August 16, 2014

0 Muafakat Raya Kota Tinggi Meriah Dalam Suasana Berkabung Tragedi Gaza, MH17 & MH370


Hari ini telah berlangsung majlis "Muafakat Raya" yang bertempat di Padang Bukit Kerajaan, Kota Tinggi yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin.

Majlis "Muafakat Raya" yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah dengan berjaya mencapai objektifnya bagi mengeratkan silaturrahim sesama rakyat khususnya penduduk Kota Tinggi. Disamping itu Majlis Dakapan MH370, MH17 dan Gaza turut diadakan bagi memperingati mangsa yang hilang dan terkorban dalam trio tragedi tersebut.

Pada majlis berkenaan juga, Yayasan Mesra telah menyumbangkan sebanyak RM25,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin. Masyarakat sekitar Kota Tinggi turut tidak melepaskan peluang hadir ke Majlis Muafakat Raya tersebut.

Pada sebelah malamnya, para pengunjung telah disajikan dengan berbagai aktiviti seperti persembahan artis, bacaan syair dan sajak. Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin turut tidak melepaskan peluang apabila bakal mendeklamasikan sajak pada malam tadi. Aturcara lebih tertumpu kepada memperingati insiden-insiden yang memberi kesan ke sanubari rakyat Malaysia iaitu  MH370,MH17 dan Gaza. Beberapa buah sajak telah disampaikan oleh beberapa peserta yang rata-ratanya menyentuh tentang isu Palestin.

Tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin dan Yayasan Mesra kerana telah berjaya menganjurkan program "Muafakat Raya" dengan jayanya dengan kehadiran ribuan pengunjung termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.














August 15, 2014

14 Demonstrasi Tolak @Khalid_Ibrahim Di SUK Selangor - "UMNO Ketawa Rakyat Menangis"




Ini bukti Wan Azizah mendapat sokongan majoriti rakyat Selangor! Beberapa Cina DAP beratur di hadapan Pejabat SUK Selangor hari ini kononnya untuk mendesak Menteri Besar, TS Khalid Ibrahim untuk meletak jawatan kononnya. Beberapa Cina dan India DAP lagi dihantar ke Pusat Khidmat TS Khalid Ibrahim di Pelabuhan Klang, kononnya untuk menunjukkan Rakyat Selangor rata-ratanya mahukan TS Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.


Setakat ini sahajakah yang DAP dan PKR dapat kumpulkan untuk membuat protes terhadap Menteri Besar? Amat menyedihkan jumlah yang datang tidaklah seramai penyokong yang datang sewaktu ceramah Rafizi Ramli dan Dr Wan Azizah di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar, semalam.

Ceramah berkenaan isu Menteri Besar oleh Wan Azizah semalam hanya di hadiri oleh 1,000 kerusi dan 48 orang petugas PKR. Kalau kedatangan penyokong Dr Wan Azizah semalam adalah dalam 48 orang, hari ini, jari di dua tangan pun tak habis dikira. Banyak ini sajakah Rakyat Selangor yang mahukan TS Khalid Ibrahim meletak jawatan dan menaikkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor?



August 14, 2014

12 Adakah Dr Wan Azizah Boleh Menjadi Menteri Besar Selangor Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Selangor?


Adakah seorang wanita boleh menjadi Menteri Besar Selangor? Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Selangor Artikel 51 (2):
NO PERSON SHALL BE APPOINTED AS MENTERI BESAR, UNLESS HE IS OF THE MALAY RACE AND PROFESSES THE MUSLIM RELIGION.
Maka persoalannya, perkataan HE di sini bermaksud lelaki. Wanita adalah SHE. Bolehkah perempuan seperti Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor?


Bukankah Dr Wan Azizah tidak dilahirkan di Malaysia? Beliau mempunyai nombor kad pengenalan -71-. Ada khabar mengatakan beliau dilahirkan di Singapura dan ada yang mengatakan beliau lahir di Korea. CTS tidak pasti. Kalau benar, Artikel 19, Undang-Undang Tubuh Selangor tidak membenarkan kerakyatan melalui netralisasi untuk jadi MB Selangor. 

Bakal MB Selangor ini (sekiranya Undang-Undang Tubuh Selangor membenarkan) mempunyai 13 rekod saman yang masih belum dibayar. Hebat juga bakal MB Selangor ini.

11 Dua ADUN PAS Berpaling Tadah, Wan Azizah Mendapat Sokongan Majoriti DUN, Ini Jawapan MB Selangor


PAS tidak perlu lagi hendak mengadakan mesyuarat pada 17 haribulan sebab dua ADUN PAS iaitu ADUN Morib, YB Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Klang, YB Shaari Sungip sudah membuat keputusan hari ini dengan menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor bagi mengantikan TS Khalid Ibrahim. Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media khas di Hotel Empire Subang, Subang Jaya, hari ini mendakwa 30 ADUN Selangor menyatakan sokongan terhadap beliau sebagai Menteri Besar.

Mengikut kes Nizar vs Zambry di Perak, PR mengatakan DS Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan tanpa melalui usul dan pengundian di dalam DUN namun Barisan Nasional (BN) ketika itu berbeza pandangan. Mahkamah Tinggi memutuskan DS Nizar kekal Menteri Besar kerana tiada usul undi tidak percaya di dalam DUN sebelum keputusan itu diketepikan Mahkamah Rayuan. Adakah PR akan menggunakan  hujah BN jika Sultan Selangor enggan menggugurkan Khalid sehinggalah sidang DUN dibuat pada November?

Nampak gayanya, pembubaran DUN adalah langkah yang terbaik bagi mengembalikan kuasa memilih Kerajaan kepada Rakyat Selangor. Walau bagaimanapun, ini pula respon TS Khalid Ibrahim selepas Dr Wan Azizah mengumumkan telah mendapat kekuatan majoriti mudah 30 Adun Selangor yang menyokongnya untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

August 13, 2014

2 Surat Dari Sultan Selangor Memecat 5 EXCO Selangor - Apa Lagi Kata @anwaribrahim @cmlimguaneng @limkitsiang ?


Ini adalah surat jawapan DYMM Sultan Selangor berhubung penamatan khidmat 5 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). DYMM Sultan Selangor telah berkenan untuk membatalkan pelantikan EXCO-EXCO yang terlibat atas nasihat daripada Menteri Besar secara bertulis. Hari ini Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah mengadakan mesyuarat seperti biasa dengan korum yang mencukupi bersama empat Ahli MMKN dan tiga pegawai Ex-Officio.

Jumlah ini memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya  mempunyai  empat (4) anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah. MMKN juga telah diberitahu tentang perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak meneruskan perkhidmatan ahli 5 orang pegawai MMKN daripada PKR dan DAP berkuatkuasa semalam.

0 Video-Video Ketua DAP Selangor Tony Ah Pua Puji TS @Khalid_Ibrahim Melangit


Ini video ucapan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua 3 bulan yang lalu bertarikh 05 Mei 2014 di dalam cermah PRU13 di Stadium Kelana Jaya. Antara kata-kata beliau di dalam ceramah berkenaan yang memuji Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim adalah, "Khalid bersih, berwibawa, jujur, rajin, tidak rasuah. Khalid pakai kereta sendiri, bukan kereta Kerajaan.Khalid sumbang lembu korban dituduh rasuh."


Di atas pula adalah video ceramah Tony Pua bertarikh 07 Februari 2014. Tony Pua dalam ceramahnya berkata, MB Khalid merupakan orang yang paling jujur ​​dan bekerja keras, tidak ada keraguan dalam fikiran dan hatinya yang MB Khalid benar-benar bersih dan benar-benar komited kepada tugasnya.

Sekarang, di mana pergi kata-kata Tony Pua berkenaan apabila beliau dan pimpinan DAP bersekongkol dengan Ketua Umum (KETUM) PKR untuk menjatuhkan TS Khalid Ibrahim. Siapa yang mendakwa TS Khalid tidak jujur dan tidak amanah sekarang? Kenapakah TS Khalid Ibrahim dua hari lepas, menyaman Saifuddin Nasution sekiranya beliau tidak berada di pihak yang benar?



0 Pemandu Prebet Sapu Sudah Berani Ugut Pegawai Penguatkuasa SPAD Menjalankan Tugas




Akhbar Sin Chew Daily, Kosmo dan Berita Harian hari ini melaporkan detik-detik cemas apabila dua pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diugut untuk dibawa ke lokasi rahsia oleh pemandu kereta sapu di pekan Rawang, semalam. Pemandu kereta sapu berkenaan enggan memberikan kerjasama selepas didapati bersalah menggunakan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang. Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi dibuat selepas menerima aduan melibatkan lambakan kereta sapu yang mengganggu pendapatan pemandu teksi di sini. 

Sebanyak 54 anggota terdiri enam pegawai dan 48 pegawai penguatkuasa terlibat dalam operasi yang dibahagikan kepada 11 kumpulan. Beliau berkata, dalam operasi selama dua jam, sebanyak 11 kes diperoleh melibatkan lapan kesalahan tidak menggunakan meter, dua kereta sapu dan satu halangan. Datuk Che Hasni menambah, operasi bertujuan memberi peringatan dan amaran kepada pengusaha serta pemandu teksi untuk mematuhi peraturan dalam masa sama memberi kesedaran kepada pengguna. 

Jika sabit kesalahan, mereka yang tidak patuh boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 22 dan 16 Akta Pengangkutan Awam Darat memperuntukkan denda minimum RM1,000 hingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya. Tindakan sitaan juga boleh diambil namun sekarang pihak SPAD masih dalam proses mewar-warkan kepada pengusaha dan pemandu untuk mematuhi syarat yang ditetapkan. Bilangan kes terkumpul dari Jun 2011 hingga Julai 2014 adalah 6,017 sementara untuk tahun ini sebanyak 1,413 kesalahan telah disenaraikan sehingga Julai 2014.

August 12, 2014

10 Surat Dari Istana Selangor Menolak @drwanazizah Untuk Mengadap, 6 EXCO DAP & PKR Dipecat!!!

Pihak Istana Selangor telah mengeluarkan Kenyataan Akhbar bertarikh hari ini antara lain perkenan daripada DYMM Sultan Selangor agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar, Baginda Sultan Selangor tidak berkenan menerima mengadap Presiden PKR, Dr Wan Azizah dan ketegasan Baginda tidak mahu campurtangan isu dalaman parti PKR.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim sebentar tadi telah memecat kesemua EXCO PKR dan DAP berkuatkuasa hari ini melalui surat kepada 6 Exco terbabit, kecuali Exco PKR, Rodziah Ismail yang kini berada di luar negara. Perkembangan terbaru ini pasti memeningkan Ketua Umum (KETUM) PKR yang dikatakan baru hendak mengadakan mesyuarat malam ini.

3 DS Nazri Aziz Rasmi Majlis Di Pulau Pinang Lagi? Sayang Sungguh Beliau Dengan Lim Guan Eng



Sayang sungguh Menteri Perlancongan, DS Nazri Aziz dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kalau tak salah CTS baru minggu lepas, 03 Ogos lalu, beliau turun ke Pulau Pinang untuk mempromosikan Festival George Town, baca posting CTS, di sini. Semalam, sekali lagi beliau turun ke Pulau Pinang untuk merasmikan ulang tahun ke 228 Fort Cornwallis dan perlancaran 'The Esplanade Park'. Projek menaiktaraf Fort Conwallis bernilai jutaan ringgit itu telah dianugerahkan kepada Ewein Berhad yang telah mendapat kontrak untuk menyelia taman berkenaan selama 5 tahun. 

CTS tak pastilah, mungkin sewaktu DS Najib Tun Razak melantik DS Nazri Aziz sebagai Menteri Perlancongan, Perdana Menteri menyuruh beliau untuk menumpukan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada Ketua Menteri dan aktiviti-aktiviti di Pulau Pinang sahaja. Apakah aktiviti perlancongan negeri-negeri lain di Malaysia mendapat perhatian yang sama daripada DS Nazri Aziz seperti di Pulau Pinang? Atau apakah mungkin portfolio DS Nazri Aziz dapat di'rebrand' sebagai Menteri Perlancongan Pulau Pinang?

August 11, 2014

13 Apa Hal Ikon Remaja Melayu DAP, Dyana Sofya Main Lilin Vigil Pulak Dah?


Menjadi hak peribadi untuk menyertai parti chauvinist DAP sebagai wadah perjuangan politik sekiranya merasakan parti berkenaan memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair. Cuma tidak perlu mengadai maruah dan kepercayaan Agama Islam untuk kelihatan menonjol di dalam parti mereka. Saya memahami bahawa Agama Islam mengajar kita untuk menghormati agama lain, tetapi adakah ini cara berpandukan ajaran Islam sebenar? Adakah saya boleh meletakkan harapan kepada pemimpin muda Melayu DAP ini untuk membela nasib umat dan agama Islam kelak?

Untuk apa ikon remaja DAP yang juga calon Parlimen Teluk Intan menghadiri upacara memasang lilin 'vigil' anjuran DAP? Apakah perlu menghadiri upacara sembahyang memperingati roh si mati dengan diiringi sami Buddha? Jangan buat benda-benda khurafat dan haram di sisi Agama Islam Dik. Takut-takut nanti terkeluar dari ajaran Islam. Nauzubillah himinzalik.

2 Melaporkan Kemalangan Kepada SPAD Dalam Masa 2 Jam Adalah Tanggungjawab Kenderaan Perkhidmatan Awam

Ramai pengendali berlesen kenderaan perkhidmatan awam kelas bas dan pemegang lesen kenderaan perlancongan bas tidak menyedari keperluan untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) sekiranya kenderaan mereka terlibat di dalam kemalangan. Pengendali bas wajib untuk melaporkan kepada SPAD maklumat kejadian di talian Aduan SPAD (1-800-88-7723) dalam tempoh 2 jam. Keperluan melaporkan kemalangan ini dijadikan syarat am lesen untuk pengendali bas. 

Pengendali bas tidak boleh memandang ringan keperluan untuk melaporkan kemalangan ini kerana berdasarkan Seksyen 22(3) dan Seksyen 41(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 menyatakan bahawa sekiranya pengendali berlesen bas dan pemegang lesen bas persiaran gagal mematuhi syarat yang dikenakan pada lese pengendali atau lesen bas persiaran masing-masing, apabila disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. 

Pekeliling SPAD bilangan 6 tahun 2014 boleh dibaca seperti di bawah:



August 10, 2014

19 Lihat Dengan Siapa @anwaribrahim Sambut Hari Jadi Hari Ini




Dengan siapakah Ketua Umum (KETUM) PKR ingin mendapatkan bantuan untuk menyingkirkan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor melainkan sakan sekutunya DAP. KETUM Anwar Ibrahim sanggup datang menyembah dan melobi DAP dalam mesyuarat CEC DAP yang diadakan hari ini untuk mencapai cita-citanya menjadikan isterinya Menteri Besar Selangor. Patutlah malam tadi, KETUM Anwar Ibrahim tidak hadir ceramah seperti dijadualkan di Seksyen 19, Shah Alam. Saifuddin Nasution kata KETUM pergi jumpa "orang penting" sebab itu tidak hadir. Sekarang kita tahu siapakah "orang penting" tersebut.

Takkanlah DAP hanya beri sokongan kosong. Pasti ada perkara dan ada habuan yang menanti sekiranya Dr Wan Azizah berjaya diangkat sebagai Menteri Besar Selangor. Tahniahlah Rakyat Selangor. Selepas ini secara automatik pastinya KETUM Anwar Ibrahim akan menjadi Presiden BALKIS iaitu Badan Amal Kebajikan Negeri Selangor. Mesti bangga gila isteri-isteri ADUN Selangor dapat KETUM Anwar Ibrahim sebagai Presiden mereka.

Happy birthday KETUM Anwar Ibrahim. Azam Hari Jadi ke 67, nak jadi Presiden Balkis ke?


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates