January 3, 2015

0 Wujud Mekanisme Tapis Tokoh Luar, Saran Dr Mashitah Ibrahim

Antara cadangan yang dibangkitkan semasa membahas usul agama di Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini ialah agar penceramah luar negara melepasi dua tahap tapisan iaitu keselamatan dan akidah, sebelum dibenarkan berceramah di Malaysia atau muncul dalam rancangan TV atau radio. Itu saranan yang dibuat oleh Dato Dr Mashitah Ibrahim, tokoh pendakwah bebas dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM). Beliau menulis di Sinar Harian, di sini.

Menurut Dr Mashitah, ini penting untuk memastikan umat Islam di negara kita tidak terdedah kepada fahaman dan aliran yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Katanya, keadaan ini semakin perlu diberi perhatian kerana ramai penceramah asing yang masuk ke Malaysia didapati menyebar fahaman ekstrem dan aliran yang bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah, yang menjadi pegangan umat Islam negara ini dan seluruh Nusantara. Baca seterusnya minda Dr Mashitah, di sini.

Kebimbangan Dr Mashitah ada sandarannya. Cadangan untuk membawa tokoh liberal Indonesia Dr Ulil Absha Abdallah pada bulan Oktober tahun lalu, telah mendapat tentangan hebat daripada majoriti Rakyat Malaysia dan ini membuatkan Kerajaan bertindak menghalang kemasukan beliau. Beliau antara tokoh yang dikaitkan dengan penyebaran fahaman liberal. Beliau juga pengasas Jaringan Liberal Indonesia membawa fahaman liberal yang berkemungkinan memberikan kemudaratan akidah dalam kalangan umat Islam negara ini.

Seorang lagi tokoh iaitu Prof Dr Mudah Mulia telah mendapat anugerah pengiktirafan dari Amerika Syarikat atas usaha yang dilakukannya untuk menyebarkan fahaman Islam liberal di sana. Selain mempersoalkan hukum hakam yang berkaitan dengan kekeluargaan Islam, tokoh ini turut memperjuangkan hak hubungan antara kaum sejenis dengan alasan ia adalah sesuatu yang sunnahtullah.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa Gerakan Pemikiran Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah.

Isu-isu liberal yang sering diketengahkan kepada masyarakat Malaysia antara lain termasuklah plurarisma agama, persamaan gender, aurat wanita Islam dan mempertahankan hak-hak asasi (LGBT). Pengamal-pengamal Islam liberal di Malaysia telah tersebar luas bukan di kalangan Rakyat bawahan malah turut dianuti oleh ahli-ahli politik dan akademik dan tokoh ilmuan Islam itu sendiri.

Selain soal akidah yang dibawa oleh pendakwah Islam liberal, satu panduan perlu diwujudkan bagi membantu usaha kerajaan membanteras kemasukan penceramah atau pendakwah yang mungkin membawa fahaman ekstrem atau militan. Asas kebimbangan umum ialah kehadiran mereka boleh membawa kepada penyebaran ideologi pelampau, seterusnya membawa kepada perkaderan pemikiran, dan lebih teruk seperti merekrut atau melatih rakyat negara ini untuk menyertai kumpulan radikal dan pelampau termasuk penganas IS.

Tidak dinafikan bahawa umat Islam sedang bertungkus lumus untuk mencapai kemajuan material dan dalam pada masa yang sama berusaha untuk menjadi umatIslam yang berkualiti dari aspek akidah dan keimanannya. Namun, cabaran yang cubamenguggat akidah dengan menggunakan acuan yang diprojekkan kepada Islam iniadalah cabaran yang paling bahaya dan getir sekali.

January 2, 2015

105 Usaha Murni MOA Cuba Diburukkan Oleh Malaysiakini Dengan Isu 'Kampit Beras Wajah PM'


Posting Asal:

Adalah tidak sukar untuk memahami peranan yang dimainkan oleh Malaysiakini untuk memburukkan agensi dan sesuatu Kemeterian. Tidak pernah ada satu yang baik yang dilakukan oleh Kerajaan di mata Malaysiakini. Ini termasuklah sumbangan mangsa banjir di Pantai Timur yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) - baca di sini. Sumbangan MOA setakat ini berjumlah RM1.821 juta kepada mangsa banjir ditenggelamkan oleh Malaysiakini dengan isu 'Kampit Beras Gambar PM'.

Untuk pengetahuan semua, tiada paket beras yang dicetak wajah Perdana Menteri (PM). Hanya beberapa keping kertas sahaja yang dicetak dan ditampalkan di paket paling atas bagi tujuan membezakan barangan-barangan daripada MOA dengan bantuan-bantuan daripada pihak-pihak lain. Tujuannya agar bantuan daripada MOA ini tidak bercampur dengan bantuan-bantuan lain semasa disimpan, dihantar melalui kapal terbang dan lori serta sewaktu pengagihan ke kawasan-kawasan yang terjejas.

Melalui gambar-gambar yang dikirimkan oleh sukarelawan MOA, berkaitan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, jelas tiada paket beras yang dicetak wajah PM. Tambahan lagi, tiada isu barangan bantuan lewat sampai kerana barangan MOA sampai awal dan melalui beberapa peringkat penghantaran. Tiada juga isu pertambahan kos kerana dakwaan pelekat terpaksa dicetak untuk setiap paket bantuan dan petugas terpaksa melakukan tugas melekatkan pelekat juga tidak benar dan tidak berlaku.

Sejak tarikh 18 Disember di mana bermulanya banjir di Kelantan, MOA telah melibatkan diri secara langsung melalui agensi KADA untuk menghantar barangan keperluan. Bermula 26 Disember seluruh agensi di bawah MOA mula dilibatkan. MOA telah mengunapakai (mobilise) semua aset-aset untuk menyalurkan bantuan kepada 8 negeri yang melibatkan 51 kawasan parlimen.

MOA melalui Briged Kesatria Muda sudahpun mengedarkan 3,000 kampit beras kepada mangsa banjir. Malah media turut dipanggil pada ketika majlis penyerahan. Ini adalah masa untuk misi kemanusiaan bukan untuk berparti. Menteri MOA, DS Ismail Sabri telah menyebut di laman sosial Facebook dan Twitter akan menolong semua mangsa tanpa mengira sama ada UMNO, PAS ataupun PKR. 

Ini kerana disaat musibah ini memerlukan kita untuk menolong dgn ikhlas, bukan menyerang orang lain atas dasar kepartian. CTS merasakan wajar untuk MOA dan Menterinya menyaman Malaysiakini dan blogger terbabit kerana menyiarkan berita palsu dan tidak menjelaskan keadaan sebenar.





Kemaskini 3.00 PM:

Kenyataan Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda - Mohd Eddy Casmady Che / Hussin mengenai Laporan Malaysiakini Mengenai Paket Beras Bantuan Banjir Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Berpelekat Wajah Perdana Menteri

1. Malaysiakini telah membuat satu pelaporan berita palsu dan memanipulasikan berita bergambar melalui portal berita tersebut beralamat URL www.malaysiakini.com.

Malaysiakini telah menggunakan tanpa izin dan memanipulasikan gambar saya sebagai penampal pelekat berwajah Perdana Menteri di atas paket bantuan beras. Berikut adalah fakta sebenar dan kenyataan yang menyatakan kebenaran mengenai isu ini.

2. Sebagai Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengatur, memindah, mengasingkan dan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Gambar yang dimanipulasikan oleh Malaysiakini adalah gambar saya selaku SUKARELAWAN Briged Kesatria Muda, bukan  seorang "pekerja" seperti yang didakwa portal berkenaan. Rujuk sukarelawan dan NGO yang lain sebagai pengesahan kerja-kerja sukarelawan yang telah saya jalankan.

3. Briged Kesatria Muda adalah biro yang ditubuhkan untuk menggerakkan misi kemanusiaan. Kami telah pun merancang & melakukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di mana 3000 kampit beras pertama telah disediakan lebih awal oleh MOA melalui satu majlis rasmi pada 17/12/2014 di Putrajaya. Pengedaran aktif oleh Briged Kesatria Muda juga dilakukan sebelum berlakunya banjir besar di Pantai Timur. 

4. Briged Kesatria Muda tidak terikat dengan MOA semata-mata. Kami turut mengumpul dan mengedar bantuan dari kumpulan NGO-NGO dan Kementerian lain. Adalah perlu kami meletakkan penanda agar ia tidak bercampur dan memudahkan urusan logistik dan penghantaran.

5. Bantuan makanan daripada MOA sebenarnya tidak mempunyai penanda berwajah YAB PM seperti mana yang didakwa. Hanya sebanyak100 keping penanda yang dicetak dan ditampal untuk membezakan bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari bantuan-bantuan daripada pihak lain yang turut membantu membekalkan barangan makanan kepada mangsa banjir.

6. Banyak gambar yang dirakam dalam operasi penyerahan bantuan ini membuktikan bahawa tiada pelekat berwajah PM dilekatkan di atas bantuan-bantuan yang disampaikan oleh kementerian ini. Para sukarelawan Kementerian Pertanian dan aktivis-aktivis NGO yang terlibat juga boleh mengesahkan bahawa tiada pelekat bergambar PM di atas bantuan-bantuan yang diserahkan.

7. Pihak Briged Kesatria Muda menganggap laporan berita yang dibuat oleh Malaysiakini adalah palsu dan berniat jahat. Laporan berita dan perbuatan memanipulasi gambar saya oleh Malaysiakini juga telah mengakibatkan persepsi negatif, salah tanggap dan tuduhan-tuduhan tidak baik terhadap saya dan   Briged Kesatria Muda. Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan sama sekali dan tindakan wajar diambil terhadap Malaysiakini yang tidak bertanggung jawab ini.

8. Briged Kesatria Muda akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta berhasrat untuk menyaman Malaysiakini bagi membersihkan nama baik Briged Kesatria Muda.

9. Kami juga akan membuat laporan polis terhadap blogger yang bernama Syed yang telah memanipulasi gambar saya dengan kenyataan fitnah dan berniat jahat serta laporan polis terhadap Malaysiakini yang menulis dan menyebar kenyataan untuk memburukkan kami serta Kementerian Pertanian dan Industri Asaa Tani.

10. Briged Kesatria Muda juga ingin mencadangkan agar Menteri dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyaman Malaysiakini yang jelas telah memfitnah dalam cubaan untuk menghasut pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan di media sosial.

11. Sekian kenyataan saya untuk makluman tuan/puan.

21 Lawak Minggu Ini - Tempahan Tiket Tak Boleh Ditukar Punca @anwaribrahim Tidak Dapat Pulang


“Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar," kata KETUM Anwar Ibrahim. Ingatkan hebat sangat. Sembang berdegar-degar. Kenal sana kenal sini. Tempahan tiket kapal terbang pun tak boleh tukar ka? Awat la bagi alasan bangang sangat. Kalau tak boleh tukar, beli baru la. Kata prihatin dengan Rakyat sangat? Macam-macam alasan la Pak Ketum ni bagi kerana tidak mahu balik awal untuk membantu mangsa banjir. 

Maka macai pun hanguk sajalah. Depa ni bukan boleh membantah. Kalau marahpun, sekejap saja. Maka akan berkatalah macai yang dipetik oleh Haprakah dan Suara Keldaian,  "Hello tiket flight mana boleh tukar-tukar tarikh. Betullah Anugerah Tuhan cakap. Dia bukan penipu macam orang BN. Orang Ameno bangang, Tak faham prosedur operasi penerbangan". Walau bagaimanapun, CTS merumuskan ini mesti konspirasi kerajaan BN sengaja untuk melengah-lengahkan KETUM dari turun melawat mangsa banjir ... ahaks!

January 1, 2015

0 SPAD Akan Berusaha Sambung Semula Perkhidmatan Pengangkutan Awam Di Laluan Pantai Timur


Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) sedang dan akan terus berusaha menyambung semula perkhidmatan pengangkutan awam yang terjejas akibat banjir bagi laluan Pantai Timur dengan kerjasama dari semua pihak yang berkenaan. SPAD dalam satu kenyataan beberapa hari lepas berkata bencana banjir menyebabkan infrastruktur terutama landasan kereta api mengalami kerosakan teruk dan belum dapat diakses sepenuhnya. 

Pihak SPAD dalam kenyataan medianya berkata, masih terlalu awal menyatakan bila perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sektor Pantai Timur akan pulih, namun SPAD dan KTMB sedang berusaha mengenal pasti kerosakan. Berikut adalah kenyataan media penuh dari pihak SPAD:
Berikutan dengan bencana banjir yang telah melanda negara ini terutamanya di kawasan Pantai Timur, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut  bersimpati dengan mangsa dan keluarga yang terlibat. 
Pada masa yang sama, SPAD akan terus berusaha untuk menyambungkan semula perkhidmatan pengangkutan awam yang terjejas bagi laluan Pantai Timur dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan. Sehingga kini, bencana banjir ini telah menyebabkan infrastruktur landasan keretapi mengalami kerosakan yang amat teruk. 
Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyatakan bila perkhidmatan tren KTMB di sektor Pantai Timur akan pulih seperti biasa disebabkan kerosakan infrastruktur yang terlibat masih belum dapat diakses sepenuhnya.
SPAD dan pihak KTMB sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengenal pasti kerosakan yang berlaku dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membaiki kerosakan-kerosakan tersebut untuk memastikan proses penyambungan semula perkhidmatan di laluan ini berjalan dengan cepat dan lancar.
Memandangkan kerugian yang ditanggung oleh KTMB telah menelan jutaan ringgit, SPAD akan meneliti segala aspek yang terlibat termasuklah juga saluran sumber dana yang berpotensi digunakan oleh SPAD sebagai pihak yang berkuasa ke atas pengangkutan awam darat untuk membiayai keperluan perbelanjaan memperbaiki kerosakan infrastruktur bagi laluan Pantai Timur yang terjejas.
Manakala, bagi perkhidmatan bas eskpres laluan Pantai Timur pula, perkhidmatan telah mula dihentikan pada 24hb Disember bagi beberapa laluan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan kemudiannya telah dihentikan sepenuhnya pada 26hb Disember bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru dan Terengganu.
Walaubagaimanapun, laluan Kuala Lumpur ke Kuala Terenganu masih dibuka melalui Seremban dan Muadzam Shah. SPAD telah membenarkan Pengusaha bas ekspres untuk menggunakan laluan alternatif yang lebih selamat bagi memastikan penumpang sampai ke destinasi yang dituju.
Untuk makluman, perkhidmatan kereta sewa di bandar-bandar di Kelantan dan Terenganu telah juga terjejas. Perkhidmatan kereta sewa dan bas ekspres ini akan hanya disambung semula bergantung kepada keadaan cuaca di setiap laluan yang terlibat.
SPAD ingin mengambil peluang untuk mengingatkan semua pengusaha untuk senantiasa mengutamakan keselamatan diri dan penumpang semasa perjalanan. Penumpang pula diminta untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan makluman yang diberikan oleh pengusaha dari masa ke semasa.

December 31, 2014

45 Alhamdulilah, Pilot Helikopter @PDRMsia Dan Krew Selamat Dalam Insiden Helikopter Terhempas, 4 Cedera


Anggota penyelamat misi banjir di Pantai Timur bersabung nyawa untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Dalam kejadian di kawasan perumahan Kursial, Tanah Merah, Kelantan, sebuah helikopter Ecureuil Unit Udara Polis telah terhempas. 

Helikopter berkenaan dalam misi untuk menghantar makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah, Kelantan. Kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang tadi. Helikopter berkenaan terhempas di kawasan perumahan menyebabkan 3 orang pegawai PDRM dan seorang awam cedera. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan.




Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan kejadian tersebut di laman sosial Twitter beliau seperti di bawah:

December 30, 2014

84 Apa Tok Mat @ahmadmaslan Buat Dalam Selimut Ni?



Biarlah KETUM Anwar Ibrahim tak balik. Biarlah KETUM berseronok bercanda dengan keluarganya di United Kingdom. Kita fikir baik sahajalah. Mungkin di United Kingdom banjir besar menyebabkan lapangan terbang tidak berfungsi dan KETUM tak dapat balik. KETUM tak dapat balik, YB-YB BN banyak yang bersama dengan mangsa-mangsa banjir. Yang Berhormat seoarang ni memang CTS pandang tinggi. CTS kenal beliau sudah lama, beliau saja yang tak kenal CTS.

Walaupun beliau tidak berkampung lebih dua minggu seperti Tok Pa, Datuk Azeez Rahim, DS Sahahidan Kassim, DS Shabeery Chik dan beberapa Yang berhormat lain di Pantai Timur, Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat melapangkan masa sekembalinya beliau dari Jerman atas urusan rasmi Kerajaan. Sebagai orang kampung, To Mat tidak kekok untuk bermalam di pusat pemindahan banjir SK Kg Sireh, Kota Bharu. Inilah Yang Berhormat yang kita mahu.

12 Macai PR! KETUM @anwaribrahim Bagi Arahan Dan Berdoa Dari Cathays Park, United Kingdom Tu!!!


Wahai penduduk-penduduk negeri Pasir Berdengung. Raja kamu KETUM Anwar Ibrahim sudah bersuara. Hebat sungguh Ketua Pembangkang seorang ini. Siap boleh bagi arahan dari luar negeri lagi. Lebih tepat tempatnya bernama Cathays Park di United Kingdom. Pastinya macai-macai PR berbangga dan sujud syukur apabila mendapat berita dari KETUM dari Negeri Atas Angin. Selepas ini pastinya mereka akan berhujah di media sosial Ketua kami adalah seorang yang prihatin dan dekat dengan Rakyat, Rakyat sentiasa di hati beliau. Punyalah bghal macai-macai KETUM sehingga sejumlah 10,043 setakat posting ini ditulis memberikan "like". Suka hati macailah.

December 29, 2014

32 Kenyataan SPAD Mengenai Usaha Untuk Menyambung Semula Perkhidmatan Pengangkutan Awam Laluan Pantai Timur


23 Ini Cara Adik Menteri Besar Selangor, Azwan Ali Memberi Bantuan Kepada Mangsa Banjir




Tidak cukup dengan kedatangan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ke Kelantan untuk menghulurkan sumbangan, Alhamdulillah, adik MB Selangor, Azwan Ali hari ini muncul dengan tujuan yang beliau sendiri mengetahuinya. Orang datang menghulurkan bantuan dan menolong apa yang perlu, Azwan Ali pula muncul untuk sekadar bergambar dan ber'selfie'. Dunia ... Dunia ... 

Namun seburuk-buruk adik MB Selangor ini bergambar, sekurang-kurangnya beliau turun jugak menjenguk dan menghiburkan mangsa-mangsa banjir di SK Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Tidak seperti Mamat di bawah ini suami isteri yang masih lagi leka dengan percutian keluarga. Inilah cara mereka menghargai penyokong-penyokong tegar mereka.

1 Tahniah DS @liowtionglai Dan MCA Yang Membantu Mangsa Banjir Di Pantai Timur


Ramai yang menemplak MCA, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) sebelum ini, kononnya mereka gagal mendapatkan kepercayaan Rakyat terutama dari masyarakat Cina sehinggakan BN gagal mendapat majoriti yang diinginkan di dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas. Dalam negara menghadapi kegawatan terutama di musim banjir sekarang, MCA tampil gagah membantu segenap lapisan masyrakat yang menjadi mangsa banjir. 

Hari ini, MCA telah mengadakan sidang media di Wisma MCA untuk mengumumkan pemberian dana RM5 juta kepada mangsa banjir Pantai Timur. MCA juga telah menerima sumbangan dana dan pelbagai bentuk barangan bernilai hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di sana. Sumbangan itu diterima daripada 22 organisasi dan individu yang termasuk bekalan makanan, air mineral dan ubat-ubatan. 

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau terharu dengan sokongan rakyat Malaysia itu. DS Liow memohon lebih banyak sumbangan lebih-lebih lagi menjelang minggu depan apabila banjir mulai surut. Beliau menjangkakan lebih banyak bantuan diperlukan khasnya apabila mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing. Menteri Pengangkutan itu berkata petugas MCA akan menghantar bantuan, antara lain melalui jalan darat ke pusat-pusat penempatan sementara mangsa banjir. 

Bantuan ke kawasan yang terputus hubungan akan dihantar menggunakan helikopter. Dalam pada itu, DS Liow berkata MCA juga menubuhkan Pusat Operasi Pemulihan Banjir Pantai Timur yang beroperasi 24 jam bagi menyelaras bantuan dan perkhidmatan kepada mangsa banjir. Sembilan pusat operasi juga dibuka iaitu lima di Kelantan, dan masing-masing dua di Terengganu dan Pahang.




7 Fitnah Dan Penipuan Yang Disebarkan Mengenai Banjir Pantai Timur @PDRMsia @SKMM_MCMC

Tidak dapat dipastikan apa kepentingan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita-berita fitnah dan penipuan di media-media sosial. Mungkin untuk mewujudkan huru hara. Mungkin sebagai serangan untuk menyalahkan kerajaan. Hanya mereka yang tahu. Cuba kita senaraikan kes-kes penipuan banjir yang tersebar melalui laman sosial Whatsapps, Facebook, Twitter dan lain-lain. Yang dapat diingat adalah seperti berikut:

1. Surat tarik diri sukarelawan penyediaan makan minum.
2. Bantuan dari NGO/persendirian yang ditahan sebab hendak menampal 'sticker' BN.
3. Surat dari anggota tentera yang kebuluran kerana bantuan tidak sampai.
4. Sekolah Manik Urai yang runtuh
5. Puisi ibu Darwish 'tidurlah sayang'.
6. Sewa helikopter tentera RM4,500.
7. Gambar budak mati akibat bumbung runtuh (hakikat sebenar adalah di Indonesia).
8. Keluarga 10 orang mati akibat terperangkap dalam rumah.
9. Kelantan terputus terus hubungan jalanraya.
10. Empangan Thailand yg melepaskan air.
11. Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja.

Berikut pula adalah 'screen shot' pembohongan-pembohongan yang telah berjaya didedahkan oleh pengguna media sosial yang prihatin:













December 28, 2014

34 Mat Sabu Pula Propa Kononnya Bantu Mangsa Banjir


Apa kena dengan pemimpin pembangkang hari ini. Kalau hendak berlakonpun buatlah bagi logik sikit. Jangan sampai buat propa sampai orang nak termuntah. Yang Mat Sabu, Timbalan Presdien PAS bergambar dalam air ni buat apa? Tak ada kerja lainkah? Tak nampak mangsa banjir di kiri dan kanan yang perlu diselamatkan. Orang berdiri air sampai ke paras paha. Mat Sabu air sampai ke paras dada kenapa? Mat Sabu sedang menungging hendak buang air kah? Lihat gambar di bawah, budak berbaju merah tu tingginya separas perut buncit Mat Sabu saja. Dalam air tak tenggelam pun? Teruk sungguh hangpa buat propa.

16 Uncle @limkitsiang To The Rescue - Bawa 2 Troli Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan


Sukarelawan-sukarelawan BN yang bertugas di Kelantan boleh bersiap sedia untuk berkemas pulang. Lim Kit Siang sudah sampai di Kelantan. Uncle sudah turun kasi khidmat negara. Lim Kit Siang sudah sampai ke Kota Bhara menghantar bantuan DAP Pulau Pinang kepada DAP Kelantan yang sebanyak dua troli sahaja. Propa betul Uncle ini.


Uncle datang Kota Bharu pun Husam Musa dan Mat Sabu saja yang sambut. Mana Menteri Besar Kelantan? Atau mereka masih marah MB Kelantan bersama dengan DS Najib semalam? Lebih propa lagi, Lim Kit Siang turut bermain air. Orang pakai baju hujan atau 'rain coat' sewaktu hari hujan. Lim Kit Siang pakai baju hujan ketika meredah banjir. Ini uncle mau kasi gimik sikit.

Lihat gambar di bawah. Di belakang beliau adalah KY Chow, Pengerusi DAP Pulau Pinang dan EXCO Kerajaan Negeri. Lu punya anak mana Uncle? Tidak mahu balik dari percutian beliau di London-Paris ka? PM Najib adalah idola pemimpin pembangkang. Macam superstar. PM pakai pink main golf. Lim Kit Siang pakai 'pink rain coat'. Ho Ho Ho!




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates