February 28, 2015

57 500,000 Turun Ke Ibu Kota Untuk Demo Reformasi "Undur Najib"




Walaupun memo daripada Ahli Parlimen Pondan merangkap Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli telah dikeluarkan bertarikh 23/02/2015, supaya ahli-ahli Cabang PKR menghantar peserta-peserta demo (baca di sini), kehadiran pendemo-pendemo hari ini telah gagal. Tidak perlu kita letakkan berapa orang yang hadir. Biar gambar-gambar sahaja berbicara. Agak-agaknya mereka ini mewakili berapa peratus daripada keseluruhan Rakyat Malaysia? Ada tak sampai 0.000001%?

Berbanding demonstrasi 1998, Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3,0, demonstrasi hari ini yang bertema "Undur Najib" atau "Liwat Tetap Liwat" gagal sama sekali. Rafizi Ramli dan Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memalukan KETUM Anwar Ibrahim dengan teruk sekali. Letak jawatan sajalah anda berdua. Selama ini demontrasi hanyalah hebat jika disertai oleh ahli-ahli PAS. Tanpa ahli-ahli PAS, PKR hanyalah sampah masyarakat!

February 27, 2015

22 MB @AzminAli Sembahyang Jumaat Pun Ada Kad Jemputan? Manikavasagam Pun Dijemput? Jadi Khatib Ke?


Bodek tahap apakah ini sehinggakan apabila Dato Menteri Besar ingin bersembahyang Jumaat perlu diedarkan kad jemputan? Selama ini Menteri Besar tak pernah Semmbahyang Jumaat kah? Yang peliknya dijemput pula orang-orang bukan Islam seperti Manikavasagam dengan mengenakan beliau syarat berbaju Melayu tu kenapa? Hendak suruh beliau baca khutbah Jumaat kah? Pelik-pelik kejadian di negeriku sekarang.

Apapun Mantan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim juga yang bertuah. Beliau dapat  makan malam bersama DYMM Tuanku Sultan Selangor semalam di Hotel The Strand, Yangon, Myanmar. Tuanku Sultan Selangor berada di sana untuk mengambil bahagian dalam "Road To Mandalay Car Endurance Rally" selama 24 hari. MB gila publisiti Azmin Ali makan asap sajalah.

14 Undangan Minum Teh Dari Dewan Rakyat Dan YDP Agong Pun Tak Tau Bezakah Nurul Izzah?



Nurul Izzah dan keluarganya sekali lagi mempergunakan dan memperolokkan Institusi Di Raja untuk kepentingan keluarganya. Beliau melancarkan propaganda di media sosial dan akhbar pro-pembangkang, Malaysiakini dengan memomokkan bahawa Anwar Ibrahim perlu hadir jemputan minum teh bersama YDP Agong, selepas pembukaan Sidang Parlimen bulan depan.

Pertamanya, cuba lihat surat jemputan di atas. Adakah seorang Ahli Parlimen tidak tahu membezakan di antara jemputan YDP Agong dengan jemputan Yang Di Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara?

Kedua, sekiranya Kementerian Dalam Negeri membenarkan seorang banduan liwat untuk minum teh bersama YDP Agong, eloklah mereka benarkan ke semua banduan di Penjara Sungai Buloh untuk keluar minum teh di Kampung Baru kalau bukanpun di KLCC.

Ketiga, lupakah beliau Anwar Ibrahim dan gangster-gangster MP PR telah memboikot majlis makan tengah hari bersama YDP Agong dalam Sidang Parlimen tahun lepas atau lebih tepat pada 11/03/2014. Kenapa hari ini sibuk untuk memohon duduk minum teh dengan Baginda?

Nurul Izzah seorang yang tidak berprinsip lansung. Adalah salah dari segi tatacara dan tatatertib pentadbiran Kerajaan demokrasi Raja Berperlembagaan untuk mengheret Institusi Di Raja ke dalam kancah politik keluarga beliau serta masalah kemaluan bapa beliau yang tidak tahu duduk diam.

February 26, 2015

18 Roh Karpal Singh Menghantui PAS Sehingga Terpaksa Sujud Dengan Warisnya Minta Perkenan Laksana Hudud


Begitu rendahnya nilai hukum Islam di mata PAS. Sehinggakan mereka sanggup 'menyembah' Gorbind Singh Deo untuk memberi penjelasan kenapa di dalam negara Islam Malaysia, mereka harus melaksanakan hukum berkenaan. Nampak gayanya 'hantu' Karpal Singh masih berkuasa untuk menghalang Hudud PAS untuk dilaksanakan. Mana maruah umat Islam kalau hendak melaksanakan hukum Islam terpaksa melutut dengan bukan Islam. 

Semuanya gara-gara takut PAS ditendang daripada PR. Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh Gobind Singh Deo yang memungkinkan beliau bersetuju untuk perbincangan lanjut seperti yang ditulis oleh Suhaizan Kayat dalam Facebook beliau? Cukupkah dengan persetujuan Gobind, atau mereka perlu mendapatkan persetujuan Joseph Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang?

2 Janda Nurul Izzah Terkhilaf Fakta Persempadanan Semula Sarawak Akibat Sibuk Demo Kes Liwat Bapanya

MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar meroyan tak sudah hari ini. Beliau mendakwa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak seperti sebuah parti komponen BN kerana berdegil untuk meneruskan pendengaran awam berhubung persempadanan semula di Sarawak. Menurutnya, SPR sepatutnya menghentikan pendengaran ke atas 64 bantahan tersebut bagi memberi laluan kepada semakan kehakiman yang difailkan ke atas proses persempadanan semula itu. Baca Malaysiakini, di sini.

Mungkin Nurul Izzah terkhilaf atau beliau terlupa membuat rujukan dengan sekutunya PKR di Sarawak. Beliau pastinya tidak mengetahui iaitu pada dua hari lepas, See Chee How, ADUN PKR Batu Lintang, merangkap Naib Pengerusi PKR Sarawak, dan juga merupakan plantiff yang memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi mengisytiharkan notis SPR bagi cadangan untuk persempadanan semula batal dan tidak sah, telah bertemu dengan Pengerusi SPR,  Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Baca The Borneo Post, di sini.

Di dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak telah mencapai satu persetujuan. See Chee How menyatakan persediaan untuk menarik balik permohonan bagi semakan kehakiman jika SPR bersetuju untuk memberikan butiran mengenai cadangan yang dicadangkan bagi kawasan persempadanan semula. Pengerusi SPR tidak ada masalah dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan memandangkan perkara yang dibangkitkan telahpun, sedang dan akan dilakukan oleh SPR.

Mengenai dakwaan SPR bertindak seperti parti komponen BN, sekali lagi beliau terkhilaf. Kalau betullah SPR bertindak sedemikian, kenapakah SPR membiarkan gabungan DAP-PKR-PAS memperolehi jumlah undi sebanyak 5,623,984 (atau 49.96%), melebihi 386,285 undi (atau 3.43%) berbanding BN (yang memperolehi 5,237,699 atau 46.53%). 

Bukankah mereka sendiri yang mendakwa gabungan mereka memperolehi undi popular? Tidak pernahkah mereka menang di dalam mana-mana Pilihanraya Kecil (PRK) sebelum ini? Apakah BN juga masih memerintah negeri seperti di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor? Jadi di mana logiknya jika SPR bertindak sebagai parti komponen BN membiarkan ini semua berlaku?


0 PM @NajibRazak Tidak Kekok Bersampan Seberangi Sungai Sarawak







Gambar-gambar 'rare' Perdana Menteri DS Najib Tun Abdul Razak bersampan menyeberangi Sungai Sarawak di Pengkalan Haji Umar dan Jeti Kampung Boyan bersama-sama pelajar-pelajar sekolah dengan menaiki perahu tambang. DS Najib Tun Razak dalam rangka lawatan 3 hari ke Sarawak.

Naluri seorang Ayah sentiasa memastikan anak-anaknya selamat. Tapi sayang apabila sudah besar melepak kat SOGO membuang masa dan mengganggu orang ramai hendak membeli belah. Mereka kata Perdana Menteri berdarah korporat dan tidak betah bersama Rakyat marhaen.

Dalam perjalanan di dalam bot tambang ini, Perdana Menteri berinteraksi bersama pelajar-pelajar sekolah tanpa pegawai mahupun sekuriti. Biar gambar-gambar berbicara betapa 'cool'nya Perdana Menteri kita.

0 Soal Jawab TV3 Bersama Dr Ashraf Wajdi & Datuk Dr Mashitah Isu IS Hebat Dan Bermanafaat


Sememangnya TV3 bijak memilih tajuk untuk dibicarakan di dalam program "Soal Jawab" semalam yang membicarakan tentang tajuk "Jerat IS (Islamic State)". Tokoh-tokoh panel yang dibawa masuk juga berpengetahuan luas dalam isu berkenaan seperti Yang Di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Senator Dr Ashraf Wajdi Dasuki dan Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr Mahitah Ibrahim.

CTS tertarik dengan soalan moderator kepada Dr Mashitah apabila beliau bertanya apakah yang menyebabkan remaja terutamaya wanita terjebak ke dalam Jerat IS dengan mengambil contoh remaja perempuan 14 tahun yang hampir terlepas ke Syiria. Dr Mashitah memberikan 3 sebab kenapa remaja-remaja mudah terjebak dalam kancah IS:

1. Aspek jiwa remaja itu sendiri yang kosong. Ramai yang pergi ke Syiria kerana melihatkan IS menawarkan satu harapan kepada mereka. Remaja-remaja ini perlukan idola dan IS telah memanipulasikan perkara ini. Jiwa remaja yang kosong mudah menjadi terikut-ikut.

2. Faktor tarikan Agama. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam jerat IS terdiri daripada remaja-remaja yang bermasalah yang perlukan bimbingan Agama. Remaja-remaja ini ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Remaja-remaja ini melihat IS sebagai jalan pintas untuk menuju ke syurga.

3. Pengaruh media sosial itu sendiri yang mana tiada remaja-remaja ini tidak diimbangi dengan input-input media sosial yang baik. Lambakan isu IS tidak dimbangi dengan dengan isu-isu positif tentang Islam. Dr Mashitah melahirkan kebimbangan dengan pengaruh media sosial yag mudah diperolehi di hujung jari. Malah beliau menambah, penyaringan maklumat yang negatif tidak sempat ditapis kerana begitu cepatnya penyebaran teknolgi maklumat berkenaan.

Kesimpulannya, Dr Mashitah berpendapat maklumat media sosial perlu disekat, disaring dan dikawal untuk memastikan penyebaran dakyah IS ini dapat dikawal. Dakyah agenda IS ini kata beliau tidak boleh dianggap mudah ataupun dipandang enteng.

February 25, 2015

25 MB @AzminAli Melawat KETUM @AnwarIbrahim? Adakah Mereka Berdua Ada Hubungan Keluarga @penjaramalaysia?


Dato Menteri Besar Selangor, YB Azmin Ali kelihatan di Penjara Sungai Buloh jam 8.50 pagi tadi. Beliau dikatakan berjumpa dengan Pengarah Penjara dan seterusnya melawat KETUM Anwar Ibrahim. Azmin Ali pada ketika ini dikatakan masih berada di penjara berkenaan? Sumber mengatakan lawatan yang dibuat oleh MB Selnagor berkenaan bukanlah lawatan rasmi sebaliknya adalah lawatan peribadi untuk melawat KETUM Anwar Ibrahim. 

Siapakah Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim? Adakah mereka mempunyai hubungan kekeluargaan? Bolehkah Anwar Ibrahim menerima pelawat sekarang? Kenapakah lawatan ini dibenarkan? Ketua Pengarah Penjara Sungai Buloh perlu mengeluarkan kenyataan sekiranya perkara ini benar. Kita tidak mahu wujudnya dwi-standard untuk layanan banduan-banduan di Penjara.

Mengikut peraturan penjara, seseorang banduan yang baru masuk penjara boleh dilawati keluarga dalam tempoh 4 minggu selepas kemasukan. Sivarasa dan keluarga Anwar ada berjumpa beliau pada 14hb. Bagaimana Azmin boleh berjumpa dengan Anwar dalam tempoh 4 minggu selepas kemasukannya?

Isu nepotisme Anwar Ibrahim dengan keluarga dan di kalangan sahabat karibnya bukan merupakan perkara baru. Nepotisme Anwar Ibrahim bertitik tolak semenjak beliau di dalam UMNO lagi. Isu nepotisme ini turut ditegur oleh beberapa pemimpin-pemimpin UMNO antaranya Ketua Wanita Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Dr Mashitah di dalam tulisannya di dalam Sinar Harian, baca di sini, menyatakan walaupun di dalam penjara, Anwar masih dirujuk untuk membuat keputusan penting.

Dr Mashitah menambah, pemimpin PKR Kedah, Ishak Man mengkritik cara Anwar membuat keputusan ala diktator memilih ahli keluarga sendiri untuk bertanding pilihan raya kecil atau memegang jawatan utama dalam parti. Ishak Man turut membidas sikap tidak adil ini kerana membelakangkan pilihan dan suara ahli parti.

Dr Mashitah juga mengingatkan kita bagaimana penyokong parti dan Pakatan Rakyat diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim sewaktu kemuncak krisis perebutan kuasa di Selangor tahun lalu di mana Anwar membuat keputusan unilateral dengan menghantar hanya nama isterinya sebagai calon Menteri Besar walaupun Sultan Selangor menitahkan tiga nama dihantar kepada Baginda untuk dipertimbangkan.

Jadi tidak hairanlah Azmin Ali, sebagai seorang pendokong terbesar nepotisme Anwar Ibrahim mendapat tempat istimewa di dalam keluarga Anwar Ibrahim sehingga Jabatan Penjara Sungai Buloh pun telah memberikan pengesahan (endorsement) yang membolehkan Azmin Ali melawat banduan liwat ini sesuka hati.

0 BERSIH Serta Perancangannya Untuk Memburukkan Reputasi SPR


Tahniah kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang tidak melayan permintaan kumpulan BERSIH untuk menemuinya semalam bagi membincangkan bagaimana keperluan perlembagaan sepatutnya dipenuhi dalam persempadanan semula Sarawak. Pengerusi SPR hanya mewakilkan kepada Pengarah SPR Sarawak untuk berbincang dengan kumpulan BERSIH.

Keputusan Pengerusi SPR adalah tepat memandangkan kumpulan pendesak pilihan raya ini dilihat tidak akan pernah berpuas hati dengan masa cadangan persempadanan semula pilihan raya oleh SPR. Sebelum ini BERSIH menggesa SPR agar mempercepatkan syor persempadanan semula. Hujung tahun lepas kumpulan pendesak ini marah apabila SPR lambat membentangkan persempadanan semula. Namun keadaan menjadi terbalik apabila BERSIH menganggap SPR tergesa-gesa membentangkan syor persempadanan semula di Sarawak yang dibuat bulan lepas.

BERSIH juga kelihatan biadap apabila menyifatkan SPR bertegas mahu melaksanakan persempadanan semula menambah bilangan kerusi pilihan raya bagi mengelakkan orang Melayu 'gugur' di bumi sendiri. Dr Wong Chin Huat, penganalisis dan anggota badan reformasi pilihan raya BERSIH dengan celupar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana BERSIH secara konsisten cuba memberi imej buruk kepada SPR.

Kenyataan Wong hanya bersifat retorik kerana tiada fakta yang dikemukakan bahkan hanya berdasarkan tafsiran dan andain sendiri. Ini amat sekali mencalar kredibiliti penyelidikan kumpulan pendesak berkenaan. Jika benar kenyataan tersebut, maka orang Melayu perlu menolak sistem demokrasi kerana sistem tersebut akan mengancam kedudukan orang Melayu dan menguntungkan bangsa asing. Jika demokrasi jujur mengancam penduduk asal sesebuah negara maka kita yakin tiada sebuah negara pun yang akan melaksanakannya.

Kita juga tidak lupa apabila BERSIH telah mengadakan taklimat kepada 20 orang diplomat asing bulan lepas dan mendakwa terdapat kepincangan dan ketidaktelusan dalam persempadanan semula yang dibuat SPR. Diplomat dari negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Rusia, Britain, Australia dan Singapura menghadiri sesi dua jam itu. Di dalam taklimat tersebut, Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, notis yang dikemukakan SPR tidak lengkap dan menyukarkan pengundi di Sarawak untuk mengemukakan bantahan.

Tindakan gabungan itu memberi penerangan kepada diplomat asing itu adalah membuang masa, tenaga dan hanya memburukkan imej negara. SPR membuat sesuatu mengikut undang-undang dan perlembagaan. Kalau ada sesuatu yang tidak boleh terima, SPR ada prosiding bagaimana bantahan boleh dilakukan, bukan melalui media dan bukan juga dengan bagi taklimat kepada orang asing macam yang dilakukan oleh BERSIH.

BERSIH adalah dalang dan pengkhianat negara. Kumpulan pendesak ini berlindung di sebalik nama NGO sedangkan umum mengetahui kumpulan pendesak ini tidak pernah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan (ROS) dan umum juga mengetahui BERSIH adalah suara pembangkang yang tidak memberikan sedikitpun nilai tambah dalam pembangunan negara.

12 Kini Giliran Nuha KETUM Anwar Pula Cuba Memperolokkan Sistem Raja Berparlimen


Ini adalah kenyataan media yang dibuat oleh salah seorang anak KETUM Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, selepas anggota keluarga Anwar muncul di Istana Negara pada kira-kira jam 3.30 petang semalam:
Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.
Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara. Hari ini merupakan minggu kedua ayah kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik Malaysia.
Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang Dipertuan Agong - berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Kami meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui institusi Raja Berperlembagaan.
NURUL NUHA ANWAR
Penyelaras
#March2Freedom
Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Nurul Nuha seperti di atas, kononnya keluarga Anwar Ibrahim sebenarnya tidak meminta pengampunan daripada YDP Agong semalam. Sebaliknya mereka memohon agar YDP Agong masuk campur untuk mengubah keputusan Mahkamah Persekutuan. Jika betullah pengampunan bukan yang mereka cari, Jemaah Pengampunan dan YDP Agong tidak perlu melihat kepada kes ini secara terperinci. Keluarga Ketum Anwar Ibrahim sekali lagi tidak serius dalam kes ini. Mereka hanya ingin mengheret YDP Agong ke dalam mainan politik mereka. Sekiranya Istana menolak permohonan ini, mereka akan memulakan langkah untuk menghina sistem beraja. 

Kita tidak pasti apakah kandungan surat kepada YDP Agong. Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan YDP Agong tidak berkuasa untuk membuka atau menyemak kes mahkamah. Cuma kuasa yang ada pada Baginda adalah untuk menangguhkan atau memberi pengampunan. Itupun Jemaah Pengampunan tetap perlu bermesyuarat dengan Peguam Negara atau wakil Peguam Negara perlu bermesyuarat di hadapan YDP Agong.

Kenyataan Nurul Nuha di atas menghina mahkamah dan tidak menunjukkansebarang penyesalan. Jika dibaca kenyataan media Nurul Nuha, Anwar Ibrahim dianggap sebagai tahanan politik dan bukan sebagai banduan liwat dan didakwa tidak bersalah walaupun selepas Mahkamah Persekutuan mendapati dia bersalah meliwat. Perlukah YDP Agong memberi pengampunan kepada spesis manusia sebegini? Bukan sahaja pengampunan tidak wajar diberi malah Nurul Nuha wajar dikenakan tindakan menghina Mahkamah di atas kenyataan ini.

Jelas sekali keluarga KETUM Anwar Ibrahim hanya cuba bermain politik dan ingin sentiasa mendapat perhatian daripada Rakyat Malaysia. Keluarga Anwar Ibrahim ingin mendapat pengampunan daripada YDP Agong tetapi pada masa yang sama mereka berlakon di hadapan seluruh Rakyat Malaysia. Satu lagi drama meloyakan daripada Anwar Ibrahim dan keluarga.

February 24, 2015

19 @AnwarIbrahim & Keluarga Lidah Bercabang - Kejap Mengaku Tidak Bersalah, Kini Merayu Pengampunan YDP Agung


Inilah contoh keluarga lidah bercabang. Contoh keluarga yang tidak berprinsip. KETUM Anwar Ibrahim ketika diwawancara Malaysiakini pada 24/02/2015, berkata walaupun mempunyai pilihan untuk memohon pengampunan Di Raja untuk mengekalkan kerusi Permatang Pauh, KETUM Anwar Ibrahim tidak akan mengambil tindakan tersebut. Ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Penatlah penyokong berhimpun di depan Sogo setiap Sabtu menjerit dan melalak. Ini ditambah ramai yang berjaga malam kerana terpaksa bermain lilin dalam upacara 'vigil' mendoakan Ketum Anwar Ibrahim dibebaskan. Tup tup Ketum Anwar Ibrahim dan keluarganya yang sering berbohong dan 'flip flop' membuat permohonan mendapatkan pengampunan Yang Di Pertuan Agung atas kesalahan Anwar Ibrahim meliwat! Hari ini portal yang sama mendedahkan keluarga Anwar Ibrahim bersama Rafizi Ramli terhegeh-hegeh ke Istana Negara untuk membuat rayuan.

Maca-macai tertipu lagi ... Ketum Anwar Ibrahim memang seorang peliwat. Kalau tidak bersalah kenapa minta pengampunan? Lawan tetap lawan! Hahahahaha.


9 Reformasi PKR Ala @RafiziRamli Alaf Baru - Siap Ada 'Reservation' Tu ... LOL!!!



Semenjak Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pondan ... err maaf Pandan, mengambilalih tampuk Setiausaha Agong PKR, PKR kelihatan lesu dan lemah. Ini ditambah dengan perlantikan seorang lagi Mat Skema, Nik Nazmi Nik Ahmad yang memegang jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), PKR menjadi parti badut yang sering menjadi mainan kami, blogger-blogger pro Kerajaan. 

Melihat kepada memo dalaman yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli mengesahkan lakonan badut di dalam PKR. Bagi sesiapa yang membesar di dalam Reformasi tahun 1998, pastinya akan menggeleng kepala melihat reformasi yang diadakan kini. Siap ada memorandum dalaman dikeluarkan, siap ada 'reservation', siap ada kuota berapa penunjuk perasaan yang hendak dihantar dan paling kelakar siap ada 'slip pengesahan kehadiran'!!!

Terbaiklah Rafizi Ramli. Anda telah memodenkan Reformasi alaf baru. Oh ya, untuk pengetahuan YB Rafizi Ramli ejaan sebenar adalah "Februari" dan bukannya "Febuari". LOL!

1 PKR Sarawak 'Flip Flop' Lagi - Akhirnya Setuju Dengan Persempadanan Semula Oleh SPR


Akhirnya ADUN PKR mengalah dan buat keputusan 'flip flop'. Untuk menutup malu dan menyembunyikan drama yang dilakonkannya sebelum ini, ADUN PKR Batu Lintang, See Chee How menyatakan persediaan untuk menarik balik permohonan bagi semakan kehakiman jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk memberikan butiran mengenai cadangan yang dicadangkan bagi kawasan persempadanan semula.

See yang juga Naib Pengerusi PKR Sarawak, dan Pauls Baya Baram sebelum ini pada 28/01/2015, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi mengisytiharkan notis SPR bagi cadangan untuk persempadanan semula batal dan tidak sah. Mahkamah Tinggi Kuching telah diberi kebenaran untuk mendengar semakan kehakiman dan menetapkan 19/03/2015, bagi kes yang berkenaan akan disebut.

See dalam perjumpaan dengan Pengerusi SPR di Dewan Masyarakat di Kuching, berkata terdapat prosedur dan prinsip bahawa SPR perlu ikuti untuk penggarisan sempadan seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen II Jadual ke-13, seperti prinsip 'satu orang, satu undi, satu nilai'. Beliau memberikan beberapa syarat untuk menarik balik permohonan semakan kehakiman. 

Antara syarat-syarat berkenaan adalah bahawa SPR mestilah menerbitkan maklumat terperinci mengenai cara-cara persempadanan itu dijalankan, wajaran yang diberikan kepada undi luar bandar, jumlah pengundi yang terjejas, mewujudkan kawasan baru dan bagaimana pengundi dipindahkan daripada satu bahagian pilihan raya yang lain.

Permintaan daripada ADUN PKR Batu Lintang ini bukanlah merupakan perkara baru. SPR sebelum ini telah, sedang dan akan melaksanakan perkara yang telah dibangkitkan oleh PKR. PKR Sarawak cuba mewujudkan drama sinetron di Sarawak dengan dengan mengadakan persepsi bahawa SPR tidak telus dan berpihak. Kalau betul See berada di pihak yang benar, beliau sepatutnya membiarkan Mahkamah Tinggi Kuching untuk mendengar semakan kehakiman yang ditetapkan pada 19/03/2015. 

Kenapa beliau menarik balik keputusan membawa kes tersebut ke mahkamah yang akan diperdengarkan dalam masa tidak sampai sebulan? Kenapa beliau perlu takut sekiranya beliau mempunyai kesemua bukti penyelewengan SPR untuk didedahkan? Ironinya, PKR dan mana-mana pihak yang mempertikaikan SPR selama ini tidak pernah memfailkan injunksi untuk menghalang SPR dari meneruskan persempadanan semula.

February 23, 2015

0 Bila Hubungan PAS-UMNO Bertambah Baik, PKR-DAP Pula Tak Senang Duduk



Biar gambar menceritakan segalanya, kerana gambar berbicara seribu kata. Pertemuan Perdana Menteri, DS Najib Razak dengan Menteri Besar Kelantan, Dato Haji Ahmad Yaakob petang tadi di Putrajaya untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan kesejahteraan rakyat Kelantan amat menyentuh perasaan. Insya-Allah, Kerajaan Persekutuan akan sentiasa meletakkan kepentingan Rakyat paling utama dalam sebarang perkara.

Kita tahu pihak yang paling sakit hati kalau UMNO dan PAS berbaik-baik walaupun tidak duduk dalam satu saf, walaupun hanya sekadar bekerjasama sebagai satu pasukan pro-kontra, adalah pastinya DAP. Sebabnya DAP yang dipimpin oleh Lim Kit Siang dari tahun 1965 dahulu dan sekarang ini diwarisi pula oleh anak lelakinya, Lim Guan Eng, memerlukan keadaan di mana PAS dan UMNO yang mempunyai jumlah pengikut tegar terbesar dari kalangan 64% komposisi penduduk negara ini, berpecah dan saling berbalah.

Perbalahan antara PAS dan UMNO akan menjadikan DAP kuat serta sangat dominan. Disebabkan itulah, DAP kelihatan bersungguh-sungguh membantu dan memujuk PAS dalam Pakatan Rakyat agar meneruskan sistem permusuhan dengan UMNO walaupun pada tahun 2002, Allahyarham Fadhil Nor, bekas Presiden PAS sudah menyatakan tentang 'kerjasama' antara UMNO-PAS menerusi kemunculan serentak di atas pentas solidariti untuk Palestin sebagai simbolik bersama-sama dengan Tun Dr. Mahathir, mantan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, Datuk Dr Mashitah Ibrahim di dalam tulisan beliau di dalam Sinar Harian, baca di sini, berkata sejak kenyataan terbuka dibuat oleh Datuk Hussamuddin Yaacub bulan lalu, yang menganjurkan Pas dan Umno bersatu demi kepentingan rakyat Kelantan dan umat Islam negara ini, beberapa pihak telah memberi respons positif, terutama tokoh-tokoh Kelantan sendiri, termasuk ahli akademik, aktivis sosial dan pemimpin masyarakat serta rakyat dan pemimpin kedua-dua parti.

Dr Mashitah menambah, Walaupun tidak ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua parti berhubung cadangan itu, umumnya hubungan antara Pas dan Umno masa kini adalah baik. Pemimpin kedua-dua parti kini berjumpa lebih kerap dan boleh duduk berbincang bersama, tidak seperti dulu. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula berkata, PAS dan Umno boleh bekerjasama secara pentadbiran antara kerajaan dengan kerajaan, justeru membuktikan perbezaan ideologi tidak menghalang kedua-dua pihak dalam urusan membantu mangsa banjir, misalnya. 

Katanya lagi, jika kedua-dua pihak ikhlas, perbezaan parti adalah perkara kecil, tegasnya. Ada pihak melihat cadangan Umno Kelantan tidak meletakkan calon untuk merebut kerusi Dun Chempaka, yang kosong ekoran kematian Nik Aziz minggu lalu, kerana tidak mahu berlaku pertelingkahan politik ketika berkempen, sebagai langkah munasabah.

Namun, Dr Mashitah turun menekankan bahawa ada juga pihak yang tidak senang dengan perkembangan ini. Mereka tidak mahu melihat Pas dan Umno menjadi rapat, apatah lagi bekerjasama baik di peringkat pentadbiran mahupun politik. Paling sakit hati ialah DAP dan PKR, sekutu Pas dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan Dr Mashitah ada kebenarannya. Hari ini, di sebalik pertemuan Dato Ahmad Yaakob dengan DS Najib Abdul Razak, turut didedahkan adalah rakaman audio suara bughah Mat Sabu yang menjadi jeneral, mengarahkan agar serangan dipertingkatkan secara agresif agar DS Hadi Awang dijatuhkan dengan seberapa segera. 

Ada sebab dan musababnya, Dato Ahmad Yaakob bertemu dengan DS Najib Abdul Razak selain daripada untuk kepentingan Rakyat Kelantan. Malah pertemuan tersebut merupakan sebenarnya melibatkan umat Melayu Islam yang diancam pengkhianatan kumpulan-kumpulan penyembah Joseph Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang terdapat dari Perlis sehinggalah ke Sabah.

7 Video ADUN DAP Balakong Main Judi Tersebar?



Beberapa hari lepas gambar ADUN DAP Balakong, Eddie Ng Tien Chee telah didedahkan di media sosial seperti gambar pertama di atas. Apabila dibuat perbandingan dengan gambar rasmi beliau yang kedua, sememangnya baju dan orangnya sama. 

Apabila ADUN Balakong ini ditanya oleh NTV7 untuk mengulas mengenai gambar beliau berjudi di khalayak ramai, beliau telah memberikan alasan ala-ala seperti Bossnya, Joseph Lim Guan Eng, "banjir berlaku di Penang disebabkan hujan!" Lihatlah alasan seorang ahli politik yang hebat yang beliau berikan seperti di bawah:
"Saya belum saya masih tengah fikirkan bila gambar tu sebab saya memang langsung tak ada ingatanlah bila gambar tu ... Jadi saya I think no commentlah. No comment. I will try to recall first. See whether err err it is me or not or when was it taken or where was it taken."

Memandangkan ADUN Balakong ini terlupa atau tak ingat atau isomnia buat sementara, maka dua video beliau berjudi di khayalak ramai pula didedahkan kepada umum. Kita tunggu pula apa alasan beliau.


0 Majlis "Kai Gung" Diharap Membuka Tahun Yang Penuh Bermakna Untuk MCA



Dengan paluan irama gendang dan simbal yang kuat dan bertenaga, kepimpinan MCA yang diketuai oleh Presiden parti DS Liow Tiong Lai telah mengadakan majlis "Kai Gung" pagi ini. "Kai Gung" yang bermaksud majlis memulakan kerja, diadakan pada hari kelima Tahun Baru Cina, yang merupakan tahun kambing mengikut kepercayaan kaum Cina. Majlis ini diadakan di Ibu Pejabat MCA yang terletak di Wisma MCA, Jalan Ampang.

Sekumpulan penari singa dan naga memberikan persembahan yang meriah dan bertenaga di pintu masuk wisma berkenaan. Seperti tradisi masyarakat Cina, Ketua Parti dan Timbalan beliau, Dr Wee Ka Siong kemudiannya turut memberikan ang pau kepada "singa" berkenaan dengan harapan tahun berkenaan membawa tuah kepada MCA.

Antara pemimpin-pemimpin MCA yang turut hadir di dalam majlis berkenaan adalah Setiausaha Agung, DS Ong Ka Chuan, Pengerusi Pemuda MCA Kebangsaan, Senator Chong Sin Woon, Pengerusi Wanita MCA kebangsaan, Datuk Heng Seai Kie dan ahli-ahli Jawatankuasa MCA Pusat.

Pelancong asing dan penyewa di Wisma MCA turut terpesona dengan persembahan penari naga dan singa berkenaan dan mereka kelihatan mengambil gambar dengan kumpulan penari berkenaan di pintu masuk Wisma MCA.

Sebagai menyambut tahun yang penuh kemakmuran, dipenuhi dengan tenaga positif, dianugerahi dengan nama baik untuk parti, diberikan kesihatan yang baik untuk pemimpin dan kakitangan untuk Tahun Baru Cina yang baru dan penuh bermakna, kumpulan penari naga dan singa berkenaan kemudiannya mengadakan persembahan di setiap tingkat bangunan berkenaan yang terdapat jabatan-jabatan di bawah MCA.

Untuk memupuk ikatan yang lebih rapat dengan kakitangan, kepimpinan parti turut meraikan kira-kira 50 kakitangan dari Ibu Pejabat MCA dan Koperasi Jayadiri (Kojadi) dalam makan tengah hari di mana majlis "yang yee sang" turut diadakan. Majlis ini diharap akan memberikan semangat baru kepada pimpinan MCA untuk terus berusaha untuk mengambil hati masyarakat Malaysia khasnya kaum Cina untuk sama-sama bersama parti Barisan Nasional memajukan negara.

14 Telesidang Media Bersama Sirul Azhar Dari Australia - Mahfuz Omar Buat Lawak Mr Bean


Wartawan sudah kena "kencing" dengan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Mahfuz Omar buat lawak Mr Bean dengan berjanji akan mendapatkan temuramah ekslusif dengan Sirul Azhar Umar, yang terlibat dalam pembunuhan model Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006. Dalam telesidang dijadual di pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini, Ketua Penerangan PAS berkenaan cuba menghubungi Sirul di Australia kira-kira 40 minit tetapi tidak berjaya.

Alasan yang diberikan panggilan masuk "voice mail". Mahfuz kata dengar tone tapi tak dapat. Mahfuz mendakwa beliau sudah SMS Sirul sebentar tadi dan Sirul kata ok. Apabila tidak dapat dihubungi, Mahfuz dakwa pihak berkuasa cuba "jem line" telefon. Tepat 12.15 tengah hari Mahfuz Omar berputus asa apabila tidak dapat menghubungi Sirul Azhar. Dengan wajah untuk menutup malu, Mahfuz berkata beliau dan ibu Sirul akan ke Sydney minggu depan. Another drama from PAS. Another Mr Bean Movies.




1 Ini DAP Service Centre Atau DAP Mahjong Centre?





Gambar-gambar di atas adalah suasana di sebuah pusat DAP Service Centre di Selangor. Padanlah pusat-pusat perjudian di Selangor semakin pesat membangun dan semakin berkembang. Bayangkan kalau pusat servis DAP sendiri seperti Mini Macau! Tidak dapat dipastikan sama ada permainan mahjong di pusat servis DAP ini hanyalah untuk mengisi masa lapang atau ada unsur-unsur perjudian diselitkan. Slogan "Bersama Eddie Majukan Balakong" adakah bermaksud Balakong maju dengan pusat mahjong? Sejak bila pula Balakong maju? Kalau ADUN DAP kencing berdiri, pastinya macainya kencing berlari, dan Rakyat yang mengundipun kencing menari bukan?

0 BERSIH & PKR Berdrama Lagi ... Tiada Injunksi Mahkamah Arah SPR Hentikan Persepadanan Semula

Kalau bukan Raja dan Ratu Drama bukanlah PKR dan BERSIH namanya. Tindakan PKR (lihat di sini) dan BERSIH (lihat di sini) meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menghentikan 'siasatan tempatan (local enquiry) adalah tidak berasas sama sekali dan bertujuan untuk melengah-lengahkan usaha SPR untuk melakukan persempadanan semula untuk DUN Sarawak.

PKR dan BERSIH bersandarkan kepada keputusan Hakim Yew Jen Yie dari Mahkamah Tinggi Kuching yang memberi kebenaran untuk permohonan ADUN PKR Batu Lintang, See Chee How pada 17 Februari, untuk mengkaji dan membuat semakan cadangan persempadanan semula dan kepatuhan SPR kepada Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

Walaubagaimanapun, pihak BERSIH dan PKR tidak berhak untuk menghalang SPR untuk mengadakan 'siasatan tempatan' (local enquiry) memandangkan kedua-dua pihak BERSIH dan PKR tidak pernah mengadakan injuksi untuk menghalang SPR untuk meneruskan urusan persempadanan semula. Pihak BERSIH dan PKR hanya memohon kepada pihak Mahkamah Tinggi untuk membuat semakan sahaja.

Mahkamah Tinggi Sarawak juga tidak pernah mengeluarkan arahan supaya SPR menghentikan urusan persempadanan semula. Untuk rekod, 'siasatan tempatan' (local enquiry) akan bermula hari ini. SPR melaksanakan urusan persempadanan semula di Sarawak mengikut lunas undang-undang dan berdasarkan perlembagaan negara dengan penuh kebertanggugjawaban. 

Kalaulah SPR tidak menjalankan amanah persempadanan semula dengan betul mengikut lunas-lunas undang-undang, kenapa tidak ada satupun bantahan daripada sekutu PKR dalam PR iaitu PAS? Pilihanraya Kecil (PRK) untuk DUN Cempaka dan Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada bila-bila masa. Oleh itu, SPR tidak ada masa untuk melayan drama yang tidak sudah-sudah daripada BERSIH dan PKR.

February 22, 2015

10 Adakah @cmlimguaneng Besar Kepala Dengan Parking Kereta Menghalang Pili Bomba?






Mungkin pemilik kereta PG1 milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, takut keretanya dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebab itulah beliau meletakkan keretanya sebelah pili bomba (fire hydrant). Gambar-gambar di atas diambil pada pukul 1.15p.m. hari ini di King Street, Georgetown. Mana pegawai penguatkuasa MPPP? Tidak mahu samankah? 

Akta Perkhidmatan Bomba (Akta 341) no. 26 menerangkan, mana-mana orang yang menutup, mengepung, atau menyembunyikan mana-mana pili bombahingga menjadikan tempatnya sukar dipastikan, atau menganggu mana-mana pili bomba, atau menggunakan pili bomba selain daripada tujuan menentang kebakaran adalah melakukan satu kesalahan.

Kereta Rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang, parking di garisan kuning dan juga tepi pili bomba. Penguatkuasa tak berani saman, tapi ke tempat lain saman pula kepada Rakyat. Pada Hari Raya Cina pertama banyak Rakyat sudah pun kena saman. Apa ini layanan 'double standard'? Apa Ketua Menteri kebal dari undang-undangkah? Jangan bimbang. Beliau pandai 'tai-chi'. Ini semua salah pemandunya. Beliau maksum dari dosa dan kebal dari undang-undang.

Kredit gambar: Rakan Facebook, Tan Khai Beng.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates