Kadang kala susah untuk difahami tindakan boikot yang dilakukan oleh Rakyat Malaysia ke atas beberapa organisasi perniagaan di Malaysia seperti McDonald's yang kononnya dilakukan atas dasar simpati ke atas kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas Rakyat Palestin. Namun, apakah motif boikot berkenaan ada kebenarannya?
Tidakkah kita tertanya-tanya apakah yang kita perjuangkan untuk Rakyat Palestin dengan memboikot McDonald's ada asasnya? Kalau ya, cuba kita renung kembali, kenapakah Rakyat dan pemimpin Palestin sendiri menegah dan melarang kita untuk memboikot McDonald's?
Teliti kembali setahun yang lepas di mana Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha melahirkan harapan agar Rakyat Malaysia tidak menyasarkan pekerja Rakyat Malaysia yang bekerja di perniagaan seperti McDonald’s dan Starbucks dalam usaha memboikot syarikat berkaitan Israel.
Dalam wawancara dengan The Star bertarikh 13/08/2014, Dr Anwar berkata pekerja terbabit hanya berusaha untuk mencari nafkah hidup. Justeru tidak adil menjadikan pekerja terbabit sebagai sasaran kecaman dan serangan dari rakyat Malaysia yang lain. Memetik wawancara tersebut yang disiarkan oleh
The Star, di sini, Dr Anwar berkata,
"It would be better if the people go and protest at the US administration and pressure them to stop funding the Israelis with sophisticated weapons. Both McDonald’s and Starbucks Malaysia have released official statements saying that they do not support nor do they channel funds to support Israel’s aggression in Gaza."
Sungguhpun mengakui boikot merupakan satu saluran bagi memberi tekanan agar Israel menghentikan tindakan agresif terhadap Gaza, beliau khuatir kempen di media sosial menuduh syarikat terbabit dengan Israel didak dapat dipastikan secara tepat (cannot always be verified).
Menurut Dr Anwar, adalah lebih tepat jika orang ramai menyalurkan kemarahan dan kekecewaan kepada Kerajaan Amerika Syarikat yang baru-baru ini meluluskan bantuan tambahan sebanyak RM 718.8 juta kepada Sistem Pertahanan Peluru Berpandu Iron Dome Israel.
Jadi fikir-fikirkanlah adakah tindakan memboikot McDonald's satu tindakan yang tepat atau Rakyat Malaysia telah menganiaya pekerja-pekerja tempatan dan majikan-majikan mereka yang terdiri daripada franchisi-franchisi yang telah melaburkan jutaan ringgit untuk mewujudkan restoren makanan segera yang terkenal itu.