October 29, 2016

21 Air Banjir Sudah Surut, Baru Nampak Lim Guan Eng Bawa Nasi Bungkus

Lim Guan Eng memang pelakon drama terbaik. Air telah lama surut hari ini baru nampak muka Ketua Menteri melawat kawasan. Itupun kawasan Taman Lumba Kuda dalam DUN Air Putih. Lebih tepat DUN tempat beliaulah.

Drama diteruskan dengan pemberian nasi bungkus. Mungkin nasi itik istimewa kegemarannya. Rumah yang dilawati ada di antaranya tidak dimasuki airpun. kawasan yang masih dipenuhi air banjir tidak dilawatinya.

Kedua, hanya satu nasi bungkus untuk sebuah rumah? Uncle yang dilawatipun nampak  macam tidak sudi dengan kedatangan Lim Guan Eng. Riak mukanya seakan berkata "What the f**k!" Manakala gambar kedua mungkin uncle itu berkata, "Lim, you balik Melaka lah."

19 Penang Banjir Lagi, Padan Muka, Ubah Lagi!

Tahniah warga Pulau Pinang. Pulau Pinang banjir lagi. Jalan Thean Teik, Lebuhraya Thean Teik, Jalan Masjid Negeri dan Farlim sudah banjir. Undi Ubah lagi. Biar Joseph Lim Guan Eng aka Tokong botakkan bukit-bukit lagi. Antara kawasan yang teruk dilanda banjir:

1. Jalan Thean Teik,  kawasan Lintang Kampung Melayu 1 dan Lintang Kampung Melayu 2, kenderaan ringan tidak dapat melalui kerana banjir kilat berkemungkinan longkang tersumbat.

2. Lebuh Raya Thean Teik (di hadapan Balai Bandar Baru) juga kenderaan ringan tidak dapat lalui. Air mungkin sedalam satu kaki.

3. Jalan P Ramlee juga kenderaan ringan tidak dapat melalui disebabkan kenaika  paras air di Sungai Pinang.

Selamat main air DAPians! Tokong cakap tak hujan tak ada banjir lah. YB Ng Wei Aik pulak cakap "40 years flood solved in 9 months". Ale Uto!

October 28, 2016

34 Betulkah Nurul Izzah Berkata PKR "Politik Nilai, Berteras Batas Moral Serta Etika"?


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di dalam laman sosial 'Page Facebook'nya mengeluarkan satu kenyataan yang boleh dianggap agak sinis kepada Ratu Naga,  atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah telah menyertai PKR. Penyertaannya dalam PKR ini diterima oleh Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamarudin dalam satu majlis ringkas baru-baru ini.

CTS tidak berminat menghurai pengenai kemasukan Ratu Naga ke dalam PKR. Cumanya, CTS lebih cenderung membicarakan sikap hipokrit pemimpin PKR apabila bercakap soal moral dan etika. Apabila Nurul Izzah Anwar menulis, "Biarlah kita menyerang dasar bukan keperibadian", apa yang terlintas di kepala adalah kes Mantan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim.


Malaysiakini bertarikh 23/08/2014, baca di sini, Presiden PKR yang juga ibu Nurul Izzah, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menafikan sebarang kempen serangan peribadi ke atas TS Khalid Ibrahim, sebaliknya semua dakwaan terhadap TS Khalid Ibrahim, kata Dr Wan Azizah adalah fakta kebenaran.


14/08/2015, tidak sampai setahun kenyataan Presiden PKR dibuat, Setiausaha Agong PKR dan parti telah memohon maaf kepada TS Khalid Ibrahim kerana mengeluarkan dokumen yang memfitnah beliau. Nurul Izzah boleh bersandiwara bercakap mengenai moral dan etika tetapi sejarah tidak dapat dibohongi. Beliau boleh memetik ayat-ayat Al Quran untuk menyokong kenyataannya, tetapi kita tahu siapa pemimpin-pemimpin PKR sebenarnya.

35 Buat DS @mohdshafieapdal Bandar Malaysia Masih Milik Negara



Bersemangat Presiden Parti Warisan Sabah, DS Mohd Shafie Apdal mendakwa bahawa 60 peratus saham Bandar Malaysia telah dijual kepada China di dalam Dewan Rakyat dan juga di salah satu ceramah beliau yang dirakamkan seperti di atas.

Kerajaan Malaysia masih memiliki kepentingan 76 peratus di Bandar Malaysia. Daripada 60 peratus saham yang dijual kepada China iaitu konsortium yang terdiri daripada dua entiti iaitu Iskandar Water Front Holdings (IWH) iaitu sebanyak 36 peratus sahaja.

Ia bermakna 40 peratus saham miik kerajaan dan 36 peratus kepentingan yang dimiliki IWH menjadikan jumlah kepentingan kerajaan sebanyak 76 peratus. Hanya 24 peratus saja kepentingan dipegang China Railway Engineering Corporation (M) Sdn. Bhd. (CREC) di Bandar Malaysia.

Dengan ini adalah tidak benar 60 peratus dari Bandar Malaysia itu dijual kepada pegangan syarikat daripada China. Cuba lagi untuk memfitnah Kerajaan DS.

October 27, 2016

76 Minyak Masak Naik 10 Sen Untuk 1 Kg, Macai Ada Masalah Ka?

Heboh di media-media sosial bahawa Rakyat tertekan dengan kenaikan minyak masak bermula 1 November. Untuk pengetahuan semua, untuk harga sebotol minyak masak yang beratnya 1 kg, kenaikan adalah sebayak 10 sen. Bagi botol minyak masak yang beratnya 2 kg, kenaikannya adalah sebanyak 20 sen.

Berapa banyak satu-satu rumah menggunakan minyak masak? Adakah 2 kg minyak masak tidak cukup untuk sebulan? Kalau betulpun sesebuah rumah menggunakan minyak masak seperti minum air mineral atau kegunaan untuk berniaga, mereka masih mempunyai alternatif untuk menggunakan minyak masak yang dibungkus paket plastik. Harga minyak masak yang dibungkus dalam paket plastik masih kekal tidak berubah.

Apa masalahnya?

October 26, 2016

47 BERSIH Didaftarkan Bawah ROC? Berniaga Apa? Jual Malaysia?

Amat menarik apabila organisasi yang mendakwa NGO rupanya berdaftar dengan 'Registrar Of Companies (ROC)' sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad dan bukannya bernaung di bawah Pendaftar Pertubuhan.

Kalau dilihat daripada carian di bawah, jenis perniagaan yang didaftar adalah Pengurusan Majlis yang menyediakan perkhidmatan latihan, seminar dan bengkel. Perakaunan kewangan untuk tahun kewangan 2015 begitu teruk dan tidak memberangsangkan.

Jadinya, syarikat yang terlibat di dalam protes anti Kerajaan terletak di bawah Pengurusan Majlis atau 'Event Management'. Mungkin ROC boleh bertanya syarikat berkenaan di mana mereka laporkan dana yang diberikan oleh NED dan OSF.

October 25, 2016

104 Sudah Seminggu Terlewat, Namun Parti Cap Bunga Raya Masih Belum Mengumumkan Keahlian

Pada 04/10/2016, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Cap Bunga Raya, Syed Saddiq Palladium Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya bercadang untuk mendedahkan jumlah sebenar ahli parti tersebut dalam masa dua minggu lagi.

Hari ini 25/10/2016, masih tidak kedengaran jumlah sebenar ahli parti tersebut didedahkan walaupun tarikh tersebut telah terlewat seminggu dari tarikh yang dijanjikan.


Tidak ada gunanya mengadakan gimik lakonan di atas pentas dengan menyerahkan berkotak-kotak borang keahlian kepada Pengerusi Parti Cap Bunga Raya kalau jumlah keahlian tidak dapat didedahkan.

Idea penyerahan kotak-kotak ini pasti tidak lain dan tidak bukan merupakan idea Mantan Senator Kotak, Ezam Mohd Noor. Kita faham sekiranya Ahli Majlis Tertinggi Parti Cap Bunga Raya terlalu sibuk hendak mengadakan majlis sidang akhbar. Cukuplah sekadar mengemaskinikan di dalam laman sosial Facebook Syed Saddiq Palladium. Ada berani?

2 Timbalan Presiden MCA Ucap Takziah Ke Atas Tragedi Kebakaran Hospital Sultanah Aminah


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong sebentar tadi melahirkan rasa terkejut mengenai berita kebakaran Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang turut mencederakan dan mengorbankan nyawa yang tidak berdosa. Beliau berharap pihak berkuasa dapat mengenal pasti punca kebakaran secepat mungkin, terutamanya bagi hospital lain dapat bersedia untuk mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang.

Dr Wee walaupun ketika ini berada di Geneva untuk menghadiri mesyuarat Perhimpunan Kesatuan Parlimen Antarabangsa, telah mengarahkan MCA Johor dan Crisis Relief Squad MCA (CRSM) Johor untuk segera ke tempat kejadian untuk memberi sokongan. Pada masa yang sama, beliau telah meminta Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Meng Fun untuk segera ke Johor Bharu untuk memberi pertolongan seupaya mungkin.

Dr Wee percaya kedudukan Datin Paduka Chew sebagai Timbalan Menteri, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Masyarakat selain daripada pengalaman beliau ketika membantu keluarga kemalangan pesawat MH370, dapat membantu mereka yang terjejas dengan berkesan. Dr Wee merakamkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa kebakaran yang terkorban di dalam kebakaran berkenaan. Dr Wee menambah walaupun beliau sekarang berada di luar negara tetapi hati beliau sentiasa mendoakan keselamatan semua pihak yang terlibat dalam kemalangan hari ini.


38 Persoalan Husni Hanadzlah Di Parlimen Semalam Telah Dijawab Oleh Beliau Sendiri Sejak 2015

Ahli Parlimen Tambun, DS Ahmad Husni Hanadzlah mungkin pening-pening lalat ketika bertanyakan tentang persoalan 1MDB di Parlimen semalam sedangkan beliau telah menjawab soalan mengenai 1MDB sewaktu berjawatan Menteri Kewangan II. Berkenaan pertanyaaan beliau di Parlimen semalam:

1. Ketika ini bahas adalah di peringkat jawatankuasa, Menteri akan menjawab semasa sessi penggulungan.
2. DS Ahmad Husni Hanadzlah tidak beretika bertanyakan soalan pada Kerajaan di mana beliau merupakan anggotanya. Tambahan pula, beliau bertanyakan soalan berkaitan portfolio beliau sendiri di mana beliau adalah Mantan Menteri. Sepatutnya semasa beliau di dalam portfolio berkenaan, beliau sudah tahu jawapannya.

DS Ahmad Husni Hanadzlah telah menjawab persoalan yang ditanya oleh beliau sendiri di Parlimen semalam pada 20/05/2015. Petikan temubual beliau dipetik oleh portal FMT News, di sini.


DS Ahmad Husni Hanadzlah juga pernah menjawab secara langsung persoalan 1MDB di kaca TV. Tonton video di bawah. Mengapa baru sekarang beliau ingin bertanyakan soalan-soalan di mana beliau sendiri tahu jawapannya? Apa motif beliau?

October 24, 2016

79 Perbelanjaan Mengurus Bahagian PERMATA Turun Hampir 10% Turut Mendapat Fitnah Suara Keldaian



Cytro pembangkang, Suara Rakyat dan portal rasmi PKR, Suara Keldaian tidak pernah puas memfitnah program PERMATA. Selepas pembentangan Bajet 2017, Jumaat lepas, tohmahan dan fitnah terus dilemparkan kononnya subsidi dipotong sebaliknya Bahagian PERMATA yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor mendapat peruntukan yang melampau.

Fitnah terbaru pembangkang memanipulasikan peruntukkan untuk perbelanjaan PERMATA bagi tahun 2017 yang dikatakan telah meningkat kepada RM85 juta. Peruntukan ini bukanlah semata-mata untuk belanja mengurus untuk program PERMATA yang sedia ada. Berdasarkan teks ucapan Perdana Menteri di dalam Bajet 2017,
113. Sebanyak 85 juta ringgit akan diperuntukan bagi program PERMATA, yang melibatkan 50 ribu kanak-kanak, antaranyanya untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan 'Top STEM Talent' di Akademi Sains Negara. Selain itu, Institut Pendidikan Guru Raja Melewar di Negeri Sembilan, dan Kampus Tuanku Bainum di Pulau Pinang akan diubahsuai menjadi Pusat PERMATA Pintar dan Berbakat.
Teks ucapan tersebut nyata menjelaskan bahawa peruntukan RM85 juta bukanlah untuk belanja mengurus. Walau bagaimanapun, andaikata semua kos-kos di atas adalah untuk PERMATA sepenuhnya, adakah RM85juta setahun untuk pendidikan 50,000 kanak-kanak Warga Malaysia (termasuk anak-anak pembangkang) yang merupakan modal insan dan menjadi teras masa depan pembangunan negara dianggap melampau? Adakah melampau secara purata kanak-kanak ini cuma mendapat peruntukan sebanyak RM1,700 setahun?

Untuk macai-macai pembangkang yang otaknya di kepala lutut, mengikut perincian di bawah, Bahagian PERMATA telah memperolehi bajet penurunan sebanyak hampir 10% di bawah Perbelanjaan Mengurus!

25 Bodoh! Ketua Srikandi PKR Tabur Fitnah Menara Wawasan Merdeka Akan Dibina Di Kampung Baru cc. @PDRMsia


Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaikh Ismail sama ada cuba menaburkan fitnah kebencian atau sekadar bodoh dalam pengetahuan am, telah membuat pembohongan di dalam satu ceramahnya. Menurut Siti Aishah, Kerajaan Barisan Nasional ingin membina Menara Wawasan Merdeka atau Menara PNB 118 di Kampung Baru, tempat di mana saru-satunya warisan tanah orang Melayu.

Adalah amat memalukan bagi parti PKR apabila Senator muda mereka yang mewakili parti di Dewan Negara tidak mengetahui bahawa Menara Wawasan Meedeka sedang dibina di kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur bersebelahan dengan Stadium Merdeka.


Cubaan Siti Aisyah untuk menghasut orang ramai yang mengikuti ceramahnya harus dipandang berat. Ini memandangkan beliau cuba menghasut orang ramai supaya menentang Kerajaan yang kononnya ingin merampas tanah orang Melayu di Kampung Baru. Video ucapan Siti Aisyah boleh ditonton di bawah:



October 23, 2016

11 @MukrizMahathir Kata DS @NajibRazak Gunakan Atlet Paralimpik Dalam Pembentangan #Bajet2017, Betulkah?


Mantan Menteri Besar Kedah, seperti Ayahandanya masih mempunyai dendam kesumat dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Di dalam laman sosial Twitter, beliau telah melemparkan tohmahan bahawa Perdana Menteri telah mempergunakan Atlet-Atlet Paralimpik Negara yang telah memenangi pingat di Rio De Janeiro tempoh hari untuk laba politiknya.

Pertama, bukan sahaja Atlet-Atlet Paralimpik yang dijemput ke dalam Dewan Rakyat untuk menyaksikan pembentangan Bajet 2017. Malah untuk pertama kali dalam sejarah Dewan Rakyat, ramai lagi orang awam yang dijemput untuk menyaksikan dan diberi penghormatan di sebalik kejayaan mereka. Ada imam, ada bilal, ada doktor, ada pegawai tentera, ada pegawai polis, ada usahawan tekun dan ramai lagi. Adakah DS Najib juga turut mempergunakan mereka?

Kedua, Perdana Menteri ada bertemu dengan Atlet-Atlet Paralimpik di Perdana Suite semasa kejohanan sukan bermotor Formula 1 (F1) di Sepang baru-baru ini. Mereka dijemput khas oleh Perdana Menteri sendiri untuk menyaksikan perlumbaan berkenaan. Tidak ada publisiti meluas diberikan.

Mungkin DS Mukhriz terlupa, semasa pemerintahan Ayahandanya Tun Dr Mahathir, Perdana Suite dipenuhi dengan golongan paling elit sahaja. Mat dan Minah Salleh sahaja yang memenuhi ruang. Sepra dan napkin meja dari Hermes. Orang biasa dan Rakyat marhein jangan mimpi dapat merasa Perdana Suite masa itu.

Kalau betul Perdana Menteri mahu mempeŕgunakan Atlet-Atlet Paralimpik sudah pasti media utama dipanggil untuk membuat liputan. Oh ya, DS Najib jugalah orang yang memansuhkan acara pembaziran 'gala dinner' F1 yang mana harga sebuah meja menjangkau puluhan ribu ringgit.

14 UMNO Bahagian Semporna Lumpuh, Tiada Perwakilan Datang Mesyuarat

Ramai yang memerhatikan Mesyuarat UMNO Bahagian Semporna semalam. Ini berikutan orang kuat bahagian berkenaan iaitu DS Shafie Afdal yang keluar parti dan menubuhkan parti baru.

Alhamdulillah, bahagian berkenaan masih lagi utuh dan mendapat sokongan padu daripada ahli dan perwakilan di bawah pimpinan Ketua Bahagiannya, YB DS Nasir Tun Dr Sakaran.

Lebih manis apabila ikon UMNO Sabah, Tun Dr Sakaran Dandai turut hadir di majlis penutup Mesyuarat Bahagian berkenaan yang dihadiri oleh Naib Presiden UMNO, DS Hishammuddin Tun Hussein.

Turut hadir termasuklah Ketua UMNO Silam yang juga adik DS Shafie, Datuk Mohd Yusuf Afdal. Nampak gayanya susah jugak DS Shafie Afdal hendak melawan kekuatan bapak saudara beliau di bahagian berkenaan.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates