyai pilihan raya langsung yang demokratik. Sistem pilihan raya DAP hanya merupakan ahli memilih sekumpulan pemimpin ke dalam Jawatankuasa Pusat Eksekutif (CEC), yang kemudiannya membuat keputusan mengenai pelbagai jawatan. 

Oleh itu, Lim tidak layak bercakap mengenai demokrasi. Di dalam DAP, seorang ahli boleh mendapatkan undi tertinggi di dalam CEC, tetapi ahli berkenaan tidak akan menjadi Setiausaha Agung DAP. Jika dibandingkan dengan parti MCA, di bawah sistem pengundian baru MCA, 33,000 perwakilan akan memilih presiden parti "dan tidak 20 ahli CEC" seperti yang diamalkan oleh DAP.

61 Ainina Didakwa Digugur Jawatan Ketua Srikandi Sebab Isu Sex, Bagaimana Dengan Presiden Parti?


Menurut laporan Free Malaysia Today, baca di sini, Ketua Srikandi Parti Cap Bunga Raya, Anina Saadudin berkata, keputusan itu boleh dikaitkan dengan dakwaan beliau terbabit dalam 'skandal mesej seks' dengan bekas pembantunya.

Selepas membaca apa yang Anina katakan selepas pemecatan beliau bahawa, "Hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh," CTS merasakan Ainina mempunyai pemberat dalam kes ini. Mari kita pertimbangkan kes ini dengan teliti. 

Skandal seks yang kononnya dilakukan oleh Ainina adalah berdasarkan kepada teks perbualan media sosial Whatsapps, yang kita tahu amat sukar untuk disahkan dan amat senang untuk dipalsukan. Tiada video dikeluarkan oleh mana-mana pihak seperti kes skandal seks seorang Ketua Umum sebuah parti yang terkenal suatu masa dulu bertajuk "China Doll".

Manakala, bagi Presiden Parti TS Muhyiddin Yassin (TSMY) pula, skandal seks beliau adalah berdasarkan Surat Akuan Berkanun yang ditandatangani (Statutory Declaration) yang disediakan sendiri oleh suami Nika Gee, yang merupakan seorang peguam dan bekas Timbalan Pendakwaraya. Surat Akuan Berkanun tersebut telah digunakan secara rasmi di dalam kes penceraian Nika Gee dan suaminya di mahkamah.

Untuk rekod, TSMY tidak pernah menyaman suami Nika Gee mengenai dakwaan seks dengan isterinya yang dinyatakan di dalam Surat Akuan Berkanun tersebut. Cumanya, persamaan di antara skandal seks Ainina dan TSMY adalah kedua-dua mereka tidak pernah menyangkal terjadinya skandal seks berkenaan.

Anina mungkin mempunyai kes untuk merasakan bahawa beliau telah teraniaya dalam kes ini. Mungkin beliau merasakan beliau telah dilayan secara tidak adil oleh pihak parti 'bodoh'. Atau adakah Parti Cap Bunga Raya membeza-bezakan skandal seks ahli parti lelaki dan wanita mengikut standard piawai mereka?

December 25, 2016

24 Mesej Hari Natal Setiausaha Agong DAP Penuh Kebencian Dan Fitnah




Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merupakan Setiausaha Agong DAP, Joseph Lim Guan Eng semalam di laman sosial Facebook beliau telah mengeluarkan mesej Hari Natal kepada seleruh penganut Agama Kristian di Malaysia. Mesej yang penuh kebencian, hasutan, tohmahan dan fitnah ini amat janggal diucapkan oleh seorang pemimpin seperti beliau. Sebagai seorang yang beragama Kristian, Joseph Lim Guan Eng seharusnya lebih menghormati perayaan pada hari ini.

Beliau mengungkapkan Malaysia sebagai "Negara yang gagal (failed state)" sedangkan beliau adalah seorang Ketua Menteri di dalam salah satu negeri di dalamnya. Beliau berterusan memainkan isu 1MDB yang kononnya korup sedangkan beliau mungkin terlupa, di saat ini beliau sedang menghadapi dua tuduhan rasuah.

Sekiranya Joseph Lim Guan Eng terlupa, kita ingatkan beliau kembali. Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd. 

Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada Phang dengan harga RM2.8 juta. Nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dengan Lim mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Siapa yang sebenarnya kaki rasuah Joseph Lim Guan Eng?

Akhir kata, Selamat Hari Natal buat semua penganut-penganut Agama Kristian dan Selamat Tahun Baru (kecuali kepada Joseph Lim Guan Eng). Merry Christmas. Ho Ho Ho!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates