May 27, 2016

44 Ratu Naga Tidak Perlu Bersumpah Bagai, Buat Akaun Berkanun, Laporan Polis Atau Saman Malu



Beza Lim Guan Eng dan Ratu Naga atau nama sebenarnya adalah Syarul Ema Rena Abu Samah ialah Lim Guan Eng mengajak orang yang membuat tuduhan ke atasnya untuk datang minum kopi, sedangkan Ratu Naga mengajak orang yang membuat tuduhan kepadanya datang minum teh. Hari ini, Ratu Naga telah bersumpah tidak mengenali orang yang membuat tuduhan kepadanya iaitu  Azharuddin bin Othman @ Abdullah.

Ratu Naga tidak perlu bersumpah bagai. Seeloknya, beliau membuat Akaun Berkanun yang sama menafikan perkara berkenaan atau membuat laporan polis atau menghantar saman malu kepada orang yang menuduhnya. Azharuddin telah mengemukakan beberapa 'screenshot' Whatsapp bersama-sama dengan Akaun Berkanun. 

Membuat Akuan Bersumpah yang palsu adalah satu jenayah yang sangat serius dan boleh membawa kepada 7 tahun penjara. Mari kita lihat jika Ratu Naga juga akan membuat Akaun Berkanun yang sama. Perlu diingat, perbalahan kedua-dua ini tidak ada hubung kait dengan UMNO. Yang dituduh adalah penyokong kuat ProTun yang bukan ahli UMNO dan yang menuduh adalah Koordinator Multimedia di Jingga 13.

Macai ProTun tidak percaya sumpah DS Najib yang dilakukan dalam keadaan tertib, tetapi Macai ProTun lebih percaya dengan sumpah badak yang tunggang langgang dan dalam keadaan serabut.











4 Tahniah! Permata terima Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G


Institusi kanak-kanak ini selalu menjadi bahan kritikan dan tidak pernah terlepas dari difitnah. Hakikatnya, Pusat Anak Permata Negara (Permata) mampu melahirkan generasi dan pemimpin yang cemerlang serta seimbang untuk mendepani cabaran pada masa akan datang kewujudan program itu selaras dengan agenda pembangunan insan yang menjadi kunci kepada aspirasi negara.

Anak-anak Permata ini dipilih sejak umur lapan tahun dan telah diuji kecerdasan intelektual (IQ) serta dinilai dari segi minda agama mereka. Apabila sampai masanya nanti, pada setiap tahun akan lahir antara 50 hingga 60 pelajar yang mempunyai kemampuan luar biasa melalui program ini.

Program, yang diilhamkan DS Rosmah Mansor, hari ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa atas pencapaian cemerlangnya dalam kebajikan kanak-kanak. Penaung Permata itu yang merupakan penggalak utama kebajikan kanak-kanak sejak prog­ram berkenaan diperkenalkan pada 2007, akan menerima sendiri anugerah tersebut bagi pihak Permata.

Isteri Perdana Menteri dijangka menerima Anugerah Tadbir Urus Baik Global (3G Awards) 2016 yang julung kali diadakan pada majlis di sebuah hotel di Istanbul hari ini (10 malam waktu tempatan) di bawah Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G.

Pengerusi Eksekutif Cambridge IF Analytica Prof Humayon Dar, berkata Permata yang menumpukan kepada usaha mengetengahkan bakat dan kualiti kepimpinan kanak-kanak, sejak dari mula mendapat undian besar dari seluruh dunia, menewaskan calon lain dalam kategori itu.

May 26, 2016

40 Akaun Bersumpah Berkenaan Macai Tun Dr Mahathir Menipu 1.2 Juta Tandatangan Deklarasi Malaysia



Seorang pengaturcaraan komputer bebas secara sambilan, Azharuddin bin Othman @ Abdullah, nombor kad pengenalan 861022465285 telah membuat Akuan Bersumpah hari ini, bahawa beliau telah dihubungi oleh Facebooker bernama 'Ratu Naga' pada 27/04/2016 untuk membeli maklumat data (database) penduduk Malaysia bagi tujuan untuk mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan Tun Mahathir bagi tujuan Deklarasi Malaysia.

Beliau juga mengaku akan dibayar RM5,000 oleh Ratu Naga untuk mendapatkan 1.2 juta 'database' pilihanraya. Walau bagaimanapun, beliau hanya dibayar RM 1,000 dan sehingga kini tidak mendapat baki bayaran yang dijanjikan.


'Ratu Naga' yang dimaksudkan di dalam Akaun Bersumpah berkenaan berkemungkinan besar adalah Syarul Ema Rena Abu Samah, 26, yang menggunakan nama berkenaan di laman sosial Facebook. Beliau pernah didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama. Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang kerana memuat-naik status di Facebook yang menghina Perdana Menteri DS Najib Razak berhubung Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Baca di sini.

8 YDP Agong Hadir Majlis Anugerah Sukan Malam Tadi, Mana 'House Arrest'nya Tun?


Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan hadir di Majlis Anugerah Sukan Negara 2015 dengan diiringi oleh Perdana Menteri DS Najib Razak di Putrajaya pada malam tadi. Baginda kelihatan sihat dan ceria.

Cuma saya hendak bertanya kepada Tun Dr Mahathir mana dakwaan Tun yang mengatakan Baginda dikenakan tahanan rumah atau 'house arrest'? Bagi yang lupa, kita tulis balik apa yang Tun katakan seperti yang dipetik oleh Malaysiakini, di sini.
"Ini pun kita dah dapat 1.4 juta (tandatangan). Kita akan cuba kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong. Tetapi seperti saya kata tadi, setakat ini saya tak dapat bertemu dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana kemungkinan baginda juga berada dalam keadaan house arrest (tahanan rumah)"
Justeru, sewajarnyalah Tun Dr Mahathir disoalsiasat kerana membuat dakwaan palsu yang memberi gambaran buruk kepada kerajaan dan negara. Tidak ada keperluan undang-undang untuk menahan YDPA di rumah seperti didakwa Mahathir. Mungkin itu sajalah alasan bodoh yang dapat beliau berikan agar tidak dicemuh pengikutnya sendiri.

6 Dr P Ramasamy Letak Kenderaan Di Tempat Larangan Macam Penang Keluarga Dia Yang Punya @PDRMsia



Ini kejadian semalam. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy telah meletakkan kereta rasminya di tempat larangan parkir. Terdahulu daripada itu, dua hari lepas, Dr P Ramasamy juga turut meletakkan keretanya di kawasan larangan parkir (gambar bawah). Pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang tidak menunjukkan contoh teladan yang baik dengan melanggar undang-undang. 

Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini pernah dua tiga kali diambil gambar keretanya diletakkan di tempat larangan parkir. Inilah moto Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan, atau CAT, ala Pulau Pinang!

May 25, 2016

24 "We Love Tun" Di UTP Bukti Cakap Tak Serupa Bikin


Kembar seiras Pinarayi Vijayan, Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya masih ingat pernah berkata:
"He told me that cash is king. He paid people to come and hold place cards that said "I love PM" but he still lost! You don't go to your girlfriend asking to hold a place card saying "I love you". If people love you they will love you." - TheSunDaily
Gambar-gambar di dalam posting ini diambil dua hari lepas ketika hari terakhir Mantan Perdana Menteri berkenaan memegang jawatan sebagai Chanselor Universiti Teknologi Petronas (UTP). Kalau dilihatkan kepada placard yang dibuat, ianya tidak mungkin dibuat sendiri oleh pelajar-pelajar Universiti berkenaan. Ianya mungkin ditempah khas dan diedarkan kepada pelajar-pelajar berkenaan. 

Bila peminat Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak melakukan perkara yang sama mereka digelar pemakan dedak walaupun tidak pernah satu sen pun pernah merasa duit Perdana Menteri. Bila Mantan Perdana Menteri melakukan demikian, apa pula kita hendak kata. Tun Dr Mahathir sudah berumur 90 tahun. Benarlah katanya, "Melayu Mudah Lupa".

13 Phang Li Koon Harus Didakwa Buat Akaun Sumpah Palsu



Di perenggan 12, Surat Akuan Bersumpah Phang Li Khoon berhubung penjualan rumah banglo mewah tanpa kolam renang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, beliau menyatakan bahawa 'I have no business dealing with the state goverment'

Di dalam ucapan penggulungan DUN Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri 11, Dr. P. Ramasamy, membuat pendedahan syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd. (Magnificient Emblem) yang mana Phang Li Koon me­rupakan pengarahnya pernah memenangi tender daripada kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membangunkan asrama pekerja di tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Juru. 

Kata Ramasamy tender itu diperoleh syarikat ahli perniagaan wanita berkenaan ketika pertama kali dibuka kerajaan DAP Pulau Pinang pada 17/09/2013. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai berkata, syarikat Phang Li Koon itu dipilih daripada dua lagi syarikat lain yang turut mengambil bahagian iaitu Centurion Corporation Limited dan TEE International Limited.

May 24, 2016

8 Tun Dr Mahathir's Contribution To The Oppositions

Tun Dr Mahathir's contribution to the oppositions since he declared somewhat Deklarasi Selamatkan Malaysia:

1. The Malaysian Insider folded.

2. Lim Guan Eng exposed for bungalow scandal.

3. Infighting between the DAP and PKR for Sarawak seats allocations.

4. DAP lost 6 seats in Sarawak PRN.

5. 33 out of 95 Pakatan Harapan (PH) candidates lost their deposits.

6. PAS replaced MCA as the new 7/11 Party. 7 out of their 11 candidates  lost their deposits.

7. Even then, PAN out did them 9 out out of their 13 candidates lost their deposits.

8. Lim Guan Eng exposed for Underwater Tunnel scandal.

9. PH squabbling over Kuala Kangsar/ Sungai Besar.

10. Nga Kor Ming apologized to PM Najib for his slander in Facebook.

11. PKR internal squabbles Part I - The Anwar letter

12. Lim Guan Eng lost defamation suit against environmentalist.

13. PKR internal squabbles Part II - Money and Sex.

14. Table thumping in Penang State Legislative Assembly.

15. Penang State Executive Councul, backed by backbenchers passed a motion against CM.

16. 25 Pinhorn Street became a tourist attraction not because of rumors it is haunted by ghosts but by devils.

17. BN sweeps Kuala Kangsar and Sungai Besar?

18. Mat Sabu officially becomes the candidate who have lost the most elections in Malaysia?

For PH ... With friends like that, who needs enemies?
For BN ... With enemies like that, who needs friends?

Lets Tun Dr Mahathir called the opposition to have meeting with him in the Perdana Leadership Centre yesterday. In short, who needs Mahathir?


7 Bukankah Skandal Rasuah Dan Wanita PKR Patutnya Dibawa Ke @PDRMsia Atau @SPRMMalaysia Dan Bukan Presiden Parti?


Rafizi Ramli bergurau lagi. Setiausaha Agung PKR yang juga Pengarah Eksekutif  National Oversight and Whistleblowers (NOW) berkata bukti dakwaan rasuah di Selangor kepada presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail terlebih dahulu. Tambah beliau berkata parti akan menentukan langkah susulan dan samada maklumat itu patut diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau tidak.

Sebelum ini, walaupun tidak ada bukti yang kukuh mengenai penyelewengan dan salah guna yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN), beliau akan bingkas untuk membuat sidang media mewar-warkan berita fitnah tersebut. Ditambah dengan keterujaan beliau untuk membuat laporan polis dan SPRM.

Mengapa dalam kes dakwaan permintaan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan Selangor, perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Presiden? Apa akan terjadi jika Presiden mengarahkan agar kes ini tidak diperbesarkan? Apakah skandal di Selangor (sekiranya ada) akan terkubur? 

Atau adakah ini merupakan skrip lakonan beliau dan PKR untuk menutup pertelingkahan pembangkang di dalam Pakatan Harapan (PH)? Apakah skrip Whatsapp seperti di atas adalah juga lakonan beliau dengan Lateefa Koya?

May 23, 2016

0 DS @liowtionglai Lancar KLIA Aeropolis, Bandar Lapangan Terbang Kelas Dunia


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai hari ini melancarkan KLIA Aeropolis, satu projek daripada Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) yang bakal mengubah kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi sebuah bandar lapangan terbang berkelas dunia. 

KLIA Aeropolis dijangka mampu menyumbang lebih RM30 bilion kepada ekonomi negara dalam tempoh 15 tahun. KLIA sekarang telah menerima lebih 50 juta penumpang setiap tahun dengan lebih 60 penerbangan di lebih 130 destinasi langsung. Dengan pembangunan KLIA Aeropolis ini, Malaysia mampu menjadi hab kargo udara dan menyasarkan pertumbuhan 5.0 peratus trafik kargo global dan tempatan,

DS Liow berkata, KLIA Aeropolis adalah keutamaan penting bagi Kerajaan, sebagai mana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2016. Pembangunan kawasan seluas 1,000 ekar di sekitar KLIA dijangka memberi pulangan pelaburan asing dan domestik yang ketara. Yang penting menurut DS Liow, KLIA Aeropolis juga memberi peluang yang luas dan berpotensi dari segi perniagaan, perhubungan dan perdagangan, dan akan mempunyai manfaat hasil limpahan daripada sektor penerbangan Malaysia yang pastinya akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan di rantau ini.

Kira-kira 30 peratus daripada kawasan tanah KLIA Aeropolis seluas 100 kilometer persegi diperuntukkan khusus bagi pembangunan lapangan terbang. KLIA Aeropolis bakal mengubah landskap ekonomi kawasan yang mengelilingi KLIA serta membantu menyokong aktiviti lain, termasuk perniagaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembuatan dan perkhidmatan.




20 This Is A Story Of The One Rafizi Ramli

- Rafizi Ramli, born 1977 Besut, Terengganu.

- Fully Free Government Primary School - Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989).

- Fully free government board and lodging government college - Malay College Kuala Kangsar (1990 – 1994).

- Fully Free Government company Petronas Scholarship - Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996).

- Fully Free Government company Petronas Scholarship - Leeds University, UK (1996 – 1999).

- Fully Free Government company Petronas Scholarship - Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003).

- Nice high-paying job in Government company at Petronas  (2003 – 2009).

-  Nice high-paying job in Government company at  Pharmaniaga (2009).

- Quits government  job at age 32 to join politics full-time.

- Age 37, declares assets totaling almost RM2 million with net assets of RM1.6 million.

- Has cash savings totaling RM1,336,908, while his life and health insurance policy and share in government company Boustead Holdings amount to RM30,436.

- Has 1,400 square foot condo in Bukit Antarabangsa.

- Has three Honda cars including Honda Accord and Honda CRV.

- Doesn't look at all malnourished from eating too much grass and sand.

- Always claimed government is bankrupt, unfair and oppresses the Rakyat and the Rakyat is suffering.

- I am still figuring out where is the suffering and unfair part he claimed. Do you?

May 22, 2016

31 Apa Persamaan Pinarayi Vijayan Dengan Tun Dr Mahathir?


Pelik tapi benar. Ini adalah Pinarayi Vijayan. Beliau bakal menjadi Ketua Menteri Kerala, India yang baru bermula 25/05/2016. Ramai yang mengatakan bahawa beliau kelihatan seiras  seperti Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad.

Riak wajah ketika masam dan tersenyum memang kelihatan seperti Tun Dr Mahathir. Malah ada juga mendakwa bahawa susur galur Tun Dr Mahathir juga berasal dari Kerala.

Di India Pinarayi Vijayan adalah ahli Parti Komunis India (Marxist). Manakala di Malaysia pula Tun Dr Mahathir pula amat "mesra dan intim" dengan Parti ala-ala "komunis". Apakah ini juga satu kebetulan?


0 SPAD Bentang Kertas Kerja Akhir Isu Grabcar & Uber Kepada Kabinet Tahun Ini


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan membentangkan kertas kerja akhir kepada Kabinet berhubung isu perkhidmatan teksi GrabCar dan Uber dalam tahun ini, kata Pengerusinya TS Syed Hamid Albar.

TS Syed Hamid berkata kertas kerja peringkat pertama telah dihantar untuk disemak Unit Perancang Ekonomi. Beliau menambah sebagai perlindungan kepada pengangkutan awam darat, SPAD hendak menentukan apabila Kerajaan buat keputusan, mesti ada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan ianya perlu adil.

Oleh itu, SPAD katanya telah bentangkan kepada Unit Perancang Ekonomi beberapa idea dan cadangan yang perlu dilaksanakan kalau SPAD hendak menerima pemain-pemain lain seperti GrabCar dan Uber dalam industri perkhidmatan teksi ini,

TS Syed Hamid berkata pihaknya memerlukan masa untuk melihat perubahan undang-undang selain perlu mempertimbangkan beberapa usaha bagi melaksanakan perkhidmatan teksi yang dikehendaki orang ramai dan pengendali teksi.

Satu kaji selidik dalam talian yang dijalankan oleh SPAD bulan lepas telah mendapati bahawa lebih daripada 80 peratus undian daripada orang ramai lebih suka menggunakan perkhidmatan Uber dan Grabcar daripada teksi biasa. 

Menurut TS Syed Hamid, salah satu sebab utama penumpang lebih suka menggunakan perkhidmatan perjalanan menggunkana Grabcar dan Uber adalah disebabkan oleh kemudahan yang diberikan oleh kedua-dua perkhidmatan tersebut.

0 Sejarah 22 Mei 1950 yang perlu anda tahu #FriendsofKedaulatan


Pada tahun 1939 perkhidmatan seperti ini pernah digunakan di Stesen Radio Jalan Cochrane Kuala Lumpur ke Bandung, di Indonesia. Stesen Bandung pula menerima panggilan dari London melalui Amsterdam.

Perkhidmatan ini terus berjalan sehingga timbulnya perselisihan faham antara Kerajaan Indonesia dengan Britain pada tahun 1939. Atas sebab-sebab keselamatan perkhidmatan ini terpaksa dihentikan. Setelah dihentikan, usaha-usaha lain telah dijalankan untuk menghidupkan semula perkhidmatan tersebut. Baca lanjut di Friends of Kedaulatan
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates