August 20, 2016

169 Usaha Tangkap MO1 Hanya Tak Sampai 10 Orang

Kesian sebenarnya melihat pelajar-pelajar UiTM Seri Iskandar petang tadi apabila hendak menjadi jaguhan membuat demontrasi untuk menangkap MO1. Dengan sambutan hambar dengan kehadiran hanya beberapa orang pelajar, demonstrasi berkenaan hanyalah pentas budak-budak hingusan yang kekurangan kasih sayang. 

Siapa MO1? Sedangkan ahli politikpun tidak berani menuduh secara terbuka, inikan pula budak himgusan. Emak bapa di kampung menaruh harapan tinggi menyuruh datang belajar tetapi mereka ini gila hendak berdemonstrasi. Sekarang tanggunglah akibatnya digari oleh polis bantuan kerana melawan.

Kerajaan berbelanja berbillion ringgit untuk memastikan pelajar-pelajar bumiputera dapat meneruskan pelajaran di UiTM berbanding dengan universiti awam yang lain. Sekiranya mereka ini tidak berminat untuk belajar, seharusnya pihak universiti tidak teragak-agak untuk menghantar mereka pulang. Berilah peluang kepada anak-anak muda yang lain yang ingin merubah hidup mereka.



Lihatlah video bodoh di bawah pelajar-pelajar tidak cukup matang.

August 19, 2016

92 Raja Rasis Ronnie Liu Dari DAP Dan Wartawan Bodoh The Edge


DAP sering melaungkan bahawa mereka bukan sebuah parti perkauman Cina. Namun pemimpin-pemimpin DAP sering membuat kenyataan rasis yang bersifat kecinaan. Ronnie Liew Tian Kiew adalah EXCO Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Beliau mempolitikkan sukan badminton Olimpik sehingga menampakkan beliau seorang Raja Rasis yang mewakili DAP.

Di bawah pula adalah wartawan The Edge, Maxine Yong Cheng. Seperti Ronnie Liu, Maxine juga membuat kenyataan rasis di media sosial Facebook beliau. Wartawan ini mengharapkan agar atlet Malaysia tidak memenangi sbarang pingat emas kerana beliau berkata Barisan Nasional akan menganggapnya sebagai satu kejayaan cemerlang komponen parti berkenaan. Maxine berkata Barisan Nasional tidak layak untuk pingat emas sukan Olimpik.

Walaupun berlainan isu, inilah dua contoh Rakyat Malaysia yang tidak patriotik dan cintakan negara. Sukan pun hendak dijadikan bahan rasis dan politik. Amat memalukan.

August 18, 2016

33 Presiden MCA DS @liowtionglai Kecewa Dengan Komen Negatif Terhadap Pasangan Beregu Campuran Negara

MCA memberikan penghormatan kepada pasukan badminton beregu campuran Malaysia kerana telah memenangi pingat perak yang pertama bagi Malaysia pada Sukan Olimpik Rio dalam acara itu. Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai juga turut memuji pelumba Azizulhasni Awang kerana mendapatkan pingat gangsa, dalam acara keirin.

Walau bagaimanapun, DS Liow dilaporkan berkata beliau "amat kecewa" dengan laporan akhbar tertentu untuk liputan negatif terhadap Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon. Beliau berkata pasukan beregu campuran telah berjuang di Sukan Olimpik tanpa sesiapapun meramalkan mereka akan memenangi sebarang pingat. Kedua-dua, katanya, telah melakukan sesuatu di luar jangkaan dan menghadapi pasukan lawan kedudukan teratas pada perlawanan akhir.


Kita faham apa yang terbuku di hati Presiden MCA berkenaan. Hari ini, kebanyakan netizen melahirkan perasaan marah terhadap akhbar tabloid Kosmo yang menghidangkan tajuk bersifat negatif dan kontroversi apabila meletakkan tajuk pasangan Peng Soon-Liu Ying sebagai menghampakan jutaan Rakyat Malaysia. 

Wartawan dan editor akhbar seharusnya meletakkan berita dan tajuk yang lebih positif apabila pasangan beregu campuran Malaysia yang berkedudukan ranking ke 11 telah berusaha sedaya upaya untuk menentang pasangan Indonesia yang menduduki ranking ke 3 dunia. Mereka telah mencatat sejarah apabila menjadi beregu campuran pertama dari Malaysia yang meraih pingat di dalam sukan Olimpik.

Dalam pada itu, DS Liow berkata MCA akan menghargai jasa-jasa mereka dan parti itu akan berbincang mengenai ganjaran yang akan diberikan kepada pasangan beregu campuran dan juga kepada Azizulhasni. DS Liow masih mengharapkan emas yang pertama diperolehi di dalam sukan Olimpik ini.

Nota Kaki: Bagi yang baru mengetahui, Goh Liu Ying  juga selain daripada handal bermain badminton, beliau juga adalah merupakan seorang model. Patutlah senyuman beliau di dalam perlawanan akhir semalam telah menyebabkan bergetar tulang rusuk.





82 Ainina Buat Laporan Polis Terhadap MP Langkawi Kononnya Menghina YDP Agong, Kenapa Tidak Kepada Tun Dr Mahathir?


Ainina Saadudin, salah seorang daripada 7 orang pengasas parti cap Bunga Raya telah membuat laporan polis di IPD Langkawi terhadap kenyataan Dato Ir Nawawi Ahmad, Ahli Parlimen (MP) Langkawi semalam, berkaitan kenyataan beliau yang menyebut bahawa MO1 adalah merujuk kepada YDP Agong. Beliau memohon agar pihak PDRM agar mengambil tindakan menyiasat pernyataan ini bagi memastikan Institusi Di Raja yang merupakan institusi perlembagaan yang luhur terus dipandang tinggi oleh rakyat jelata.

MP Langkawi di dalam postingnya di laman sosial Facebook bercakap mengenai MO1 mengikut Perlembagaan Malaysia. Juak-juak bodoh seperti ProTun bercakap mengenai MO1 mengikut Saman Sivil yang dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ). Kemudian juak-juak ProTun yang sama juga yang mengatakan yang MP Langkawi menghina YDP Agong. Sebenarnya yang menghina YDP Agong adalah juak-juak ProTun sendiri. Merekalah yang mengaitkan YDP Agong di dalam kes DoJ.


Kenapakah Ainina bersikap pilih kasih atau 'double standard' dalam membuat laporan polis berikutan penghinaan yang dilakukan ke atas YDP Agong. MP Langkawi tidak menghina YDP Agung. Sebaliknya orang yang sebelum ini menghina YDP Agong adalah Tun Dr Mahathir Mohamed. 

Mungkin Ainina terlupa kes ini dan terlupa untuk membuat laporan polis. Tun Dr Mahathir pernah melahirkan kenyataan bahawa beliau tidak dapat berjumpa dengan YDP Agong kerana Tuanku telah dikenakan tahanan rumah, baca di sini, sedangkan YDP Agung berkenan hadir di Majlis Anugerah Sukan Negara 2015 dengan diiringi oleh Perdana Menteri DS Najib Razak di Putrajaya pada malam yang berkenaan. Baca di sini.

Ini bukankah penghinaan kepada YDP Agong Ainina?


13 Ahli Parlimen Tanjung Di"troll" Netizen Gara-Gara Olimpik

Gara-gara hendak berlakon konon-konon terlampau patriotik, Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik telah menunjukkan kebodohan apabila mengutuk RTM dan TV1 kerana tidak menyiarkan siaran langsung Perlawanan Akhir Beregu Campuran yang diwakili pasangan Malaysia menentang Singapura.

Hakikatnya perlawanan tersebut ditunda memandangkan acara perseorang lelaki peringkat suku akhir belum lagi berakhir. Inilah kebodohan tahap dewa yang dimiliki oleh pemimpin pembangkang. Tahniah.

Tahniah juga buat atlet Badminton Beregu Campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menyumbangkan pingat perak kedua buat Malaysia selepas tewas kepada Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir dari Indonesia dalam pusingan akhir dengan mata 14-21, 12-21.

August 17, 2016

32 Sukan Badminton Olimpik Dipolitikkan Cina DAP @PDRMsia @SKMM_MCMC


Cina DAP ini berlakon keluar dari parti setelah tindakannya yang sering membuat kenyataan yang kontroversi selalu menyusahkan partinya. Baca di sini. Walaubagaimanapun, lakonannya kurang menjadi apabila beliau sering kelihatan berkempen untuk DAP terutama untuk menyelamatkan karier Lim Guan Eng yang terpalit dengan dua kesalahan rasuah. Baca di sini.

Semalam beliau telah menguris hati dan perasaan Rakyat Malaysia dengan posting bersifat perkauman apabila beliau telah memutarbelitkan kejayaan beregu campuran negara yang berjaya ke perlawanan akhir sukan badminton di olimpik.

Posting beliau dalam bahasa Cina di atas bermaksud, "Dengar dengan teliti UMNO, jika orang Cina benar-benar balik China maka Malaysia akan makan pisang (kembali dengan tangan kosong) dalam Sukan Olimpik". Jelas bekas pemimpin DAP ini tidak bertanggungjawab dan cuba memainkan sentimen perkauman dengan melagakan kaum Cina dengan kaum Melayu. Bukankah perbuatan ini menghasut dan boleh diambil tindakan? Isn't this an act of incite?

4 11 Initiatif Dan RM150 Juta Bantu 30,000 Pemandu Teksi - Apa Lagi Pemandu Teksi Mahu?



Selepas timbul pelbagai keluhan dan aduan berhubung sistem pajak yang ternyata membebankan pemandu teksi yang tidak memiliki permit sendiri, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM150 juta untuk membantu lebih 30,000 pemandu teksi yang mahu keluar daripada model sewa pajak dan seterusnya memiliki permit individu. 

Pengerusi Suruhanjaya Pe­ngangkutan Awam Darat (SPAD), TS Syed Hamid Albar berkata, kerajaan akan memberi geran wang tunai bernilai RM5,000 untuk membeli kende­raan bermula 1 September ini te­tapi pemandu teksi berkenaan turut tertakluk kepada beberapa syarat termasuk bersih daripada rekod jenayah.

Kerajaan sentiasa prihatin dengan permasalahan yang diha­dapi oleh pemandu teksi dan ke­reta sewa. Oleh yang demikian SPAD akan menambah baik per­khid­­matan ini dari semasa ke semasa. SPAD kata TS Syed Hamid akan memberi peluang kepada teksi individu keluar daripada sistem pajak dan memberi peluang untuk mereka memohon lesen individu dengan bantuan deposit sebanyak RM5,000. De­ngan geran itu juga, mereka boleh gunakan untuk membeli kereta sendiri sama ada jenis Myvi (Pero­dua) atau Exora (Proton).

TS Syed Hamid membuat pengumuman butiran bagi 11 program yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TTIP) yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Antara program TTIP lain ialah mengawal selia aplikasi e-hailing sebagai perkhidmatan perantara di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD), membuka pilihan model bagi kegunaan teksi, piawaian kontrak sewa teksi dengan terma-terma kontrak di bawah undang-undang, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) wajib bagi pengendali teksi dan mengenakan proses saringan yang ketat.

TITP juga dijangka me­ning­katkan piawaian perkhidmat­an menggunakan sistem merit dan demerit, menyelaraskan struk­tur tambang bermeter, menyelaraskan kadar tambang berdasarkan zon, membenarkan kadar tambang dinamik bagi teksi bermeter yang menggunakan ap­likasi e-hailing dan memperke­nalkan program bagi meningkatkan pres­tasi pemandu teksi. Ini sekali gus akan menyaksikan perkhidmatan teksi bakal menyaksikan perubahan dari segi kaedah operasinya.

TS Syed Hamid Albar dalam pada itu berkata semua perkhidmatan teksi di negara ini disaran menggunakan teknologi perkhid­matan panggilan elektronik (e-hailing) seperti yang diguna pakai oleh perkhidmatan Uber dan Grabcar. Katanya, dengan pengenalan sistem e-hailing selepas ini, pemandu teksi boleh membuat pilihan sendiri sama ada mahu menggunakan sistem baharu itu atau sistem meter seperti sebelum ini.

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan telah memberikan mandat untuk memperkemaskan dan me­ngawal selia industri teksi melalui pengeluaran kad pemandu tunggal. SPAD dan JPJ akan memulakan per­bincangan bagi menen­tukan langkah langkah yang per­lu diambil dan akan membuat pe­­ngumuman dalam masa terde­kat. E-hailing merupakan proses menempah teksi, limosin atau apa bentuk pengangkutan menggunakan gajet termasuk kompu­ter dan telefon mudah alih.

August 16, 2016

139 Pecat Ainina Saadudin!! Kempen Ally Mukhriz Sebagai Ketua Wanita Pribumi



Daripada melantik Anina Saadudin memegang jawatan Ketua Wanita di dalam parti Pribumi, kami di CTS merasakan jawatan berkenaan sesuai dipegang oleh Ally Mukhriz Mahathir. Perwatakan Ainina Saadudin ala-ala Mak Datin dan ketinggian beliau setinggi pelakon Hobbit tidak sesuai untuk beliau memegang jawatan berkenaan. Adalah ditakuti apabila Ainina Saadudin sudah memegang jawatan ini nanti, lama kelamaan beliau akan menjadi lebih obes dan boros. 

Lihatlah anak Mantan Menteri Besar Kedah seperti di atas. Beliau ada ciri-ciri pemimpin yang zuhud dan dekat dekat dengan Rakyat marhaen. Mana ada lagi anak pemimpin Malaysia yang sanggup berpakaian seperti orang susah iaitu seluar koyak rabak dan baju tak cukup kain sampai ke bahu? 

Inilah ciri-ciri pemimpin yang diperlukan oleh Rakyat Malaysia yang wajib diperkenalkan oleh parti Pribumi. Inilah bukti Ally Mukhriz mendalami detik hati rakyat yang susah dibebani dengan cukai GST. Walaupun nampak selekeh, Ally Mukhriz tidak kesah dengan semua itu.

Lagipun Ally Mukhriz adalah cucu kepada Tun Dr Mahathir. Lihatlah gambar di bawah yang diambil dari Hotel Atlantis The Palm, Dubai. Inilah keluarga yang sepatutnya menjadi contoh keluarga di Malaysia. Keluarga ini sangat sayangkan haiwan terutamanya ikan lumba-lumba. Sememangnya amat layak bagi Ally Mahathir untuk mengantikan Anina Saadudin.

Seperti kata Donald Trump dalam siri The Appreantice, "Anina Saadudin, you are fired!"



August 15, 2016

1 Pembatalan Kawal Selia Syarat Untuk Pemandu Teksi Harus Disambut Baik - Liow Tiong Lai

Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai menyarankan agar pengusaha teksi menyambut baik saranan pembatalan kawal selia syarat untuk pemandu teksi oleh Kementerian Pengangkutan bagi memastikan mereka dapat bersaing dengan teksi Uber dan GrabCar.

DS Liow berkata penyahkawalseliaan peraturan yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu sudah pastinya akan membolehkan mereka bersaing dengan perkhidmatan berteknologi baharu itu.

Jelasnya sudah tentulah pengusaha teksi akan mendapat faedah dengan cadangan tersebut berikutan peraturan tambahan akan dikenakan kepada pemandu Uber dan GrabCar yang pasti akan menyelaraskan platfom yang sama bagi perkhidmatan teksi. Terdapat kira-kira 77,000 pemandu teksi berdaftar di negara setakat ini.

Beliau menambah sudah sampai masanya pemandu teksi menjadi lebih berdaya saing dan fleksibel selepas Kabinet meluluskan operasi GrabCar Dan Uber secara sah di negara ini. Menurut DS Liow pengusaha teksi tidak boleh memberhentikan operasi hanya kerana mereka perlu bersaing dengan Uber dan GrabCar. Ini kerana teknologi dan aplikasi sentiasa berkembang,

DS Liow berkata SPAD akan memaklumkan mengenai peraturan penyelarasan perkhidmatan pemandu teksi dan GrabCar dalam masa terdekat. DS Liow juga menambah Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang halangan mengenai langkah Kementerian Kewangan untuk mengkaji mekanisme percukaian terhadap perkhidmatan Uber dan GrabCar. 

Bagi pihak Kementerian Pengangkutan DS Liow berkata kementeriannya akan mengkaji sistem cukai sedia ada untuk melihat sama ada perlu atau tidak pengendali Uber dan GrabCar membayar cukai kepada kerajaan.

August 14, 2016

220 Tokong Berpeluang Bertemu DS @NajibRazak Bersemuka, Kenapa Tak Tanya Siapa MO1?

Ini adalah wajah-wajah hipokrit Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng ketika bertemu Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dalam Mesyuarat Majlis Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan majlis memateri oerjaian NCIA dengan 4 syarikat hari Khamis lepas.

Dibelakang Perdana Menteri penuh kejian dan makian dilemparkan. Pelbagai tuduhan dilemparkan di hadapan penyokong-penyokongnya. Apabila diberi peluang bertemu dengan Perdana Menteri kenapa makian dan cacian tidak diutarakan?

Kenapa tidak ditanya persoalan yang membelenggu beliau dan pemimpin-pemimpin DAP selama ini iaitu siapa Malaysian Official 01 (MO1) yang terdapat di dalam laporan Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat? Kenapa menjadi seperti pepatah tikus berak kapur atau peribahasa pijak semutpun tak mati ketika berhadapan dengan Perdana Menteri?


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates