December 2, 2016

31 Nine Million Viewers


Dear my beloved visitors, 

Some things haven't changed. The thrill of your visits, for example.

I've start this blog in June 2008. Its have been 8 years already. Since then, I never stop doing what I love most, blogging.

Some said the world of blogging has nearly come to the end. Well ... even people die eventually.

Until then, Que Sera Sera, The thrill isn't gone, baby.

Thank you from the bottom of my heart for the 9 million visits.

73 @cmlimguaneng Penipu, Ali Omar Yacoub Abbasi Bukan Imam Besar Masjid Al-Aqsa



Ketua Menteri Pulau Pinang berbohong apabila beliau mengatakan Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Ali Omar Yacoub Abbasi atau dikenali juga sebagai Sheikh Ali Al-Abbasi memuji Kerajaan DAP Pulau Pinang yang kononnya memertabatkan Islam dan adil kepada semua. Pertamanya, Ali Omar Yacoub Abbasi bukanlah Imam Besar Masjid Al-Aqsa seperti mana yang didakwa.

Sheikh Ali Al Abbasi adalah salah seorang Imam yang berkhidmat di Masjid Al-Aqsa, selain daripada 3 imam lain iaitu Sheikh Abu Yusuf Sneia, Sheikh Sa'eed Qalqeeli dan Sheikh Walid. Manakala Imam Besar Masjid Al Aqsa yang juga Mufti Besar Jerusalem adalah Muhamed Ahmad Hussein. 

Muhammad Ahmad Hussein adalah Imam Besar dan pengurus Masjid al-Aqsa dan telah diberikan peranan Mufti Besar Jerusalem pada tahun 2006 oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.Gambarnya adalah seperti berikut: 



Imam Masjid Al Aqsa, Ali Omar Yacoub Abbasi pernah sebelum ini datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak. Kita juga tidak tahu apa butiran pertemuan Ali Omar Yacoub Abbasi dengan Joseph Lim Guan Eng. 

Tiada kenyataan media dikeluarkan oleh Imam berkenaan. Yang pasti kalau dari mulut Joseph Lim Guan Eng, satu perkataan yang keluar dari mulutnya, 10 yang tidak boleh dipercayai. Sepanjang lawatan Ali Omar Yacoub Abbasi ke Malaysia pada 09/10/2015 yang lepas, tidak pernah sekali media Malaysia atau Pejabat Perdana Menteri memberi gelaran 'Imam Besar' kepada beliau.



Nota Kaki: Mendiang Lee Kuan Yew sudah lama menggunakan teknik pakai songkok untuk menipu orang-orang Islam di Singapura. Jadi tidak hairanlah kalau cara Joseph Lim Guan Eng memertabatkan Islam dengan menolak RUU 355 dan meluluskan segera RUU Penternakan Babi 2016!

December 1, 2016

22 Pengerusi BERSIH Berbohong Tidak Menerima Dana Dari Soros


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua orang kuat BERSIH iaitu Ambiga S dan Maria Chin Abdullah telah mengakui berulang kali secara terbuka menerima pembiayaan daripada Open Society Institute (OSI). OSI yang kini dijenamakan semula sebagai Open Society Foundation (OSF) dimiliki oleh George Soros, penyagak matawang kalau ikut kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Namun, secara tiba-tiba apabila Maria Chin Abdullah dibebaskan daripada tahanan SOSMA, Pengerusi BERSIH itu telah menafikan dana diterima daripada mana-mana yayasan dikaitkan dengan jutawan George Soros. Baca di sini. Katanya, "BERSIH tidak mengambil wang dari mana-mana Yayasan Soros. Mereka tidak percaya kepada saya".

Kenapa Maria Chin Abdullah hendak berdolak dalik sedangkan ini kenyataan beliau di laman sosial Facebook beliau tidak lama dulu:


Manakala kenyataan Ambiga S pula boleh dibaca di kitab suci pembangkang, Malaysiakini, di sini.


George Soros sebagai Pengerusi OSF pula boleh dibaca di sini.

25 Apa Agama Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah Sekarang?


Apabila Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah ditangkap dan ditahan lokap tempoh hari, terdapat perkhabaran daripada penyokong-penyokong BERSIH bahawa terdapat sejadah di dalam bag beliau yang dibawa ke dalam lokap. Mungkin kenyataan ini sebagai meraih simpati untuk menunjukkan bahawa Maria Chin adalah seorang yang warak. 

Pelik tapi benar. Di dalam bag ada sejadah dan bukan kain telekung. Kalau ada sejadah sekalipun dan tiada kain telekung bukan boleh sembahyang sebab Maria Chin tidak memakai tudung labuh dan pakaian menutup aurat untuk membolehkankan beliau terus bersolat selepas berwuduk.

Selepas beliau keluar dari tahanan, beliau melahirkan rasa kesyukuran dengan mengunjungi sebuah restoren 'Non-Halal" iaitu Restoren Hou Keng bersama-sama Tian Chua dan Elizaberh Wong. CTS bertanyakan tentang apa agama Pengerusi BERSIH sekarang kerana sebagai seorang Muslim, beliau diharamkan memakan makanan-makan berunsur babi yang terdapat di restoren berkenaan seperti contoh menu di bawah yang terdapat di restoren berkenaan.

Bagusnya opera Cina lakonan Maria Chin. Semasa di dalam lokap, minta Al Quran dari wakil SUHAKAM yang datang melawat. Bila keluar lokap, pergi makan di restoran yang menghidang babi.

36 Isu DS @Zahid_Hamidi Rasmi Kuil India Dimainkan Kembali Di #PAU2016



Pembangkang dan ProTun amat berminat mengulang-ulang cerita fitnah di media-media sosial. Ini termasuklah gambar dan video di atas yang kononnya, Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi jatuh murtad apabila merasmikan sebuah kuil Hindu. Sebenarnya CTS tidak berminat untuk mengulas isu gambar dan video berkenaan di atas. 

Ini disebabkan pertama, ianya merupakan isu lama bertarikh 21/07/2016 yang dimainkan kembali dan dan minion-minion pembangkang suka mengulang-ulang sesuatu fitnah rekacipta. Kedua, Timbalan Perdana Menteri mempunyai barisan cytro yang cukup dan berwibawa untuk menjawab isu berkenaan dirinya. Tidak perlu CTS terhegeh-hegeh ke hadapan mempertahankannya.

Cumanya, apabila dua tiga 'group whatsapp' yang memainkan kembali video berkenaan dan CTS tidak mempunyai masa untuk menjawab satu persatu, maka adalah menjadi tanggungjawab sosial CTS untuk memberi penerangan yang sewajarnya dengan membuat posting ini. Keduanya, posting ini sebagai arkib apabila minion-minion pembangkang mengulang kembali isu ini pada masa depan.

Sebenarnya, Timbalan Perdana Menteri merasmikan tapak sebuah kilang dan bukannya kuil Hindu. DS Zahid telah merasmikan majlis pecah tanah projek kilang minyak pelincir Hyrax Oil Sdn Bhd di Daerah Gampaha, kira-kira 25 minit perjalanan darat dari Colombo. Cytro pembangkang buat fitnah masukkan suara Tok Sami Hindu yang sedang berdoa dan kononnya rasmikan kuil Hindu. Di bawah adalah video penuh berita mengenai pembukaan kilang berkenaan yang disiarkan oleh TV1:


Ini pula adalah berita-berita mengenai pembukaan kilang berkenaan:



Untuk pengikut-pengikut pembangkang yang buta hati, permintaan CTS hanya satu, buatlah penyelidikan sedikit sebelum menyebarkan fitnah. Bukan susahpun hendak menggunakan fungsi "Google" di internet.

November 30, 2016

108 Lawak Peluru Hidup Maria Chin cc. @KBAB51 @PDRMsia



Sejak keluar daripada lokap tempoh hari, Pengerusi BERSIH semakin pandai berdrama. Lihat sahaja video daripada FMT di atas. Dalam masa 40 saat sahaja kita tahu Maria Chin Abdullah berbohong. Pertama, di dalam sampul surat yang Maria Chin terima terdapat satu kertas bertulisan. Yang pasti tulisan berkenaan ditujukan kepada "Marina & family", kenapa Maria Chin yang terasa?

Kedua, di dalam sampul surat kononnya surat layang terdapat bungkusan kecil yang kononnya terdapat bungkusan kecil yang belum dibuka. Dia sendiri kata, "I did not open it, maybe you can open now". Maksudnya, bungkusan kecil itu hanya dibuka di hadapan wartawan di dalam video di atas. Ajaibnya, sebelum bungkusan kecil itu dibuka, beliau telah terlepas cakap "what is inside its a live bullet"! 

Adakah penglihatan Maria Chin ada 'x-ray vision' ala Superman yang boleh melihat ke dalam bungkusan yang belum dibuka? Yang ini memang saya tabik dengan Maria Chin. Kehebatannya memanggil Sidang Media untuk memberitahu perkara yang bakal berlaku amat ajaib sekali. Dahsyat geng BERSIH ni.

53 @mukhrizmahathir Malu Guna Gelaran Timbalan Presiden Parti Cap Bunga Raya


Seperti sebuah lagu Indonesia Benci Tapi Rindu nyanyian Diana Nasution, Timbalan Presiden Parti Cap Bunga Raya, DS Mukhriz Mahathir seperti orang yang gila talak mencucapkan Selamat Bersidang kepada perwakilan Perhimpunan Agong UMNO (PAU). 

Mukhriz Mahathir di dalam laman sosial Instagram beliau tidak segan silu menggunakan hastag #PAU2016. Lebih mengejutkan, beliau masih lagi tergila-gila hendak menggunakan nama UMNO pada jawatannya. 

Bukan sekali tapi tiga kali nama UMNO digunakan pada jawatan sebagai bekas. Kenapa hina sangatkah kalau menggunakan nama jawatan Timbalan Presiden Parti Cap Bunga Raya? 

UMNO terus mara utk rakyat Malaysia.

November 29, 2016

31 Jurugambar ProTun Tiada Etika Kewartawanan, Sebarkan Kenyataan 'Off Record'

Perhimpunan Agong UMNO (PAU) baru sahaja bermula hari ini. Kebimbangan CTS telah bermula sejak semalam. Ini disebabkan oleh pihak urusetia PAU kali ini turut membenarkan seorang jurugambar terkenal yang kini merupakan ProTun dan penyokong kuat Parti Cap Bunga Raya memperolehi pas media dan bebas berada di mana-mana tempat di dalam PAU kali ini.

Kebimbangan tersebut berasas apabila maklumat 'off record' yang diperolehi oleh pihak Malaysiakini adalah dari video yang diperolehi daripada jurugambar berkenaan. Jurugambar berkenaan sememangnya tidak beretika apabila mendedahkan maklumat yang sepatutnya 'off record' daripada isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor.

Persoalan juga timbul bagaimana pihak urusetia menapis wartawan-wartawan dan jurugambar-jurugambar yang anti UMNO untuk hadir ke majlis terpenting UMNO ini. Tidak ada jurugambar lainkah yang layak dan cekap untuk mengambil gambar?

November 27, 2016

79 Apabila Pemimpin DAP Panggil Tun Dr Mahathir Bapa Ayam, Di Mana Suara Pembela Pemimpin Parti Cap Bunga Raya?



Apabila Shamsher Singh Thind, wakil DAP Bahagian Taman Chai Leng mengelarkan Pengerusi Parti Cap Bunga Raya, Tun Dr Mahathir sebagai Bapa Ayam pada Konvensyen DAP bertarikh 09/11/2016, masih belum kedengaran mana-mana pemimpin Parti Cap Bunga Raya yang kononnya cintakan Tun Dr Mahathir membela Mantan Perdana Menteri 22 tahun itu. 

Seburuk-buruk MIC dan MCA seperti yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir ketika memuji DAP baik, belum pernah seorangpun pemimpin-pemimpin MIC, MCA mahupun UMNO yang mengelarkan Tun Dr Mahathir sebagai Bapa Ayam mahupun pelacur.

Mana hero jaguh debat antara planet-planet galaksi, Syed Saddiq Palladium, mana jaguhan berkotak-kotak Ezam Mohd Noor, mana PERKASA, mana anak beliau sendiri yang kek hari jadi masih disuapkan oleh bapa beliau untuk keluar mempertahankan maruah Tun apabila dihina sebegini rupa. Dengan DAP, keseluruhan parti Cap Bunga Raya menikus dan telur tertelan masuk ke dalam kerandut!

Nasib baiklah Tun Dr Mahathir tidak dipelawa ke Persidangan Kebangsaan DAP minggu depan kerana Parti Cap Bunga Raya bukan parti komponen Pakatan Harapan, kata setiausaha organisasinya, Anthony Loke Siew Fook. Baca di sini. Kalau tidak entah apa sumpah seranah dikeluarkan ke atas orang tua itu oleh perwakilan DAP.

113 MCA Tidak Menentang RUU 355


Terdapat salah faham bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA menentang Rang Undang-Undang Memperkasakan Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016  atau RUU 355. Polemik isu ini menjadi semakin parah apabila DAP mengambil kesempatan mengapi-apikan parti MCA untuk keluar daripada komponen BN sekiranya RUU 355 ini diluluskan.

Semalam, Presiden MCA DS Liow Tiong Lai menegaskan bahawa partinya tidak menentang RUU 355 persendirian yang diusulkan PAS bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah. Menurut beliau, apa yang MCA mahukan adalah RUU 355 dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

RUU 355 bukanlah satu undang-undang baru. Ianya hanyalah merupakan pindaan kepada undang-undang Mahkamah Syariah yang telah wujud sejak 1965. Akta ini mula-mula dikanunkan pada tahun 1965 dan waktu itu, ia dikenali sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. 

Akta 355 adalah suatu akta untuk memberi bidang kuasa jenayah kepada mahkamah yang ditubuhkan bawah mana-mana undang-undang negeri bagi maksud membicarakan kesalahan jenayah bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah. Hukuman yang tersenarai dalam akta ini ialah denda RM1,000 dan penjara 6 bulan.

Pindaan yang pertama dilaksanakan pada tahun 1984 [yang dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984], untuk meluaskan lagi kuasa menghukum Mahkamah Syariah kepada tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.

Selepas itu, akta ini dipinda lagi pada tahun 1989 untuk diluaskan ke Sabah dan Sarawak [dinamakan sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 1989]. Pindaan terakhir berlaku pada tahun 1997, tetapi pada tafsiran sahaja, dan ia digelar Akta Tafsiran (Pindaan) 1997. Kesemua pindaan bermula tahun 1984, 1989 dan 1997 diusulkan oleh pihak kerajaan.

MCA sebagai parti yang berteraskan menjaga kebajikan Masyarakat Cina di dalam komponen BN pastinya meneliti RUU 355 ini dengan rapinya. Ianya mungkin tidak menjadi isu sekiranya pindaan ini dilakukan oleh Kerajaan seperti pindaan-pindaan yang lepas. Apabila RUU 355 ini diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang daripada parti PAS, tidak ada salahnya MCA membuat semakan rapi sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Untuk rekod, RUU 355 (Pindaan 2016) ini pastinya mengikut perlembagaan Malaysia dan ianya tidak melibatkan mana-mana penganut Agama lain di Malaysia. Ianya jelas diterangkan di muka surat hadapan usul pindaan berkenaan. RUU 355 ini hnaya bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates