March 19, 2016

25 Video Yang Senang Difahami Untuk Mengetahui #RasuahLGE cc. @SPRMMalaysia

Jika anda pembaca-pembaca CTS budiman malas membaca untuk mengetahui tentang isu rasuah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, saksikanlah video di bawah untuk mendapatkan maklumat secara jelas dan mudah. Untuk pegawai-pegawai penyiasat SPRM yang masih kabur untuk menjalankan siasatan mengenai isu ini, anda juga boleh menonton video di bawah. Semoga bermanafaat. Boleh juga ditonton di Youtube, di sini.




15 Apa Motif @SPRMMalaysia Umum Kes Baru Hari Sabtu Sedang Orang Sibuk Bicara Kes #LGERasuah ?

Sebentar tadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat Sidang Media mengumumkan pegawai di sebuah Kementerian telah melakukan rasuah yang berjumlah RM100 juta. Menurut Sidang Media berkenaan, SPRM telah menahan 9 orang termasuk seorang pegawai kanan sebuah kementerian terlibat sindiket salah guna dana kerajaan yang mengakibatkan kerugian dana sebannyak RM100 juta. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata pegawai yang berjawatan Setiausaha Bahagian itu dianggar menerima suapan berjumlah RM20 juta.

Bagi CTS Kenyataan Media yang dibuat oleh SPRM hari ini tidak kena pada masanya, sedangkan satu Malaysia sedang hangat membincangkan pembelian banglo berharga RM2.8 juta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dibeli di bawah harga pasaran kerana tiada kolam renang.

Tindakan SPRM ini nampak di mata umum agak tergesa-gesa. Tidak bolehkah mereka tunggu sehingga hari Isnin untuk membuat pengumuman ini? Kenapa Sidang Media dilakukan pada hari cuti iaitu Hari Sabtu?

Apakah SPRM cuba untuk mengalihkan isu banglo Lim Guan Eng dari terus diperkatakan umum? Atau apakah SPRM takut isu banglo tiada kolam renang ini hangat diperkatakan di Parlimen hari Isnin ini lalu SPRM memberi peluru kepada pembangkang dengan isu terbaru berkaitan pegawai di sebuah kementerian yang rasuah?

Menurut maklumat yang CTS perolehi, SPRM memulakan siasatan pada 17 Mac tetapi mendapat 'tip-off' empat bulan lepas. Laju bebenor selepas dua hari siasatan, mereka telah membuat Kenyataan Media? Kita harapkan siasatan kes rasuah Lim Guan Eng juga akan disiasat sepantas kilat juga.

March 18, 2016

0 McDonald's Merupakan Antara Restoren Terbersih Di Malaysia Di Bawah Piawaian Yang Ketat

Kebersihan adalah merupakan faktor penting terutama bagi sesebuah keluarga ingin santai bersama-sama keluarga sambil menikmati makanan yang enak, sedap dan bermutu tinggi. Di McDonald's, kebersihan adalah antara faktor terpenting yang dititikberatkan di sesebuah restoren makanan mereka di seluruh negara.

Bermula seawal pagi, setiap stesen penyediaan makanan akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum sessi menu sarapan pagi ditukar kepada sessi menu makan tengah hari. Setiap restoren pula menggunakan lebih daripada 70 helai kain untuk mengelap dalam sehari. Setiap alatan penyediaan makanan pula akan dibersihkan dan dinyahkuman setiap 4 jam sekali.

Antara operasi standard yang dilakukan adalah setiap krew perlu membersihkan tangan sebelum memulakan kerja dan setiap kali balik ke stesyen penyediaan makanan apabila meninggalkannya. McDonald's juga mempunyai polisi nasuhan tangan setiap sejam atau selepas melalkukan perkara tertentu seperti selepas menyapu lantai.

Untuk memegang bahan makanan, krew diwajibkan memakai sarung tangan khas. Sarung tangan biru untuk bahan makanan yang belum dimasak sementara sarung tangan putih pula untuk makanan yang telah dimasak. Ini kerana bagi mengelakkan makanan yang belum dimasak dan sudah dimasak bercampur dan menyebabkan pencemaran.

Di restoren-restoren McDonald's, setiap stok yang diterima mempunyai jangka hayat selama dua atau tiga hari sahaja yang diuruskan oleh satu pusat logistik. Setengah jam adalah waktu yang dipanggil 'golden time' untuk memenuggah dari lori ke pusat simpanan sejuk di restoren. Ini bagi mengelakkan produk terdedah terlalu lama.

Barangan sejuk beku perlulah dipindahkan terlebih dahulu dan suhu hendaklah mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Ketika penerimaan dan penyimpanan setiap produk mestilah diletakkan di atas platform khas yang mana ketinggian minimanya mesti 6 inchi dari lantai.

Setiap produk makanan di McDonald's mempunyai waktu guna tertentu. Sebagai contoh, kepingan daging burger 15 minit dan kentang goreng 7 minit. Manakala sayuran dalam setiap hidangan tidak akan digunakan lagi selepas dua jam dan sos pula tidak boleh digunakan melehi 24 jam. Waktu guna ini mesti dipatuhi bagi memastikan tahap kesegaran setiap produk makanan McDonald's.

Setiap pagi, beberapa daging burger akan dimasak dan dipastikan suhu yang disediakan mematuhi suhu piawaian yang ditetapkan. Ini bagi memastikan daging yang dibakar berkualiti dan segar. Pemeriksaan juga akan dilakukan dari masa ke semasa. Manakala setiap tempat penyimpanan daging burger pula mestilah bersuhu 69 darjah selsius ke atas, barulah selamat untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Jadi kesimpulannya bagi memastikan objektif Halal terjamin, McDonald's memastikan aspek kebersihan dan keselamatannya terjamin. Sememangnya konsep Halal di McDonald's bukan sahaja melibatkan penyembelihan dan penyediaan pembekalan tetapi ianya meliputi seluruh rantaian termasuklah penyediaan makanan di restoren yang bersih.

68 Lim Guan Eng Umpama Pembelian Banglo RM2.8 Juta Seperti Perkahwinan @SPRMMalaysia



Setiausaha Agong DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, hari ini mengotakan janjinya untuk mengadakan Kenyataan Media di KOMTAR pukul 12.30 tengah hari tadi. Di dalam Sidang Medianya, Lim Guan Eng, mengaku membeli sebuah banglo bernilai RM2.8 juta di mana RM700,000 dibayar tunai (mungkin hasil tabungannya dari kecil) dan mengambil pinjaman sebanyak RM2.1 juta. 

Lim Guan Eng menyifatkan kontrak pembelian banglo beliau yang berharga RM2.8 juta itu tidak ada salahnya dan mengumpamakan kontrak tersebut seperti 'perkahwinan'. Menurut beliau, pembelian banglo yang mencetuskan kontroversi kerana terlalu luar biasa murah daripada harga pasaran itu terpulang kepada kedua-dua belah pihak secara rela hati untuk memutuskan harga yang sesuai atau 'teman' yang sesuai. Beliau berkata,
"Ini adalah transaksi bebas dan rela hati antara saya dan penjual berasaskan dasar kesanggupan secara rela hati pembeli dan penjual. Penjual merupakan individu persendirian melalui sub jualan, dan bukan merupakan pemaju perumahan."

Kenyataan yang serupa juga pernah diucapkan oleh Mantan Menteri Besar Selangor, DS Dr Khir Toyo, yang kini telah dikenakan hukuman penjara 12 bulan. DS Dr Khir Toyo juga sebelum ini membeli banglonya dengan rela hati antara pembeli dan penjual. Juga transaksi sub jualan dan bukan merupakan pemaju perumahan. 

Apa bezanya kes Lim Guan Eng dan DS Dr Khir Toyo? Seburuk-buruk DS Dr Khir Toyo, beliau pernah mengupah Junrunilai Professional yang terkenal, Messrs Rahim & Co. untuk menilai banglo sebelum jualan berlaku, Lim Guan Eng ada?

Tidak salahkah tindakan Lim Guan Eng apabila:

1. Beliau percaya tidak ada salahnya bagi pegawai awam Kerajaan Negeri membeli hartanah dengan nilai yang dua tiga kali ganda murah dari nilai pasaran.

2. Beliau berkata bahawa tanah di Taman Manggis telah dijual melalui tender terbuka dan ia telah dijual kepada sebuah syarikat dan bukan kepada penjual rumah banglonya itu iaitu Phang Li Koon. Walau bagaimanapun, Lim Guan Eng tidak menyebut bahawa pembeli tanah itu adalah rakan perniagaan rapat dengan pemilik syarikat yang membeli tanah di Taman Manggis itu. Tidakkah timbul 'conflict of interest' di sini?

Di dalam Ucapan Penggulungan Ketua Menteri Sempena Persidangan DUN Ke-12, Lim Guan Eng berkata:
"Kerajaan Negeri sememangnya menimbang untuk membina rumah mampu milik dalam tapak tersebut (Taman Manggis), sungguhpun ianya ditandakan sebagai tanah lapang. Akan tetapi, Kerajaan Negeri memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan rumah mampu milik atas tanah 1 ekar ini"
Apapun, tidak sekali di dalam Sidang Media beliau tengah hari tadi, Lim Guan Eng menyebut mengenai ketiadaan kolam renang (swimming pool) di banglonya. Mungkin atas nasihat pegawai medianya kerana beliau teruk di'trool' mengenai perkara berkenaan semalam di laman media sosial.

Diharap pihak SPRM tidak pilih kasih di dalam membuat siasatan dan dakwaan. Kes ini telahpun dilaporkan ke SPRM sejak 2009 lagi. Baca di sini. Apa yang SPRM buat?


Kemaskini 7.00 PM:


0 SPAD Memulakan RFI Untuk Mengukur Faedah Pasaran Bagi Landasan Keretapi Pantai Timur

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah bersama-sama melancarkan kajian Permintaan Untuk Maklumat / Request For Information (RFI) bagi Landasan Keretapi Pantai Timur / East Coast Rail Link (ECRL) bagi mengukur faedah pasaran dan untuk mendapatkan pandangan industri. 

SPAD dan ECERDC kini dalam proses menganalisis jenis perniagaan, model teknikal dan strategi pemerolehan dan alternatif bagi pelaksanaan projek ECRL. Kajian pasaran bersama melalui RFI direka sebagai latihan perundingan untuk mendapatkan pandangan industri dan mengumpul maklum balas pasaran. Maklum balas yang diterima akan mengesahkan pilihan dan pendekatan yang akan diambil oleh SPAD dan ECERDC bagi melaksanakan projek ini.

RFI ini terbuka kepada syarikat-syarikat dan konsortium yang berminat untuk mengambil bahagian dalam projek ini dalam bidang reka bentuk kereta api, pembiayaan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan di seluruh rantaian bekalan ECRL. Tarikh akhir untuk penyerahan kajian RFI ini adalah sebelum 12:00 pada 15 Mei.

ECRL, yang melalui Banjaran Titiwangsa, akan menghubungkan Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan, melalui Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kuala Terengganu dan Kota Baru.

0 Malaysia - India Tingkat Kerjasama Tambahkan Penerbangan


India mempunyai potensi yang besar sebagai pasaran penerbangan awam ke-9 terbesar di dunia dengan nilai pasaran yang dianggarkan sebanyak USD16 billion. India juga berada di landasan yang tepat untuk berkembang menjadi pasaran penerbangan awam ketiga terbesar di dunia menjelang 2020. Selaras dengan usaha berterusan untuk membangunkan sektor penerbangan awam, Malaysia berharap agar perkhidmatan penerbangan udara ke India dapat dipertingkat dalam mengembangkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan juga serantau.

Bagi mencapai hasrat tersebut, satu perbincangan telah diadakan di antara Menteri Pengangkutan, DS Liong Tiong Lai bersama-sama rakan sejawatan beliau dari India, P. Ashok Gajapathi Raju, Menteri Penerbangan Awam India, pada Pameran & Persidangan Antarabangsa Penerbangan Awam (Penerbangan India 2016) ke-5 semalam.

Menurut DS Liow, antara topik perbincangan ialah meminta agar kapasiti tempat duduk ditambah kepada 40,000 seminggu daripada 20,000 yang telah pun dipenuhi sekarang. Selain itu, DS Liow juga memaklumkan bahawa beliau turut berbesar hati dapat mewakili rakan-rakan Menteri Pengangkutan ASEAN di mana Malaysia mengetuai Rundingan Perjanjian Pengangkutan Udara ASEAN-India yang bertujuan mencapai perjanjian langit terbuka bersama India.

Beliau katanya, mengalu-alukan Perjanjian Perkhidmatan Udara Serantau Kumpulan Kerja ASEAN-India yang bakal diadakan dalam usaha memuktamadkan Perjanjian Pengangkutan udara ASEAN-India (IA-ATA). Kenyataan Media rasmi Menteri Pengangkutan berkenaan boleh dibaca seperti di bawah.



March 17, 2016

33 Kalau DS Khir Toyo Dipenjara Beli Hartanah Di Bawah Harga Pasaran, @LimGuanEng Tidak Sewajarnya Lepas @SPRMMalaysia



Dalam perbahasannya di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Shabudin Yahaya (BN - Tasek Gelugor) mendakwa Lim Guan Eng (DAP - Bagan) membeli sebuah rumah yang sebelum itu disewanya pada harga yang luar biasa rendah.

Kata Datuk Shabudin, rumah yang terletak di George Town itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan selepas menjalani proses ubah suai yang menelan belanja yang besar, ianya telah dijual kepada Lim Guan Eng dengan hanya pada harga RM2.8 juta pada tahun lalu.

Lim Guan Eng melalui laman sosial Twitternya sudahpun mengaku membeli 10,150 sq. ft. tanah berserta binaan rumah banglo. Beliau menulis akan menjawab persoalan ini esok. Persoalannya, kenapa perlu Lim Guan Eng tunggu sehingga esok untuk menjawab persoalan sama ada beliau telah membeli rumah banglo berkenaan lebih rendah daripada harga pasaran atau tidak. 



Tokong Lim mendakwa harganya murah disebabkan tiada kolam renang dan rumahnya lama. Sama ada adanya kolam renang ada tidak seperti dakwaannya tidak menjadi persoalan. Begitu juga jualan 'subsale' tidak bermakna harga jualan menjadi lebih murah daripada harga pasaran. Malangnya Tokong Lim terlupa fakta di bawah:

1. Harga tanah sebanyak RM270 sq. ft. di tanah utama Pulau Pinang adalah tidak masuk akal dan terlalu murah.
2. Bagaimana harga banglo tidak banyak berbeza biarpun dikatakan diubahsuai dengan kos RM3.7 juta, hanya berbeza sebanyak RM300,000 sahaja selepas tujuh tahun?
3. Semakan rambang mendapati harga nilaian rumah berkenaan untuk harga jualan adalah senang-senang boleh dapat sekitar RM6.5 juta.
4. Adakah hanya kerana ketiadaan kolam renang, harga rumah yang sepatutnya dinilai harga pasaran sebanyak RM6.5 juta telah jatuh kepada RM2.8 juta? Itu kolam renang bertaraf olimpik ka apa Tokong?

Jika Mantan Menteri Besar Selangor dipenjara setahun akibat membeli rumah banglo yang harganya di bawah harga pasaran, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya tidak mengambil sikap pilih kasih dengan tidak mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Jangan lupa, Ketua Menteri yang sama telah 'ditangkap' berbohong semalam oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan berkenaan isu harga minimum rumah kos murah. Baca di bawah.


1 Kerajaan Dijangka Membuat Pengumuman Besar Mengenai Perubahan Struktur Program Biasiswa Siswazah - Dr Wee

Kerajaan dijangka akan membuat perubahan besar di dalam masa terdekat berkenaan perubahan struktur Program Biasiswa Siswazah (Graduate Bursary Programme). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Wee Ka Siong berkata beliau sedar kebimbangan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berkata bahawa perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat lepas.

Beliau menambah, terpulang kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak untuk membuat keputusan dan mengumumkan butiran lanjut. Dr Wee percaya pengumumamn tersebut akan dibuat sebelum akhir bulan ini sambil menambah terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan dan keputusan ini tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa tanpa kajian yang teliti.

Menurut Dr Wee, satu kajian sedang dibuat pada berapa banyak kos diperlukan untuk menaja para siswazah ini, keupayaan Kerajaan untuk menaja dan bagaimana siswazah akan layak akan dipilih. Dr Wee berkata terdapat perubahan struktur dalam skim baru selaras dengan kekangan bajet Kerajaan sambil menambah bahawa biasiswa itu akan bertukar menjadi lebih holistik.

Dr Wee memberi jaminan bahawa sebarang perubahan struktur yang akan dibuat oleh Kerajaan adalah demi kepentingan negara. Adalah dipercayai bahawa biasiswa baru tersebut akan merangkumi klausa mandatori bagi penerima biasiswa untuk kembali berkhidmat di Malaysia.

Pada awal tahun ini, sebanyak 744 penerima biasiswa yang bercita-cita untuk belajar di kalangan 20 universiti terbaik dunia telah terkejut apabila Kerajaan telah mengumumkan bahawa mereka akan hanya dibenarkan meneruskan pengajian mereka di universiti-universiti tempatan.

Sejak 2012, pelajar yang mendapat 9A di dalam SPM adalah secara automatik layak untuk menerima dermasiswa negara dan kemudian, biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

March 16, 2016

0 Zhong Ling Acquisition Might Strenghten FGV’s Position In China


As part of its transformation strategy and aggressive growth plans, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) has identified the Chinese market as a key pillar of revenue enhancement for the Group, and plans to strengthen its position in China through a strategic acquisition of a stake in a well-known local player.

Thus, its latest venture, the planned earning accretive acquisition of a 55 percent stake (valued at RM976.25 million) in Zhong Ling Nutril-Oil Holdings Limited (Zhong Ling), will strengthen its presence in high margin downstream activities.

China is one of the world’s fastest-growing major economies, with Gross Domestic Product (GDP) growth rates averaging 7% from 2014 to 2015. With a population of almost 1.4 billion people, China has become one of the most important markets in the world for edible oils. As the largest importer of edible oils, China consumes almost a quarter of the world’s total edible oils (20 percent of worldwide consumption).

FGV views China’s increasing demand potential as an attractive prospective market for expansion of FGV’s downstream capabilities, particularly in the Consumer Packed Goods (CPG) business. The strong demand for blended cooking oil in China is also anticipated to provide an avenue for FGV’s palm-based products in the massive Chinese market. Ultimately, the Group will be able to penetrate further downstream palm-based products such as margarine, shortenings and food processing ingredients.

Established more than 20 years ago, Zhong Ling has a sales network of 60,000 retail outlets covering five southeast coastal provinces of Fujian, Jiangxi, Guangdong, Zhejiang and Jiangsu. Since its establishment, Zhong Ling has experienced tremendous growth, recording a Compound Annual Growth Rate (CAGR) of about 20% in revenue over the past four years and generating average profit margins in the region of 14% annually (2011-2014).

In 2014, the company posted total revenue of RMB2.32 billion (RM1.5 billion), generating RMB326 million (RM207 million) in profits. Furthermore, based on its 2015 management account, Zhong Ling is backed by more than RMB1.0 billion (RM635 million) cash reserve and, most importantly, is a debt free company.

The intended investment has cleared all necessary due diligence, in accordance with FGV’s investment and governance policies. The financial and tax due diligence that FGV has performed covers Zhong Ling’s financials. All subsidiaries under Zhong Ling have been audited annually in accordance with China’s regulations.

In 2011, FGV has made its first foray into China through its joint venture FELDA IFFCO Sdn Bhd. Its subsidiary FELDA IFFCO South China Ltd, which operates in Guangdong, has two refineries and the second largest tank farm in South China. The company manufactures and markets a range of edible oils and fats including shortening and specialty fats for the large and growing Chinese market.

29 Bagaimana Perempuan Yang Burukkan Negara Dan Pemimpin Boleh Dilantik Menjadi Duta Makanan Malaysia?


Kita tidak faham bagaimana seorang warganegara Malaysia yang mengutuk negara dan Perdana Menterinya boleh dilantik oleh agensi Kerajaan, Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) sebagai Duta Makanan Malaysia?

Bacalah antara kenyataan-kenyataan Christina Arokiasamy di laman media sosial Facebook seperti di atas. Christina antara lain menulis, "Kerana kita ada kerajaan yang paling korup" dan "Biarkanlah Malaysia untuk orang bodoh yang tidak tahu negara lain di seluruh dunia adalah bebas".

Kerajaan melalui Kementerian Perlancongan dan agensi-agensi berkaitan wajar untuk menarik balik status Duta Makanan Malaysia yang diberikan sejak 2013. Kita tidak perlukan dalang untuk memburukkan negara dan pemimpin di mata dunia sedangkan orang yang sama dilantik oleh Kerajaan yang memerintah sebagai wakil mereka untuk promosi.



March 15, 2016

0 Kebersihan Adalah Faktor Penting Di Dalam Pematuhan Piawaian Halal Di McDonald’s Malaysia


Komitmen yang tinggi yang diiltizamkan oleh McDonald's Malaysia adalah menghidang makanan Halal merupakan keutamaan syarikat makanan segera ini dan McDonald's telah mengambil langkah yang ketat untuk memastikan semua produk yang diproses dan dikeluarkan mengikut undang-undang Syariah. Jadi tidak hairanlah McDonald’s Malaysia merupakan restoran khidmat segera pertama menerima sijil Halal oleh Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri.

Bagi melepasi syarat Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang terkenal dengan pemeriksaan yang rapi dan ketat, pematuhan piawaian Halal bermula dengan setiap pembekal bahan mentah, rumah sembelih dan ramuan masakan mereka. 

McDonald's hanya berurusan dengan pembekal makanan yang telah pun diiktiraf oleh pihak JAKIM walaupun mereka adalah pembekal dan produk tempatan. Seandainya pembekal McDonald's Malaysia adalah dari luar negara, pembekal-pembekal ini dipastikan kelulusan Halal melalui agensi mereka juga mendapat pengiktirafan dari JAKIM.

McDonald's hanya mengguna bahan-bahan mentah yang segar dalam setiap hidangan makanan dan minuman. Sebagai contoh, hanya 100% daging lembu tanpa bahan tambahan, hanya bahagian daging ayam segar dan filet ikan segar dibuat untuk dijadikan burger. Roti dibakar di kilang tempatan juga dan dihantar segar terus ke setiap restauran. 

Kini, McDonald’s adalah diantara restoran makanan segera yang diiktiraf akan kesucian dan kebersihannya oleh Kementerian Kesihatan dan menepati syarat tuntutan Syariah oleh badan kelulusan Halal tertinggi di Malaysia iaitu JAKIM dan telah pun diakui mencapai standard global di mana McDonald’s Malaysia telah memenangi beberapa anugerah pada tahun 2011, 2013 dan juga 2015.

67 Cassandra Chung Ikon Baru Pakatan Harapan Selepas Syed 'Palladium' Saddiq


Pakatan Harapan mempunyai ikon remaja terbaru selepas memperkenalkan beberapa ikon mereka sebelum ini seperti Rara, Dyana Sofea, Syed 'Palladium' Saddiq dan yang terbaru Cassandra Chung Li Hooi. Cassandra Chung mula dikenali ramai sejak 09/03/2016 apabila beliau membuat tindakan politik murahan membuat petisyen untuk untuk menurunkan gambar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di sudut Kings Meadow di Nottingham University.


Untuk rekod, Nottingham University begitu berbangga memiliki bekas pelajarnya yang menjadi Perdana Menteri di sesebuah negara. Gambar DS Najib Tun Razak diletakkan sebaris dengan alumni lain yang turut mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.

Setakat hari ini, petisyen berkenaan gagal mendapat sambutan. Malah jumlah 2,000 tandatangan yang dibuat dalam laman media sosial boleh dipertikaikan kesahihannya kerana ianya diviralkan menerusi Facebook Sarawak Report dan mendapat liputan hanya daripada medium pembangkang Malaysiakini.

Cassandra Chung sudah terbukti aktif sebagai aktivis pembangkang bila menyertai Bersih 4 di Kuala Lumpur dan pernah cuba memalukan Perdana Menteri dalam satu lawatan ke London pada tahun 2014. Malah beberapa foto beliau memperlihatkan hubungan rapat Cassandra Chung dengan beberapa orang pemimpin pembangkang seperti Tony Pua dan Nurul Izzah Anwar, menunjukkan konspirasi terancang pembangkang untuk menjatuhkan DS Najib Tun Razak?




March 14, 2016

3 Perdana Menteri Mahu Felda Menjadi Kuasa Penjana Sosio-Ekonomi Terunggul Negara


"Kita tidak patut ada noktah pada perjuangan ini. Saya mahu Felda menjadi sebuah Social Economic Power House."
Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak berkata demikian ketika berucap melancarkan Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), buku Kesejahteraan Adiwangsa Felda, Tabung Misi Kemanusiaan Wada-Kemboja dan Program Prihatin Jantung Anda di Menara Felda hari ini.

DS Najib Tun Razak mahu Felda menjadi kuasa penjana sosio-ekonomi terunggul di negara ini bagi memastikan nasib warga peneroka terus terbela. Menurut Perdana Menteri, usaha itu penting kerana perjuangan agensi berkenaan merentasi pelbagai generasi. Beliau berkata sebab itu Kerajaan bangunkan Felda, wujudkan Felda Global Ventures (FGV) dan macam-macam lagi, bagi memastikan manfaat ini dirasai oleh golongan Felda generasi kedua, ketiga dan sete­rusnya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Pengerusi Felda, TS Mohd Isa Abdul Samad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Presiden KAF, Fakhrurrazi Mohd. Habib. Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mahu Felda menjadi kuasa penjana politik kerajaan demi memastikan pembangunan agensi itu terus diberi keutamaan dan diperkukuhkan.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates