September 17, 2016

90 Mari Belajar Cara Spin Ala DAP Jeff Ooi




DAP terkenal dengan sikap angkuh dan kurang ajar mereka dengan Bangsa Melayu. Hari ini terserlah sifat berkenaan apabila Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mengungkapkan "Adios Harun Din. Let there be peace". Sejak mengeluarkan kenyataan berkenaan Jeff Ooi secara konsisten mempertahankan kenyataan biadapnya itu. 

Setelah diasak bertubi-tubi oleh netizen, di sebelah tengah hari beliau mengeluarkan kenyataan laman sosial Twitternya digodam. Twitter digodam Jeff Ooi? You're really a joker!

Ingin lihat spin 360 darjah berlaku pada hari yang sama? Di sebelah petang tadi pula beliau telah pusing lagi sekali kenyataan dengan mengatakan Twitter beliau tidak digodam.

Tiga kali spin di hari yang sama, dari orang yang sama, dari parti yang sama. Jeff Ooi ternyata mempunyai split personality kalau bukan beliau seorang yang gila. Juak-juak parto cap Bunga Raya, lihat dan belajarlah dari Jeff Oii dan DAP kalau nak spin.

9 Apa! DS Rosmah Mansor Terima Anugerah Dari UNESCO? PBB Mesti Makan Dedak!

Lagi banyak fitnah yang cuba dibuat oleh Rafizi 'Sotong' Ramli melalui programnya Invoke dan juga fitnah harian daripada media belaan Wall Street Journal (WSJ), lagi banyak penghormatan yang diterima oleh orang yang difitnah. Isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor hari ini dipilih untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Laporan BERNAMA menyebut Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia DS Alias Ahmad berkata anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.

Anugerah ini diberikan bersempena Persidangan Agung ke-71 Pertubuhan Bangsa Bersatu itu julung-julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan sumbangan beberapa individu di seluruh dunia yang telah menyumbang kepada keharmonian dan keamanan manusia sejagat.

Pening kepala Rafizi Ramli dan minions ProTun. Semakin banyak fitnah ditabur, semakin tinggi Allah naikkan darjat orang yang difitnah. Tidak mengapa. Berikan sahaja alasan Kerajaan Malaysia membayar PBB untuk anugerah ini. Dalam erti kata lain, bagi tahu sahaja pengikut-pengikut parti cap Bunga Raya, Parti Kuali dan parti DAP, Kerajaan Malaysia bagi dedak kepada PBB. Minions pembangkang ni bukan ada otakpun untuk berfikir buruk dan baik.

September 16, 2016

48 Program Invoke Rafizi 'Sotong' Ramli Di Batu Pahat Mendapat Sambutan Suam-Suam Kuku

Pembangkang khasnya PKR memulakan program menghasut Rakyat dengan menamakan program ini sebagai Invoke #ProjekBuang Najib. Selepas kovoi di sebelah pagi di Ledang, pada sebeah petangnya Setiausaha Agong PKR telah mengadakan jelajah atau konvoi di Batu Pahat bertujuan untuk untuk merekrut anak-anak muda dan orang ramai yang berminat menyertai program Invoke untuk membenci Kerajaan khasnya Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. 

Program Invoke ini dikatakan mendapat sentuhan penasihat-penasihat dari luar negara dengan perbelanjaan berjuta-juta dengan sasaran utamanya di luar bandar. Malangnya kehadiran 'Bangsa Johor' di Ledang dan Batu Pahat hanyalah sekadar suam-suam kuku. Kehadiran semua sekali dalam 70 orang nampak lebih ramai rombongan daripada penduduk setempat apatah lagi golongan sasaran iaitu anak-anak muda.


Program untuk menyebarkan hasutan dan fitnah ini bukanlah perkara yang baru. Setiausaha Agong PKR ini mengaku dalam satu majlis (tonton video di bawah) bahawa beliau sendiri mengaku menjadikan DS Rosmah Mansor sebagai sasaran untuk menjatuhkan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. 

Itu sebabnya, sehingga kini DS Rosmah Mansor senantiasa menjadi sasaran pembangkang. Lihatlah bagaimana DS Rosmah Mansor difitnah. Yang paling ketara ketika gambar antara beliau dan Tuanku Sultan Pahang disebarkan serta tuduhan beliau berbelanja sehingga jutaan ringgit dimuatnaikkan oleh Kitab ProTun, Wall Street Journal (WSJ) tanpa sebarang bukti diberikan. 

Pengakuan Ahli Parlimen Pandan mengenai strategi pembangkang menghasut rakyat terbongkar apabila pendedahan video di bawah yang dilakukan Rafizi Ramli berkaitan cara sebenar pembangkang mendoktrinkan rakyat dengan penipuan berulang agar rakyat mempercayai apa sahaja yang mereka dakwa sebagai benar.



"Tugas kita adalah untuk menghasut" kata Rafizi. Tonton video dan dengar kenyataan Rafizi, bukan DS Najib yang jadi sasaran untuk dijadikan bahan hasutan, tetapi DS Rosmah."

0 MCA Dan Parti BN Saling Memerlukan Dalam Menghadapi PRU14 - Dr Wee Ka Siong

Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong berkata parti MCA dan parti komponen Barisan Nasional (BN) saling memerlukan antara satu sama lain untuk terus memastikan BN terus kekal sebagai sebuah parti yang kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau menambah gandingan kukuh antara semua parti komponen BN termasuk MCA, MIC dan Gerakan dan parti lain selaras dengan konsesus kesepakatan dan keserasian yang telah lama dipegang dan diamalkan oleh pemimpin dan ahli parti komponen.

Katanya lagi, adalah penting keserasian dalam parti BN diperkukuh dan bagi mana-mana pemimpin BN kita perlu saling memerlukan antara satu sama lain. Sokongan antara kaum Melayu, Cina dan India adalah penting bagi memastikan BN terus kekal. Dr Wee menegaskan berpandukan prinsip inilah sampai sekarang semangat sokongan antara semua kaum komponen BN terus kukuh dan kalau sikap saling membantu ini diamalkan, ia akan terus membawa berkat,

Mengulas lanjut, DR Wee berkata setiap parti komponen BN yang kukuh perlu membantu parti komponen lemah memandangkan semua parti komponen adalah di bawah satu keluarga dan ia penting bagi meneruskan agenda yang telah dirancang untuk rakyat dan negara.

Sementara itu, Dr Wee berkata MCA sedang giat memperluas jaringan dalam pelbagai aspek bagi menarik lebih ramai pengundi baharu untuk menyertai BN melalui parti komponen berkenaan termasuk menggembleng tenaga di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi untuk memastikan kemenangan BN pada PRU14.

Beliau berkata selain itu MCA kini dalam proses untuk menubuhkan satu cawangan baharu iaitu cawagan Bemban Height di sini selaras dengan penerimaan baik masyarakat Cina terhadap MCA dan BN terutama dalam kalangan golongan muda di kawasan tersebut. MCA katanya telah mengemukakan permohonan anggota baharu pada ibu pejabat MCA dan ia menunjukkan MCA masih lagi mampu menarik minat dalam kalangan orang muda atau yang baharu, untuk menganggotai parti tersebut.

September 15, 2016

0 Perdana Menteri Lancar Projek MRT SSP


Satu majlis pecah tanah telah diadakan oleh MRT Corp bagi Jajaran MRT2 Laluan Sungai Buloh, Serdang, Putrajaya (SSP) pada hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh DS Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Putrajaya. 

Laluan SSP ini sepanjang 52.2km bermula dari Sungai Buloh dan berakhir di Putrajaya Sentral dimana 38.7km merupakan landasan bertingkat dan 13.5km landasan bawah tanah. Laluan SSP ini akan dilengkapi sebanyak 37 buah stesen, 25 stesen bertingkat dan 11 stesen bawah tanah.

Laluan ini akan memberi perkhidmatan kepada penduduk di koridor yang mempunyai lebih kurang 2 juta penduduk dari Sungai Buloh ke Putrajaya, dan merangkumi Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.

Apabila beroperasi pada suku kedua 2022, Laluan SSP dijangka akan mencatat 533,000 penumpang sehari. Ini dijangka akan terus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini menghantui Kuala Lumpur.





48 Zuraidah Kamaruddin Kata BN Tambah 13 kerusi DUN Sabah Bukti Jual Negara

Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hari ini menuduh Barisan Nasional (BN) akan menjual negara dengan mencadangkan bahawa kerusi DUN Sabah ditambah kepada 13 kerusi. 

Difahamkan, beliau berkata demikian ekoran kenyataan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh mengesyorkan supaya jumlah kerusi DUN Sabah ditambah sebanyak 13 bahagian daripada 60 berikutan pindaan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Sabah, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 73 kerusi DUN bagi Sabah.

SPR juga dikatakan bercadang melakukan pindaan dan perubahan nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN dalam Sabah. Datuk Abdul Ghani turut berkata akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula hari ini sehingga 14 Okt. Zuraida dipetik berkata,
"BERSIH 5 perlu diteruskan bagi menghalang Barisan Nasional (BN) menjual negara Malaysia ini kepada bangsa asing dengan memberi mereka kad pengenalan dan peluang mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Sabah sebuah negeri yang terkenal sebagai pintu masuk bagi warga asing secara haram dan mereka inilah yang akan membawa kad pengenalan Malaysia sewaktu hari pengundian kelak." 
"Dengan penambahan kerusi negeri dan Parlimen ini, secara tidak langsungnya Barisan Nasional sedang menjual negara kita kepada orang asing, dan tiada apa yang boleh kita lakukan pada akhirnya nanti. Dengan adanya orang asing memegang kad pengenalan Malaysia, maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti di dewan rakyat kita akan diwarnai oleh orang asing. Yang kini sudah adapun warga asing yang menjadi Ketua Bahagian UMNO."
Zuraida sebenarnya terlupa siapa sebenarnya dirinya. Zuraida Kamaruddin di lahirkan di Bengkulu, Sumatera, Indonesia yang mendapat kerakyatan Malaysia pada tahun 1982 setelah berkahwin dengan lelaki Malaysia. Sebelum di pilih sebagai Ahli Parlimen Ampang pada tahun 2008 Zuraida adalah seorang penjual buah di kawasan Ampang. Selain menjual buah beliau juga secara sampingan turut menjual ubat-ubatan tradisional termasuk minyak angin. 

Sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR, Zuraida atau terkenal di kalangan netizen sebagai "Mak Lampir" hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005. Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu. Hanya beberapa tahun menjadi wakil rakyat, Zuraida telah memiliki empat buah kenderaan atas nama beliau antaranya SUV Volvo, Toyota Hilux dua buah dan terbaru sebuah Mercedes. Apabila beliau berkata "maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti di Dewan Rakyat kita akan diwarnai oleh orang asing", maka jawab CTS cerminlah diri sendiri dulu.

Kedua, Rang Undang-Undang Persempadanan Semula Kawasan untuk menambah kerusi DUN Sabah telah diluluskan dengan jayanya pada 09/08/2016 dengan 55 daripada 60 ADUN mengundi menyokong. Daripada 12 ADUN pembangkang di Sabah, 8 mengundi untuk menyokong peningkatan kerusi berkenaan termasuklah Ketua PKR Sabah Lajim Ukin, Timbalan Ketua PKR Sabah Christina Liew dan whip DAP Sabah Edwin Bosi. Bodoh punya Mak Lampir, cakap tiada buat rujukan terlebih dahulu.

September 14, 2016

0 Perdana Menteri Prihatin, Bincang Dengan SPAD Dan Prasarana Mengenai Gangguan Perkhidmatan LRT


Semalam, Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkaitan peristiwa gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya yang berlaku pada 7 dan 9 September 2016, 

Perdana Menteri secara peribadi dan bagi pihak Kerajaan telah menganggap kejadian yang berlaku ini sebagai perkara yang amat serius. Beliau telah mengarahkan Prasarana dan SPAD untuk menyiarkan butiran dan hasil siasatan tersebut sebaik sahaja siasatan selesai.

Dato Azmi Abdul Aziz, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Prasarana telah membentangkan hasil siasatan awal yang menunjukkan terputusnya bekalan elektrik mengakibatkan gangguan perkhidmatan LRT pada tarikh-tarikh yang berkenaan.

Perdana Menteri telah mengarahkan beberapa langkah segera untuk dilaksanakan oleh Prasarana dan SPAD bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna-pengguna LRT, sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama rakyat.

Sebagai langkah serta-merta, penaiktarafan 15 buah pencawang tenaga elektrik sepanjang laluan LRT Kelana Jaya akan dilaksanakan. Penaiktarafan ini akan memastikan sistem elektrik dapat dipanjangkan jangka hayatnya, menampung keperluan semasa yang kian meningkat dan mengambil kira keperluan masa hadapan. Langkah ini dijangka akan mengambil masa di antara 3 hingga 6 bulan untuk diselesaikan sepenuhnya.

Selain dari itu, SPAD telah menekankan keperluan untuk Prasarana melaksanakan penilaian terperinci keseluruhan sistem yang ada, memandangkan LRT Kelana Jaya sudah pun beroperasi selama hampir 20 tahun. Penilaian ini akan mengenalpasti risiko yang ada serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi risiko tersebut, selain menyediakan perancangan untuk sistem gantian bagi sistem-sistem kritikal yang semakin hampir kepada penghujung jangka hayat penggunaannya. 

Perdana Menteri telah mengarahkan supaya Penilai Teknikal Bebas dilantik oleh Prasarana untuk menjalankan penilaian ini dengan kerjasama SPAD bagi memastikan pematuhan semua syarat dan peraturan yang sedia ada.

Perdana Menteri juga telah mengarahkan Prasarana untuk menjalankan penilaian semula keseluruhan operasi mereka bagi memperkukuhkan piawaian prosedur operasi (SOP) yang sedia ada bagi memastikan kapasiti yang mencukupi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

Prasarana juga akan memperkenalkan secara berperingkat gerabak-gerabak keretapi yang baru pada laluan Kelana Jaya menjelang November 2016. Gerabak-gerabak ini akan berupaya membekalkan kapasiti serta kekerapan tambahan, sekaligus mengurangkan kesesakan di waktu puncak pada hari-hari bekerja.

183 Baru Layak Calon 'Mrs USA' 2004 Menjadi Peguam Baru Anwar Ibrahim

Berurusan dengan tahanan politik adalah lebih mudah di Afghanistan berbanding Malaysia, kata peguam kononnya tersohor Amerika Syarikat, Kimberley Motley.

Motley, anggota terbaru pasukan peguam bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berkata di Afghanistan, beliau tidak akan dinafikan akses kepada anak guamnya.

Tidak menjadi satu yang pelik sekiranya peguam baru Anwar Ibrahim ini mempertahankan anak guamnya. Apa yang pelik sekiranya beliau berkata Anwar Ibrahim sememangnya bersalah.

Kimberley Motley seorang graduan lulusan Marquette Law School pada tahun 2003 dan pernah berkhidmat di Amerika Syarikat dan Afghanistan. Motley juga pernah memegang status Mrs Wisconsin 2004 sebelum bertanding di peringkat lebih tinggi iaitu Mrs USA pada tahun yang sama.

Rakyat Malaysia sepatutnya tidak mudah percaya dengan tali barut Yahudi. Pertamanya, peguam ini tidak pernah melawat penjara di negara ini. Jabatan Penjara ada piawai standard tersendiri berkenaan masa lawatan dan siapa yang dibenarkan melawat tahanan.

Kedua, peguam baru Anwar Ibrahim ini tidak pernah duduk satu sel penjara dengan Anwar Ibrahim. Oleh itu, beliau tidak layak membuat sebarang kenyataan yang bersifat andaian.

Ketiga, sebagai Rakyat Amerika Syarikat, beliau sepatutnya membandingkan keadaan Anwar Ibrahim dengan tahanan perang di Teluk Guantanamo sebelum membuat komen mengenai tahanan di Malaysia. Layanan di kem Teluk Guantanamo lebih teruk dari binatang.

18 Terdesak Sungguh Parti Kuali (PAN), Daging Korban Pun Dipolitikkan

Cukuplah berpolitik 365 hari setahun. Takkanlah ibadah korban yang diadakan setahun sekali hendak dipolitikkan. Terdesak sungguh parti Kuali (PAN) untuk mempromosikan parti mereka sehingga terpaksa meletakkan pelekat undi parti pada bungkusan daging korban.

Parti-parti lain  sebelum ini ada juga meletakkan logo parti pada bungkusan pemberian barang. Namun tidak adalah sampai begitu terdesak sehingga amalan ibadahpun dipolitikkan. Lebih teruk lagi ditambah undilah parti berkenaan pada logo parti. Ini bukan musim pilihanraya. Ini musim raya. Itupun Kuali tak dapat beza.

September 13, 2016

40 Tun Dr Mahathir Masih Tidak Dapat Pecahkan Rekod Robert Mugabe

Malaysia amat berbangga kerana tiga atlet negara telah berjaya merangkul pingat emas di dalam Sukan Paralimpik 2016 di Rio. Tahniah Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mencipta sejarah apabila berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy) diikuti pingat emas kedua negara diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dan satu lagi pingat emas menerusi Abdul Latif Romly yang menjuarai acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran).

Namun harapan negara untuk melihat satu lagi kejayaan dicipta di bidang politik masih belum menjadi kenyataan. Harapan berkenaan terletak di tangan Mantan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamed. Beliau masih lagi ketinggalan jarak satu tahun daripada pencabar terdekatnya dalam kategori yang dipertandingkan.

Tun Dr Mahathir menjadi Pengerusi Parti Cap Bunga Raya ketika berusia 91 tahun sedangkan Robert Mugabe merupakan pemimpin tertua di dunia dengan menjadi Pengerusi ANC-Patriotic Front pada usia 92 tahun. Kita harapkan Tun Dr Mahathir Mohamed boleh memecahkan rekod Robert Mugabe pada masa depan.

September 12, 2016

58 Midin Penipu Bila Berkata Hospital Kehabisan Ubat Waima Panadol



Presiden Parti Cap Bunga Raya memang kaki penipu. Kenyataan terbarunya di dalam satu ceramah mengesahkannya. Midin kata sekarang ini kalau pergi hospital doktor bagi 'prescription' sahaja. Ubat beli sendiri dekat farmasi, termasuklah panadol. Dengan kata lain, hospital tiada lagi ubat.

Terdapat dua kemungkinan ubat yang dicari oleh Midin tiada di Hospital. Pertama, virus Nika (main isteri orang) masih belum ditemui oleh para doktor. Yang kedua kemungkinan ubat Midin hanya ada di Hospital Bahagia dan Hospital Tanjung Rambutan.

Walaupun apa yang diucapkan oleh Midin ini 100% dusta, namun masih tetap ada orang percaya. Apa yang hendak dihairankan. Sedangkan Ayah Pin yang mengaku Rasul dan mempunyai Kerajaan Langitpun masih ada pengikut setia. Apa sangat la Midin ni.

September 11, 2016

60 Tahniah Perwakilan UMNO Gelang Patah, Pengerusi Tetap Letak Jawatanpun Tiada Masalah


Tindakan bekas Pengerusi Tetap Gelang Patah yang ingin mensabataj Mesyuarat UMNO Bahagian berkenaan ketika ucapan beliau gagal! Di Gelang Patah, Johor persidangan terus berlangsung dengan sempurna hingga selesai semua aturan mesyuarat. Tiada lain-lain perwakilan mengikut tindakan bekas Pengerusi Tetap membuat pengumuman keluar parti. Ini diakui sendiri oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan yang merasmikan penutupan persidangan bahagian berkenaan di dalam laman sosial Twitter beliau.


Bagi mereka yang masih keliru mengenai jawatan Pengerusi Tetap di dalam UMNO, jawatan Pengerusi Tetap itu tugasnya hanya mempengerusikan persidangan perwakilan Bahagian setahun sekali sahaja. Jawatan Pengerusi Tetap bukan jawatan paling tinggi dalam Bahagian UMNO. Sekiranya Pengerusi Tetap mengumumkan keluar parti semasa persidangan perwakilan Bahagian sedang berlangsung seklaipun, ianya tidak menjejaskan perjalanan persidangan perwakilan.

Sebabnya, Timbalan Pengerusi Tetap masih ada. Jika dalam ketiadaan Timbalan Pengerusi Tetap sekalipun, persidangan masih boleh memilih dan melantik seorang daripada kalangan perwakilan yang hadir untuk mempengerusikan persidangan tesebut. Tiada masalah berbangkit. Mungkin jawatan Pengerusi dalam Parti Cap Bunga Raya paling tinggi melebihi Presidennya. Konon-konon untuk "check and balance", ala macam PKR jugak kut, ada Presiden dan ada Ketua Umum.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates