August 6, 2016

274 Islamik! Video Gelek Arabista Di Persidangan Puteri UMNO Kota Bharu




Patutlah susah dan payah benar UMNO hendak mencapai kemenangan di Kelantan terutama di Kota Bharu. Acara ini bukan sahaja tidak memanifestasi perjuangan parti tetapi seakan hendak memusnahkan inti perjuangannya. 

Kalau bermesyuarat, mesyuaratlah betul-betul. Bincang macam mana nak bagi menang pilihanraya. Sudahlah asyik kalah majoriti mega, dalam mesyuaratpun boleh lagi menari punggung pulak. Hodoh sungguh. Hilang keberkatan. Patutlah asyik kalah.

Penat kami yang di luar mempertahankan Kerajaan yang sedia ada, ahli parti sendiri siap buat onar. Kesian Presiden Parti. Tahun depan diharap tiada lagi tarian Gerudi Inul Arabista. Sebaliknya diganti dengan 'tiger show' atau tarian tiang. Letih wei macam ni!

0 MAS Layak Menikmati Cukai Lapangan Terbang Yang Rendah Sekiranya Kendalikan Penerbangan Tambang Rendah


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia Airlines Berhad (MAS) boleh menikmati cukai lebih rendah dan menggunakan terminal tambang rendah KLIA2 sekiranya ia beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas terhadap gesaan berulang kali Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Peter Bellew agar kerajaan menyeragamkan caj perkhidmatan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan KLIA2.

Bellew dilaporkan berkata, MAS sedang menimbang untuk memindahkan sebahagian penerbangannya dari KLIA ke KLIA2 berikutan cukai lebih tinggi yang dikenakan di KLIA dan sekali gus menjejaskan keuntungan syarikat penerbangan itu.

DS Liow berkata, adalah menjadi dasar kerajaan mengenakan cukai lebih rendah terhadap syarikat penerbangan tambang rendah untuk menyokong sektor itu. Oleh itu, beliau tidak nampak sebab kenapa MAS hendak mempersoalkan perkara itu ketika ini. 

Menurut DS Liow, sekiranya MAS ingin mengendalikan penerbangan tambang rendah, maka bolehlah mereka menikmati cukai lapangan terbang yang rendah. Tambah beliau, suatu masa dulu, MAS juga mengadakan penerbangan tambang rendah, jadi Kerajaan amat mengalu-alukan MAS mengendalikan syarikat penerbangan tambang rendah.


August 5, 2016

220 Kempen BERSIH 5 Di Komtar, Apa Kata Marina Chin Dan @Ambiga_S ?


Pada 28/07/2016, Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng beria-ia untuk mengadakan pilihanraya tergempar (snap election) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan kononnya adalah untuk menyelamatkan Pulau Pinang dan Malaysia daripada kekejaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

3 hari kemudian, pada 31/07/2016, Joseph Lim Guan Eng telah membatalkan rancangan untuk mengadakan PRN. Adakah ini bermakna Joseph Lim Guan Eng tidak berminat lagi dengan rancangan asalnya untuk menyelamatkan Pulau Pinang dan Malaysia? Adakah Joseph Lim Guan Eng sejenis spesis lidah bercabang?


Pada Rabu, 03/08/2016, Pengerusi BERSIH, Maria Chin mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan aman Bersih 5 susulan pendedahan yang dibuat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) tentang dakwaan penyelewengan wang yang berlaku melibatkan 1MDB. Bagaimanapun, tarikh, masa, tempat serta bentuk perhimpunan yang akan dibuat masih belum ditetapkan dan akan diumumkan kelak.

Berlainan kali ini dimana Marina Chin selaku Pengerusi BERSIH 5 dilihat seperti teragak-agak untuk mengumumkan tarikh dan tempat demo ini. Nyata sekali, BERSIH bimbang penganjuran demo kali ini tidak mendapat sambutan seperti apa yang mereka lakukan sewaktu demo GST pada April lalu.

Lantaran itu, kami di CTS mencadangkan agar demo BERSIH 5 diadakan di KOMTAR Pulau Pinang. Bukan apa, dakwaan DoJ masih di peringkat awal siasatan lantaran adanya rungutan dari pihak ProTun di Malaysia. Sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang sudahpun didakwa dengan dua tuduhan rasuah yang melibatkan Kanun Keseksaan. Bukankah BERSIH mahukan pemimpin yang bersih? Demo di Pulau Pinang Marina Chin?



August 4, 2016

148 Isteri Lee Hsien Loong Memakai Beg Tangan RM45 Jadi Viral, So?



Berbondong-bondong page dan blog pembangkang dan minion ProTun menyiarkan berita Ho Ching, isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, memilih untuk menggunakan tas tangan berharga S$14.80 (RM44.60)  ketika menemani suaminya membuat kunjungan ke White House pada 2 Ogos lalu. Tas tangan clutch itu mempunyai reka bentuk ringkas, berwarna biru gelap dengan corak dinosaur. 

Mungkin tujuan cerita ini diperbesarkan adalah untuk menunjukkan betapa zuhudnya isteri Perdana Menteri Singapura seperti mana zuhudnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tinggal di bangalow yang tiada kolam renang.

Bila isteri Perdana Menteri Singapura memakai beg tangan berharga RM44, maka riuh rendahlah minions ProTun dan macai pembangkang membandingkan dengan DSP Rosmah Mansur. Bagi ProTun dan macai pembangkang mereka mungkin tidak tahu bahawa isteri Perdana Menteri Singapura merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Temasek Holding (jika di Malaysia sama taraf dengan Khazanah Nasional).

Di bawah pimpinannya, Temasek rugi besar sebanyak dua kali. Kali pertama iaitu pada tahun 2009, rugi sebanyak USD40 bilion atau RM160 bilion. Kali kedua, pada tahun 2015, rugi sebanyak SGD24 bilion atau RM72.3 bilion. Baca State Times Review, di sini.

Bayangkan kalau ini berlaku kepada DSP Rosmah Mansur, yang dilantik sebagai CEO Khazanah Nasional dan rugi sebanyak tu, tak tahu la apa reaksi rakyat Malaysia pulak. Mungkin kiamat Malaysia agaknya.

Di dalam artikel dalam pautan yang sama di atas, Kerajaan Singapura hanya membayar Central Provident Fund (CPF) (jika di Malaysia sama taraf dengan KWSP) sebanyak 2.5% sahaja. Di Malaysia berapa ya?

Macai pembangkang dan minions ProTun mungkin belum melihat video di bawah di mana Presiden Amerika Syarikat tersalah sebut nama Perdana Menteri Singapura sebagai Lee Kuan Yew. Lihatlah wajah dan bibir Perdana Menteri Singapura itu. Seperti kata iklan Mastercard, priceless!


Inilah cara pemimpin-pemimpin PAP / DAP berpolitik murahan dari dulu. Sudah lupakah bagaimana Lee Kuan Yew memakai songkok untuk mendapatkan undi Melayu?

142 Pengurusan Pemberian BR1M Kepada Rakyat Diiktiraf Sehingga Ke Britain


Pakar Ekonomi Britain telah mengakui bahawa pengurusan ekonomi negara sejak tahun 2009 dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah berjaya. Baca The Guardian, di sini. Dalam surat kepada Guardian, 35 ahli ekonomi menyatakan bahawa menyediakan wang secara langsung kepada isi rumah akan menjadi dasar yang paling berkesan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Pemberian BR1M bukan setakat memanafaatkan penyokong-penyokong Kerajaan, malah pembangkang dan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan Kerajaan pimpinan DS Najib Tun Razak turut mendapat tempias daripada limpahan rezeki ini. Contohnya adalah seperti "Puan" Ratu Naga.


Ini alasan "Puan" Ratu Naga kenapa beliau ambil BR1M.


Orang yang layak menerima BR1M RM400 setahun adalah mereka yang BUJANG dan berpendapatan kasar RM2,000 sebulan. Agak-agaknya berapakah pendapatan bulanan bagi seorang PERUNDING PEMBINAAN seperti "Puan" Ratu Naga? Mungkinkah "Puan" Ratu Naga membuat laporan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan BR1M?


Kedua, bagaimanalah Mantan Perdana Menteri boleh mengatakan BR1M sebagai rasuah? Kita fahamlah BR1M yang sedikit untuk majoriti Rakyat tidak dapat dibandingkan dengan jutaan kemewahan yang dimiliki oleh keluarganya.

August 3, 2016

216 Ratu Naga Hina Sultan Untuk Lawan Korupsi?

"Saya adalah mangsa politik. Saya mangsa tapi saya yang tolong viralkan gambar Sultan Pahang yang kononnya berasmara dengan DSP Rosmah Mansor. Saya mangsa keadaan tetapi saya yang sengaja viralkan benda fitnah agar dapat terus memberikan gambaran tidak baik kepada Perdana Menteri, isteri, dan keluarga serta Tuanku Sultan Pahang. Sesungguhnya sayalah mangsa penganiayaan politik UMNO. Kebebasan saya selama ini membuat fitnah dan tuduhan tanpa sebarang sandaran bukti kukuh disekat. Sesungguhnya saya adalah mangsa kekejaman UMNO."
Mungkin inilah yang cuba disampaikan oleh Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah, apabila beliau menulis di laman sosial Facebook bahawa kekejaman yang kononnya dilakukan ke atasnya adalah pengorbanan manis untuk melawan korupsi. Korupsi Opah kome!

August 2, 2016

116 Geng Bas Sekolah Anjur Kempen Tangkap DS @NajibRazak cc. @PDRMsia


Amat melucukan apabila sekumpulan geng bas sekolah mengadakan Sidang Media untuk mengajak Rakyat Malaysia menangkap Perdana Menteri pada 27 Ogos ini. Pada mulanya CTS malas hendak melayan kerenah budak-budak yang masih mengharapkan wang Kerajaan untuk membayar tuala wanita, coli serta seluar dalam melalui pinjaman PTPTN, biasiswa dan sebagainya. 

Namun, apabila Malaysiakini mengangkat isu sampah ini sebagai berita, pasti ada dakang pembangkang di sebalik geng bas sekolah ini. Berapalah agaknya yang dibayar untuk satu, dua, tiga, empat, lima dan enam orang sahaja (bukan 600 atau 6,000) untuk membuat drama bodoh ini. 

Walaupun CTS tidak merasakan langsung mereka ini mengugat keselamatan negara dengan tindakan bodoh ini, namun pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mungkin boleh siasat siapa dalang di sebalik minions ini yang mahu menangkap pemimpin negara? 

Mereka ingat Malaysia mengamalkan undang-undang rimba boleh menangkap orang sesuka hati tanpa bicara atau didakwa. Zaman Tun Dr Mahathir dulu bolehlah Dik. Kesemua kamu disumbat Penjara Kemunting di bawah Akta ISA.

146 Berita Terkini Keluarga DS @NajibRazak Yang ProTun Dan Pembangkang Mahu Tahu


Kita pasti golongan ProTun dan totok pembangkang rindukan untuk terus memfitnah keluarga DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri. Elok juga CTS kemaskinikan beberapa perkara sebelum golongan neraka ini mereka cipta fitnah yang terbaru.

1. Perdana Menteri ketika ini berada di Jakarta Convention Centre sedang memberikan ucapan. Tanpa menghiraukan fitnah Department of Justice (DoJ), Perdana Menteri telah diberikan sambutan hangat di Indonesia.

2. DSP Rosmah Mansor, selepas difitnah berkelakuan tidak senonoh dengan Tuanku Sultan Pahang telah menerima satu lagi fitnah terbaru. Ianya berkaitan dengan kononnya DSP Rosmah menggunakan jenama telefon bimbit yang paling mahal di dunia iaitu Vertu.


Untuk pengetahuan ProTun dan minions pembangkang, DSP Rosmah sememangnya dari dulu sentiasa membawa lebih daripada dua telefon bimbit. Ini disebabkan beliau suka memakai model Samsung lama yang selalu rosak. Untuk pengetahuan juga penggunaan telefon bimbit DSP Rosmah hanya terhad kepada membuat panggilan dan menjawab sms sahaja. 


Orang yang menggunakan iPhone 6S tak ada siapa yang kecoh. DSP Rosmah pakai Samsung Soul U900, penuh viral fitnah. Telefon bimbit ini sudah lama tidak dikeluarkan. Rakyat Malaysia memberikan Samsung publisiti percuma.

Disebabkan itulah DSP Rosmah tiada Whatsapp, Telegram, Twitter, Facebook dan laman sosial yang lain. Kita faham golongan ProTun kecewa bila mana Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah lebih canggih menggunakan telefon kulit kerang. Hello. Hello.


3. Bagi ProTun dan minions pembangkang yang rindukan anak tiri DS Najib Razak, Riza Aziz, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ( DoJ ) baru sahaja menarik semula pembekuan aset yang mana sebelum ini pada 20 Juilai 2016, DoJ telah membuat tuntutan mahkamah sivil untuk merampas aset yang dimiliki oleh syarikat milik Riza Aziz, Red Granite Pictures Inc.

Oleh kerana penarikan ini, Red Granite Pictures Inc. dibenarkan beroperasi seperti biasa dan bank-bank diperintahkan oleh DOJ untuk terus berurusan dengan Red Granite Pictures Inc. Riza Aziz juga bebas untuk kembali di Amerika Syarikat untuk membuat filem-filem beliau.

August 1, 2016

138 Netizen Minta Maaf Burukkan DS Rosmah Dan Tuanku Sultan Pahang @PDRMsia


Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Begitulah nasib seorang netizen yang mengikut nafsu di atas keceluparan memburukkan Perdana Menteri dan isteri serta Tuanku Sultan Pahang. Ini berikutan fitnah gambar-gambar DS Rosmah Mansor dan Tuanku Sultan Pahang yang menjadi viral semalam, lihat di sini.

Pada mulanya si isteri cuba untuk membuat skrip yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang apabila 'kantoi' ditangkap kerana memfitnah, dengan mengatakan akaun diceroboh dan sebagainya. 


Namun, posting terbaru hari ini daripada akaun si isteri mengesahkan tindakan si pelaku. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Semoga episod ini menjadi panduan buat semua agar tidak mudah melatah apabila menerima fitnah di media sosial.


Satu laporan Polis telah dibuat oleh UMNO Bahagian Pekan sebentar tadi di Balai Polis Pekan tentang posting yang cuba menjatuhkan maruah Perdana Menteri dan isteri serta memcemar nama baik Tuanku Sultan Pahang. Buat pihak-pihak yang ghairah menyebarkan foo-foto fitnah berkenaan seperti Johor Bangkit, Suara Rakyat, Otai Bersih dan Ratu Naga, anda mungkin akan mendapat panggilan Rumah Terbuka Hari Raya dari balai polis yang berdekatan.



July 31, 2016

132 Fitnah Terbaru Pembangkang Dan ProTun Terhadap DS Rosmah Mansor Dan Sultan Pahang

Ini adalah gambar-gambar teknik fotografi dan permainan sudut kamera untuk membuat fitnah ke atas isteri Perdana Menteri, DSP Rosmah Mansor yang kononnya berkelakuan tidak senonoh dengan Tuanku Sultan Pahang.

Entah apa yang pihak cytro pembangkang sakit hati dengan isteri Perdana Menteri sehingga tergamak untuk membuat fitnah di bulan Syawal. Gambar-gambar ini diambil di Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di Pekan, Pahang.


Pihak asal yang telah memuatnaik gambar-gambar di atas adalah 'page' Johor Bangkit. Dipercayai 'admin' bagi 'page' berkenaan adalah pengikut Ratu Naga dan totok ProTun.


Seperti biasa kelab syaitan ProTun seperti Saya Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM) dan Ratu Naga akan mensensasikan cerita dan menambah dosa fitnah.


Hakikatnya, lihatlah sendiri gambar di bawah. Adakah berlaku sentuhan di antara DSP Rosmah Mansor dan Tuanku Sultan Pahang? Jahat betul syaitan-syaitan yang membuat fitnah ini.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates