May 9, 2015

45 @drmazacom Mahu Ahli Lembaga Pengarah #TabungHaji Dibawa Ke Mahkamah? Kenapa Tidak Buat Laporan Polis?


Isu pembelian Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji Properties boleh dikatakan selesai. Dalam sidang media di Tabung Haji (TH) pagi ini, TH akan membatalkan projek hartanah dan menjual hartanah berkenaan kepada pihak yang ketiga, dengan tiada kerugian langsung kepada TH. Ada 3 pihak yang berminat hendak membeli hartanah berkenaan. Keputusan ini diambil berdasarkan setelah mengambil kira sensitiviti umat islam, YAB Perdana Menteri menasihatkan TH untuk menjual semula tanah berkenaan.

Rumah siap pahat masih berbunyi. Isu tiga orang kanan TH mempunyai kaitan dengan 1MDB pula yang dipertikaikan. Masyarakat nampaknya 'phobia' mendengar nama 1MDB. Segala yang berkaitan dengan 1MDB adalah merupakan najis mughalazoh. Haram dipegang dan kena samak. Lembaga Tabung Haji (TH) sememangnya terkenal kerana mempunyai urus tadbir korporat yang tinggi. Segala proses keputusan pelaburan akan melalui pelbagai peringkat yang turut mengambil kira isu percangahan kepentingan (conflict of interest).

Berbalik kepada tiga orang kanan TH berkenaan, mari kita lihat satu persatu. Tan Sri Ismee telah mengistiharkan kedudukan beliau sebagai Pengarah 1MDB untuk mengelakkan percanggahan kepentingan. Beliau malah tidak mengambil bahagian di dalam mana-mana proses penilaian dalaman dan telah menarik diri daripada terlibat di dalam semua proses membuat keputusan dalam mesyuarat panel pelaburan dan juga dalam mesyuarat lembaga pengarah.

Kedua, Datuk Johan Abdullah pula menjadi Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat 1MDB iaitu Endra Global Energy. Kedudukan beliau di dalam syarikat tidak ada hubungan dalam membuat keputusan di dalam 1MDB mahupun TRX Real Estate.

Ketiga, Tan Sri Samad yang merupakan Ahli Lembaga Pelaburan yang baharu sahaja dilantik menjadi Penasihat Khas kepada 1MDB. Beliau bukan Ahli Lembaga Pengarah yang boleh membuat sebarang keputusan di dalam syarikat berkenaan.

Masalah dengan masyarakat Malaysia termasuk Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis adalah suka menjatuhkan hukuman sendiri. Negara kita ada undang-undang. Kalau mana-mana pihak merasakan berlakunya salah guna kuasa atau penyelewengan berlaku di dalam Tabung Haji, laporan polis dan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus dibuat dengan segera. Adakah Datuk Dr Mohd Asri sudah membuat laporan berkenaan? Tidak? Kalau tidak kenapa sewenang-wenang nya menyebarkan fitnah? Bukankah Tuan seoarang Mufti Negeri?

99 Gambar-Gambar Tun Razak Exchange (TRX) Dulu Dan Sekarang - Kenapa Harga Hartanah Berkenaan Meningkat

Persoalan mengenai kenapa tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli 1MDB lebih murah berbanding dengan yang dijual kepada Tabung Haji dapat dijawab melalui gambar-gambar di bawah. Sekiranya berlaku penyelengaraan dan pembangunan ke atas tanah berkenaan, pastinya harga tanah akan meningkat. Lagipun tanah yang dibeli 4 tahun yang lepas, harganya hari ini pasti tidak akan sama hari ini bukan? Jangan jadi bodoh!

Ini gambar-gambar TRX semsa dibeli TRX:






Ini pula gambar-gambar TRX selepas dibeli Tabung Haji:





May 8, 2015

28 Kenapa Pemuda UMNO Mencipta Panik Kepada Pencarum #TabungHaji? @Khairykj @azeezputera @NajibRazak



Ini Kenyataan Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) yang dikeluarkan oleh Saudara Jamawi Jaafar, Ketua Penerangan PPUM berkaitan isu penjualan hartanah TRX kepada Tabung Haji. Kenyataan yang sama turut dikeluarkan oleh Ketua UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin dan beberapa EXCO lain. Soalan CTS:

1. Kenapa Pemuda UMNO tidak membuat temujanji untuk bertemu dengan pihak atasan 1MDB dan pihak Tabung Haji untuk bertanyakan sendiri soalan-soalan yang dikemukakan seperti di atas? Kenapa perlu mengeluarkan pertanyaan dan penjelasan di media sosial? Besar sangatkan Pemuda UMNO sehingga tidak dapat turun padang berjumpa dengan pihak yang berkaitan?

2. Apakah motif Pemuda UMNO untuk mencipta kepanikan kepada pelabur-pelabur Tabung Haji ke atas isu-isu yang tidak ketentuan kebenaran faktanya dan pihak Tabung Haji sendiri sudah mengeluarkan Kenyataan Medianya?

3. Daripada gaya bahasa Kenyataan Media Pemuda UMNO seolah-olah sudah menjatuhkan hukum. Adilkah mereka bertindak sedemikian? Ambil contoh ayat ini, "Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan Rakyat tidak boleh diterima." Siapa yang rugi? 1MDB atau Tabung Haji. Setahu CTS, ini adalah satu transaksi komersial menang-menang. Mana Pemuda UMNO dapat fakta kata rugi?

4. Bukankah tugas jentera penerangan parti mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit terlebih dahulu dan menjadi tugas-tugas penerangan untuk menjelaskan kepada ahli UMNO akar umbi dan Rakyat jelata. Apakah Biro Penerangan PPUM sudah bertukar menjadi Biro Pertanyaan PPUM? Atau sekarang PPUM utamakan 'Tumbang Najib Dulu'? Apa-apapun kita berzumba dulu!

30 Isu 1MDB - #TabungHaji - Apabila Ustaz Berminat Mengulas Isu Ekonomi, Inilah Jadinya


Apabila golongan mengelarkan diri mereka Ustaz mengeluarkan pendapat dan hukum sesuka hati., inilah jadinya. Ini belum lagi ditokok tambah oleh seorang Mufti dari Utara Semenanjung. Untuk menjawab persoalan yang Ustaz ini bangkitkan, saya akan cuba menggunakan bahasa yang mudah dan bukan bahasa ekonomi, kerana saya rasa Ustaz berkenaan bukan dari jurusan ekonomi mahupun perakaunan.

Pertama, kita andaikan Ustaz berkenaan mengambil fakta-fakta beliau daripada dokumen yang dikatakan 'leaked' daripada Tabung Haji (TH) sendiri. Katakan dokumen itu asli dan bukan dibuat untuk memfitnah. Berikut adalah intipati atau 'summary' pembelian Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji Property (THP):

1. THP membeli tanah daripada 2 plot tanah 1MDB yang ada dekat KL (Tun Razak Exchange) 
a) Plot B.10.15 RT - RM 194 million.
b) Plot C7.7-CT - RM 578 million.

2. Plot pertama tu THP jadi beli. Plot kedua tu tak jadi menurut Timbalan Pengarah Urusan TH di dalam laporan polisnya semalam. Jadi kita fokus plot pertama bernilai RM194 million tu sahaja.

3. Syarat dalam Sale & Purchase Agreement (SPA): 
a) 1MDB minta bayaran penuh 100% semasa menandatangani SPA. CTS akui ini pelik sebab biasa penjual akan minta deposit sekitar 10% - 90%.
b) 1MDB bagi collateral 1 bidang tanah bernilai 1.7 kali ganda daripada tanah yang nak dibeli TH. Jadi inilah dia sekuriti bagi TH, sebab TH bayar dulu 100% tanah sebelum selesai tukar nama. Di sini pun nampak, walaupun urusniaga dibuat antara Syarikat Milik Kerajaan (GLC), ianya tetap ikut prosedur.
c) Ada 'put option' untuk TH jual semula tanah yang nak dibeli itu semula kepada 1MDB sekiranya tiada pembangunan dibuat di tanah tersebut mengikut perancangan.

4. Tanah dibeli pada harga yang kompetitif RM2,860 per sq ft. Kadar pembelian terakhir di kawasan tersebut (jualan tanah Kedutaan Jerman pun dalam 3,000++ per sq ft). Jadi harga adalah kompetitif dan rendah lagi dari 'Current Market Price'.

5. Kos Pembangunan (Development cost) untuk pembinaan pangsapuri  mewah itu ialah RM462 million.

6. Anggaran jualan nanti ialah RM827 million. Keuntungan diperolehi adalah RM172 juta atau 26.2% selama 3 hingga 4 tahun tempoh pembinaan.

THP rugikah dalam urusniaga ini? Menjawab persoalan Ustaz, 'Menyelamat' atau 'Bail out' bermaksud membayar hutang syarikat untuk menyelamatnya. Hutang 1MDB adalah RM42 billion. Berapa Tabung Haji Properties beli hartanah TRX kononnya untuk 'bail out'? Cukupkah untuk 'bail out'? Kedua, yang beli bukan Tabung Haji, sebaliknya Tabung Haji Properties (THP) yang terlibat dalam sektor hartanah. 

THP membeli dengan harga diskaun 20% daripada Current Market Price. Tiada kerugian di pihak THP. Lagipun tanah tersebut berada di kawasan yang dinamakan 'segitiga emas' yang harganya akan meningkat berbillion ringgit selepas dimajukan. Ustaz lebih suka tanah bernilai ini jatuh kepada syarikat bukan bumiputera atau syarikat luar negara?

Kenapa 1MDB beli tanah kerajaan murah kemudian jual mahal? Ini adalah kerana 1MDB merupakan syarikat kerajaan yang bertanggungjawab merangka dan melaksanakan pembangunan TRX. Tanah-tanah milik kerajaan kawasan pembangunan dipindahkan kepada 1MDB dengan bayaran premium tertentu.

1MDB akan merancang dan merangka 'Master Plan' untuk pembangunan sebelum mencari pelabur-pelabur berminat mengikut pelan pembangunan sedia ada. Lot tanah yang akan dijual mestilah harga pasaran kerana ia bertujuan mendatangkan keuntungan kepada kerajaan.

Baca juga tulisan yang amat menarik dari sahabat saya, Lim Sian See di laman sosial Facebook berkenaan isu ini seperti berikut:
According to market sources, Indonesian commercial developer Mulia Group is in talks with 1MDB to takeover the development of 74 stories Signature Towers at TRX - the same RM500m+ deal for the second block of land that Tabung Haji rejected. http://tinyurl.com/lzk8f4o
I understand that this Mulia group deal is imminent or may already be closed since Tabung Haji rejected it. The Mulia Group is Indonesia's largest commercial property developer. http://www.mulialand.com/abtus/aboutus.html
Which means that so far, Australia's largest property company Lend Lease (which is doing a RM8billion project at TRX signed in March) and Indonesia's largest property developer has helped "bail-out" 1MDB.
Which is really strange since selling discounted RM185m of land to Malaysia's own Tabung Haji is called a "bail-out" while others buying it at similar prices is not considered bail-out.
Please do remember that TRX's original name was KLIFD - where the "I" stands for International. It has always been the GOAL and INTENTION for TRX to be international in nature and bring in foreign investors who would then bring in foreign companies to be housed there.
As for TRX land being undervalued, let's consider the following.
Purchase price= RM320million
Cost for resettlement, compensation, planning, development, rezoning and marketing, infrastructure (roads and a few underground highway access tunnels, electricity, water etc) = RM 2 billion (could be more than this and 1MDB can confirm)
Total cost of TRX land to 1MDB = RM2.32 billion.
Land size = 70 acres
Usable land = 70% or 49 acres (because need to set-aside land to build roads, open space, water and sewerage facilities, electricity substations etc)
Land allocated to public park = 20 acres
Usable land after public park = 29 acres
Therefore cost price psf of usable TRX land = RM2.32b divided by 29 acres
= RM1,837 psf
Not so cheap anymore, huh?
And plus, 1MDB has been funded RM1 million of actual real money and had to loan the rest. Heck RM1 million also no enough to pay for legal fees for some of these land deals.
Thus if govt does not allow 1MDB to make money from the land assets, then how the heck are they going to make money to pay the interest and repay the loans?
If you know the magic formula, please tell Najib.
It is truly sad that foreigners see the vast potential of TRX as planned by 1MDB and willing to put their money where their mouth is and invest big bucks at the high prices set by 1MDB while locals who are biased (and probably want 1MDB to fail) see it as bail-outs. 
Soalan CTS yang terakhir, ada sesiapa kenal Mamat di bawah ini. Cara beliau membuat ulasan di dalam Facebook sama dengan ulasan Ustaz PAS di atas.

May 7, 2015

17 KP Sri Gading @Lassim_Chino Kalau Buta Ekonomi, Jangan Ulas Isu #TabungHaji

Agak terkejut membaca komen daripada Saudara Mohd Lassim Burhan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading di dalam laman sosialnya berkaitan isu paling hangat sejak semalam iaitu pelaburan anak syarikat Tabung Haji di dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman/hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).

Untuk pengetahuan Saudara Lassim, pertamanya, sebidang tanah yang eksklusif ini sekurang-kurangnyanya dimiliki Government Link Company(GLC) tempatan dan tidak digunapakai sewenangnya oleh usahawan luar negara yang belum tentu berniat memanfaatkan penduduk tempatan. Sekurang-kurangnya skop perniagaan dijamin menurut syariah berlandaskan kehendak Islam. Bayangkan jika dibangunkan pusat hiburan taraf antarabangsa. Ini lebih fitnah dan zalim dari segi literasi dan amalan.

Kedua, tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH) sebaliknya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP), sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. 'Duit tabungan haji orang kampung' seperti kata Saudara Lassim disimpan di TH dan bukannya THP. THP adalah syarikat yang membeli dan menjual tanah, beli dan membina bangunan manakala TH menguruskan deposit bakal-bakal Haji dan menguruskan jemaah-jemaah Haji ke Tanah Suci. Ada faham?

Berkaitan tuduhan THP membuat pembelian hartanah di TRX kononnya bertujuan untuk 'bail out' 1MDB, pembelian tersebut telah pun disahkan oleh pihak pengurusan tertinggi TH sendiri dan ianya diperolehi dengan harga 20% di bawah harga pasaran. Kita boleh andaikan ia adalah penyelewengan atau bertujuan untuk 'bail out' sekiranya harga pembelian lebih dari harga pasaran atau disebut 'overprice'.

Itu belum kira lagi GDV hartanah tersebut jika dibangunkan. Pembelian semasa pun THP sudah untung, cuba bayangkan keuntungan selepas dibangunkan. Mungkin harganya mencecah billion ringgit memandangkan hartanah di lokasi amat strategik di Kuala Lumpur iaitu kawasan yang dikenali sebagai kawasan 'Segi Tiga Emas'. Diharap Saudara Lassim tidak memalukan jawatan beliau sebagai Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan komen seperti budak sekolah.

14 Pelaburan Di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange - #TabungHaji Jawab Fitnah Blogger Kucing Kurap

Kemaskini 5.00 PM:




Dato Johan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH selesai membuat laporan polis.

Posting Asal:


Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi penjelasan mengenai pelaburannya dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman/hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).

Langkah ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional. Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka akan memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu. Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut. TH akan terus meneroka peluang-peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangka kerja 'Alokasi Aset Strategik'.

Baru-baru ini MRCB membeli tanah kedutaan Jerman di Jalan Kia Peng pada harga RM3,188 per kaki persegi. Sememangnya tanah berdekatan dengan KLCC atau dikenali sebagai kawasan Segi Tiga Emas menjadi idaman bagi mana-mana pemaju hartanah. Untuk itu, Tabung Haji membeli plot tanah di kawasan TRX daripada 1MDB pada harga RM188.5 juta. Ini bersamaan dengan RM2,800 per kaki persegi. Mengikut penilaian bebas, harga pasaran tanah tersebut adalah RM330 juta. Jadi harga yang dibayar Tabung Haji boleh dianggap 'bargain'.

Sidang media Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Dato Johan Abdullah berhubung kekeliruan yang ditimbulkan telah diadakan petang tadi. Satu laporan polis akan dibuat selepas itu di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi.


Kelihatan Datuk Johan bergerak ke Balai Polis Dang Wangi dari bangunan TH Jalan Tun Razak.


Fitnah mengenai pelaburan Di Pusat Kewanagan TRE telah dimainkan oleh beberapa blog dan Fanpage sejak semalam. Pengerusi TH, Datuk Azeez Abdul Azeez Abdul Rahim telahpun menjawab persoalan berkenaan sejak semalam.



Fitnah berkenaan bermula daripada blog The Benchmark, baca di sini dan disambut serta dipanjangkan fitnah oleh beberapa blog seperti Din Turtle, baca di sini dan Fanpage, Kelab Che Det.



6 Samseng PKR Mula Mencederakan Petugas BN Dan Wartawan #PRKPermatangPauh


Samseng PKR mula bertindak ganas dengan membaling batu bata, kayu, botol dan besi ke arah jentera BN dalam pergaduhan di hadapan SK Tanah Liat. Beberapa petugas Barisan Nasional (BN) telah mengalami kecederaan dilempar batu dan ditumbuk. Seorang wartawan turut cedera di kepala akibat terkena batu yang dibaling oleh peraih undi PKR ketika kekecohan berlaku di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, Bukit Mertajam sebentar tadi. Kenapa keganasan sebegini tidak berlaku di PRK Rompin tempoh hari ya?



Kemaskini 1.15 PM:

Seorang rakan CTS, Mahadir aka Black turut tercedera dibaling batu oleh samseng PKR dan menerima beberapa jahitan.




Anggota polis juga tidak terlepas terkena balingan batu oleh penyokong PKR.


6 Hari Mengundi #PRKPermatangPauh - Van BN Dibakar Dan Kereta Puteri Dipecahkan

Terkini. PKR mula menganas di Hari Mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Cubaan membakar dua Van Skuad Sayang Wilayah Persekutuan subuh tadi sekitar jam 4.30 pagi. Kejadian berlaku di rumah petugas Wilayah Persekutuan di Titi 2, Kampung Kepala Bukit, Bukit Indera Muda. Dalam pada itu juga, cermin kereta jentera Puteri UMNO juga turut dipecahkan pagi ni di PDM Sungai Semambu. Laporan polis akan dibuat pagi ini di Balai Polis Perda.

May 6, 2015

18 Menjelang 12 Jam Masa Mengundi #PRKPermatangPauh Nurul Nuha Panggil Pengikut PAS Bodoh!


Tidak cukup dengan penyokong-penyokong PAS diserang oleh samseng-samseng PKR petang tadi, malam ini pula salah seorang anak Anwar Ibrahim, Nurul Nuha mengelarkan mereka dengan panggilan bodoh. Kata Nurul Nuha, PAS tidak akan sekuat hari ini tanpa sokongan Papanya. Beliau berharap penyokong-penyokong PAS akan mengundi ibunya Wan Azizah, untuk kebebasan Papanya.

Sementara itu tontonlah video di bawah bagaimana samseng PKR menyerang himpunan penyokong PAS di Permatang Pauh yang menyatakan pendirian mereka menyokong hudud dan mempertahankan Presiden DS Haji Hadi Awang. Inilah cara bagaimana pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PKR melayan sekutu mereka PAS di dalam pakatan pembangkang.

0 MCA Teruskan Kempen Untuk Mendapatkan Kepercayaan Masyarakat Cina Di #PRKPermatangPauh


Berbekalkan keyakinan MCA berjaya mendapatkan kembali kepercayaan Masyarakat Cina di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin semalam, MCA tanpa penat dan lelah meneruskan kempen mendekati masyarakat Cina Permatang Pauh agar memberi kepercayaan kembali kepada Barisan Nasional untuk berkhidmat kepada mereka.

Untuk rekod, keputusan PRK Rompin semalam, Ada 3 PDM yang mempunyai pengundi Cina yang ramai. iaitu Bandar Rompin, Kuala Rompin dan Tanjung Gemuk. Kuala Rompin bertambah majoriti, dari PRU13 30 undi, PRK kali ini 156 undi. Manakala Bandar Rompin kalah PRU 13 dengan majoriti 131 undi, PRK menang majoriti 36 undi. Di Tanjung Gemuk pula, PRU BN menang majoriti 166, PRK kita tambah majoriti jadi 254 undi.

Hari ini, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong meninjau projek menaik taraf pintu gerbang Kampung Sungai Lembu bersama JKKK kampung berkenaan. Datuk Wee ditemani oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Wong Nai Chee. Kedua-dua mereka menghabiskan masa bersama pemimpin masyarakat sambil mendengar keluhan dan permasalahan yang mereka hadapi.



6 Perlantikan Haji Sarbini Tijan Sebagai Presiden KTMB Yang Baru - Tahniah DS @NajibRazak Kerana Prihatin Suara Rakyat



Tahniah Haji Sarbini Tijan, Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang baru yang mengambilalih jawatan berkenaan daripada Datuk Elias Kadir. Terima kasih kepada Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mendengar dengup nadi Rakyat yang bertindak tidak meneruskan tempoh perkhidmatan Mantan Presiden. Pelbagai pihak termasuk individu dan kesatuan sekerja menggesa Perdana Menteri menggugurkan Mantan Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir  sebelum ini ekoran kerugian dan dakwaan kelemahan urus tadbir.

Antara bukti kegagalan Datuk Elias Kadir adalah campurtangan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, Datuk Ir Nawawi Ahmad dalam urusan pengurusan yang berada di bawah tanggungjawab beliau, kegagalan 'business plan' 2014 yang kini telah pun dimansuhkan, kehilangan ramai pakar yang meletakkan jawatan dan tiada arah tuju syarikat 'Goverment Link Company (GLC)' itu yang jelas. Banyak tindakan Datuk Elias Kadir seolah-olah memberi ruang kepada pihak luar untuk mengambil alih GLC berkenaan. Untuk rekod, kemasukan Dato Ir Nawawi Ahmad pada 2014 barulah segala bentuk transformasi dapat diuruskan dengan lancar.

8 3 Pengundi Hantu Berbangsa Cina Dialamatkan Di Rumah Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh #PRKPermatangPauh





3 pengundi hantu (phantom voters) berbangsa Cina telah menggunakan alamat rumah Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin. KP UMNO ini telah menduduki rumah berkenaan di alamat No. 25, Taman Arowana, Permatang Tengah, Pulau Pinang sejak dulu lagi.

3 pengundi Cina masing-masing bernama Cheng Pei Cian, Cheng Wei Te dan Cheng Jia Gian pastinya tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan Ketua Pemuda UMNO ini.

Satu laporan polis akan dibuat pada pukul 4.00 petang ini dan sidang media oleh Ketua Pemuda UMNO berkenaan akan dibuat selepas itu. Yang pasti mangkuk 3 orang ini bukanlah pengundi Barisan Nasional (BN). Masalahnya hantu-hantu ini datang dari kubur PKR atau DAP?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates