March 12, 2016

49 Lim Kit Siang Sudah Gila - Hari Ini Setuju Pula Kerjasama Dengan @NajibRazak Untuk Selamatkan Malaysia

Lim Kit Siang pastinya sudah nyanyuk dan gila isem. Hari ini beliau mengeluarkan kenyataan yang dipetik oleh The Malay Mail Online, baca di sini, bahawa beliau sanggup bekerjasama waima dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak untuk menyelamatkan Malaysia.

Orang tua gila ini pasti terlupa beberapa hari lepas beliau baru sahaja menandatangani 'Deklarasi Selamatkan Malaysia', yang menekankan Perdana Menteri yang sama harus diturunkan untuk menyelamatkan Malaysia.

Nampak gayanya, kalau beberapa ahli politik tua nak mampus ini tidak tahu hendak bersara, Rakyat Malaysia akan terus dihidangkan dengan lawak-lawak jenaka yang mampu membuatkan seseorang itu muntah darah.

29 Siapa Ada Duit Lebih, Tolong Derma RM50 Bantu Janda Nurul Izzah Bayar Saman RM50,000

Bila puak-puak pembangkang mengemis dan mengutip derma dari Rakyat, itu adalah perkara biasa bagi mereka. Bukan sedikit anak wang yang diminta dari Rakyat oleh pemimpin pembangkang. RM50 adalah derma minima yang sudah ditetapkan bagi yang mahu menderma. 

Kita tidak kisah sekiranya wang derma ini hendak membantu anak-anak yatim atau janda miskin yang berkeperluan. Malangnya serma ini hanyalah derma yang diminta oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk membayar kos guaman sebanyak RM50,000 kerana Nurul Izzah kalah kes saman di mahkamah.

Perdana Menteri, DS  Najib Tun Razak dalam kes barkaitan telah berjaya membatalkan saman kes kesalahan pilihanraya berikutan kemasukan wang RM2.6 billion ke dalam akaun Perdana Menteri. Sebaliknya media pembangkang spin dan putat belit kononnya dana ini adalah untuk Nurul Izzah menyaman 1MDB. Nampak tak putar belit dan permainan anak KETUM ni?

March 11, 2016

23 Pertemuan Kedua Deklarasi Selamatkan Malaysia - Mungkin Tun Dr Mahathir Rindu Lim Kit Siang Kot?

Tidak cukup dengan sekadar satu pertemuan. Pertemuan kedua pula diatur dengan penuh perancangan dalam keadaan lebih mewah dan eksklusif. Kali ini lokasi lebih dekat dengan kediaman Tun Dr Mahathir. 

Pertemuan penandatangan Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia bertemu buat kali kedua di Palace Of The Golden Horses, pada 9 Mac 2016. Mungkin agaknya Tun Dr Mahathir rindu agaknya untuk sekali lagi duduk semeja dengan Lim Kit Siang? Maklumlah cinta sedang berputik.


7 Fakta Mengelirukan @RafiziRamli Di Dewan Rakyat Wajar Disekat, Ujar MP Kota Tinggi

Tidak cukup dengan tindakan disekolahkan oleh Ahli Parlimen (MP) Bagan Serai dan MP Bandar Baru semalam, baca di sini, hari ini MP Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, telah membelasah MP Pandan, Rafizi Ramli kerana sengaja cuba mengelirukan ahli Dewan Rakyat dan orang ramai apabila memberikan fakta kewangan yang tidak sesuai untuk menggambarkan kelemahan pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH).

MP Kota Tinggi menegaskan perlakuan serta tindakan mengelirukan MP Pandan berkenaan di dalam Dewan Rakyat yang ditonton mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) perlu disekat bagi mengelak kekeliruan dan persepsi negatif terhadap Kerajaan.

MP Kota Tinggi berkata saban tahun memberikan pulangan dividen yang positif kepada setiap pelaburnya. Mengikut rekod TH, syarikat berkenaan  tidak pernah memberikan dividen kurang daripada 5% semenjak 2007, tidak termasuk bonus yang diberikan TH sebanyak di antara 1% hingga 1.75%. 


Menurut MP Kota Tinggi, di dalam perniagaan memang ada untung, memang ada rugi, mana ada sentiasa untung sahaja, tapi yang pastinya tiap petanda aras tiap-tiap tahun TH bagi dividen yang baik, bermakna tiap-tiap tahun TH ada keberhasilannya yang baik. Beliau memberikan contoh, "Dalam 50 portfolio, ada 10 yang rugi tapi 40 yang untung dia tak cakap, sebab itu saya kata dia cuba kelirukan dewan."

MP Pandan sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di Pertuan Agong di Dewan Rakyat berkata, dividen Tabung Haji kepada pendeposit meningkat kerana berlaku penambahan bilangan pendeposit setiap tahun dan bukan kerana keuntungan pelaburan TH sendiri. 

Perkara itu bagaimanapun diselar MP Kota Tinggi kerana Laporan Kewangan TH setiap tahun jelas menunjukkan butiran fakta yang cuba dikelirukan Rafizi iaitu berlaku pertambahan bilangan pendeposit dan begitu juga keuntungan pelaburan TH.

Ini kerana TH dalam pengumumannya sebelum ini melaporkan sebanyak RM3.23 bilion dividen dan bonus telah diagihkan kepada pendeposit dan daripada jumlah tersebut, kadar dividen kepada pendeposit tahun 2015 adalah sebanyak 5 peratus, sementara tambahan bonus haji sebanyak 3 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji.

Menurut rekod, keuntungan TH pada 2015 sebanyak RM3.53 bilion. Namun, selepas mengambil kira pandangan Bank Negara dan prospek ekonomi pada tahun ini, pihak TH akan menyimpan RM300 juta dari Keuntungan Boleh Agih tahun ini kepada Rizab Boleh Agih.

Cubaan MP Kota Tinggi untuk memperincikan butiran hujah beliau bagaimanapun diganggu MP PKR Kapar, Manivanan Gowind yang sengaja membuat kecoh bagi mengalih tumpuan dan perhatian daripada penjelasan yang cuba dibuat.

Ironi yang sangat menarik dan hakikat yang harus diterima adalah Rafizi mengakui memiliki sejumlah wang simpanan dalam TH dan sehingga kini tidak bertindak untuk mengeluarkannya, sekaligus tindakan beliau jelas mengiktiraf keupayaan pengurusan kewangan TH, berbanding cubaan nakal beliau untuk mengelirukan rakyat.

0 Perkhidmatan Applikasi Uber Mesti Dilesenkan Untuk Terus Beroperasi - Nancy Shukri


Perkhidmatan aplikasi Uber dibenarkan untuk meneruskan operasi selagi kereta yang digunakan dilesenkan dengan betul dan mematuhi undang-undang Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Nancy berkata, mana-mana kenderaan peribadi yang digunakan untuk mengambil pelanggan adalah tidak sah di bawah Seksyen 16, Akta Suruhanjaya 2010 Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa-BN) pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan seperti mengeluarkan saman dan menyita mana-mana kenderaan yang melanggar syarat pelesenan.

Menurut Nancy, perkhidmatan Uber telah mencipta persaingan terus kepada industri teksi di Malaysia dan menyebabkan kerugian kepada pendapatan pemandu teksi. Dalam usaha untuk mencari penyelesaian kepada konflik di antara Uber dan pemandu teksi, pihak SPAD telah mengadakan rundingan terperinci dengan pihak berkepentingan Uber dan pemandu teksi untuk meningkatkan perkhidmatan teksi di negara ini.

Menurut Ahli Parlimen Batang Sadong, sesi perbincangan dengan Uber telah dijalankan untuk menekankan fakta bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk menggunakan kereta tanpa lesen untuk menerima tempahan daripada pelanggan. Beliau seterusnya berkata, SPAD juga sedang mencari merangka satu dasar baru untuk memantau sistem tempahan teksi melalui telefon pintar atau aplikasi mudah alih. Katanya lagi, ada syarat dan standard akan ditetapkan untuk memastikan pembekal aplikasi memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

22 Siapakah Heroin-Heroin Malaysia Di Mata Syed Saddiq?

Di zaman teknologi IT alaf baru ini tidak susah untuk mengetahui isi hati budi seseorang kerana maklumat tanpa sempadan. Hanya perlu membuka laman-laman sosial milik seseorang seperti Instagram, Facebook atau Twitter. Hasilnya tidak perlu memakan masa yang terlalu panjang.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Syed Saddiq, beliau kononnya diiktiraf sebagai seorang Pendebat Terbaik Asia dan menjadi jurucakap kumpulan belia 'Challenger' dalam memperkatakan perjuangan 'Deklarasi Selamatkan Malaysia'.

Siapakah pula wanita-wanita yang digelar Syed Saddiq 'Malaysia's heroines'? Kalau mengikut laman sosial Instagramnya, barisan wanita berkenaan terdiri daripada yang menuntut hak LGBT, yang menuntut kalimah Allah untuk bukan Islam, yang menuntut kahwin sejenis atau yang menuntut hak seks dengan binatang (COMANGO)? Inikah kebanggan yang menjadi ikutan ikon belia remaja 'Selamatkan Malaysia'?

Oh ya, kemanakah perjuangan 'Deklarasi Selamatkan Malaysia' akan berakhir? Pastinya Syed Saddiq akan mengikut arah perjuangan idola besarnya. Siapa? Tak lain tak bukan adalah Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Portal Suara.TV melaporkan Datuk Raja Kamarul Bahrin ketika dihubungi berkata Tun Dr Mahathir bersetuju untuk membebaskan Mantan Timbalannya Anwar Ibrahim ketika pertemuan sulit yang diadakan bersama Mahathir dan pemimpin pembangkang semalam. Tiada yang mustahil bukan?

March 10, 2016

0 Kenali Cara Pemprosesan Produk Makanan McDonald’s Malaysia


Di dalam Siri 1 yang lepas, baca di sini, kita telah mengenali siapakah di antara pembekal-pembekal McDonald's. Di dalam posting kali ini marilah pula kita mengenalpasti cara pemprosesan produk makanan McDonald's di Malaysia. Dalam erti kata lain, kita juga mahu tahu bagaimana ayam dan daging diproses.

Untuk penyediaan daging ayam dan lembu di McDonald's Malaysia, pembekal utamanya adalah MacFood Sdn Bhd. Garis panduan penyediaan bahan mentah di MacFood telah ditetapkan oleh McDonald's sendiri. Proses kemasukan pekerja atau pelawat ke ruang tempat penyediaan bekalan makanan MacFood amat ketat bagi menjamin faktor kebersihan dan keselamatan terjaga.










Untuk masuk ke MacFood suhu badan pekerja atau pelawat perlulah 37.5°c. Jika terlebih anda tidak akan dibenarkan masuk. Sebelum masuk, semua peranti elektronik perlu dikeluarkan dahulu. Anda perlu memakai pakaian khas yang dijamin bersih.

Sebarang logam perlu diasingkan dari tubuh badan anda. Di dapur pemprosesan pula, keadaan mesin yang digunakan amatlah bersih. Tiada minyak kotoran malah setiap 3 meter akan diletakkan peti perangkap tikus. Ini penting bagi mempastikan keadaan dapur pemprosesan bebas tikus.

Semua pekerja perlu mempastikan tahap kebersihan terjaga. Daging yang digunakan adalah daging segar beku. Suhu daging perlulah -14 darjah selsius. Bilamana daging yang telah siap diproses akan dibungkus dan dimasukkan ke dalam peti sejuk beku dan suhu perlulah -14 darjah selsius.

Lori untuk menggangkut daging perlu mempastikan suhu lori juga -14°c. Jika tidak proses penghantaran daging tidak akan dilakukan. Setiap daging yang diproses mempunyai sijil halal oleh JAKIM bagi mempastikan status halal tidak diragui.

Jadi tidak hairanlah sekiranya kualiti hidangan makanan yang disediakan di restoren-restoren McDonald's begitu tinggi nilai mutunya memandangkan begitu teliti dan kualiti yang dijamin di peringkat pembekalan barangan mentah bermutu.






0 Tidak Perlu Layan Deklarasi Selamatkan Malaysia, Kata Dr Wee Ka Siong

Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong berkata, Rakyat Malaysia perlu lebih bimbang dengan isu-isu lain yang lebih penting berbanding dengan permainan permainan politik oleh sesetengah pihak. 

Dr Wee berkata, jalinan kerjasama mudah antara Tun Dr Mahathir Mohamad bersama kumpulan pembangkang dan pemimpin UMNO kalah ini tidak perlu diberi perhatian.

Ujarnya, usaha Tun Dr Mahathir berganding dengan musuh lampaunya itu hanya kerana beliau mahu Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak disingkirkan dari jawatannya tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

Kumpulan Tun Dr Mahathir disertai lebih 50 pemimpin termasuk Timbalan Presiden UMNO yang digantung tugas, TS Muhyiddin Yassin, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR DS Azmin Ali, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

Kata Dr Wee, MCA tidak akan tertipu dengan mainan politik ini dan akan tetap menyokong Perdana Menteri demi memastikan pembangunan negara terus berjalan dengan lancar.

11 MP Bagan Serai Dan Bandar Baru Sekolahkan MP Sotong Pandan Isu GST Dan Tabung Haji #RafiziBergurau

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli cuba bergurau di Parlimen di dalam sessi perbahasan Dewan Rakyat kali ini. Cuma kali ini beliau tidak terlepas sebaliknya beliau disekolahkan oleh Ahli Parlimen Bagan Serai dan Bagan Baru mengenai isu GST dan 1MDB-Tabung Haji. Tontonlah kedua-dua video di bawah:


0 Tahniah SPAD Dan Perak Transit Di Atas Usaha Menderma Bas Sekolah Kepada Sekolah Menegah Agama


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), TS Dr Syed Hamid Jaafar Albar, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En Mohd Azharuddin Mat Sah bersama rombongan bekerja SPAD telah melapangkan masa untuk berkunjung ke Pantai Timur dan melawat Sekolah Menengah Agama Al Wosto, Temerloh, Pahang.

Lawatan ini bertujuan bagi menjalankan Program Sejenak Bersama Tokoh Negara serta menandatangani memorandum persefahaman antara kedua belah pihak. Di dalam majlis ini juga, TS Syed Hamid Albar berbesar hati untuk menyampaian pendermaan sebuah bas sekolah daripada pihak Perak Transit.

Tahniah kita ucapkan kepada pihak SPAD dan Perak Transit kerana menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama-sama Sekolah Menengah Agama ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan kepada sekolah-sekolah lain di seluruh negara.





March 8, 2016

0 Kenali Pembekal McDonald’s Malaysia

Ramai yang telah mengetahui bahawa restoren McDonald's Malaysia telah 100% mendapat halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Namun, masih ramai yang tidak mengetahui siapakah pembekal-pembekal McDonald's yang saban hari membekalkan bahan-bahan bermutu di setiap restorennya di seluruh Malaysia.

Di Malaysia, McDonald's telah dibekalkan dengan dua pembekal iaitu pembekal dari luar negara dan pembekal dari dalam negara. Apa yang paling penting, rangkaian McDonald's di Malaysia mewajibkan pembekalnya memastikan bekalan adalah 100% halal dan bermutu tinggi. 

McDonald's juga mensyaratkan setiap pembekal mempunyai sijil halal mereka sendiri selain McDonald's sendiri yang mempunyai penasihat bebas yang memastikan restoren berkenaan mematuhi standard halal JAKIM.

Di antara pembekal-pembekal McDonald's adalah Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd, Dutch Lady Milk Industries Bhd dan Dindings Poultry Processing Sdn Bhd yang
membekalkan daging ayam mentah. Manakala Aryzta Malaysia Sdn Bhd adalah pembekal roti bun McDonald's dan MacFood Sdn Bhd pula adalah syarikat yang memproses daging ayam dan daging lembu di Mc Donald's.

McDonald's Malaysia mempunyai dua pembekal yang eksklusif iaitu pembekal bun dan pembekal protein. Untuk kentang goreng dan keju diimport dari luar negara. Semua pembekal di luar negara juga telah disahkan halal badan-badan halal yang disahkan oleh JAKIM. 

Jadi tidak hairanlah pematuhan halal, bersih dan bermutu adalah amat ketat terhadap kualiti yang perlu dipatuhi oleh pembekal McDonald’s Malaysia dalam memastikan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan adalah Halal dan bermutu tinggi.

36 Tamparan Dr Wan Azizah Ke Atas Dr Mahathir - Selamat Hari Wanita Sedunia

"Dakwaan pembangkang tidak kuat sehingga memerlukan Dr. Mahathir adalah tidak benar. Sebaliknya beliau yang tidak kuat dan memerlukan kami (pembangkang)."
"Pengakuan Dr. Mahathir itu adalah penerimaan secara tidak langsung bahawa institusi kerajaan yang tidak bebas telah memangsakan Anwar yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama kepada pentadbiran Perdana Menteri."
"Oleh yang demikian, pakatan pembangkang pada hari ini menetapkan bahawa agenda pembebasan Anwar menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama-sama agenda reformasi yang lain dalam usaha menyelamatkan Malaysia."

March 7, 2016

60 Gambar-Gambar Kemesraan Muhyiddin Yassin Bersama Pembangkang Di Hari Pertama Parlimen Bersidang #RespectMyPM

Burung sebulu terbang sekawan. Begitulah terjemahan pepatah English ini. Sejak duduk semeja bersama kawan-kawan baru dari DAP di dalam 'Deklarasi Selamatkan Malaysia' tempoh hari, Mantan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin (TSMY) tidak menoleh ke belakang lagi.

Hari ini, di hari pertama Parlimen bersidang, kemesraan jelas terpancar di antara TSMY dan Setiausaha Agong DAP, Lim Kit Siang. Mungkinkah kita akan melihat bakal Ketua Pembangkang yang baru dari kalangan pemimpin UMNO?

TSMY sepatutnya memberi nasihat kepada rakan sebantalnya yang baru, Lim Guan Eng agar berpakaian rasmi (official attire) ketika pembukaan Sidang Dewan Rakyat oleh Yang Di Pertuan Agong. Jangan kurang ajar dengan Raja-Raja Melayu. 

March 6, 2016

21 @NgaKorMing Dan Fitnah Tidak Dapat Dipisahkan - Sarawak Pula Menjadi Mangsanya @PDRMsia @SKMM_MCMC

Laman sosial Facebook atas nama Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming ini semakin hari semakin kurang ajar dan bebas untuk melakukan pembohongan dan fitnah. Seolah-olah Kementerian berkenaan atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mampu membendung atau menutup terus laman sosial berkenaan.

Terbaru, negeri dan Rakyat Sarawak pula menjadi mangsa fitnah laman sosial berkenaan. Gambar berkenaan mengambarkan kononnya selepas 60 tahun pemerintahan Barisan Nasional, Rakyat Sarawak masih terhimpit arus kemodenan dan daif seperti dalam gambar di bawah. 

Buat Nga Kor Ming atau siapa saja yang mengeluarkan gambar berkenaan, agak-agaklah. Mana ada sekolah di Malaysia, khasnya di Sarawak yang berpakaian 'uniform' sekolah sebegitu. 

Keduanya, agaknya tahun bila ya Sarawak bergabung dengan Semenanjung Tanah Melayu? Rasanya belum sampai 60 tahun BN memerintah Sarawak. Sejarah pun tak tau. Malaysiapun baru berumur 53 tahun.

YB janganlah menjadi sotong Pandan yang asyik 'bergurau" sepanjang masa. Malu sebagai Ahli Parlimen DAP buat fitnah sepanjang masa dan buta sejarah. Terakhirnya, Ubah kepala atok mu.

0 Masyarakat Cina Perlu Beri Sokongan Kepada MCA Bagi Membolehkan Parti Mainkan Peranan Yang Lebih Berkesan

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menggesa masyarakat Cina untuk memberi sokongan penuh kepada parti itu untuk membolehkan MCA memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat. DS Liow berkata sokongan padu daripada masyarakat Cina kepada MCA akan membolehkan parti memainkan peranan lebih berkesan dalam menyumbang kepada masyarakat melalui banyak cara.

Katanya, untuk MCA mempunyai suara yang kuat dan kehadiran dalam kerajaan Persekutuan dan negeri, kita memerlukan sokongan masyarakat. Majoriti kaum Cina, menurut beliau perlu membuang sikap "mahu kuda berlari pantas tetapi tidak sanggup untuk memberi makan dengan cukup. 

DS Liow berkata demikian pada majlis sambutan ulang tahun ke-67 parti di Wisma MCA semalam. Kira-kira 2,400 ahli MCA, termasuk pemimpin veteran dan pemimpin persatuan Cina menghadiri sambutan itu bertemakan "Merealisasikan Kesederhanaan, Membina Pragmatisme".

Beliau juga berjanji bahawa MCA akan terus menyokong dan memajukan komuniti dalam membangunkan negara dan menegaskan komitmen MCA menjaga kebajikan masyarakat Cina. MCA kata beliau tidak akan menggugurkan, ataupun meninggalkan perjuangan ini.

DS Liow juga memberi jaminan bahawa matlamat teras MCA tidak akan berubah termasuk memelihara identiti sekolah jenis kebangsaan Cina, meneruskan warisan pluralisme, menegakkan kebebasan beragama serta memastikan peluang yang sama rata serta hak asasi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Beliau berkata meskipun menghadapi keadaan ekonomi dan politik semasa, dan juga proses kebangkitan semula parti berikutan pencapaian buruk dalam pilihan raya umum yang lepas, MCA akan terus bergerak ke hadapan. MCA katanya harus membuktikan kemampuan mereka, bukan sahaja dalam bidang politik tetapi juga melalui pembaharuan ekonomi, serta inisiatif budaya dan pendidikan.

Justeru, kata beliau adalah penting untuk kekal fleksibel dalam strategi MCA, selagi MCA tidak melupakan matlamat jangka panjang. DS Liow menambah bahawa sebagai ahli parti yang memerintah, MCA tidak mahu melihat masyarakat Cina dipinggirkan atau hilang arah di persimpangan.

MCA perlu bersatu untuk menghadapi suasana politik semasa tanpa perasaan berbelah bahagi. MCA akan terus memacu inisiatif dengan matlamat ke arah membangunkan negara, dan untuk melaksanakan program-program bermanfaat yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat.

Sementara itu, DS Liow, yang juga Menteri Pengangkutan berkata parti itu akan terus memupuk hubungan lebih erat dengan persatuan-persatuan Cina dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat Cina.

MCA dan persatuan-persatuan Cina, kata beliau akan menjadi lebih teguh bersama untuk membentuk satu kuasa bagi memperjuangkan kesederhanaan, dan memastikan negara terus mengekalkan pluralisme dan memelihara perpaduan kaum, kestabilan negara dan pembangunan untuk masa depan yang lebih baik.

Beliau berkata kerjasama itu juga membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama bagi memanfaatkan peluang perniagaan luas yang ditawarkan oleh Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan inisiatif ekonomi "Satu Jajaran, Satu Laluan" yang diterajui oleh China.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates