September 25, 2015

20 Untuk Apa Rahim Tamby Chik Mengulang Fitnah Murtad Terhadap Tuanku Raja Muda Selangor? cc. @PDRMsia


Angin tidak, ributpun tidak, secara tiba-tiba Mantan Ketua Menteri Melaka dan juga mantan Pengerusi RISDA, TS Rahim Tamby Chik telah mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial Facebook beliau kononnya Tuanku Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, telah murtad dan menganut Agama Khatolik.

Carian Google mendapati tiada berita terbaru tentang fitnah jahat ini. Yang ada hanyalah berita luar negara bertarikh 24/07/2014. Baca di sini.


Fitnah jahat ini telahpun diperjelaskan di sini. Sehari selepas kejadian berita di atas disiarkan, Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah meminta agar semua pihak agar tidak menyebar luaskan fitnah berkenaan. Baca di sini. Persoalannya, apakah motif TS Rahim Tamby Chik mengeluarkan kembali fitnah yang dikitar semula? Mungkin pihak Polis Di Raja Malaysia boleh memanggil TS Rahim untuk memberi keterangan sekiranya beliau mempunyai bukti terbaru terhadap fitnah tersebut?

7 Pendirian MCA Jelas - Tindakan Harus Diambil Ke Atas Peserta #BERSIH4 dan #916 Yang Mencetuskan Isu Perkauman


MCA telah mengeluarkan kenyataan tegas bahawa parti berkenaan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perhimpunan jalanan pada masa depan. Menurut Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai, pemimpin parti dari MCA berkenaan memohon agar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak menghentikan segala perhimpunan pada masa akan datang kerana ianya merupakan satu ancaman kepada keharmonian negara. Presiden MCA berkata demikian ketika selepas merasmikan mesyuarat jawatankuasa pusat MCA di Kuala Lumpur semalam.

DS Liow berkata, sebarang perhimpunan jalanan yang dianjurkan akan mencetuskan keganasan apabila pihak ekstremis cuba melakukan konfrontasi mendesak satu- sama lain membawa kepada pergaduhan. Situasi itu, kata menteri akan memberi kesan kepada  perpaduan negara dan mencemarkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

DS Liow juga meminta agar peserta-peserta perhimpunan BERSIH4 mahupun Himpunan Rakyat Bersatu yang melanggar undang-undang dan mengeluarkan kenyataan dan membuat tindakan yang berbau hasutan dikenakan tindakan undang-undang. Umum mengetahui di dalam Himpunan Rakyat Bersatu, terdapat segelintir peserta yang menimbulkan keresahan umum dengan mengeluarkan kenyataan seperti "Cina itu Babi, Babi itu Cina". Begitu juga ketika perhimpunan BERSIH4 dijalankan, terdapat peserta-peserta yang memijak gambar Perdana Menteri dan Presiden PAS.


September 23, 2015

1 Tahniah SPAD Untuk 'Ops SERKAP' Bagi Memastikan Perjalanan Pulang Ke Kampung Sempena Aidil Adha Selamat

Pelanduk selalu melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Itulah peribahasa Melayu bagi melambangkan pihak penguatkuasa tidak pernah melupakan sesiapa yang melanggar undang-undang jalanraya. Tahniah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) walaupun ketika orang ramai sibuk untuk membuat persedian bercuti pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidil Adha, penguatkuasa-penguatkuasa SPAD berkorban masa dan tenaga untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Hari ini telah diadakan satu operasi bersepadu yang dinamakan 'Ops SERKAP' bagi memeriksa penjualan tiket serta perjalanan bas-bas sempena Cuti Hari Raya Aidil Adha. Pemeriksaan diadakan bertujuan bagi memastikan semua bas-bas yang digunakan untuk membawa orang ramai pulang ke kampung adalah selamat dan lancar serta tiada penjualan tiket secara haram oleh 'ulat-ulat tiket'. Operasi berkenaan telah dijalankan di Pudu Sentral sejak petang tadi.

Ops Khas Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha ini telah bermula pada 21/09/2015 dan akan berakhir pada 28/09/2015. Sepanjang 2 hari Operasi (21 dan 22/09/2015), SPAD telah mengesan sejumlah 54 kesalahan membabitkan bas, lori dan teksi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pada hari ini juga SPAD telah melaksanakan Ops keatas 'Ulat Tiket', teksi tidak guna meter dan kereta sapu yang menggunakan 'Apps Grab' di sekitar Pudu Sentral. Hasil operasi hari ini sejumlah 6 kes dikesan melibatkan:

- 2 kes memujuk dan mendesak di bawah Seksyen 205, APAD 2010;
 - 2 kes mengendalikan suatu perkhidmatan awam tanpa lesen pengendali (kereta sapu) di bawah Seksyen 16 APAD 2010; dan,
 - 2 kes teksi tidak guna meter di bawah Seksyen 22, APAD 2010.

4 kenderaan disita bagi membantu siasatan membabitkan dua buah teksi, sebuah Merzcedes dan sebuah Toyota Camry.

0 Kalau Pakatan Rakyat Sudah Pupus, Kenapa Selangor Masih Harapkan PAS Dalam Pentadbiran Negeri - Dr @weekasiongmp


"Terkilan, aneh lagi ganjil", itulah komen pertama yang keluar daripada mulut Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong, apabila beliau diminta untuk memberi komen tentang penubuhan gabungan baru pembangkang, Pakatan Harapan. Beliau mempertikaikan sekiranya Pakatan Rakyat telah pupus, kenapakah Kerajaan Selangor masih mengharapkan gabungan teras PKR, DAP dan PAS untuk memerintah negeri itu. 

Dr Wee berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat 'MCA Education Consultative Committee' di Wisma MCA pagi tadi. Untuk rekod, PAS tiada dalam Pakatan Harapan. Pakatan Harapan hanya terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Nasional (nama baru bagi Gabungan Harapan Baru yang belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan).

Apa yang terjadi di Selangor Dr Wee sifatkan sebagai kepentingan parti itu sendiri. Sekiranya pembangkang mahukan PAS di peringkat negeri untuk menubuhkan Kerajaan, mereka akan bersatu padu. Sebaliknya, sekiranya PAS tidak lagi diperlukan di peringkat pusat, parti berkenaan akan dibuang begitu sahaja.

Dr Wee juga mempertikaikan bagaimana gabungan baru Pakatan Harapan ini boleh menerima 'kahwin campur' yang melibatkan serpihan dari PAS. Beliau menambah, hanya Rakyat yang akan menilai di mana perginya semangat Pakatan Rakyat dan semangat setiakawan di antara mereka. Beliau ibaratkan gabungan ini seperti pasangan yang belum dicerai talak tiga, pasangannya sudah mencari penganti yang baru.

16 Status Hidangan Arak Di Restoren Di Menara Felda, Felda Tampil Dengan Tindakan Segera


Isu penyediaan minuman keras di sebuah restoren, Brolly Restaurant di Menara Felda, mendapat perhatian dan kritikan orang ramai termasuk yang terbaru bantahan daripada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK). Restoren yang terletak di 'Retail 1' ini sebenarnya sebuah restoren yang menyediakan masakan laut yang berkonsepkan barat. Namun, restoren berkenaan turut menghidangkan minuman keras di dalam menunya. Restoren berkenaan beroperasi tidak sampai sebulan bermula dari tarikh 31/08/2015 yang lepas.

Menyedari hakikat berkenaan, pihak pengurusan Felda telah melakukan beberapa tindakan drastik termasuklah:

1. Pihak pengurusan Felda telah menghantar surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, NAZA Sdn Bhd, sebelum restoren berkenaan memulakan operasi iaitu pada 25/08/2015, membantah penyediaan minuman keras di dalam restoren walaupun ruang restoren berkenaan dipajakkan kepada syarikat berkenaan.

2. Felda juga turut mendapatkan penjelasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagaimana lesen minuman keras dikeluarkan kepada restoren berkenaan.

Tindakan pihak pengurusan Felda untuk menyelesaikan isu berbangkit dengan pantas amat dihargai memandangkan sebagai bangunan yang diduduki oleh pekerja-pekerja badan berkanun, isu penyediaan minuman keras di restoren tidak wajar diwujudkan. Restoren dan kedai makan di Menara Felda adalah khusus untuk pekerja-pekerja pejabat terutama sewaktu makan tengah hari dan petang dan bukannya sebagai tempat bersosial dan untuk menghilangkan masalah dengan mabuk.

Kenyataan Media dari pihak pengurusan Felda mengenai isu tersebut adalah seperti di bawah:

4 Paya Terubong Banjir Lumpur Lagi, 2 Kali Dalam Tempoh Seminggu, Apa @cmlimguaneng Buat?


Orang cakap Lim Guan Eng ni Tokong. Baru sekarang saya percaya. Bukan semua orang mampu buat air terjun. Kawasan Paya Terubong di Pulau Pinang dianugerah lagi dengan banjir lumpur. Ini merupakan kali kedua selepas kejadian banjir lumpur sebelum ini berlaku minggu lepas. Banjir kilat yang penuh dengan lumpur melanda sekitar kawasan rendah di pulau itu terutamanya di Air Itam dan Paya Terubong disebabkan pembangunan tidak terkawal di kawasan tanah tinggi. Paya Terubong banjir lumpur selepas hujan lebat disebabkan kerja pembersihan bukit di sekitar Air Itam. 

Kerajaan negeri telah memberi kebebasan kepada pemaju untuk melaksanakan projek di kawasan bukit. Kerajaan Negeri DAP pimpinan Joseph Lim Guan Eng gagal mengambil tindakan kepada sesiapapun walaupun media tempatan melaporkan mengenai kawasan bukit yang semakin gondol akibat pembangunan. Ada yang mendakwa pembangunan kondominium baru di bukit berhampiran antara penyebab banjir itu. Cuba lihat video di bawah:





September 22, 2015

8 Saifuddin Abdullah Turut Serta Dalam Mesyuarat Pakatan Harapan - Bila UMNO Nak Pecat Ni?


Hari ini secara rasmi Pakatan Harapan telah ditubuhkan. Tiada lagi Pakatan Rakyat. Pakatan Harapan terdiri daripada parti-parti DAP, PKR dan Amanah (walaupun Pendaftar Pertubuhan masih meluluskan permohonan nama dan logo parti berkennaan). PAS tiada dalam Pakatan Harapan yang baru ini. PAS kembai menjanda. Janda berhias gitu.

Apa yang menarik di dalam mesyuarat pembentukan gabungan parti-parti pembangkang ini adalah kelibat kehadiran bekas Ahli Parlimen Temerloh dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Saifuddin Abdullah ke perhimpunan berkenaan di Hotel Empire, Subang Jaya.

Kenapakah UMNO masih menyimpan ahli sebegini yang kerap membuat teguran terbuka yang memihak kepada pembangkang. Apatah lagi hari ini beliau turut bersekongkol di dalam majlis pembentukan Pakatan Pembangkang. Tidak boleh pecatkah ini orang?

Apapun nama Pakatan Harapan ni 'legend'. Lebih kurang bunyinya seperti Patah Harapan atau Putus Harapan atau Pakatan tak ada Harapan. Bunyi macam merajuk dengan parti PAS sahaja. Tidak lama lagi Tinggal Harapan sajalah. Mari kita bilang berapa banyak sudah pakatan pembangkang yang ada.

Angkatan Perpaduan Ummah - Kojol.
Barisan Alternatif - Kojol.
Pakatan Rakyat - Kojol.
Pakatan Harapan - Tunggu PRU14 saja nak kojol.

0 Apakah Hari Sukan Negara?

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

September 21, 2015

28 Melompat Kegirangan Geng Pembangkang & Pro-Tun Apabila WSJ Siar Berita FBI Siasat 1MDB!


Geng pembangkang dan mazhab Pro-Tun mendapat nafas kembali apabila hari ini akhbar dan portal Wall Street Journal (WSJ) versi Asia cuba menghiburkan pembaca apabila Celine Fernandez, wakil koresponden Malaysia untuk menulis di WSJ membuat cerita sains fiksyen kononnya Federal Bureau of Investigation (FBI) sedang menyiasat 1MDB. Tanpa menamakan siapa pegawai penyiasat FBI yang dirujuk untuk berita berkenaan dan juga tidak menceritakan apa skop siasatan yang dijalankan, bolehlah dianggap berita sampah WSJ berkenaan sebagai cerita 'bed time story'. 

Agak pelik apabila FBI sebagai polis dunia ingin menghabiskan masa untuk menyiasat tuduhan yang langsung tidak melibatkan kepentingan Amerika Syarikat. Lebih pelik berita mengenai polis dunia FBI itu langsung tidak mendapat tempat di muka hadapan akhbar WSJ versi Amerika Syarikat sendiri dan versi Eropah, lihat di bawah. Pembangkang dan rakan sekutu mereka Pro-Tun sehabis boleh akan cuba membawa isu 1MDB ini sehingga ke PRU14 walau berita dan isu yang disampaikan tidak masuk akal. Baca sendiri laporan tidak masuk akal Celine Fernandez di sini atau di bawah dan nilaikan sendiri. Berapa banyak perempuan ini dibayar untuk membuat cerita berkenaan?


FBI Investigates Malaysian Fund
{It is the latest in a series of international investigations into 1Malaysia Development}
The Federal Bureau of Investigation has opened an investigation into allegations of money-laundering related to a Malaysian state investment fund, a person familiar with the matter said.
 The scope of the investigation wasn’t known. It is the latest in a series of international inquiries related to 1Malaysia Development Bhd. that have been revealed in the past several weeks. And it comes as questions about the fund and missing money in the Middle East have widened.
The Wall Street Journal has reported that officials in Abu Dhabi were trying to understand why a $1.4 billion transfer that 1MDB said it made to a counterparty in the Middle Eastern emirate wasn’t received. Now, those officials are questioning a further $993 million that 1MDB reported it paid to the Abu Dhabi fund but which also appears to be largely missing, people familiar with the matter said.
...
The FBI and other international investigations center on entities related to 1MDB, which was set up by Prime MinisterNajib Razak in 2009 to help drive the economy. The fund is having difficulty repaying more than $11 billion of debt and is at the center of investigations that are destabilizing the government.
A Malaysian government probe found that nearly $700 million moved through banks, agencies and companies linked to 1MDB before being deposited into Mr. Najib’s alleged private bank accounts ahead of a close election in 2013, the Journal reported in July.
The source of the money is unclear, and the government investigation hasn’t detailed what happened to the funds that allegedly went into Mr. Najib’s personal accounts. Malaysia’s anticorruption body said in August the funds were a donation from the Middle East. The donor wasn’t specified.
Mr. Najib has denied wrongdoing and denied taking money for personal gain. Two of the transfers were made through the Singapore branch of a Swiss private bank and routed via Wells Fargo & Co. Wells Fargo declined to comment.
The Swiss attorney general’s office has opened criminal proceedings against two unidentified executives of 1MDB on suspicion of corruption and money-laundering. It has frozen tens of millions of dollars in Swiss bank accounts, officials said in August.
1MDB has said no executives or board members were the subject of criminal proceedings by the Swiss attorney general’s office, and that its accounts there weren’t frozen.
Authorities in Singapore also said they have frozen accounts linked to 1MDB and are investigating allegations related to the fund. 1MDB said none of its accounts were frozen and that it was ready to assist any investigations subject to advice from the appropriate Malaysian authorities.
The questions about the money missing from 1MDB center on transfers that the fund said it made to an Abu Dhabi fund, the International Petroleum Investment Co.
In 2012, the Abu Dhabi fund agreed to guarantee $3.5 billion in bonds issued by 1MDB for the purchase of power plants. In return, IPIC was given options to buy a stake in those power assets. But last year, both sides agreed to end that deal and 1MDB agreed to buy back the options for an undisclosed price. 1MDB said it made a transfer of $993 million to an IPIC subsidiary in November as partial payment for the options, according to a copy of a draft report by Malaysia’s auditor general that was reviewed by The Wall Street Journal.
Neither the financial records of IPIC, nor its wholly owned subsidiary Aabar Investments PJSC, for 2014 mention receipt of the money. They say only in a footnote that as of the end of 2014, 1MDB owed IPIC $481.3 million in outstanding payments for the options. No substantial amount of money was received by IPIC, the people familiar with the matter said. It isn’t clear how IPIC arrived at the $481.3 million figure and how it relates to the nearly $1 billion transfer 1MDB says it made to IPIC.
In its statement issued after a previous article on this subject was published online, 1MDB said it couldn’t comment on the accounting treatment by the Abu Dhabi fund or its subsidiaries. It also said the matter of the options had been resolved. “1MDB can confirm that pursuant to the payment made by 1MDB, the options were in fact terminated,” the fund said.
Officials at IPIC didn’t respond to requests for comment.
The missing $1 billion is the second payment that 1MDB reported it made and IPIC said it didn’t receive. Financial statements from 1MDB and a report by the Malaysian auditor general, which is one of a number of agencies investigating 1MDB, show that the fund made a separate payment of $1.4 billion to IPIC. That payment was described as collateral for the loan guarantees that Abu Dhabi provided on the bonds issued by 1MDB. Last week, the Journal reported that payment also was missing and that Abu Dhabi officials were looking into it, according to people familiar with the matter.
The 1MDB fund said last week that it stood by its audited financial accounts and that its auditor, Deloitte Touche Tohmatsu Ltd., had made “specific and detailed” inquiries into the collateral transfer before signing off on the accounts. Deloitte declined to comment.
Late Friday, a former member of Malaysia’s ruling party who had raised questions about the alleged money transfers to the Malaysian prime minister was arrested on charges of attempting to undermine democracy, his lawyer Matthias Chang said.
The arrest of Khairuddin Abu Hassan, who remained in custody over the weekend prevented him from traveling to New York where he planned to urge U.S. authorities to investigate the transfers, Mr. Chang said.
A spokeswoman for the FBI’s New York office said that no agent in the office had arranged to speak with Mr. Khairuddin or had any previous contact with him.
—Celine Fernandez contributed to this article.

57 Saya Tidak Perlu Jet Besar, Mewah - Tun Dr Mahathir ... Iyolah

Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak memerlukan jet mewah dan besar sewaktu mentadbir negara selama 22 tahun. Bagaimanapun, kerajan sekarang mungkin mempunyai lebih banyak dana dan mampu untuk memperoleh pengangkutan mewah seperti itu, katanya dalam satu program bual bicara disiarkan stesen RTM2 untuk memperingati 11 tahun persaraannya. Kenyataan itu timbul selepas tegurannya kepada kerajaan pada akhir bulan lalu, untuk membuat lebih banyak penjimatan. - Sumber Malaysiakini.





0 Alhamdulillah ... Pembangkang Terbukti Memfitnah FELDA

Alhamdulillah pada pagi yang cerah ini, 21/09/2015 di Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya, kesemua Yang Arif Hakim dengan sebulat suara menolak 'Permohonan Kebenaran Untuk Merayu' daripada Datuk Mustafa Ali dan lima defendan yang lain dengan kos RM10,000 dibayar kepada FELDA. Ini bermakna tiada lagi rayuan boleh dibuat di peringkat Mahkamah Persekutuan. 

Oleh itu FELDA telah menang kes saman ini dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan di mana kesemua defendan perlu membayar gantirugi RM100,000 kerana memfitnah FELDA. Sehingga kini, sebahagian bayaran telahpun dibuat oleh kesemua defendan tersebut.

Mahkamah Rayuan pada 08/04/2015, telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan lima individu lain untuk membayar ganti rugi RM100,000 kepada FELDA kerana memfitnah syarikat berkenaan menerusi dua artikel kononnya agensi itu menjual minyak sawit mentah ke Israel.

Panel tiga hakim berkenaan sebulat suara menolak rayuan Mustafa dan lima defendan lain iaitu ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

FELDA telah memfailkan saman pada 07/01/2013, terhadap keenam-enam mereka  berhubung artikel bertajuk "2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat" bertarikh 27/11/2012, yang disiarkan dalam Suara Keadilan.

September 20, 2015

6 Pemecatan Dalbinder Singh Isu Penghapusan Anjing Liar Buktikan The Malaysian Insider Lidah DAP



Anak saudara Karpal Singh, Dalbinder Singh bekas seorang wartawan The Malaysian Insider (TMI) telah dipecat oleh portal berkenaan kerana menyokong badan bukan Kerajaan (NGO) yang membantah penghapusan anjing liar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng. Nampak sangat di dalam kes ini TMI amat melindungi dan menyokong Joseph Lim. Anda tidak boleh bekerja di dalam portal TMI dan pada masa yang sama anda tidak menyokong Joseph Lim. Sekiranya ini berlaku, anda akan dipecat. Adakah ini bentuk kebebasan bersuara yang diamalkan oleh TMI? Di manakah kebebasan akhbar?

Walaupun tunjuk perasaan oleh beberapa NGO dan Rakyat Pulau Pinang membantah penghapusan anjing liar ini secara beramai-ramai, rayuan dan permintaan mereka tidak diendahkan oleh Joseph Lim. Mungkin akibat daripada Himpunan Melayu Bersatu, inilah caranya DAP dan Joseph Lim mahu mengambil hati orang-orang Melayu Pulau Pinang kembali, iaitu dengan penghapusan beribu-ribu anjing liar. Cuma Joseph Lim jangan lupa bunuh juga anjing Rottweiler yang tinggal di Menara Komtar.

0 SPAD Mensasarkan Tiada Lagi Teksi Lama Menjelang 2019

10,000 teksi lama yang berusia 10 tahun dan ke atas yang beroperasi di negara ini akan ditamatkan perkhidmatan menjelang 2019, dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di Malaysia. Bagi mencapai matlamat itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berharap untuk menukarkan kesemua teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas kepada kenderaan baharu dalam tempoh empat tahun. Pengerusi SPAD, TS Syed Hamid Albar berkata, bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan selesa kepada penumpang, semua teksi lama perlu ditukarkan kepada baharu di bawah program Teksi 1Malaysia (TEKS1M).

Menurut TS Syed Hamid ketika diwawancara oleh akhbar The Star, di sini, berkata terdapat dua aspek perlu dilihat bagi mentransformasikan industri teksi iaitu pertukaran kenderaan dan perubahan cara pemikiran pemandu teksi. selain pemandu teksi perlu memperbaiki aspek sikap dan disiplin ketika berhubung dengan pelanggan, kenderaan juga perlu dititikberatkan. Faktor kedua, bagi mempercepatkan proses tersebut, SPAD mempertimbangkan untuk membenarkan lebih banyak model kenderaan dimasukkan di bawah program TEKS1M. 

Pada masa ini, hanya Toyota Innova dan Proton Exora yang kedua-dua merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) diluluskan sebagai model kenderaan di bawah TEKS1M. Model kenderaan bagi TEKS1M tidak lama lagi bakal diperluaskan kepada kenderaan jenis sedan buatan Malaysia seperti Proton Persona dan Proton Saga bermula pada tahun ini. TS Syed Hamid berkata, kenderaan lebih kecil lebih menjimatkan dan akan membolehkan lebih ramai pemandu teksi untuk menukarkan jenis teksi di bawah TEKS1M.

TS Syed Hamid turut menyedari bahawa berlakunya kekurangan kenderaan untuk keluarga dalam perkhidmatan teksi. Beliau melihat segelintir pelancong yang mengunjungi Malaysia bersama keluarga mereka tidak mahu menggunakan dua teksi berasingan dan memilih untuk bersama dalam satu kenderaan. Beliau menjangkakan untuk pelancaran model tambahan pada tahun ini selepas mereka membuat kelulusan dan mengikut syarat dan spesifikasi tertentu. TS Syed Hamid berkata, cadangan untuk menambahkan lebih banyak model di bawah TEKS1M akan melancarkan proses pertukaran teksi lama kepada model baharu.

1 Selepas Menciplak Logo, Parti Amanah Negara Mencuri Pula Hak Cipta Felixia Yeap

Setelah ditangkap menciplak logo syarikat elektrik di Bangladesh iaitu Al Sarwar Electric Department, Dhaka ataupun logo Imayam TV di India (baca di sini), Parti Amanah Negara (PAN) yang belum dilulusakan namanya oleh Pendaftar Pertubuhan sekali lagi menimbulkan kontroversi terbaru. Kali ini PAN telah menggunakan imej Felixia Yeap, seorang peragawati terkenal untuk melariskan nama parti mereka. Felixia Yeap pantas mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook beliau menafikan perkara berkenaan.


Parti ini sinonim dengan parti pencuri. Setelah mereka mencuri Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, logo parti itu sendiri dan yang terbaru adalah hak cipta imej seorang selebriti. Terdapat pula satu kenyataan media daripada pihak yang mendakwa Pemuda AMANAH Negeri Melaka yang membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Felixia Yap.

Kalau betul, kenyataan media berkenaan, boleh pulak Parti Amanah Negara menggunakan lambang dan nama yang belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Lebih mengkagumkan apabila mereka mendakwa mereka memperolehi 1,000 anggota 'Orange Army'. Adakah 'Orange Army' berperanan seperti 'Red Bean Army'? Siapa yang membayar gaji 1,000 'Orange Army' ini?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates