September 6, 2014

7 Awek Seksi Di Malam Merdeka Di Kuantan - Jangan Malukan Tok Nan Lain Kali

Ambang Merdeka sudah seminggu berlalu. Namun, rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Terdapat rungutan mengenai persembahan artis pada malam Merdeka berkenaan yang dikatakan terlalu seksi dan tidak sesuai dalam kita menyambut Merdeka. Dibuat di Stadium Darul Makmur, Kuantan, yang dihadiri oleh segenap lapisan usia, rasanya konsert dengan artis seksi sebegini amat tidak sesuai. Ini ditambah dengan keadaan Negara yang masih lagi berkabung di dalam isu MH17, MH370 dan Isu Gaza. Apa yang lepas, lepas. Cuma lain kali pihak yang bertanggungjawab agar lebih prihatin agar tidak memalukan Menteri Besar Pahang, DS Haji Adnan Haji Yaakob.



0 Kiasu Singapura Naikkan Tol - DAP Tak Mahu Protes Dan Mogok Ka?

Bila Singapura menaikkan Vehicle Entry Pass (VEP), DAP diam membisu. Apabila Kerajaan Malaysia menaikkan tol 'causeway' untuk masuk ke Singapura bermula 1 Ogos 2014, DAP membantah dengan melakukan protes, demonstrasi dan sidang akhbar. Ini belum ditambah dengan ceramah mereka untuk memburukkan Kerajaan Malaysia. DAP menuduh Kerajaan ingin membantu MRCB dengan kenaikan tol 'causeway' berkenaan. 

Sekarang, Kerajaan Malaysia bertindak balas dengan menaikkan kadar tol mereka bermula 15 September 2014. Mana Lim Kit Siang? Mana Ketua Pembangkang Johor, Dr Boo Cheng Hau, mana MP Kluang Liew Chin Tong, yang selama ini begitu lantang bersuara? Kenapa masih diam membisu? Kenapa tidak mendalangi peandu-pemandu bas pekerja untuk mogok?

September 5, 2014

11 Untung Pembangkang Dapat Jumpa @ahmadmaslan Bagi Idea Bajet 2014

SAMM hari ini telah diberi ruang untuk satu sesi bertemu Kementerian Kewangan bagi membentangkan cadangan anak muda akar umbi menjelang Bajet 2014. Pertemuan ini diadakan pada pukul 11.45 pagi di Tingkat 11, Pejabat Kementerian Kewangan, Putrajaya. CheguBard bersama deligasi SAMM telah membentangkan cadangan dan bertukar pandangan di hadapan Dato Ahmad Maslan dan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan.

Maafkan saya Tok Mat. Mereka ini pernah membakar bendera UMNO, mereka pernah memfitnah DS Rosmah Mansor, pernah dan tidak berhenti menghina kepimpinan UMNO terutama Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak. Tok Mat telah memberi mereka ruang sebegini kepada mereka? Saya siang malam pagi petang pertahankan Kerajaan, bolehkah saya dapat keistimewaan sebegini. Bagaimana penyokong Kerajaan yang lain? Terguris lagi hati orang-orang UMNO.

Saya cadangankan Tok Mat Sebagai Timbalan Menteri alang-alang meminta pendapat Chegubard dan SAMM, letakkan saja Chegubard sebagai Pegawai Khas Tok Mat atau letakkan di dalam mana-mana GLC Kerajaan. Kita kena lawan Kerajaan dahulu nampak gayanya baru Pak-Pak Menteri memandang kita kan?


17 CEO Singapura Yang Paling 'Humble' - Adakah Ada CEO Sebegini Di Malaysia?





'Uncle' berbangsa Cina ini hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura. Tidak ramai yang mengenali 'Uncle' ini sehinggalah baru-baru ini akhbar Republik berkenaan mendedahkan identiti beliau. 'Uncle' yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan. Lim untuk pengetahuan semua adalah orang nombor satu di negara republik berkenaan yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan sumber khazanah Singapura. Jawatannya adalah 'Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC', atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu adalah Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura. 

Punyalah 'humble' (rendah diri) dan 'sempoy' Uncle Lim ini, sehinggakan beg duit beliau pun tidak pernah berganti sejak 10 tahun lalu. Malah, siap ada 'sticker' yang dilekatkan oleh cucu-cucunya. Agak-agaknya ada tak mana-mana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di syarikat-syarikat milik Kerajaan (GLC) atau Con Sultan-Con Sultan yang berada di sekeliling DS Najib Razak yang mempunyai kelakuan sepert 'Uncle' Lim ni? Lupakanlah. Jangan harap!

September 4, 2014

10 Drama Terbaru DAP - Bina Tandas Awam Di Kampung Ulu Tual, Pahang

Drama apakah yang cuba dimainkan oleh DAP. Cuba untuk menarik sokongan Rakyat Pahang dengan membuat program sukarelawan untuk membina tandas awam di Kampung Ulu Tual? Berapa banyak tandas awam hendak mereka bina? Kenapa hanya tandas awam dibina? Kenapa tidak dibuat terus beberapa rumah untuk keperluan penduduk kampung bekenaan?

Kerajaan Barisan Nasional Pahang tidak pernah gagal untuk menaiktaraf kemudahan asas penduduk Pahang. DAP secara tiba-tiba hendak buat lakonan dan projek murahan ini untuk promosi kononnya mereka parti yang mesra Rakyat.

Buat Dyana Sofya yang menjadi model dalam iklan poster berkenaan, satu sahaja nasihat CTS. Kalau hendak berlakon pegang cangkul sekalipun, buanglah plastik kedai di cangkul itu terlebih dahulu. Teruk betul kamu punya lakonan. Jom Ubah DAP sudah gagal, DAP sekarang guna 'tagline' baru seperti Impian Sabah, Impian Sarawak dan Impian Malaysia.

6 Penjualan Daging Babi Terbuka Di Gunung Rapat, Ipoh - Apa Tindakan Pihak Berkuasa?

Ini adalah pemandangan yang menyakitkan mata di Jalan Wirajaya, Taman Rapat Setia Baru / Taman Ipoh Jaya Timur, Gunung Rapat, Ipoh, Perak. Penjualan daging babi secara terbuka menggunakan kenderaan di tepi jalan adalah satu pencemaran. Persoalannya, apakah peranan Majlis Bandaraya Ipoh, khususnya bahagian penguatkuasa dan mungkin juga asa kaitan dengan Jabatan Veterinar Perak.

Selain mengambilkira sensitiviti Agama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia, kita risaukan penyakit berjangkit seperti yang dialami di Pulau Pinang menular di Ipoh, Perak. Betulkan CTS kalau salah, bukankah penjualan daging babi secara terbuka adalah satu kesalahan di Malaysia?

September 3, 2014

14 Terkini - Sultan Selangor Tolak Wan Azizah, PKR Spin Tarik Balik Kenyataan Media Sendiri

Terkini 9.55 PM:

Kurang dari satu jam selepas mengeluarkan kenyataan media berhubung maklumbalas terhadap surat yang dihantar Istana Selangor sebentar tadi, PKR menarik semula kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini. Melalui email yang dihantarkan kepada pihak media, Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil memaklumkan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini belum dimuktamadkan.. Spin jangan tak spin. Berikut adalah penarikan balik Kenyataan Media:
Assalamualaikum dan salam hormat,
Harap maklum bahawa teks yang dihantar tadi belum dimuktamadkan. Ianya adalah ditarik balik, dan berstatus tidak sah untuk digunakan.
Komunikasi KEADILAN memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang tertimbul daripada hal ini.
Sekian, terima kasih.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Posting Asal:

Tidak perlu membaca keseluruhan Kenyataan Media dari PKR. Cukup hanya membaca para terakhir. Baginda Sultan Selangor masih mahukan lebih dari dua nama. Nampak gayanya sinetron Selangor akan berlanjutan. Baginda Sultan Selangor tidak perduli kedegilan Ketua Umum (KETUM) Anwar Ibrahim untuk melantik bininya menjadi Menteri Besar.
KENYATAAN MEDIA
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang ini telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
3 September 2014

September 2, 2014

8 Forum Kontroversi "#AkuMerdeka" - Prof Madya Dr Shamrahayu Aziz Tarik Diri


Beberapa pihak cuba untuk mewujudkan kontroversi apabila mereka ingin mengadakan satu forum '#AkuMerdeka' yang bakal membincangkan satu tajuk yang bakal mencetuskan polemik iaitu "Raja, Islam & Melayu Dalam Perlembagaan Relevan Lagikah Di Malaysia". Apakah tujuan sebenar penganjur apabila memilih tarikh Hari Malaysia 16 September dan forum berkenaan bakal diadakan di masjid? Kalau dilihatkan daripada barisan moderator dan barisan panelnya, dua daripadanya condong kepada pembangkang. Moderator Wan Ji Wan Hussin, merupakan seorang penceramah bebas di dalam PAS dipanggil Ustaz, juga merupakan blogger pro-PAS dikenali sebagai Al-Bakistani. 

Beliau pernah memanggil tokoh PAS, Ustaz Harun Din sebagai ulama kepala lutut, pernah mengutuk Presiden PAS, pernah menghina Ahli Majlis Tertinggi Syura dan lebih-lebih lagi beliau mempunyai dendam amarah dengan UMNO. Malah di dalam sebuah video, beliau telah mengesa diwujudkan gerakan menghapuskan Sultan di Malaysia dan mewujudkan negara Republik. (Lihat posting terdahulu CTS, di sini). Shahredzan Johan pula adalah peguam yang condong menyokong dan membantu PR, orang kuat Majlis Peguam, penyokong tegar BERSIH. 

Untuk menampakkan keseimbangan, mereka telah menjemput Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz sebagai panel ketiga. Kalau sekiranya forum ini diteruskan, pastinya Prof Madya Shamrahayu akan diperbodohkan di khayalak ramai. Syukur Alhamdulillah, selepas iklan forum ini menjadi kontroversi, Profesor Madya Shamrayu telah menarik diri dari menjadi panel forum berkenaan. Berikut adalah kenyataan beliau di dalam laman sosial Facebook.

September 1, 2014

13 Adakah Heroin Tamil Yang Sama Digunakan Lim Guan Eng Dalam Drama Di Depan Balai Polis Semalam?



Kalau tiada adengan menangis tersedu sedan dan peluk serta melutut, bukanlah fiem Tamil namanya. Nampak gayanya plot dan jalan cerita yang sama digunakan untuk menaikkan simpati orang ramai terhadap tangkapan anggota-anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS). Sayangnya, drama yang dilakonkan di hadapan balai polis ini tidak menjadi. DAP dan Lim Guan Eng sepatutnya menggunakan pelakon lain dan bukannya menggunakan pelakon yang sudah membintangi filem mereka sebelum ini (lihat gambar di bawah). 

Dengan bajet berjumlah RM1 juta setahun yang diperuntukkan kepada PPS, Lim Guan Eng dan DAP sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mencari pelakon baru yang berbakat, dan bukannya pelakon 'recycle'. Ini tanghachi amat pandai bermain wayang. Dulu dan sekarang.


August 31, 2014

12 Gambar-Gambar Komunis PPS Ditangkap @PDRMsia Selepas Berarak Sambutan Merdeka (12 Gambar)

Kira-kira pukul 10.00 pagi tadi, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas 154 orang ahli PPS di hadapan DUN Pulau Pinang setelah mereka selesai berarak melepasi pentas utama. Tangkapan berkenaan merangkumi seramai 131 lelaki Cina, 7 perempuan Cina, 10 lelaki Melayu (ada juga yang menjadi barua DAP) dan 6 lelaki India. 

Kesemua mereka yang ditangkap telah dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai. Semua tangkapan dibuat mengikut lunas undang-undang. Beberapa ahli-ahli politik DAP dan PKR yang hadir  ke balai polis. Mereka adalah Phee Boon Poh, RSN Rayer, Wong Hon Wai, Sim Tze Tzi, Cheah Kah Peng dan Lee Khai Loon. Tahniah PDRM kerana menguatkuasa undang-undang terhadap komunis.


2 Rumah Lim Guan Eng Kena Baling Dengan Molokov Cocktail - Kenapa Cari @PDRMsia, Carilah PPS!



Kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ketua Pertubuhan Haram Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Jalan Pin Horn, Pulau Pinang, telah dilempar bom buatan sendiri kira-kira pukul 11.45 malam semalam. Lim Guan Eng yang ketika itu berada di rumah bersama keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan disebabkan bom dilemparkan di tempat parking kereta rumahnya. Sepasukan polis, bukan PPS hadir di kediamannya membuat siasatan. Ini video CCTV dari kediaman Ketua Menteri:



Mana kebiadapan Lim Guan Eng memperlekehkan pasukan anggota polis? Mana sikap kurang ajar Lim Guan Eng ketika mencabar Ketua Polis Negara? Lihat video kedua di mana Lim Guan Eng hanya berani mempertikaikan anggota-anggota polis di hadapan anggota PPS beliau. Hakikatnya, anggota-anggota polis inilah yang membantu beliau ketika beliau ditimpa musibah.

Melancarkan 'perang' terhadap Polis DiRaja Malaysia boleh dianggap sebagai melancarkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong yang boleh dihukum dengan hukuman mati. Ini berikutan tindakan Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara, pegawai tertinggi Polis DiRaja Malaysia, yang menjalankan tugas atas nama Yang Dipertuan Agong, untuk mengambil tindakan terhadap PPS sebuah pertubuhan tidak berdaftar yang dinaungi oleh kerajaan negeri pimpinan DAP dan Lim Guan Eng.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates