July 18, 2015

13 Sotong @RafiziRamli Kata Fitnah Cincin DS Rosmah Hanya Gurauan

Rafizi Ramli dalam pembelaan kes saman fitnah beliau daripada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, menyifatkan fitnah beliau mengenai cincin pertama DS Rosmah Mansor hanyalah sebagai gurauan. CTS ingat fitnah beliau mengenai 40,000 bangla yang mengundi di dalam PRU13 juga lawak. Isu 'Kajang Move' juga lawak. Isu 1MDB juga lawak. 

Betul-betul kasi dia punya macai penjilat yang percaya sama dia malu besar. Seperti kata lagenda DS Samy Vellu, "Kemaluan dia sangat busat". Ini baru PONDAN!!! Confirm lu pondan, Rafizi. Lebih baik bertaubat, mengaku segala fitnah yg hang cakap tu semua tak betul. Haiya! Boleh tak saya katakan, Rafizi Ramli adalah pemimpin Melayu yang paling celaka? Maaf saya bergurau saja.


24 Akhbar Thailand Dan Singapura Dedah Konspirasi Jatuhkan Kerajaan Malaysia Melalui 1MDB


Akhbar The Bangkok Post, Thailand dan The Straits Times, Singapura telah mendedahkan usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan atau mengulingkan Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan DS Najib Tun Razak. Kalau berita ini ditulis oleh Utusan Malaysia mungkin susah untuk dipercayai oleh macai-macai PR. Ini ditulis oleh akhbar berita jiran yang mengambil kenyataan daripada jurucakap polis dari negara Thailand. Mungkinkah macai-macai PR akan berkata DS Najib Tun Razak akan memberikan arahan kepada polis Thailand mengeluarkan kenyataan tersebut?

Pihak PDRM wajar menyiasat juga Malaysiakini, Malaysian Insider, The Edge, blogger-blogger di bawah naungan Bloghouse, blogger Din Turtle dan kumpulan-kumpulan cytrotroopers 'Kelab Che Det' dan 'Saya Sayang Tun Dr Mahathir' untuk mendapat maklumat bagaimana dokumen-dokumen yang dipalsukan oleh Xavier Andre Justo ini diedarkan dan juga adakah mereka boleh didakwa atas kesalahan berkomplot untuk mensabotaj ekonomi negara.

Berita dari The Straits Times (Media Singapura)
"He has confessed everything. He has given us very good cooperation... every document, even from inside his phone,'' police spokesman Prawuth Thavornsiri told The Straits Times.
Justo sold the data he had taken from PetroSaudi to the group, which included media figures and a person from the Prime Minister's own party, according to Lieutenant-General Prawuth. Among them was a Malaysia-born woman who had moved to Britain.
"She has a news blog," he added.
He said the website "usually gives bad news about Malaysia".
"The website tampered with the data to discredit the PM,'' he added. Lt-Gen Prawuth said he could not mention names. But he confirmed that Justo met with "many people, about 10, from the media and from political circles, even from the same party as the PM (Datuk Seri Najib)''. Justo met the Malaysia-born woman three times in Thailand, and also in Singapore, for "negotiation", said Lt-Gen Prawuth.
In the last stage of the negotiations, once the group had verified that Justo's files contained the information they wanted, they discussed how to pay him. The evidence from Justo included a full transcript of all the Whatsapp chats he had with the group during their negotiations and discussions on how he would be paid. Some meetings are said to have been held in Singapore.
"They talked to each other many times by Whatsapp, we have the evidence; they talked about paying like this and like that, to pretend to buy and sell". These details "should be useful" to Malaysian police, he added. The spokesman also offered to share information with the Singapore police. "This case should be reported in Singapore because the money laundering to attack the PM started in Singapore," he said. "If the Singapore police ask me for evidence (through) the foreign affairs protocol, I can send it."
Berita penuh di di sini.
Berita dari Bangkok Post:
Pol Lt Gen Prawut said Mr Justo was part of a network that has damaged the government of Malaysia. "People in this network met in Thailand and Singapore.  They traded information for cash and the payment was made through a laundering process by transferring the money to an island country. This wrongdoing took place in Singapore," he said, adding that police found traces of the data being tampered with by the buyer.
Baca berita penuh di sini.

July 17, 2015

0 Pantun Perpaduan Sempena Hari Raya Aidil Fitri Daripada Datuk @weekasiongmp


Walaupun Datuk Dr Wee Ka Siong masih lagi berehat di hospital selepas menjalani pembedahan tempoh hari, beliau masih sempat untuk menulis 3 rangkap pantun perpaduan sempena Hari Raya Aidil Fitri untuk seluruh masyarakat Malaysia. Dalam pada itu juga, petang semalam Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak suami isteri sempat melawat beliau di hospital dan menghabiskan masa kira-kira sejam di sana. 

Dalam perjumpaan berkenaan, Datuk Dr Wee telah melaporkan keadaan terkini kesihatan beliau kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri turut berkongsi pendapat beliau berhubung beberapa isu semasa nasional dengan Datuk Dr Wee, di antaranya hubungan antara kaum yang menjadi isu hangat kebelakangan ini. Datuk Dr Wee juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Perdana Menteri dan isteri, dan berjanji akan kembali bertugas secepat mungkin.
Ketupat, lemang, lontong dan rendang,
Hidangan lazim di pagi raya;
Malaysia negaranya kaum berbilang,
Saling hormati bangsa dan budaya.
Bulat air kerana pembentung, 
Bulat masyarakat kerana muafakat;
Marilah kita sokong menyokong,
Supaya negara terus maju dan berkat.
Hari Raya hari yang mulia,
Sesuai untuk maaf bermaafan;
Jagalah hubungan sesama kita,
Tanpa mengira agama dan kepercayaan. 

July 16, 2015

0 Ops SERKAP SPAD Beri Jaminan Pengguna Pulang Dengan Tenteram Di Hari Raya


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini telah menjalankan Ops SERKAP bagi memeriksa penjualan tiket serta perjalanan bas-bas  sempen perayaan Hari Raya Aidil Fitri di Pudu Sentral. Dalam Ops berkenaan, pegawai-pegawai unit penguatkuasaan SPAD telah menahan dua buah kenderaan milik persendirian yang digunakan sebagai kereta sapu untuk mengambil penumpang pulang berhari raya. Seramai 10 pegawai penguatkuasa ditugaskan untuk menjalankan Ops Serkap itu yang bermula sejak 10 Julai lalu.

Ketua Jabatan Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata sepanjang tempoh Ops itu SPAD telah mengenalpasti 160 jenis kesalahan dilakukan yang membabitkan 2,800 buah kenderaan bas dan teksi. SPAD juga katanya telah menyita 55 kenderaan dan mengesan 89 kes kesalahan menggunakan kenderaan persendirian sebagai teksi sapu  di Lembah Klang sejak Oktober tahun lalu.




2 Pasukan Real Madrid Tempah Khas Pesawat Malaysia Airlines A380 Ke Melbourne


Kelab bolasepak terkaya di dunia, Real Madrid telah menempah khas sebuah pesawat A380 ke Melbourne, Australia dalam lawatan mereka untk perlawanan 'International Champions Cup'. Baca berita Australian Aviation, di sini. Kepercayaan yang diberikan oleh kelab Real Madrid ini memberikan sedikit sokongan moral kepada syarikat penerbangan negara ini yang sedang mengalami proses pemulihan kesan daripada kerugian yang ditanggung oleh syarikat serta tragedi yang menimpa MH370 dan MH71.

Sekiranya kelab bolasepak terkaya di dunia ini boleh meletakkan kepercayaan seluruh pasukan elit mereka di dalam penerbangan negara, siapakah kita untuk mempertikaikan pesawat penerbangan negara sendiri. Dianggarkan jumlah harga setiap pemain kelab Real Madrid yang berada di atas penerbangan tersebut bersamaan dengan tujuh setengah kali lebih besar daripada sebuah pesawat A380 yang berharga USD$428 million. Tahniah Malaysia Airlines dan terima kasih Real Madrid.

6 Eksklusif - Video Pendedahan Dalang Pemalsuan Dokumen 1MDB Lester Melanyi (Bahagian I) Mula Tersebar


Video pendedahan kerja pemalsuan dokumen 1MDB oleh Sarawak Report telah didedahkan sejak semalam apabila salah seorang daripada dalang yang dibiayai oleh Bruno Manse Fund (BMF) tampil mendedahkan penglibatannya. Video berdurasi 3:48 minit itu mendedahkan beberapa nama ahli politik Malaysia seperti Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Tony Pua.

Banyak persoalan yang timbul dalam pendedahan bahagian pertama video ini seperti siapakah kawan 'latino' Anwar Ibrahim yang dimaksudkan? BMF yang menjadi pembiaya kepada Sarawak Report dan Lester Melanyi merupakan sebuah NGO di Switzerland. Xavier Justo, seorang lagi dalang yang memalsukan dokumen 1MDB yang ditangkap di Thailand baru-baru ini juga adalah warganegara Switzerland. Xavier Justo juga berketurunan Sepanyol. Adakah beliau lelaki 'latino' yang dimaksudkan oleh Lester Melanyi?

Claire Rewcastle, pemilik Sarawak Report serta Rafizi Ramli serta Tony Pua wajib menyaman Lester Melanyi sekiranya pengaukannya dan laporan polis yang dibuatnya adalah palsu. Sekiranya tidak, Tony Pua dan Rafizi Ramli wajib meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana cubaan untuk mensabotaj Malaysia. Yang paling utama, Tony Pua wajib disingkirkan daripada menganggotai PAC yang membuat siasatan kepada 1MDB kerana beliau adalah salah seorang talibarut asing seperti yang didakwa oleh Lester Melanyi.



July 15, 2015

1 Pemimpin-Pemimpin MCA Senada Mengutuk Tindakan Untuk Mengeruhkan Perpaduan Kaum Dalam Kejadian Di #LowYatt


Beberapa pemimpin MCA telah mengeluarkan kenyataan berhubung kes rusuhan dan pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat, Ahad lalu. Kebanyakan mereka mahukan siasatan yang adil ke atas semua pihak yang terlibat di dalam kejadian tersebut.

Presiden parti MCA DS Liow Tiong Lai amat mengambil berat kepada kejadian yang berlaku itu dan amat kesal kerana terdapat antara yang tercedera adalah wartawan dan mereka yang tidak berkaitan dengan insiden. DS Liow juga mahu mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil tindakan sendiri dan tidak mengikut lunas undang-undang.

Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon senada dengan Presiden MCA yang mahukan orang ramai menghentikan penyebaran maklumat yang tidak tepat dan mereka yang membuat komen yang boleh menaikan kemarahan dan kebencian kaum. 

Menurut Chong, Presiden MCA yang kini berada di China telah mengarahkan untuk memberikan bantuan guaman kepada 4 pemuda berbangsa Cina yang ditahan semalam. Beliau secara peribadi membuat panggilan telefon kepada ibu bapa mereka yang masih ditahan untuk meyakinkan mereka tentang keselamatan anak-anak mereka.

Setiausaha MCA, DS Ong Ka Chuan pula menyeru agar orang ramai supaya tenang sambil mengkritik mereka yang memutarbelitkan isu berkenaan di media sosial dan cuba untuk mengeruhkan keadaan. Beliau juga meminta agar menghentikan penyebaran perkongsian video, gambar  dan juga bahan berita yang tidak di sah kan.

Sementara itu, Pengerusi Dewan Perniagaan Dan Industri Cina Kuala Lumpur Dan Selangor, Dato Tier Leong Yap berkata, perbuatan itu tidak bertamadun keganasan telah memberi kesan negatif kepada industri pelancongan. 

Beliau berkata pusat membeli-belah adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling penting, yang kini telah terjejas oleh huru-hara itu. Dato Ter berkata dewan itu menyokong polis dan agensi berkaitan langkah untuk mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

4 Blogger Pembangkang Fitnah SPAD Gari Pemandu Teksi



Beberapa blogger pembangkang dikesan cuba untuk memfitnah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung dakwaan kononnya pemandu teksi ditahan dan digari dalam satu operasi di Sungai Petani, baru-baru ini. Antaranya adalah blogger Omak Kau!!!, baca di sini dan pemilik Facebook Page Buletin Pakatan Rakyat, baca di sini.

Dakwaan berkenaan telah dinafikan oleh Ketua Penguatkuasa SPAD Wilayah Utara, Mejar (B) Ahmad Zaidi Shuib, di sini. Menurut Mejar (B) Ahmad Zaidi, mereka yang digari bukan pemandu teksi tetapi ulat tiket yang ditahan dalam satu operasi di Terminal Larkin, Johor. Menurutnya, beberapa ulat tiket itu terpaksa digari kerana dipercayai cuba bertindak ganas dan mencederakan pegawai penguatkuasa SPAD yang bertugas.

Sehubungan dengan itu, tindakan netizen mempertikaikan kuasa pihak SPAD untuk mengari juga adalah tidak berasas. Dalam proses melaksanakan Seksyen 205 (2), Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) tindakan menggari adalah diperlukan untuk membawa orang yang ditangkap tanpa waran ke balai polis berdekatan untuk tindakan undang-undang.

Tindakan sama juga boleh dibuat mengikut Seksyen 217 (1), APAD kepada mereka yang cuba bersubahat dalam perlakuan sesuatu kesalahan. Ia diperkuatkan lagi dengan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) iaitu jika orang yang hendak ditangkap itu melawan dengan kekerasan atau cuba lari daripada tangkapan, ia boleh digari.

1 Bulan Ramadhan Pun Masih Ada Orang Buat Fitnah Lucah Ke Atas Dr Mashitah

Waima di dalam bulan Ramadhan sekalipun masih ada segelintir manusia yang tidak segan silu menaburkan fitnah. Apatah lagi fitnah yang dilakukan melibatkan tokoh agamawan dan pendakwah bebas Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Beliau difitnah kononnya memberikan hukum hakam melalui applikasi whatsapp yang berbaur lucah yang meloyakan.

Datuk Dr Mashitah telahpun membuat laporan polis mengenai fitnah tersebut. 10 Ramadhan terakhir orang Islam sibuk mengejar Lailatul Qadar, sebaliknya manusia sebegini sibuk membuat fitnah. Dunia. Dunia.

July 14, 2015

0 Akaun Twitter DS @liowtionglai Dipalsukan Untuk Mengeruhkan Lagi Isu #LowYat


Terdapat pihak-pihak terterntu yang telah memalsukan akaun laman sosial Twitter Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai dengan bertujuan jahat. Akaun dengan menggunakan 'tweethandle' @MCApresident itu telah membuat posting yang negatif dan berbau perkauman berkenaan isu yang tengah panas sekarang iaitu isu Low Yat. Bahasa akaun palsu yang digunakan juga adalah kasar dan menggunakan bahasa pasar.

Untuk rekod, DS Liow Tiong Lai hanya mempunyai hanya satu akaun Twitter dengan menggunakan 'tweethandle' @liowtionglai. Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengangkutan, Lim Chau Leng, telah mengeluarkan Kenyataan Media kepada wartawan-wartawan semalam. Laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibuat hari ini. 

Posting Twitter akaun palsu berkenaan telah dimuatnaik sebagai berita oleh Astro Awani. Walau bagaimanapun, berita itu telah ditarik balik apabila mendapat penjelasan daripada Setiuasaha Akhbar Menteri berkenaan. Akaun palsu berkenaan telahpun wujud sebelum ini. Laporan kepada pihak pengendali laman sosial Twitter telahpun dibuat sebelum ini dan akaun berkenaan wujud dan aktif kembali semenjak isu Low Yat berlaku.


10 Pendirian Mat Sabu Mengenai Parti Islam Baru Pun Macam Lalang


Cakap-cakap ahli politik jangan dipakai langsung. Ucapan mereka memang sedap didengar tetapi untuk mempercayainya sesekali jangan. Begitulah al kisahnya dengan mantan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu 122. Semasa beliau masih memegang jatan Timbalan Presiden PAS, beliau telah mengingatkan ahli-ahli PAS agar tidak menubuhkan parti Islam yang lain. 

Ucapan beliau itu dinyatakan selepas ura-ura penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh ahli PAS disebut-sebut bakal menjadi parti politik dan desas-desus itu telahpun dinafikan oleh kepimpinan NGO itu. Baca sumbernya, di sini.

Hari ini, selepas Mat Sabu tewas di dalam perebutan Timbalan Presiden di dalam muktamar PAS yang lepas, nasihat beliau yang dulu hilang entah ke mana. Semalam, Mat Sabu bersama kumpulan progresif yang tersingkir dalam PAS akan mengumumkan secara rasmi tapak aktiviti mereka yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB) pada satu sidang media, sebagai pra kepada penubuhan parti politik baharu di Malaysia.

Ia akan diumumkan pengerusinya iaitu Mat Sabu sendiri, selepas pembentukannya pertama kali diumumkan pada pertemuan di Muar, Johor, 16 Jun lalu, mengambil nama G18 sempena 18 pemimpin yang tersingkir pada pemilihan parti awal Jun lalu.

Inilah dikatakan cakap tak serupa bikin. Cuba lihat barisan kepimpinan Gerakan Harapan Baru seperti di bawah. Tuan-tuan percayakah dengan mereka ini?

July 13, 2015

0 SPAD Tidak Akan Perjudikan Keselamatan Pengguna Tren ETS


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang jika Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) memulakan operasi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari bandaraya ini ke Padang Besar, Perlis pada 1 Julai, sebelum mendapat kelulusan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pengendali perkhidmatan berkenaan sedia maklum bahawa syarat utama adalah memenuhi aspek keselamatan dan piawaian yang ditetapkan SPAD. TS Syed Hamid berkata, sekiranya KTMB tetap ingin beroperasi pada 1 Julai ini seperti mana diumumkan, maka SPAD terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Setakat posting ini ditulis, 10 ETS 'trainsets' yang dibeli dari China yang dibuat oleh CSR Zhuzhou Electric Locomotive Ltd, masih belum mendapat kelulusan pihak SPAD untuk beroperasi.

Terdapat suara-suara sumbang kedengaran bahawa SPAD sengaja melengah-lengahkan operasi perkhidmatan ETS. Proses kelulusan operasi perkhidmatan ETS juga mengambil kira pelbagai aspek antaranya, keadaan landasan, tren dan keselamatan orang awam. ETS yang menghubungkan bandaraya ini ke Padang Besar, Perlis hanya akan beroperasi menjelang Aidilfitri jika memenuhi aspek keselamatan dan piawaian yang ditetapkan oleh SPAD.

Masalahnya mungkin timbul berikutan KTM inginkan keretapi berkenaan diluluskan secepat mungkin untuk kegunaan orang ramai dan juga mungkin untuk mencapai KPI Presiden KTMB yang baru, Sarbini Tijan. Namun, telah menjadi amalan biasa untuk KTM atau MOT mengumumkan tarikh memulakan perkhidmatan adalah apabila sudah mendapat kelulusan dari pihak SPAD. Masalah timbul apabila kedua-dua pihak berkenaan mengumumkan tarikh berkenaan sebelum mendapat apa-apa kelulusan dari pihak SPAD dan sebelum melaksanakan 'endurance test'. 

Dibawah undang-undang antarabangsa, trainset perlu lulus tanpa masalah semasa 'test run' sejauh 10,000 kilometer. Jika ianya gagal, maka protokol keselamatan antarabangsa untuk kereta api tersebut gagal dipatuhi. Sudah tentu SPAD tidak membenarkan ianya beroperasi. Keselamatan dan keselesaan penumpang senantiasa menjadi perkara utama dalam pertimbangan SPAD untuk meluluskan apa sekalipun, termasuklah ETS baru tersebut.

Untuk laporan terperinci, sila baca The Star, di sini.
The Land Public Transport Commission (SPAD) will not compromise when it comes to assessing the reliability, safety and comfort of the 10 ETS trainsets bought from China. It is compelled to adopt this stance given that these trains, made by CSR Zhuzhou Electric Locomotive Ltd for intercity passenger services, can easily hit 145kph on a track designed for 160kph, making them the fastest trains in the country.
Its caution is not unwarranted as the first Chinese unit, codenamed ETS201, actually failed the compulsory “fault-free running” test practically eight days in a row when it was first tested in June, according to SPAD. Under protocol that is followed internationally, the trainset has to clock 10,000km without failing any criteria related to safety and even comfort.
The major components tested included the propulsion system, the brakes, air-conditioning, door operations, auxiliary power supply, automatic train protection system, suspension, train control and management system, couplers, and even the wipers. A component either passes or fails, with no intermediate categorisation. Whenever a failure is recorded, the odometer is reset, and the test begins all over again until the train covers 10,000km flawlessly.
According to head of SPAD’s rail division Yuslizar Daud, ETS201 failed many times when it was tested from June 11 to 18 although he did not specify the actual faults. On July 1, ETS201 managed to cover 6,600km without fault, and this trainset was subsequently displayed to the media on Thursday during the Transport Minister’s visit to the CRRC Rolling Stock Centre Malaysia here. The second trainset, called ETS202, is being tested near Ipoh, while the remaining eight trainsets are still being assembled.
The power supply system has to be tip-top as the train will pass through the longest rail tunnel in Malaysia – the 3.2km-long Berapit tunnel near Kuala Kangsar, Perak. Any train fault in the middle of the tunnel could mean passengers have to walk nearly 1.5km to either end to be evacuated, a doubly unpleasant proposition if it happens at night. “As for the wiper, if it fails during a rainstorm, the driver would not be able to see the track signals, thus compromising safety,” said Yuslizar.
According to SPAD’s chief development officer Dr Prodyut Dutt, the commission would not compromise when it came to safety, even when it recognised many were impatient to ride the ETS after the double track from Padang Besar (Perlis) to Gemas (Negri Sembilan) was ready. Last Thursday, KTMB introduced an Ipoh-Padang Besar service using older electric trains.
On Saturday, it rolled out a once-daily direct service from Kuala Lumpur to Padang Besar with stops at Tanjung Malim, Tapah, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar and Arau. The full journey takes five-and-a-half hours and costs RM80 one-way for an adult. Today, KTM will also restore partial service to the east coast by introducing Tren Rakyat Timur, which departs Johor Baru at 8pm daily for Gua Musang.

1 Perdana Menteri @NajibRazak Sifatkan Pembelian EHP Satu Padanan Strategik Untuk FGV

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak berkata, pengambilalihan kepen­tingan dalam ladang kelapa sawit dan tebu milik PT Eagle High Plantations (EHP) di Indonesia berpotensi memberikan keuntungan kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) untuk jangka masa panjang. 

Beliau berkata FGV perlu memiliki ladang yang luas bagi mengukuhkan perniagaannya namun berdepan kekangan untuk membukanya di negara ini ekoran jumlah tanah yang terhad. Menurutnya, hanya Indonesia sebagai negara terdekat menawarkan ladang yang luas manakala negara-negara lain tidak sesuai dari segi lokasi dan iklim.

Cadangan pembelian simpanan tanah EHP yang juga gabungan simpanan tanah terbesar daripada vendor tunggal, adalah satu padanan strategik untuk FGV. Pegangan 37 peratus menerusi pembelian itu turut menjadikan FGV pemegang saham terbesar dalam EHP, sekaligus memberikannya kawalan polisi dan wakil dalam Lembaga Pengarah EHP.

Pada 12 Jun lalu, FGV menandatangani Perjanjian Dasar Induk dengan Rajawali Group untuk mengambil alih 37 peratus kepen­tingan dalam EHP pada harga AS$680 juta (RM2.57 bilion) secara tunai dan pertukaran saham. EHP memiliki ladang sawit seluas 425,000 hektar dengan 67% di Kalimantan dan selebihnya di Papua New Guinea (9%), Sulawesi (19%) serta Sumatera (5%).

Elemen penelitian utama dalam pemilihan FGV adalah berdasarkan nilai ekonomi tanah itu. Ladang-ladang di Indonesia mempunyai hasil lebih tinggi berbanding ladang di Malaysia kerana kitaran tanah sana (Indonesia) bagi penanaman semula adalah kurang berbanding di Malaysia. Pembelian ini adalah urus niaga komersial semata-mata yang bertujuan menghasilkan gergasi sawit ASEAN, pengubah permainan global dengan manfaat jelas bagi kedua-dua negara serta syarikat.

Ini turut melancarkan lagi perjalanan FGV bagi mencapai matlamatnya yang digariskan dalam pelan transformasi lima tahun yang dipacu tiga teras iaitu peningkatan hasil, pengoptimuman kos dan kecemerlangan operasi.

28 Demi Takut Kehilangan Undi Cina Di Bukit Bintang, DAP, PKR & GHB Sanggup Mencemar Duli Ke #Lowyatt




Begitu pantas sekali respon daripada DAP, PKR dan parti baru pecahan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB) bertindak apabila penyokong-penyokong setia mereka, cina-cina DAP diapa-apakan. Tidak sampai 24 jam peniaga-peniaga Cina DAP 'diserang' oleh peserta-peserta bantahan, hari ini mereka sudah terpacak di hadapan Plaza Low Yatt untuk mempertahankan pengundi-pengundi setia mereka.

Alangkah indahnya sekiranya tindakan yang sama mereka ambil terhadap penduduk-penduduk Melayu di Datum Jelatek yang dianayai atau penduduk-penduduk India di Kampung Buah Pala ketika kampung mereka dirobohkan. CTS malas nak sentuh mengenai Ahli-Ahli Parlimen yang lain. Cumanya CTS kagum dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Sehinggakan ke Low Yatt pun beliau jaga!

32 Isu #LowYatt, Seperti Biasa Pemimpin Oppo Akan Salahkan UMNO




Kucing mati tengah jalan, salah UMNO. Pemimpin pembangkang tidak datang bulan, salah UMNO. Muka pemimpin-pemimpin pembangkang yang buruk seperti Zuraidah Kamaruddin dan Latheefa Koya juga salah UMNO. Jadi tidak hairanlah apabila isu pergaduhan di Low Yatt sejak semalam juga salah UMNO. Beberapa pemimpin pembangkang seperti Latheefa Koya, Elizabeth 'bogel' Wong dan Nga Kor Ming secara terbuka meletakkan kesalahan pergaduhan di Low Yatt adalah angkara UMNO. Insiden yang melibatkan seorang pembeli telefon pintar dan seorang penjual yang bekerja di Low Yatt, disensasikan oleh pemimpin pembangkang dengan menyalahkan UMNO. 

Nga Kor Ming menuduh penyerang kedai telekomunikasi itu orang UMNO. Betulkah? Mana beliau tahu penyerang itu bukan penyokong PAS, PKR atau DAP. Sekarang ramai Melayu sudah masuk DAP kan? Elizaberth Wong pula cuba menjadi heroin draa ini dengan meletakkan status di posting Twitter beliau untuk turun memberi sokongan kepada peniaga-peniaga Low Yatt sambil menyifatkan penyerang Low Yatt sebagai upahan UMNO. Latheefa Koya paling meroyan lebih. Beliau sifatkan insiden di Low Yatt adalah cubaan UMNO untuk menutup krisis 1MDB! Agak-agaklah wei!

1 Bukit Bintang Semakin Panas, FRU Mengambil Alih

Diberitakan sekurang-kurangnya empat dilaporkan cedera termasuk petugas media dari China Press dan Sin Chew Daily dalam rusuhan membabitkan lebih 100 individu di depan Plaza Low Yat, sejak tengah malam tadi. Insiden tercetus‎ apabila orang ramai yang membuat bantahan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pasukan polis. Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal keadaan itu dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang tiba jam 1 pagi dan susulan itu beberapa individu ditahan dan dibawa menaiki kereta peronda (MPV).

July 12, 2015

14 Terkini Di Low Yatt - Melayu Bangkit Membantah Cina DAP Memukul Pembeli Melayu Semalam

Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah memenuhi plaza Low Yatt untuk membuat bantahan sejak 6.30 petang tadi berikutan kes pergaduhan yang membabitkan pembeli dan penjual di salah sebuah kedai komunikasi di plaza berkenaan.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates