February 26, 2016

59 #RafiziBergurau Lagi Apabila Mendakwa Tabung Haji Tidak Mengumumkan Kos Sebenar Tunai Haji


Rafizi Ramli sememangnya terkenal sebagai seorang Ahli Parlimen yang suka 'bergurau'. Minggu ini sahaja sudah berapa kali beliau 'bergurau' mengenai isu-isu politik semasa. Terbaru, memetik kenyataan daripada video sinar.tv dan portal Sinar Harian, Setiausaha Agong PKR ini mendakwa institusi Tabung Haji tidak pernah mengumumkan kos sebenar untuk menunaikan haji bagi setiap individu. Oleh itu, beliau mempertikaikan kos yang dikenakan oleh Tabung Haji kepada jemaah yang ingin menunaikan Haji.

Benarkah gurauan Rafizi Ramli? Dengan mudah apabila bertanya kepada Dr Google, akan keluarlah semua yang kita kehendaki dan sekaligus membuktikan gurauan Rafizi Ramli tiada asasnya. Kenapalah agaknya Setiausaha Agong PKR ini bodoh sangat?

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Ismee Ismail, dipetik portal Berita Harian bertarikh 02/08/2015, berkata peningkatan kos haji pada musim kali ini juga bererti Tabung Haji perlu meningkatkan tanggungan kos untuk setiap jemaah kepada RM7,290 bagi mencukupkan kos itu. THmasih mengekalkan kos mengerjakan haji kepada jemaah pada kadar RM9,980 tahun ini walaupun kos sebenar meningkat kepada RM17,270.

Apa kata si sotong? #RafiziBergurau

February 25, 2016

55 Kami Profesional Dalam Kes Babitkan PM, Kata Panel SPRM, Betul Kah?


Menurut sumber Malaysia Today hari ini, Lim Chee Wee, salah seorang daripada lapan orang ahli Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM-ORP), telah mendesak tujuh anggota panel yang lain untuk mengeluarkan satu kenyataan bersama yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam salah laku.

Dua anggota SPRM-ORP bersetuju dengan konspirasi ini tetapi lima yang lain tidak bersetuju. Selain itu, menurut sumber, Lim Chee Wee adalah pro-Pakatan Harapan dan berharap beliau akan dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Lim Chee Wee cuba untuk meyakinkan ahli-ahli panel bahawa mereka tidak perlu membuat apa-apa tuduhan langsung terhadap Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Mereka hanya perlu membayangkan bahawa terdapat salah laku dan kemudian membiarkan media memutarkannya dan orang ramai akan membuat kesimpulan mereka sendiri.

Menurut sumber lagi, yang ingin kekal tanpa nama, berkata Lim Chee Wee cuba mempolitikkan isu ini dan beliau mahu menggunakan SPRM-ORP untuk melakukannya. Beliau memberitahu panel bahawa memandangkan ini adalah hari terakhir panel itu maka mereka tidak akan rugi apa pun. Dengan itu, mereka mungkin lepaskan satu serangan terhadap Najib sebelum mereka berlalu pergi.

Menurut sumber dalaman, selepas gagal mendapat sokongan sebulat suara SPRM-ORP dalam konspirasi tersebut,  Lim Chee Wee mengambil keputusan untuk menggunakan The Malaysian Insider untuk 'membocorkan rahsia' dengan syarat nama beliau tidak akan disebut atau identitinya didedahkan .

Kemaskini 8.50 PM:


14 @RafiziRamli Menipu Lagi, Kali Ini Janji Cat Pangsapuri Intan Bukit Permai #RafiziBergurau


Rafizi Ramli memang seorang pembohong. Entah bagaimanalah si pembohong ini mempunyai ramai pengikut. Mungkin jenis spesis yang sama, kaki bohong. Terbaru, ketika menjawab dakwaan salah seorang komentar di dalam blognya, Rafizi Ramli telah menafikan bahawa beliau tidak pernah berjanji hendak mengcat mana-mana pengsapuri, apatah lagi Pangsapuri Intan, Bukit, Permai, Parlimen Pandan seperti yang didakwa oleh pengkomentar tersebut.

Allah maha kaya. Allah maha besar. Pembohongan Rafizi Ramli tidak kekal lama. Alhamdullilah, penduduk yang teruja dengan janji YB Rapiji, sempat merakam janji beliau. Dengar di sini atau klik pautan di bawah dan dengarlah janji-janji manis Rafizi Ramli. Mungkin alasan Rafizi Ramli selepas ini adalah, "Maaf, saya hanya bergurau".


February 24, 2016

16 Sandiwara Nenek Kipas Gagal Hiburkan Pengundi Kajang


Lihat kedua-dua gambar di atas yang diambil daripada laman sosial Facebook ADUN Kajang, Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika melawat salah seorang daripada pengundinya. Lihatlah bagaimana kebosanan terpancar di wajah pengundinya pakcik Lakimi Warasuki, seorang pengusaha satay di Kajang yang sekarang ini uzur akibat patah kaki di rumahnya di Kampung Paya sering dinaiki air akibat daripada hujan lebat.

Lawak dan sandiwara yang dibuat oleh ADUN Kajang ini gagal menguntumkan senyuman di wajah Pakcik berkenaan, apatah lagi untuk menghargai kedatangan ADUN tersebut. Mungkin juga disebabkan oleh kegagalan ADUN berkenaan gagal untuk mengatasi masalah banjir di Kajang setelah sekian lama?

February 23, 2016

26 Netizen Di Laman Sosial Twitter Mengajar @RafiziRamli Erti Perit Kena Troll #RafiziBergurau


Netizen sebuah laman sosial Twitter telah berjaya memomokkan Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli apabila Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan yang disebarkan melalui Whatsapp bahawa beliau tidak pernah kalah dalam mana-mana kes saman oleh pemimpin UMNO. 

Hakikatnya, Rafizi Ramli ini memang jenis penipu besar. Tidak masuk akal langsung apabila beliau menuduh kononnya 'cyber troopers' UMNO yang kata dia bagi alasan bergurau bila memfitnah isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor. Sudah sah-sah media yang melaporkan ini adalah dari pro-pembangkang, The Malaysian Insider. 


Rafizi Ramli mengatakan beliau tidak pernah kalah mana-mana kes saman oleh pemimpin UMNO. Hakikatnya, Rafizi Ramli telah didapati bersalah di mahkamah dan dikenakan denda sebanyak RM1,800 kerana membuat fitnah ke atas pemimpin UMNO. Baca The Malay Online, di sini.

Hakikatnya juga, hayat hidup netizen ini di akaun Rafizi Ramli tidak akan lama. Beliau, seperti mana ribuan akaun yang lain akan di 'block' oleh Rafizi Ramli, yang kononnya tegas, tetapi dalam hati ada taman. Maklumlah memiliki sifat sotong. Dari dulu, kini dan selamanya, Rafizi Ramli tetap seorang pembohong. #RafiziBergurau



3 McDonald's Dan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat Untuk Rakyat Malaysia Tidak Dapat Dipisahkan

Selain terkenal dengan hidangan menu makanannya yang lazat, restoren makanan segera McDonald's juga terkenal dengan projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), dalam program-program syarikat untuk membantu Rakyat Malaysia. Terdapat 7 program CSR yang mendapat hati di kalangan Rakyat Malaysia yang dilakukan oleh McDonald's.


1. Ronald McDonald House Charities (RMHC)

McDonald's melalui program-program sukarelanya, RMHC telah membuka kotak-kotak derma di restoren-restoren mereka untuk mengutip dana dari orang ramai. Jumlah kutipan dari kotak derma pada 2015 adalah RM813,440. Sebahagian besar daripada sumbangan disalurkan ke arah menyokong RMHC dan inisiatif bantuan dilanjutkan iaitu Bantuan Banjir dan Sabah Earthquake. Antara program bantuan kepada Rakyat Malaysia yang terkenal yang diuruskan oleh RMHC adalah Rumah Ronald McDonald - PPUKM, program #GiftOfSmile dan biasiswa RMHC.



2. Bantuan Banjir

McDonald's juga terlibat di dalam membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Kutipan daripada tabung derma RMHC pada bulan Jan dan Feb 2015 telah disalurkan kepada mangsa banjir. Jumlah tersebut dipadankan dengan sumbangan daripada McDonald's yang membawa jumlah besar kepada lebih daripada RM425,000.

Dana tersebut telah digunakan untuk membina semula 34 sekolah (membina laluan pejalan kaki baru, surau dan juga untuk membeli kerusi baru, meja dan komputer) yang rosak akibat banjir. Penerima bantuan tersebut adalah dari daerah Kuala Kerai, Manik Urai dan Dabong di Kelantan, dan Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu di Terengganu.


3. Tabung Bantuan Gempa Bumi Sabah

Wang tunai yang dikumpul daripada jualan minuman beku dan derma kotak berjumlah RM100,000. akan digunakan untuk membantu keluarga daripada empat juru pandu atau lebih dikenali sebagai 'malim gunung' Gunung Kinabalu yang terkorban semasa gempa bumi dan juru pandu lain yang kehilangan pendapatan mereka serta tiga buah sekolah di Ranau yang terjejas akibat gempa bumi.



4. Hari Sarapan Negara

230,000 McMuffins Egg telah diberikan kepada mereka yang bangun awal di seluruh Malaysia pada 13/04/2015. Sambutan tersebut turut menyaksikan McDonald's telah membuat satu hari yang lebih bermakna untuk guru dengan menyampaikan 11.650 pendidik / guru dengan sarapan McDonald's sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka dalam memupuk anak bangsa di negara ini.


5. Penajaan Moreh Kepada Masjid Di Bulan Ramadhan

Seminggu sekali, 265 restoran McDonald's di seluruh negara telah menyediakan hidangan moreh selepas sembahyang tarawikh pada bulan Ramadhan sebagai satu cara untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Ia adalah kali kedua McDonald's terlibat di dalam program seumpama ini.




6. Program Sekolah Ramadhan

McDonald's telah memenuhi kehendak dan keperluan pelajar dari sekolah-sekolah yang layak dipilih di seluruh negara. McDonald's telah mengambil beberapa kanak-kanak sekolah untuk lawatan membeli-belah baju raya dan berbuka puasa di restoran-restorannya selepas itu. Semua ini dilakukan bersesuaian dalam semangat Hari Raya Aidil Fitri.


7. Hari Guru

McDonald's juga tidak pernah melupakan jasa guru-guru dan pendidik yang bertungkus lumus mengajar pelajar-pelajar sekolah menjadi anak bangsa yang berguna. Guru-guru dari 25 buah sekolah telah dijemput ke restoran untuk aktiviti yang menyeronokkan dan dijamu dengan hidangan makanan yang lazat. Selain itu, kupon percuma McChicken telah diberikan kepada guru-guru sekolah yang dipilih untuk hidangan bersempena Hari Guru.

February 22, 2016

8 Bila Sotong @RafiziRamli Hendak Menyaman Tabung Haji Dan KWSP?

Berikut adalah kronologi harapan dan cita-cita Setiausaha Agong PKR yang mahu menyaman Tabung Haji dan KWSP, kira-kira 9 bulan yang lepas:

20/05/2015 - Rafizi Ramli semasa di Taklimat 1MDB di Seri Serdang telah menyatakan akan memfailkan saman dan injuksi terhadap KWSP, Tabung Haji dan KWAP. Tonton video seperti di bawah dan berita berkenaan turut dilaporkan oleh The Malay Mail Online:




21/05/2015 - Rafizi Ramli di dalam laman sosial Facebooknya di sini dan seperti yang di'screen shot' di bawah telah memohon sumbangan derma RM10 seorang bagi tujuan saman dan injuksi tersebut dapat difailkan. Kempen tersebut dinamakan sebagai #Tutup1MDB. Di dalam posting Facebook yang sama, beliau juga menulis, "Permohonan injuksi terhadap KWSP, TH dan KWAP dijangka akan difailkan menjelang 29 Mei 2015."






29/05/2015 - Di dalam video di bawah, Rafizi Ramli dengan bangganya mengakui "Selepas 1 minggu, kutipan kempen #Tutup1MDB telah melepasi RM10,000." Beliau juga dengan tegas berkata "Saman akan difailkan minggu depan dan peguam sedang menyiapkan 3 saman itu." Berita ini turut dilaporkan oleh Malaysiakini, di sini.




Hari ini bertarikh 22/02/2016, lebih 9 bulan selepas Rafizi Ramli mengertak hendak menyaman Tabung Haji dan KWSP. Wang #Tutup1MDB dalam tabung NOW sudah melebihi RM10,000 dan kita tidak tahu ke mana dan di mana wang tersebut dibelanjakan. Rafizi Ramli juga telah menikmati berpuluh ribu wang dividen daripada Tabung Haji dan KWSP baru-baru ini. Mana saman dari si sotong ni? Mana? Mana?

February 21, 2016

20 Happy Birthday Lim Kit Siang, Malaysia Tak Bangkrap Lagi Nampaknya

'Happy birthday' yang ke 75 Lim Kit Siang. Bagi seseorang yang sering melaungkan Malaysia akan bangkrap, nampak gayanya telahannya amat meleset sama sekali. 

Sekarang zaman orang tua sambut hari lahir secara bermewah-mewahan. Jika sebelum ini ada pemimpin yang sudah berusia 82 tahunpun menyambut hari lahir secara ala 'James Bond', pastinya juga Lim Kit Siang tidak mahu ketinggalan.

Ini kerana bagi seorang yang berumur 75 tahun boleh menyambut hari lahir secara mewah dan besar-besaran di Hotel Equatorial Penang dengan jemputan berpakaian cantik dan kek bertingkat-tingkat, Insha Allah Malaysia masih makmur dan mewah waima kemakmuran negara turut dapat dinikmati oleh pemimpin pembangkang.

Keluarga Lim sudah tidak zuhud macam dulu lagi untuk memikat hati rakyat. Jadi kalau hendak kata DAP parti rakyat, zuhud dan sosialis tidaklah boleh lagi, sebabnya DAP sekarang adalah parti nepotisme, parti buat duit dan diktatorisme. 

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates