April 18, 2015

26 Alhamdulillah Krisis DSP Mukhriz Mahathir dan DS @NajibRazak Selesai


UMNO Kedah hari ini mengeluarkan kenyataan menyokong penuh YAB Perdana Menteri, YAB Menteri Besar dan Yang Dihormati mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Sidang media ADUN-ADUN dan Ketua Bahagian UMNO negeri Kedah bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon. Mereka membuat keputusan bersama untuk menyokong penuh beberapa ketetapan.

Pertama, ADUN dan Ketua Bahagian BN/UMNO Kedah menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Kedua, mereka juga menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar Kedah yang telah diberi kepercayaan oleh Presiden parti dan amanah oleh rakyat.

Ketiga, mereka juga menghormati pendirian Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, malah meminta Tun Dr Mahathir memberi masa kepada PM dalam perkara yang berbangkit sebelum ini. Malah mereka menyokong saranan YAB PM, mahukan 1MDB disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan hasilnya diserahkan pada PAC.

Dalam sidang media tersebut ADUN-ADUN dan Ketua Bahagian bersetuju agar DS ukhriz TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG KENYATAAN kerana mereka memahami situasi beliau dalam perkara ini. Mereka juga bersetuju sebulat suara membatalkan mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang akan dijadualkan pada 24hb ini.

Malah Dato Paduka Ahmad Bashah selaku jurucakap, menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang pepecahan didalam kerukunan UMNO Kedah dan mereka tetap setia pada pimpinan YAB Tuan Presiden dan Pengerusi Perhubungan negeri Kedah.

Segala keputusan itu telah dicapai oleh persetujuan dan konsesus bersama, beliau selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri mewakili semua, mengeluarkan kenyataan rasmi UMNO negeri Kedah, rakan-rakan Adun dan Ketua Bahagian negeri Kedah.

Mesyuarat khas UMNO negeri sebentar tadi, diadakan di Seri Mentaloon dihadiri hampir semua ADUN dan KB, hanya 3 daripada ADUN tidak hadir tetapi menghantar wakil, sama juga dengan adanya 3 Ketua Bahagian tidak dapat hadir, namun menghantar wakil bagi membuat persetujuan bersama.

0 92% Pelaburan Pada Tahun 2020 Datang Dari Sektor Swasta - Datuk Dr Wee Ka Siong



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pelaburan swasta kini menyumbang 64% daripada jumlah pelaburan di Malaysia berbanding pelaburan awam. Kerajaan berharap untuk melihat lebih banyak pelaburan daripada sektor swasta untuk meningkatkan ekonomi negara. Sasaran Kerajaan adalah 92% pelaburan swasta pada tahun 2020. Beliau berkata untuk mencapai matlamat ini, firma-firma modal teroka lebih banyak diperlukan.

Dr Wee berkata berkata demikian pada majlis "Rise of Asean Conference" dan "8th Global Entrepreneurs Roundtable 2015". Beliau berkata pelaburan swasta telah berkembang 13.9% dari 2010 hingga 2014, berbanding dengan hanya 3.1% daripada tahun 2007 hingga 2010. Pada tahun 2012, 45% daripada sebahagian besar pelaburan swasta telah dibelanjakan untuk aktiviti pengembangan bagi syarikat, dan hanya 0.2% untuk pembiayaan awal dan 5.45% untuk memulakan peringkat syarikat-syarikat kecil.

Majlis "Rise of Asean Conference" dan "8th Global Entrepreneurs Roundtable 2015" bertujuan untuk membina rangkaian dan meneroka idea-idea dalam menangani kebangkitan ekonomi Asean, telah dihadiri oleh beratus-ratus orang termasuk para pengusaha, pakar dasar dan pelabur dari 30 buah negara. Dr Wee mengingatkan para peserta bahawa negara-negara Asean telah bersedia untuk menjadi 'hotbeds' ekonomi pada tahun-tahun akan datang.

Dr Wee berkata kawasan Asean akan menjadi destinasi pelaburan utama dari Asia dan Eropah dan potensinya adalah lebih besar daripada Kesatuan Eropah atau Amerika Utara. Beliau menambah dengan keluaran dalam negara kasar gabungan (KDNK) sebanyak AS $ 2.4tril (RM8.7tril) pada tahun 2013, ia boleh menjadi yang keempat terbesar pada tahun 2050. Katanya lagi, kestabilan politik telah menyumbang kepada pertumbuhan rantau ini dengan hampir 650 juta penduduk, tenaga buruh ketiga terbesar di dunia selepas China dan India.


10 Banduan Antara Dua Darjat


Lihatlah perbezaan darjat di Malaysia walaupun sudah bergelar banduan. Siapa sangka banduan juga mempunyai kasta dan darjat. Lihatlah gambar di atas. Seorang banduan masih bergari dan memakai pakaian penjara sewaktu beliau melawat jenazah ibunya. Banduan ini hanya dikenakan hukuman 10 bulan, CTS ulang 10 bulan berhubung demontrasi ketika krisis rampasan kuasa di Perak.

Lihatlah pula dua gambar di bawah. Banduan berkenaan masih mengekalkan beberapa gelaran Datuk dan Dato Seri. Beliau dikenakan hukuman 5 tahun penjara, CTS ulang 5 tahun penjara kerana kesalahan meliwat. Tahu apa itu meliwat tuan-tuan? Banduan Dato Seri ini diberikan pakaian yang cantik dan bersih untuk melawat majlis pengkebumian bapanya dan banduan Dato Seri ini langsung tidak digari!!!! 

Banduan Dato Seri ini juga dibenarkan untuk mberamah mesra dengan tetamu yang datang ke rumah dan boleh mengiringi sampai ke kubur! Mana lebih berat, banduan yang dikenakan 10 bulan penjara atau 5 tahun penjara? Mana lebih berat banduan yang dipenjara akibat kesalahan demontrasi atau banduan dipenjara akibat kesalahan meliwat? Di manakah keadilan?


April 17, 2015

7 Presiden MCA DS @liowtionglai Lancar Bilik Gerakan MCA Pematang Pauh




Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menyempurnakan upacara Pelancaran Bilik Gerakan MCA untuk PRK Permatang Pauh pada pagi ini. MCA telah bekerja keras di dalam Pilihanraya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi. Terdahulu, semalam Timbalan Presiden MCA, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa PRU14 MCA telah hadir ke Permatang Pauh untuk memantau persiapan MCA membantu calon Barisan Nasional (BN) di dalam menghadapi PRK Permatag Pauh. MCA telah bertekad untuk "all out" untuk memenangkan calon BN di dlam PRK tersebut.




Penglibatan aktif MCA ini membuktikan keutuhan semangat kerjasama yang padu di dalam parti-parti komponen BN. Tidak seperti apa yang berlaku di dalam parti pembangkang. Majlis pelancaran jentera PKR bagi PRK Permatang Pauh yang diadakan beberapa hari lalu sepi tanpa kelibat orang kuat PAS dalam PR iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Jauh sekali untuk melihat kelibat Presiden PAS, DS Haji Abdul Hadi Awang, yang terang-terang ditolak untuk bekerjasama bersama dengan parti DAP

Bagaimanapun dalam majlis pelancaran itu, PAS hanya diwakili Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man. Pergolakan dalaman PAS dan PKR serta DAP di Pulau Pinang semakin parah.

April 16, 2015

21 Video @cmlimguaneng Lari Enggan Menjawab Isu Ketidakhadiran Pengundian POTA Di Parlimen



Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, melarikan diri apabila ditanya wartawan akhbar berbahasa Cina kenapa beliau yang menentang 'Prevention of Terrorism Act' atau Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) tidak hadir ke Dewan Rakyat semasa proses pengundian akta berkenaan. Lim Guan Eng diberitakan berada di Australia semasa POTA dibahaskan di Parlimen, baca di sini. Untuk rekod Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berada di Australia yang turut bersama Lim Guan Eng telah hadir di seminar Hudud bersama pelajar-pelajar di sana.

Empat orang lagi Ahli Parlimen DAP juga tidak hadir semasa proses mengundi POTA. Persoalan yang timbul di sini adalah Ketua Menteri Pulau Pinang boleh mengadakan tiga atau empat kali sidang media dalam sehari tetapi kenapa beliau melarikan diri dari wartawan untuk menjawab persoalan berkenaan? Sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ponteng sidang Dewan Rakyat, beliau seharusnya bersikap 'gentleman' untuk menghadapi media dan wartawan.

Kalau CTS menjadi wartawan persoalan yang ingin ditanya adalah mana lebih penting bagi Liew Chin Tong, bahas dan mengundi POTA di Parlimen atau hadir seminar Hudud di Australia? Satu lagi, Lim Guan Eng buat apa di Australia? Beliau bukan pergi dengan rombongan Kerajaan Negeri. Malah Langsung tidak ada berita dikeluarkan oleh akhbar DAP, Roket dan Buletin Mutiara berita lawatan beliau ke Australia.

Kredit video - Rakan Facebook Azizi Safar.

0 Pemimpin MCA Giat Turun Padang Beri Penerangan Isu GST


Tidak seperti pemimpin-pemimpin DAP yang sering menyalahkan Kerajaan dan lepas tangan dari membantu peniaga-peniaga terutama dari kaum Cina mengenai isu Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST), pemimpin-pemimpin MCA pula giat turun padang untuk memberi penerangan, mendapatkan maklum balas serta menyelesaikan masalah peniaga-peniaga berkenaan. 

Semalam, Ahli Parlimen Labis yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong turun melawat kedai-kedai di Taiping untuk membuat tinjauan pelaksanaan GST dengan pegawai Jabatan Kastam Negeri Perak dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan mendengar masalah yang dihadapi oleh kedai-kedai runcit dan restoran. 

Beliau ketika ditemui berkata beliau meminta anggota Kastam serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya tidak terlalu agresif ketika turun padang, sebaliknya memberi bimbingan agar pihak peniaga lebih faham mengenai pelaksanaan GST. 

Mungkin cara ini lebih berkesan untuk tempoh masa terdekat memandangkan GST merupakan satu bentuk percukaian baru yang mengantikan sistem percukaian Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) yang sedia ada. Tempoh 'masa bertenang' perlu diberikan kepada peniaga-peniaga sebelum penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan.





22 Luahan Hati Rozita Che Wan - Begini Rupanya Rakyat Marhaen Di Malaysia


Aktres jelita dari utara, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta menyatakan sokongan terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selain menyatakan bekas Perdana Menteri itu tidak pernah berseorangan.

Dalam catatan di laman Instagram miliknya semalam, Che Ta mengakui ramai lagi pengikut dan rakyat negara ini berada di belakang Dr Mahathir selain memberi sokongan kepada perjuangannya. Katanya di laman Instagramnya semalam:
"Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang. Tapi kami ni orang marhain, siapa hendak dengar suara kami."
Orang marhaen rupanya Rozita Che Wan ni ye. Mari kita lihat bagaimana orang marhaen hidup di Malaysia:

1. Rakyat marhaen boleh memiliki beg-beg tangan mewah sampai satu stor, cuba anda bayangkan bagaimana orang-orang kaya di negara kita?


2. Rakyat Marhaen seperti Che Ta boleh melancong ke luar negara dengan mewah.




3. Rakyat marhaen boleh membelikan anak kereta Audi R8 berharga RM660,000 yang mendapat keputusan cemerlang SPM.


4. Che Ta tak suka GST 6%, tapi Che Ta suka shopping kat London dengan VAT/ GST 20%.


CTS tidak kisahlah Che Ta nak beri sokongan kepada sesiapapun baik Tun Dr Mahathir mahupun Adolf Hitler. Cumanya janganlah menjadi hipokrik dan munafik hendak mengaku Rakyat Marhaen. Mungkin Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh membuat semakan tak adakah Rakyat Marhaen seperti ini membayar cukai pendapatan sebagai seorang Rakyat Malaysia yang setia dan bertanggungjawab.

April 15, 2015

0 CEO SPAD Turun Padang Sebarkan Info 'MeterOn'


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),  Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal hari ini turun padang bersama-sama sepasukan anak buahnya untuk memberi penerangan mengenai aplikasi ‪'MeterOn'‬ kepada orang ramai terutama pengguna-pengguna teksi di sekitar KL Sentral. Orang ramai yang ditemui merasa teruja dengan pembangunan sistem berkenaan dan rata-ratanya masih belum mengetahui kepentingan penggunaan aplikasi berkenaan. 

Aplikasi 'MeterOn' yang dibangunkan oleh SPAD, adalah merupakan aplikasi untuk pengguna teksi dan ia adalah percuma. Pengguna boleh memuat turun aplikasi berkenaan melalui 'Google Play' dan juga 'iOS App Store'. Terdapat 6 ciri utama didalam aplikasi ini dimana pengguna teksi boleh mendapatkan 1. Pengesahan Pemandu . 2. Menjejaki perjalanan 3. Mendapatkan anggaran tambang. 4. Penilaian pemandu dan penggunaan meter 5. Menghantar isyarat kecemasan 6. Menghantar maklum balas/aduan.






5 FELDA Zahirkan Sokongan Padu Kepada Perdana Menteri DS @NajibRazak


Pengerusi FELDA, TS Mohd Isa Abdul Samad bersama pucuk pimpinan dari 11 wilayah tanah rancangan itu berikrar berdiri teguh di bawah pimpinan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang selama ini banyak berjasa membangunkan FELDA dan kehidupan masyarakatnya. TS Mohd Isa berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan khas dengan pimpinan peneroka di Felda Keratong 3, di Rompin, hari ini.

TS Mohd Isa berkata, jasa yang dilakukan Perdana Menteri terhadap masyarakat FELDA sejak beliau mula mengetuai Felda pada 2004 tidak akan dilupakan dan warga FELDA dengan ikhlas hati akan terus memberikan sokongan terhadap pimpinan beliau. Pada majlis tersebut TS Mohd Isa menerima memorandum tanda sokongan masyarakat FELDA terhadap pimpinan Perdana Menteri yang disampaikan wakil generasi baharu FELDA, Datuk Dr Shamsul Anwar. Sokongan itu turut disuarakankan oleh Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Gerakan Persatuan Wanita (GPW) FELDA dan Gabungan Pemikir Profesional FELDA (Gaprof).

Mohd Isa menambah, biarpun ada beberapa permasalahan yang timbul, namun FELDA melihat DS Najib Tun Razak telah berusaha menguruskannya dengan baik dengan cara tersendiri dan FELDA berpuas hati dengan penerangan isu-isu yang dibangkitkan. Beliau turut berpendapat segala teguran yang dilontarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed adalah hak peribadi.

0 3 Kenderaan Awam Disita SPAD Kerana Menggunakan Aplikasi 'EasyTaxi'


Tiga kenderaan persendirian tidak berlesen untuk mengambil penumpang di sekitar Lembah Klang melalui aplikasi 'EasyTaxi' telah disita dalam operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Da­rat (SPAD) malam tadi. Kemderaan-kenderaan berkenaan adalah sebuah Perodua Alza, sebuah Proton Gen2 dam sebuah Toyota Avanza. Selain daripada itu, operasi 'Apps Easy Taxi' itu juga turut menyita 9 buah Teksi Bajet kerana tidak menggunakan meter. Kesemua kenderaan tersebut telah dihantar ke Tapak Sitaan di Sepang.

Pengurus Besar Bahagian Penguat­kuasaan SPAD, Datuk Che Has­ni Che Ahmad berkata penggunaan aplikasi itu dikesan mula beroperasi sejak awal bulan ini serta bergiat aktif di sekitar Lembah Klang. Menurut beliau, walaupun hanya tiga kenderaan yang berjaya disita, SPAD percaya operasi yang pertama kali diadakan ini akan memberi amaran keras kepada pihak yang terbabit dan SPAD akan meneruskan operasi ini sehingga mendapat dalang yang bertanggungjawab mewujudkan aplikasi berkenaan.

Datuk Che Hasni juga berharap penumpang tidak menggunakan aplikasi tersebut kerana selain beroperasi secara haram, perkhidmatan itu juga tidak mempunyai perlindungan insurans jika berlaku kemalangan. Malah katanya, penggunaan aplikasi 'Easy Taxi' juga tidak adil dan menjejaskan periuk nasi pengusaha dan pemandu teksi yang berlesen. Che Hasni berkata bagi kenderaan yang ditahan kerana menjalankan perniagaan terbabit akan disita dan mereka yang terbabit akan dikenakan hukuman tidak melebihi RM10,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.


April 14, 2015

32 Isu Tayar Celup Diutarakan Lando - Perlukah Diharamkan?


Dua tiga orang menghantar email kepada CTS meminta komen berkaitan dengan posting yang dibuat oleh Lando di media sosial Facebooknya mengenai tayar celup. Untuk rekod, Lando merupakan seorang pelakon (jangan tanya CTS apa drama dan filem yang dilakonkan olehnya) dan juga menganggotai kumpulan motosikal besar yang dikenali sebagai "Brotherhood". 

Komen yang dibuat beliau di atas agak kasar sehingga mengelarkan Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan sebagai "Tayar Celup Anak Kaprawi". Agak kurang ajar memanggil nama bapa seseorang dengan meletakkan nama benda. Mungkin beliau marah apabila Datuk Ab Aziz di dalam sidang parlimen baru-baru ini menyatakan Kerajaan masih belum bercadang untuk mengharamkan tayar celup.

Berbalik kepada isu tayar celup dan serpihan yang beliau alami di jalanraya. Mungkin sebagai pemilik motor besar, beliau mengharapkan jalanraya mesti bersih untuk beliau dan rakan-rakan untuk menunggang? Sepertimana egonya pemilik motor besar di jalanraya seperti mana CTS alami setiap hari, begitulah egonya si Lando ini. Mereka merasakan jalanraya mak bapak mereka yang punya.

Bukankah Malaysia ada standard dan piawai tayar celup dibenarkan dan diluluskan? Yang menjadi masalah ialah pengguna yang tidak ikut standard. CTS agak tidak bersetuju jika tayar celup diharamkan terus. Alasannya adalah jika tayar celup diharamkan, Rakyat kena bersedia apabila semua pengusaha kenderaan berat dan komersial menaikkan kos pengangkutan akibat kos menggunakan tayar baru dan asal. Harga barang akan naik dan seterusnya akan meningkatkan inflasi. Sanggup ke dalam keadaan sekarang untuk sebarang kenaikan harga barangan ini?

Semua pihak mempunyai kepentingan. Lando juga sudah utarakan suara sebahagian kecil pengguna jalanraya. Dari sudut pengusaha lori pula kos menjadi keutamaan. Bila pengusaha lori tidak boleh pakai tayar celup, kos pengangkutan meningkat. Pengguna juga yang kena tanggung akibatnya. Yang penting, tayar yang digunakan perlu ikut spesifikasi dan tidak botak. 

Di sini perlunya pemantauan rapi dan tegas daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pemeriksaan berkala ke atas operasi memeriksa tayar lori lebih berfaedah dari operasi cermin gelap dan nombor plet. Selain itu pemilik konsesi lebuhraya juga perlu memainkan peranan untuk pastikan tiada serpihan tayar bersepah di jalanan.


7 Seloka KWSP

K ami kerja dari muda
W ang kami wajib disimpan
S ampai masa bila nak guna
P engluaran pulak sudah dilanjutkan
K ira-kira nak beli rumah
W ang yang ada nak jelas kereta
S iapa pulak pandai mengubah
P unah harapan nak ada harta
K alau sengkek katakan sengkek
W ang kami jangan disakau
S iapa berharta bertingkek-tingkek
P andang remeh memang tak hirau
K udrat dibanting sesenja usia
W ang simpanan sinar harapan
S aranan kami kekalkan sahaja
P ayah benar kalau dilanjutkan
K alau benar mahu membantu
W alau susah digayakan juga
S emua orang matlamatnya satu
P ersaraan nanti akan terjaga
K umpul W ang S ecara P otongan
K erana W arta S emua P eka
K eluar W ang S eusia P ersaraan
K an W ajar S ecerdik P endita
K alam W akalah S emua P ekerja

Karya - Anonymous.

9 Kenapa @ktmkomuter Buat Selenggara Di Siang Hari? Sengaja Sabotaj Kerajaan & Susahkan Rakyat? @liowtionglai @AKaprawi


Sudah hampir sebulan pengguna-pengguna KTM Komuter mengalami masalah kelewatan perkhidmatan tren akibat daripada kerja-kerja menaiktaraf sistem persemboyanan/signalling yang dijalankan di sektor Lembah Kelang. Kita akui alasan yang diberikan oleh pihak KTMB bahawa kerja-kerja meniaktaraf ini adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di masa hadapan bagi keselesaan penumpang-penumpang.

Namun masalah menjadi kronik apabila KTMB melanjutkan kerja-kerja penyelenggaraan lagi sebulan sehingga tempoh 15 Mei 2015! Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir tidak ada akal kah untuk susahkan pengguna-pengguna KTM Komuter? Tidak bolehkan mengimbangkan di antara keperluan pengguna dan membangunan fasiliti? Bukankah ini caranya menang-menang?

Kenapa mesti kerja-kerja penyelenggaraan pemsemboyanan/signalling mesti dibuat pada masa waktu puncak (peak hours)? Bukankah pada waktu ini pengguna-pengguna mengejar waktu untuk ke pejabat dan untuk pulang ke rumah? Tidak bolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dibuat di luar waktu puncak atau pada masa waktu KTM Komuter tidak beroperasi iaitu daripada 12.00 tengah malam hingga pukul 6.00 pagi? Adakah Datuk Elias Kadir sengaja mahu menyusahkan pengguna sehinggakan mereka marah dan salahkan Kerajaan? Baca sebahagian rungutan-rungutan pengguna seperti di bawah:





 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates