April 16, 2016

0 KLI Hotel Taja Perjumpaan ‘Darling Idola Kecil’


Penyanyi baharu Wan Azlyn atau dikenali sebagai Darling, 16 bersyukur dapat meluangkan masa bersama peminatnya dalam satu majlis yang diadakan di KLI Hotel, Kuala Lumpur, petang tadi. Bekas naib juara pertandingan nyanyian Idola Kecil pada tahun 2012 itu berkata, gembira dan teruja kerana dapat berjumpa dengan mereka yang tidak pernah jemu untuk menyokong kerjaya muziknya sebelum ini. Beliau berkata, 
"Saya begitu berpuas hati dan gembira dengan penganjuran majlis yang diadakan ini kerana dapat berjumpa dan beramah mesra dengan mereka semua. Tidak dilupakan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak KLI yang begitu bermurah hati untuk menaja majlis perjumpaan ini," 
Program yang dihadiri sekitar 50 orang peminat itu ditaja oleh pihak hotel Kuala Lumpur International (KLI) yang turut bertindak sebagai penganjur majlis. Menurut Wan Azlyn atau nama penuhnya Wan Azlyn Maashah, paling menarik pejumpaan yang diadakan itu begitu meriah apabila semua yang hadir begitu mesra seperti sebuah keluarga meskipun tiada pertalian darah. Ujarnya lagi, 
"Rata-rata yang hadir begitu ‘sporting’ malah mereka turut menyertai acara yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Saya juga sedang merancangkan untuk mengadakan majlis perjumpaan seperti ini di negeri kelahiran saya Kedah dalam masa terdekat." 
Selain cabutan nombor bertuah, para peminat Darling turut dihiburkan dengan beberapa buah lagu dari single pertamanya berjudul Takkan Ada. Sementara itu Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Siti Aishah Yahaya berkata, pihak KLI amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menjayakan majlis tersebut.

Penyanyi berbakat besar yang berasal dari Kedah itu sebelum ini tampil dengan lagu duet bersama kumpulan Viral ciptaan komposer, DJ Fuzz. Walaupun masih lagi bergelar pelajar di Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah, Darling berkebolehan menyanyi dalam 10 bahasa berbeza termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis, Hokkian, Hindi, Thailand, Jepun, Korea dan Arab.

29 @limguaneng Syok Sendiri Apabila Dakwa DAP 'Is Truly Sarawak Party' #BN4Sarawak

Kalau kita panggil Setiausaha Agung DAP, Joseph Lim Guan Eng bodoh dan baghal, pasti ramai yang marah. Kalau tidak kita pula terasa seperti diperbodohkan. Mana tak bodohnya apabila DAP syok sendiri dan angkat bakul sendiri dengan mendakwa DAP 'is truly Sarawak party'.

Sedangkan peratus kaum Melayu di Sarawak ialah 21% tapi  hanya satu calon Melayu DAP sahaja DAP bertanding di Sarawak. Kita lihat pula peratus kaum Cina 25% tapi 14 calon Cina DAP!

Selebihnya, 14 kerusi lagi DAP bertanding mewakili kaum Dayak. Mana komposisi kaum lain di Sarawak? Inikah yang dikatakan parti yang mewakili semua kaum? 'DAP is truly Sarawak party'?

Yang pastinya, DAP adalah sebuah parti kecinaan yang rasis dan tidak sesuai mewakili Rakyat Sarawak.

April 15, 2016

110 Mereka Bertanya Di mana RM2.6 Billion? Hari Ini Jawapan Diberi Sendiri Oleh Menteri Luar Arab Saudi






Sebelum ini, mereka-mereka di atas sibuk bertanya di mana RM2.6 billion yang didermakan oleh jutawan Arab kepada Perdana Menteri. Hari ini, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, DS Najib Razak, memang daripada negara itu. 

Kata beliau, "Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku. "Justeru, setahu kami, isu itu ditutup." 

Peguam Negara, TS Mohamed Apandi Ali, pada 26 Januari lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. 

TS Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama.

Jangan lupa kata-kata Mantan Perdana Menteri seperti di bawah. Apa kata pemakan dedak sekarang?



6 Dato Jamal Yunos Difitnah Untuk Bangkitkan Kemarahan Kaum Iban

Saya bukannya peminat Dato Jamal Yunos, Pengerusi Gabungan NGO Melayu yang kebetulan semalam tidak dibenarkan untuk masuk ke Sarawak. Namun tindakan sesetengah pihak yang membuat akaun Facebook palsu atas nama Dato' Jamal Yunos untuk memfitnahnya adalah amat tidak beretika.

Apatah lagi membuat posting bertujuan untuk menghina dan membangkitkan kemarahan kaum Iban di Sarawak. Tujuan pihak-pihak berkenaan mungkin bermotifkan dendam peribadi dengan Dato Jamal Yunos atau sengaja ingin membangkitkan kemarahan dan rasa tidak puas hati ke atas Barisan Nasional. Untuk rekod, satu laporan polis telahpun dibuat ke atas fitnah ini.

0 Mahkamah Tinggi Tolak Saman Sekumpulan Pengusaha Bas Ke Atas SPAD


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'Hara, menolak saman sekumpulan pengusaha bas terhadap sebuah syarikat dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengenai pelaksanaan sistem pembelian tiket berpusat (CTS) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Hakim berkenaan membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa pelaksanaan CTS tidak melanggar Seksyen 15 dan 16 Akta SPAD 2010.

Pada 30 Disember 2015, pengusaha bas berkenaan memfailkan saman pemula terhadap kedua-dua defendan. Antara lain mereka memohon satu perintah deklarasi untuk menghentikan pelaksanaan CTS di TBS dan satu deklarasi bahawa defendan tidak berhak untuk memaksa dan mengarahkan pihak plaintif mengambil bahagian dalam pelaksanaan sistem berkenaan. 

Mereka juga menuntut kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah selepas mendakwa tindakan pihak defendan itu telah melanggar Akta Persaingan 2010.

Justeru, Hakim Datuk John memerintahkan lapan pengusaha bas, selaku plaintif, membayar kos sejumlah RM10,000 kepada dua defendan, Maju Tmas Sdn Bhd, syarikat pengendali operasi TBS dan SPAD. Maju Tmas dilantik oleh pemilik TBS untuk mengurus operasi di terminal di Bandar Tasik Selatan di sini yang mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Mac 2011.

Untuk rekod, sejumlah 87 syarikat pengusaha bas ekspres menjalankan operasi masing-masing di TBS dengan 79 daripada mereka menyertai sistem CTS yang dilaksanakan sepenuhnya pada Oktober 2015.

14 Ini Sahaja Penonton Yang Mampu Dibawa Oleh Tun Dr Mahathir Dan Lim Kit Siang?

Bagi seorang Mantan Perdana Menteri dan barisan pembangkang-pembangkang yang mempunyai nama-nama besar seperti YB Khalid Samad, YB Tony Pua, YB Teresa Kok, YB Rafizi Ramli dan lain-lain, kehadiran penonton yang sekadar memenuhi satu dewan IDCC Shah Alam amat memalukan. Ceramah pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak, Terangganu mampu menarik lebih daripada 30,000 orang.

Hari demi hari, Tun Dr Mahathir sudah hilang pengaruh di kalangan orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu amat pantang dan benci jika ada Melayu bersekongkol dengan Cina DAP untuk menjatuhkan pemimpin Melayu. 

Kekadang terfikir, setiap posting 'fanpage' Tun Dr Mahathir seperti Kelab Che Det dan Saya Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM) berjaya mendapat belasan ribu 'like'. Takkanlah separuh daripadanya tidak mampu memenuhi dewan berkenaan semalam. Adakah 'like' yang diberikan kepada fanpage berkenaan juga palsu?



2 11 DUN Baru Bakal Dipertandingkan Di PRN Ke-11 Sarawak #BN4Sarawak


Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) akan diadakan pada 7 Mei dan hari penamaan calon pada 25 April 2016. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DS Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh itu selepas mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 11 April.

DS Mohd Hashim berkata PRN-11 akan menggunakan senarai daftar pemilih induk 2015 yang telah dikemas kini sehingga 10 April 2016. PRN-11 diadakan selepas Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan dengan perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud setelah dirujuk Ketua Menteri, TS Adenan Satem.

DS Mohd Hashim berkata 1,879 buah premis akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi 2,959 saluran/tempat mengundi dan seramai 20,811 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini.

PRN-11 kali ini mendapat perhatian meluas apabila sebanyak 11 DUN baru telah diwujudkan setelah proses persempadanan semula dilakukan oleh SPR telah diluluskan di Parlimen. DUN-DUN baru tersebut adalah seperti berikut yang menjadikan keseluruihan DUN yang dipertandingkan adalah 82 kerusi.

1. N13 Batu Kitang (P196 Stampin)
2. N17 Stakan (P197 Samarahan)
3. N18 Serembu (P198 Puncak Boneo)
4. N23 Bukit Semuja (P199 Serian)
5. N26 Gedong (P200 Batang Sadong)
6. N40 Kabong (P205 Saratok)
7. N57 Tellian (P213 Mukah)
8. N63 Bukit Goram (P215 Kapit)
9. N66 Murum (P216 Hulu Rajang)
10. N70 Samalaju (P217 Bintulu)
11. N78 Mulu (P220 Baram)

Manakala 4 kawasan DUN telah dipinda nama seperti berikut:

1. N19 Mambong (Nama asal - Bengoh)
2. N34 Batang Ai (Nama asal - Batang Air)
3. N41 Kuala Rajang (Nama asal - Belawai)
4. Tanjung Batu (Nama asal - Kidurong)

April 14, 2016

21 Dato Jamal Yunos Dihalang Masuk Sarawak Bukti Kerajaan BN Sarawak Telus #BN4Sarawak





Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Dato Jamal Yunos dihalang masuk ke negeri itu sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 11.30 pagi tadi. Beliau dan rakan-rakannya telah ke Sarawak dengan tujuan untuk membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak untuk Barisan Nasional (BN). Tiga lagi rakannya yang dihalang masuk adalah Ariffin Abu Bakar, Rahim Ibrahim dan Razali Zakaria dan kesemua mereka terlibat dalam Gabungan NGO Melayu.

Pembangkang sebelum ini menyifatkan  tindakan Kerajaan BN Sarawak sebagai pengecut apabila menghalang pemimpin-pemimpin pembangkang dari masuk ke Sarawak untuk PRN ke 11 Sarawak. Ini secara langsung menunjukkan Kerajaan Negeri Sarawak telus dalam menghalang anasir-anasir perkauman dari masuk menyebarkan dakyah mereka di Sarawak. Antaranya adalah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin.

April 13, 2016

13 Hadiah Junior Cycling RM30!! RM20!! RM10!! Ini Nak Sabotaj Menteri Belia Dan Sukan Ke?


Memang kita alu-alukan sesuatu acara sukan diadakan terutamanya di peringkat kanak-kanak. Hendak bagi hadiah atau tidak bukan menjadi satu isu. Hadiah mahal atau murah juga bukan isu kerana masuk acara sukan ini adalah secara sukarela bukan paksaan. Walau bagaimanapun, bagi penganjuran berprestij seperti Junior Cycling Malaysia di mana Menteri Belia Dan Sukan menyampaikan hadiah, kalau hadiah setakat RM30, RM20 dan RM10 tidak perlulah buat 'mock cheque' atau replika cek bagai. Bagi dalam sampul surat sudah memadai.

Rasanya nilai replika cek berkenaan lebih mahal daripada nilai hadiah berkenaan. Lagipun, pastinya replika cek ini akan dibakul sampahkan. Lebih baik nilai bayaran untuk buat replika cek berkenaan digantikan sebagai tambahan hadiah RM30, RM20 dan RM10 berkenaan. Mungkin penganjur mengambil nasihat daripada satu adengan di dalam filem Nasib Si Labu Labi, apabila watak Haji Bakhil berkata, "Budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak". Mungkin penganjur terpengaruh dengan kata-kata Mantan Presiden US, John F. Kennedy, "Ask not what your country can do for you. Ask what you can do for your country."





Kemaskini 7.30 PM - Jawapan Menteri Belia Dan Sukan:

April 12, 2016

26 Betul Ke Ada Orang Nak Bakar Pejabat Dr P Ramasamy Atau Beliau Buat Drama Tamil?


Secara kebetulan atau sudah dirancang? Semalam Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 2, Dr P Ramasamy ini dihimpit kontroversi apabila beliau memanggil Dr Zakir Naik sebagai syaitan, secara tiba-tiba hari ini pejabatnya pula dibakar. Apakah ini satu wayang Tamil apabila Dr P Ramasamy sengaja hendak mengalihkan isu skandal Tokong Lim Guan Eng dengan mencipta isu gelaran syaitan dan bakar pejabat? 

Mungkin beliau boleh mencari idea lain kot? Sebelum ini Teressa Kok ada membuat idea yang serupa dengan meletakkan bangkai dan darah ayam ke luar pejabatnya untuk mengalihkan isu. Yang peliknya ayam tu boleh masuk ikut pintu gril yang berkunci.

Ini kes bakar pejabat pula. Betul-betul sandiwara DAP. Kalau betul orang hendak bakar pejabat beliau, tidaklah hanya bakar di koridor kaki lima sahaja. Alang-alang menyeluk pekasam biar bakar satu bangunan dan bukan kaki lima. Auta la Ramasamy ni.



5 Peratusan Tinggi Pengundi Baru / Muda Untuk PRN Sarawak Bukti SPR Telus Dan Adil


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas sempena Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak pada Khamis ini. Setiausahanya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mesyuarat bermula pukul 9.30 pagi di Hotel Merdeka Palace di Kuching, akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, DS Mohd. Hashim Abdullah. Mesyuarat itu akan membincangkan beberapa perkara penting berhubung PRN-11 nanti.

Antara dibincangkan termasuk hari penamaan calon, pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan semasa pilihan raya tersebut. Selain itu, mesyuarat itu juga akan membincangkan persiapan-persiapan lain yang perlu dilaksanakan oleh suruhanjaya itu sepanjang proses mengendalikan PRN-11. 

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kini secara rasmi dibubarkan selepas Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud bersetuju meluluskan dan menandatangani surat pengisytiharan pembubaran itu semalam.

Perkara menarik yang boleh diperhatikan di dalam PRN-11 kali ini adalah peratusan tinggi pengundi baru / muda untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Ini sekligus membuktikan SPR adalah telus dan adil di dalam menjalankan proses pendaftaran pengundi. Semakan berdasarkan kepada DP ST4 / 2015 ke atas jumlah pengundi berdaftar mengikut umur di Sarawak mendapati daripada jumlah keseluruhan 1,141,294, sebanyak 11.98% atau 136,755 orang pengundi adalah dalam kategori umur 21 - 29 tahun.

Manakala peratusan bagi pengundi yang berumur di antara 30 - 39 tahun adalah sebanyak 20.80% atau 237,440 pengundi. Sejumlah 32.78% pengundi muda bakal menetukan Kerajaan di Sarawak. Ianya sekaligus menafikan cakap-cakap politik bahawa SPR berpihak kepada Kerajaan Barisan Nasional dengan melewat-lewatkan pendaftaran pengundi muda, yang kononnya BN hanya bergantung kepada pengundi yang berusia.

April 11, 2016

34 Apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Memanggil Dr Zakir Naik Syaitan

Satan atau syaitan dalam Bahasa Malaysia telah  dipadam! Kalau betul pun hendak membantah, tidak perlulah menggunakan perkataan 'satan' dan sebagainya.

Ini masaalahnya dengan chauvinis DAP seperti Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P Ramasamy. Kurang ajarnya ADUN DAP ni bila menggelar pendakwah Dr Zakir Naik sebagai syaitan. Beliau juga menyeru agar Dr Zakir Naik dihalau balik ke India.

Sebagai rakyat Melayu beragama Islam, adakah anda mahu beliau menjadi pemimpin kalian dan menjaga agama kalian? Jika mahu, sila beri undi kepada beliau pada PRU 14 kelak.

16 Jahat Sungguh Portal Pembangkang Dan Pro Tun - Kenyataan Dr Zakir Naik Diputarbelit

Bukan seorang dua yang telah menonton video Dr Zakir Naik memberi nasihat kepada bakal Doktor 'Peanut' semalam. Namun, masih ada portal-portal pembangkang seperti Siakap Keli dan Sukan Star TV serta Kelab Fanpage seperti Saya Sayang Tun Dr Mahathir dan Kelab Che Det yang menganggap Rakyat Malaysia buta IT sehinggakan video yang terang-terang sebegitu masih lagi diputar belitkan oleh mereka untuk memburukkan Kerajaan. 

Tonton sekali lagi video di bawah dan nilaikan sendiri betapa rendahnya maruah portal-portal ini dan Fanpage Pro Tun ini. Lihatlah bagaimana portal dan page Khawarij ini memutar belit ucapan Dr Zakir Naik. Kenapa mereka tidak menyiarkan kenyataan Dr Zakir Naik yang ini - "... Ur government is good government ..." Moga Allah memberi pengajaran dan penghinaan kepada mereka.





24 Video Jawapan Terbaik Dari Dr Zakir Naik Kepada Pelajar Malaysia Yang Kufur Nikmat





Cerita pelajar Malaysia jurusan perubatan yang cuba untuk memburukkan Malaysia sewaktu kedatangan tokoh ilmuan terkenal dunia, Dr Zakir Naik ke Stadium Tertutup Gong Badak menjadi viral di laman media sosial. Salah seorang penonton yang turut hadir semalam turut menceritakan apa yang berlaku semalam seperti di bawah.

Untuk rekod, 80 orang yang dikatakan oleh pelajar tersebut kononnya tidak dapat biasiswa adalah mereka yang mengambil pinjaman PTPTN. Untuk makluman, JPA menawarkan kepada semua pelajar tawaran biasiswa. Mereka yang menolak adalah kerana tidak mahu terikat dengan kontrak kepada kerajaan. Itu pilihan pelajar berkenaan sendiri. Kebanyakkan mereka yang tolak biasiswa JPA adalah pelajar-pelajar bukan Melayu. Kebanyakkan mereka akhirnya dapat menukar dari status pinjaman kepada biasiswa.



Tontonlah video penjelasan di bawah terhadap persoalan pelajar perubatan Malaysia yang kufur nikmat dari Dr Zakir Naik.

0 Menteri Pengangkutan Kecewa Riyani Air Gagal Memberikan Perkhidmatan Yang Baik Kepada Rakyat


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai, berkata Rayani Air tidak boleh menggantung operasinya sendiri seperti dilakukan oleh syarikat penerbangan berkenaan kerana semua perkara berkaitan operasi penerbangan adalah tertakluk di bawah  Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

DS Liow melahirkan kekecewaan dengan Rayani Air kerana tidak memberikan perkhidmatan yang baik kepada Rakyat. Katanya, Kementerian Pengangkutan sudah memberi mereka peluang, tetapi mereka tidak memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh undang-undang

DS Liow menambah, kementerian beliau akan mengantung Riyani Air dan notis penggantungan akan dikeluarkan oleh DCA kerana Riyani Air telah melanggar undang-undang di bawah Kementerian Pengangkutan. Kementerian Pengangkutan dan DCA kata DS Liow akan menjalankan audit penuh ke atas Rayani Air dengan segera dan wakil mereka akan dipanggil untuk memberi penjelasan.

Tambah beliau lagi, syarikat berkenaan akan diminta untuk memberikan penjelasan dan jawapan terhadap isu tersebut, namun sekiranya gagal membuat perkara demikian, lesen mereka mungkin akan ditarik.

Untuk rekod, sesebuah syarikat penerbangan perlu memaklumkan kepada DCA enam bulan sebelum penggantungan operasi penerbangan. Dalam kes ini, DCA tidak dimaklumkan mengenai penggantungan yang diumumkan Rayani Air dua hari lepas. Terdahulu, syarikat penerbangan tersebut menerima 2 notis amaran daripada  DCA setelah gagal memberikan perkhidmatan yang baik kepada Rakyat.

April 10, 2016

37 Gagal Jatuhkan PM @NajibRazak Melalui PAC 1MDB, DS Rosmah Mansor Jadi Sasaran Di Stadium Melawati

Fitnah 1MDB gagal menjatuhkan DS Najib Razak apabila Timbalan Pengerusi PAC sendiri dari DAP yang juga Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, telah membersihkan nama Perdana Menteri dari sebarang salah laku. Tidak puas hati dengan tindakan tersebut DS Rosmah Mansor kembali menjadi sasaran serangan pembangkang.

Satu video yang dimuatnaik dari KiniTV menunjukkan DS Rosmah Mansor disorak sewaktu perlawanan akhir badminton di Stadium Melawati. Apa yang berlaku bukanlah merupakan satu kebetulan, malah satu perancangan yang jahat untuk memalukan Perdana Menteri dan isteri.

Konon ceritanya sebahagian daripada 10,000 penonton bersorak perkataan 'boo' kepada DS Rosmah Mansor ketika nama beliau diumumkan sebagai penyampai hadiah kepada Lee Chong Wei. 

Apa yang menariknya, rakaman video berkenaan dirakam oleh Jay Jay Dennis, pembantu kepada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago. Adakah ini merupakan kebetulan?

Ada yang mempersoalkan kenapa DS Rosmah Mansor pula yang menyampaikan hadiah bukannya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Mungkin mereka tidak tahu bahawa DS Rosmah Mansor merupakan Penaung BAM. Jadi, kenapa pula individu yang menaungi sukan badminton tidak layak berada di pentas tersebut?

Pembangkang menjadikan DS Rosmah Mansor sebagai sasaran untuk membangkitkan kebencian kepada DS Najib Razak. 

Nampaknya selepas gagal memburukkan Perdana Menteri melalui 1MDB, pembangkang melalui Malaysiakini dan portal-portal fitnah mereka kembali menjadikan isteri Perdana Menteri sebagai sasaran mereka.

Paling menarik, cerita-cerita sebegini bukan sahaja disebar luas oleh pembangkang malah turut dimainkan dengan gembiranya oleh oenyokong-penyokong ProTun. Mungkin untuk hasil dedak kot kerana berjaya memalukan kononnya isteri Perdana Menteri.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates