July 19, 2014

0 Pengendali Bas Ekspres Dan Persiaran Wajib Pamer Nombor Talian Aduan


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan pekeliling yang mewajibkan semua pengendali bas ekspres dan persiaran mempamerkan nombor talian aduan di dalam dan luar bas. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tindakan itu penting bagi memberi penekanan terhadap aspek keselamatan dan pengurusan aduan agar tindakan pencegahan dapat diambil dengan segera. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan dan tinjauan pengurusan penjualan tiket serta operasi bas ekspres menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bersepadu Selatan di sini semalam. Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan, pengendali bas perlu memastikan nombor talian aduan dipaparkan aktif dan boleh dihubungi ketika kenderaan beroperasi. 

Menurut beliau ini adalah kesinambungan kepada arahan terdahulu yang berkait dengan isu keselamatan penumpang seperti pengaktifan dan pemasangan GPS (penentu kedudukan global) pada kenderaan, pelaksanaan Kod Amalan SPAD ICOP - Keselamatan dan pelaksanaan bilik kawalan operasi bagi tujuan pemantauan kelajuan bas. Tambah beliau lagi, selain mempamerkan nombor aduan, pengendali juga perlu mencetak di atas tiket perjalanan yang dikeluarkan kepada penumpang.

19 Nyonya Berbaju Tulisan Al Fatihah - Tak Peka Atau Biadap?

Kemaskini 1.00 AM 20/07/2014:

Apa kata Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar dalam laman sosial Twitter beliau:


Posting Asal:

Agak kurang beradab memakai pakaian yang mempunyai tulisan Umul Kitab Al Fatihah terutama bagi yang bukan beragama Islam. Adalah Nyonya Cina berkenaan tidak peka dengan kesucian Agama Islam atau beliau sengaja menempah kontroversi dengan mencabar kesabaran orang-orang Islam terutama di bulan Ramadhan ini. Ketidakpekaan terhadap sensitiviti Umat Islam amat tidak boleh diterima disebabkan kita sudah hidup berbilang kaum sudah berpuluh tahun. Tidakkah perkara sensitif sebegini tidak tahu? Lainlah beliau seorang pelancong negara asing yang bengap!

CTS sanjung lelaki di dalam gambar di atas yang berani menegur Nyonya berkenaan berkenaan perkara di atas. Lelaki berbangsa Arab mengamuk dan memarahi perempuan Cina berkenaan di pasaraya Hero, Taman Dagang, Ampang kerana memakai baju dengan corak ayat-ayat Al Quran. CTS akan melakukan sedemikian sekiranya berada di tempat beliau. Jika sewaktu video Kiki viral di laman sosial, berduyun-duyun 'keyboard warriors' membongkar maklumat peribadi Kiki sehingga gambar rumahnya didedahkan umum. Apakah perkara yang sama mereka akan lakukan kepada Nyonya ini?


1 Kibar Bendera Separuh Tiang Untuk #MH17 Boleh Tersenyum? Apa Yang Kelakar?

Perdana Menteri semalam dalam ucapannya telah mengarahkan Jalur Gemilang untuk dikibarkan separuh tiang hingga Hari Isnin ini bagi menghormati mangsa pesawat MAS yang terhempas, MH17. Hari ini kebanyakan pejabat-pejabat Kerajaan dan swasta mula mengikuti arahan berkenaan dengan mengibarkan bendera negara separuh tiang.

Ini termasuklah pihak pembangkang dari parti PAS. Kita puji tindakan mereka. Cuma apa yang dikesalkan kenapa bergambar menurunkan Jalur Gemilang separuh tiang sambil tersenyum. Apa yang kelakarnya? Ini bukan acara ber'selfie' atau bergambar ikut gaya Mr Bean.

0 Lawatan Pengerusi SPAD Ke Hentian Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Semperna Hari Raya Aidil Fitri 2014


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar bersama sama Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Mohamad Nur Kamal, Ketua Pegawai Pembangunan Encik Azmi Abdul Aziz telah meninjau keadaan di Hentian Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bersempena musim perayaan di samping memberi sedikit juadah untuk berbuka puasa bagi penumpang bas ekspres. Lawatan ini diharap dapat memupuk kesedaran terhadap keselamatan selain dari mewujudkan situasi 'mesra penumpang'.

Di dalam sidang media beliau selepas itu semalam, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, beliau menyarankan semua pengusaha atau pengendali syarikat bas ekspres agar membuat pendaftaran lesen perubahan sementara (LPS) lebih awal terhadap semua bas ekspres tambahan dan bas catar yang digunakan semasa musim perayaan bagi mengelakkan sebarang masalah. Setakat ini katanya sebanyak 127 permohonan telah diterima. Tarikh sah laku LPS adalah dari 19 Julai sehingga 4 Ogos 2014.






July 18, 2014

54 Hina Kapten Pesawat #MH17 Dan Maki Melayu - @SKMM_MCMC Dan @PDRMsia Wajib Ambil Tindakan @KBAB51






Ketika Rakyat Malaysia masih lagi bersedih dan berkabung di atas kehilangan pesawat MAS MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine - Russia, masih ada Rakyat Malaysia yang berhati binatang yang mencerca krew pesawat berkenaan. Agak kurang ajar wanita Cina yang bernama Sim Kwang Yung ini yang memanggil juruterbang pesawat MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin  sebagai bodoh dan menyamakan beliau dengan kambing pemakan rumput. Wanita yang tidak beradab ini turut mempertikaikan hak keistimewaan orang-orang Muslim dan Bumiputera melalui tulisan-tulisan di posting di laman sosial Facebook beliau. 

Buat Ketua Polis Negara, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bertindaklah dengan kadar segera sepertimana sepantas kilat kertas siasatan dibuka dan diambil ke atas pesalah buli jalanraya, Kiki yang terus dipanggil memberi keterangannya. Buktikan kepada RAKYAT MALAYSIA yang tuan-tuan budiman bertindak dengan adil berpaksikan undang-undang untuk semua kaum.

4 Adakah Salah Identiti Pesawat Presiden Russia, Vladimir Putin Punca MH17 Ditembak?




Lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moscow. Manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moscow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96. Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia. IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama. "I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsawon 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time", menurut sumber berkenaan. Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunyai struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.

6 Tragedi MH17 - Apabila Wartawan Dan Editor Harakah Menyiarkan Gambar Palsu ...


CTS ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa kapal terbang terhempas  di Timur Ukraine, malam semalam, pesawat MH17. Al Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam. Apa yang boleh kita pelajari dari episod pesawat MAS yang masih hilang, MH370 dan pesawat terhempas MH17 adalah warga media sosial dalam sekelip mata boleh berubah menjadi pakar dalam industri penerbangan dan anti penganas. Pakar yang tidak diundang ini kekadang menyusahkan orang dengan menyebarkan berita palsu dan tidak tepat.

Tidak terkecuali wartawan dan editor Harakah yang juga EXCO Lajnah Penerangan PAS Pusat, Tarmizi Mohd Jam, yang turut menyiarkan gambar palsu yang telah diedit oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Masing-masing mahu jadi pemecah berita (breaking news). Mereka tidak tahu sepatutnya kepala mereka yang dipecahkan kerana mengedarkan berita dan gambar palsu yang tidak dipastikan kesahihannya. Tak perlu terkejut kan. Ini sahaja taraf berita dari editor dan wartawan Harakah.

July 17, 2014

13 Cepatnya Kiki Ditahan - Kenapa Tindakan Yang Sama Tidak Diambil Terhadap Individu Menghina @PDRMsia TS @KBAB51 ?


Siti Fairrah Asyikin, 30 atau lebih dikenali sebagai Kiki, yang dirakam membuli seorang warga emas di kawasan tempat letak kereta Pusat Transfirmasi Bandar (UTC) di Kuantan Isnin lalu ditahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut. Dilaporkan, Kiki hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada pukul 4.00 petang bersama ibu, ayah dan keluarganya sebelum ditahan.

Dalam insiden itu, Kiki yang memandu kereta Peugeot putih bertindak membuli pesara yang terlanggar keretanya. Walau bagaimanapun, pagi tadi melalui siaran radio ERA, Kiki telahpun meminta maaf dengan Uncle Cina berkenaan, dan Uncle berkenaan tidak mempunyai sebarang dendam dan ingin membuat laporan polis berkaitan isu berkenaan. Siaran berkenaan dapat diikuti dalam video di bawah:


Tidak dapat dinafikan, tindakan yang dilakukan oleh Kiki sebagai pembuli jalan raya memang salah di sisi undang-undang. Bukan niat CTS untuk mempertikaikan tugas PDRM apatah lagi  untuk campurtangan dalam mana-mana kes polis. CTS adalah merupakan penyokong kuat pihak PDRM. Namun, umum melihat tindakan penahanan Kiki ini berlaku dengan begitu pantas. Tiada laporan polis dibuat oleh mangsa. 

Pihak PDRM berkemungkinan besar bergantung kepada video yang tersebar luas di media sosial. Persoalannya, jika pihak PDRM bergantung kepada video berkenaan untuk membuat tangkapan, mengapakah dalam kes-kes lain yang melibatkan medium yang sama, masih tiada sebarang tangkapan dibuat?

Video penghinaan Cina terhadap Polis Melayu, apa tindakan pihak berkuasa? Polis Melayu dimaki dan diprovokasi tiada siapa pula yang sudi membela mereka. Di bawah ini CTS sertakan koleksi video-video yang menghina anggota PDRM bersama link sumber yang diambil diYoutube:









Mungkin kesemua video-video di atas tidak mempunyai sebarang kesalahan dari sudut undang-undang Malaysia dan pihak PDRM tidak dapat menahan pelaku dalam video berkenaan. Jika itu situasinya, CTS minta maaf. Kalau sebaliknya pelaku di dalam video-video berkenaan melanggar undang-undang, diharap pihak PDRM dapat membuat tindakan yang sewajarnya sepertimana kes Kiki.

0 SPAD Akan Tempatkan Pegawai Di Dalam Bas Ekspres Untuk Menilai Prestasi Pemandu


Ketua Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata SPAD akan menempatkan pegawai yang menyamar untuk menaiki bas ekspres untuk menilai prestasi pemandu. Menurut beliau setiap pemandu bas dikehendaki mengambil ujian air kencing sebelum mereka bertugas. 

Menurut Datuk Che Hasni, Pegawai SPAD akan membuat tinjauan mereka di lebuh raya terpilih untuk memeriksa pemandu bas ekspres. Setiap syarikat bas ekspres diwajibkan untuk memasang sistem kedudukan global (GPS) supaya SPAD boleh menyemak profil kelajuan bas berkenaan. Jika terdapat mana-mana bas tanpa dilengkapi GPS, pihak SPAD akan mengenal pasti pengendali bas dan membatalkan lesen. 

Daripada 207 pengusaha bas didaftarkan, 33 lesen mereka telah digantung kerana gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan di bawah Kod Amalan Industri Keselamatan SPAD. Ini termasuklah kegagalan untuk memasang sistem GPS, kegagalan untuk melantik seorang pegawai keselamatan, kegagalan untuk memantau had laju dan kegagalan untuk memeriksa bas sebelum perjalanan.

Datuk Che Hasni berkata pegawai penguatkuasa telah ditempatkan di terminal bas seperti Terminal Bersepadu Selatan, Pudu Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk memantau perkhidmatan pengangkutan awam termasuk bas ekspres. Beliau berkata pengusaha perlu meletakkan dua pemandu bas untuk perjalanan yang melebihi 300 km. Mereka juga dikehendaki untuk mempunyai buku log untuk merekodkan masa berhenti dan masa menukar pemandu. SPAD akan menyemak rekod dari semasa ke semasa. 

Sehingga Jun 2014, 468 buah bas telah ditahan kerana tidak mempunyai permit, 91 kes kerana mengenakan caj berlebihan kepada penumpang atau tidak mempunyai keseragaman tiket dan 118 kes kerana tidak mempunyai pemandu kedua serta menunggu terlalu lama di lokasi-lokasi yang tidak dibenarkan. Kesalahan lain termasuk 181 kes kerana mengambil dan menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan, 39 kes yang beroperasi di luar kawasan yang diluluskan, dan 83 kes kerana meletakkan kenderaan di lokasi yang tidak dibenarkan. Jika sabit kesalahan, pesalah akan menghadapi denda maksimum RM500,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya, di bawah Seksyen 22, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Akta 2010.

9 Job Vacancy: Awek Cuns Urgently Needed

The picture is for the purpose of illustration only. Nothing to do with the ads.
Dynamic awek cuns (young, beautiful chicks) wanted for a supposedly multi-racial political party to galvinise the party for GE14. They must help the party shed its longstanding stereotypical image of a chauvinistic socialist Chinese party and win over Malay voters.

Qualifications:
  • A university degree in anything. We will close one eye to any discrepancies.
  • Must be Malay, tall, have long hair or wear a modern tudung
  • Photogenic – Must be prepared to stand in front of party posters, fold arms, look beautiful and smile. Willingness to expose teeth is optional requirement
  • Slim, beautiful complexion and act Political experience is not a pre-requisite. We will prepare all speeches for successful candidates and package them according to party aims and agenda.
  • Candidates who have campaigned or helped PERKASA in the past is no longer accepted
Skills:
  • Trilingual in Bahasa Malaysia, English and Mandarin
  • Confident and good PR skills
  • Thick-skinned character a definite pre-requisite
  • Ability to shut up and not react when people call successful candidates names such as awek cuns or boneka
Job Description:
  • Agree with all of Big Daddy’s comments and statements
  • Support Big Daddy’s son in the same way
  • Be prepared to have "selfies" with easily deluded young adults with raging hormones·
  • Topple the status quo by refuting their statements
  • Appear intelligent (We will not test neuron quality, only compliance to party orders)
  • Slam status quo, especially women leaders
  • Catch the attention of media audience so that they forget the party is doing very little
  • Show latest fashion in wardrobe changes
  • Must never be overweight
  • Read all analysis prepared by Big Daddy’s Speech writer
  • Frown like Big Daddy
  • Talk in Manglish like Big Daddy’s son
  • Get as much media coverage as possible in any way
  • Must be prepared to issue statements prepared by Big Daddy or Anak and call it their own statements
Interested awek cuns must send colored passport photographs of front view and profile plus vital statistics and other important details in their CV.

An accompanying video showing how they talk on camera must accompany all applications that must be sent to CCCP@DaddyAnakParty.com.

Last date for application: At least one month before GE14.

Note: Not written by me but with some slight edit by me.

0 Mohd Emir Mavani Will Gear Felda Global Ventures (FGV) To Grow Its Revenue To RM100 Billion In 6 Years

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) aims to grow its revenue to RM100 billion in six years to become one of the top ten agro-business companies globally. FGV transformation initiative is structured to increase revenue eight-fold in six years to RM100 billion by 2020, up from RM12.57 billion in 2013. Coming to just a year in office at FGV, Group president and CEO Mohd Emir Mavani Abdullah predicted the eight-fold growth target would significantly shift FGV's global competitive position.

FGV is now restructured into six clusters, namely oil palm upstream, oil palm downstream, sugar, rubber, research and development (R&D), as well as transport, logistics, marketing and others (TLMO). Each cluster has laid out its own strategic initiatives to achieve its targets by 2020. The palm upstream cluster has targeted to retain its global leadership position in plantations by being the largest CPO producer and holding the largest land bank.

The acquisitions made by FGV in 2013, namely PT Temila Agro Abadi, PT Landak Bhakti Pharma, Pontian United Plantation Bhd and remaining stakes in Felda Holding Berhad, are expected to increase acreage, improve its tree age profile, and consequently higher earnings moving forward.


The downstream cluster is looks at capturing higher margin and high-growth products in the specialty ingredients segment to become one of the world's top three players in industrial fats and gain regional heavyweight status in palm-based consumer goods. The cluster is also pursuing significant shares in the biodiesel and renewable energy market globally. Through MSM Holdings, FGV is already the world's largest sugar producer.

However, in an effort to continue strengthening its position, the sugar cluster has set strategic priorities to increase raw sugar production to complement its downstream business. The cluster aims to be one of the top global companies in refined sugar business, with production volume of four million metric tonnes by 2020.

The newly-formed rubber cluster is currently focused on rubber processing businesses and is set to become a leading integrated rubber player and commanding the world's third highest sales in processed rubber. This will be driven by midstream growth, upstream expansion, downstream ventures and trading activities, giving the cluster complete control of the value chain.

On July 7, it was reported that FGV, Sime Darby Bhd and Singapore-listed Wilmar International Ltd had been shortlisted from a list of seven potential bidder for a 49% stake in London-listed New Britain Palm Oil Ltd (NBPOL) that is held by Kulim, in a deal worth about RM3 billion. NBPOL produces palm oil exclusively in Papua New Guinea and the Solomon Islands, 12 palms oil mills and one refinery each in Papua New Guinea and Liverpool, UK.

July 16, 2014

9 @RafiziRamli Fitnah Lagi Lesen Memandu Naik Harga, DS @LiowTiongLai Nafi - Rafizi Jambu Ni Puasa Ka Tidak?


Ketua Strategik PKR punya modus operandi mudah sahaja. Buat fitnah sesuka hati. Tiada perlu menyediakan bukti untuk mengesahkannya. Ini kerana banyak keldai-keldai di dalam PKR yang akan hangguk kepala macam orang mabuk. Kehadiran keldai-keldai ini sudah cukup buat Rafizi Ramli untuk mengukuhkan fitnah dan pembohongan yang dilakukan olehnya. Dia tak kira bulan Rejab ka, Syakban ka atau bulan Ramadhan, asal boleh Rafizi Ramli akan buat fitnah. Rafizi Ramli ni puasa atau tidak? Kalau beliau berpuasa, suruh beliau minum air sahajalah.

Pembohongan kenaikan harga lesen memandu bagi Kelas D dan Kelas B2 adalah pembohongan dan fitnah Rafizi Ramli yang entah ke berapa kali. Menteri-Menteri Kerajaan Barisan Nasional tidak dapat tidak terpaksa menjawab fitnah dan pembohongan beliau. Apalah kiranya sekali sekala bawa Rafizi Ramli ini ke mahkamah dan saman beliau sehingga tinggal seluar dalam kerana fitnah dan pembohongan?

Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai petang tadi telahpun menjawab isu kenaikan yuran belajar memandu untuk kereta dan motorsikal di laman sosial Twitter beliau. Tiada kenaikan seperti yang dihebahkan di Facebook Rafizi Ramli dan keadaan masih lagi status quo dengan kadar bayaran masih seperti dulu. Bodohlah keldai-keldai yang percaya cakap Rafizi Ramli ini.

0 Campurtangan Politik Menteri @KPDNKK Dalam Urusan Bank Rakyat - Ini Jawapan DS Hassan Malek


Sejak dua tiga hari lepas, blog-blog dan laman sosial Facebook pembangkang memainkan isu surat daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), DS Hassan Malek, kononnya beliau telah campurtangan dan membantu kroni di dalam melangsaikan hutang di antara Carpet Title Sdn Bhd dan Bank Rakyat. Pembangkang terlupa atau buat-buat lupa, Bank Rakyat tertakluk kepada Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002. 

Bank Rakyat adalah sebuah syarikat koperasi dan bukannya Bank dalam erti kata yang sebenar. Bank Rakyat adalah di bawah tanggungjawab DS Hassan Malek atau lebih tepat lagi Menteri KPDNKK. Berikut adalah jawapan balas ke atas fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang mengenai campurtangan politik DS Hassan Malek dalam isu di antara Carpet Title Sdn Bhd dan Bank Rakyat.
ISU PINJAMAN BANK RAKYAT 
Sebelum ini saya diminta dan dinasihatkan oleh Bank untuk tidak memberi komen mengenai perkara ini kerana terikat dengan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.
Namun memandangkan perkara ini sudah menjadi hebahan umum saya terpanggil untuk menjawab bagi menerangkan perkara sebenar dan menghentikan spekulasi dan tohmahan yang diasah menjadi modal politik pihak tertentu.
Saya ingin menjelaskan:
  • Pinjaman yang disebutkan itu bukanlah satu pinjaman tanpa faedah atau pinjaman percuma yang diberikan atau diluluskan oleh saya kepada individu tertentu.
  • Ianya adalah pinjaman lama yang telah diluluskan sebelum saya memikul tanggungjawab sebagai seorang Menteri.
  • Jumlah 32 Juta yang dinyatakan adalah jumlah baki pinjaman (bukan pinjaman baru) dari jumlah pinjaman asal yang termasuk cas keuntungan dan kos pentabiran yang lain.  
  • Pinjaman ini diklasifikasikan sebagai ‘Non Performing Loan’ maka pihak pengurusan mempunyai tanggungjawab kepada pemegang saham untuk mendapatkan sebanyak mungkin baki pinjaman untuk mengelakkan ataupun mengurangkan kerugian dengan sebaik mungkin.
  • Semua keputusan adalah dibuat adalah berdasarkan nasihat dan pandangan yang diterima oleh pihak pengurusan.
  • Penstrukturan adalah amalan biasa dalam industri perbankan dan tiada apa-apa yang luar biasa dalam penstrukturan pinjaman ini juga
'NON PERFORMING LOAN'
Terdapat dua pilihan iaitu untuk tindakan mahkamah atau penstrukturan pembayaran. Sebelum pihak bank membuat tindakan mahkamah beberapa perkara perlu diteliti iaitu:
  • Adakah jumlah cagaran selepas lelongan dan pembubaran semua asset-aset syarikat mampu memberikan pulangan terbaik kepada bank?
  • Apakah jumlah kos tambahan kepada bank dari segi kos guaman serta, dokumentasi, lelongan dan masa yang diambil?
Manakala untuk melaksanakan penstrukturan pihak bank pula perlu meneliti perkara seperti:
  • Adakah penstrukturan mampu memberi pulangan yang lebih baik kepada pihak bank berbanding tindakan mahkamah?
  • Berdasarkan prestasi syarikat peminjam mampukah syarikat melaksanakan penstrukturan berjangka?
  • Berdasarkan prestasi syarikat apakah jumlah bayaran semula mampu ditanggung dalam masa yang ditetapkan?
  • Sekiranya syarikat gagal dalam melunaskan semula hutang melalui penstrukturan apakah tindakan yang boleh diambil oleh Bank?
PENSTRUKTURAN
Berdasarkan penelitian yang telah dinyatakan pihak pengurusan telah mencadangkan untuk menawarkan penstrukturan atas sebab berikut:
  • Keputusan terbaik ialah untuk memilih kaedah yang dapat mendapatkan jumlah baki pinjaman sebaik mungkin.
  • 'Dollar to Dollar recovery' Penstrukturan yang dapat mengembalikan setian sen dari pinjaman asal dikiranya pilihan yang lebih baik berbanding tanggungan kerugian melalui tindakan mahkamah.
  • Kerugian bayaran lewat dan kos faedah hangus dapat diminimumkan dengan menggunakan bayaran tunai peminjam untuk mendapatkan faedah deposit tetap, cas keuntungan pinjaman antara bank dan mekanisma kewangan yang lain.
  • Setelah mengira kos yang terlibat termasuk lelongan dan pembubaran aset didapati penstrukturan akan memberi pulangan pinjaman yang lebih baik berbanding tindakan undang-undang.
  • Berdasarkan kajian dan perbincangan kedua belah pihak jumlah bayaran berkala dalam jumlah yang dinyatakan dikira mampu untuk syarikat peminjam untuk meneruskan perniagaan seterusnya melunaskan baki hutang mereka dalam masa yang dipersetujui.
  • Sekiranya bayaran penstrukturan gagal maka pihak bank akan meneruskan tindakan undang-undang dengan serta merta.
Sememangnya pihak bank mahu mengenakan cas bayaran maksimum akan tetapi keboleh upayaan syarikat dalam jangka masa panjang dalam melunaskan baki hutang.
KESIMPULAN
Keputusan yang terbaik untuk pemegang saham berdasarkan keadaan yang dihadapi:
  • Mengikut norma dan kebiasaan amalan industri.
  • Membuat keputusan berdasarkan pulangan terbaik dalam satu transaksi perniagaan.
  • Atas nasihat dan perbincangan dari pihak pengurusan bank dan tidak dibuat secara bersendirian.
  • Mengikut lunas undang-undang yang sedia ada.
Siasatan juga telah dibuat oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebelum ini seperti yang telah dinyatakan dalam jawapan Parlimen dan kenyataan media yang diberikan oleh SPRM.
Semua keterangan telah diberikan termasuk dokumen-dokumen yang relevan juga telah diserahkan kepada SPRM dan Bank Negara mengenai isu ini.
Sekiranya Ahli Parlimen Pandan mahu membuat laporan lanjutan atau tambahan kepada mana-mana pihak bertanggungjawab itu terpulang kepada beliau, saya tiada masaalah untuk membantu siasatan, memberi keterangan apatah lagi sekiranya ia membantu membersihkan nama saya.
Saya teguh dengan pendirian bahawa semua tindakan yang dibuat oleh saya dan pihak bank dalah berpandukan kepada yang terbaik buat pemegang saham, berdasarkan lunas undang-undang dan mengikut norma industri perbankan.
Dato Sri Hasan Bin Malek
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

18 YB DAP @ngakorming Makan Nasi Berbuka Puasa Di Masjid Dengan Tangan Kiri - Biadap?


Inilah natijahnya apabila menjemput seorang Wakil Rakyat DAP Cina untuk berbuka puasa. Mungkin ada yang mempertikaikan mana ayat Al Quran atau Hadis Qudsi yang mengatakan tidak boleh makan dengan tangan kiri. Namun masyarakat Melayu telah berkurun lama dikandung adat. Agak biadap apabila tangan yang membasuh bontot digunakan untuk menyuap nasi. Mungkin khairiah Masjid Expo Kamunting ini begitu kemaruk untuk berbuka dengan Ahli Parlimen Taiping dan suku sakat DAP yang lain sehinggakan sudah tidak kisah dengan semua ini. 

Mungkin elok kiranya dari AJK Masjid menjemput cina-cina DAP kafir harbi yang tidak berpuasa ini untuk berbuka puasa, menjemput anak yatim dan fakir miskin? Lebih afhdal rasanya. Kenapa tidak YB Nga Kor Ming menyuap sekali nasi ke dalam mulut Pak Imam dan AJK Masjid tanda kemesraan yang berpanjangan?


7 Patung Buddha Kontroversi Di Kota Tinggi Akhirnya Diturunkan (6 Gambar)


Binaan patung Budha yang menjadi pertikaian kerana dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan di Kota Tinggi akhirnya diturunkan pagi ini selepas mendapat campurtangan daripada DYMM Sultan Johor. Kontroversi tercetus bulan lepas apabila lebih 200 penduduk meminta pihak berkuasa tempatan menghentikan pembinaan sebuah patung Buddha di Kampung Tembioh, Kota Tinggi, Johor. Selain dikatakan tidak mendapat kebenaran pembinaan patung setinggi hampir 10 meter itu terletak terlalu hampir dengan sebuah surau.

 



4 Sejak Bila Parti Pas Diiktiraf Sebagai Amil Zakat Fitrah?


Tidak cukupkah dengan amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam setiap negeri sehingga memaksa sebuah parti politik melantik dirinya sebagai amil atau pengutip wang zakat fitrah? Kita boleh bersangka baik di bulan Ramadhan ini. Namun dengan 'track record' yang ditunjukkan oleh parti politik PAS ini membuatkan kita menjadi sangsi. Berapa banyak tabung dan kutipan derma yang diwujudkan sebelum ini semuanya hangus tanpa khabar berita. 

Sebut sahaja Tabung Memali, Tabung Lahad Datu, Tabung Kemanusiaan Gaza dan banyak lagi tabung-tabung lain, ke manakah wang berkenaan disalurkan dan di mana laporan audit tabung berkenaan? Ditambah pula sekarang PAS hendak jadi amil wang zakat? Bagaimana PAS hendak membezakan wang zakat dengan wang derma parti yang lain supaya dapat diagihkan wang zakat berkenaan kepada asnaf-asnaf yang terlibat? Ini merupakan penipuan yang terang di siang hari, tidak begitu?

July 15, 2014

1 DYMM Sultan Selangor Murka Dengan MP Shah Alam @KhalidSamad



DYMM Tuanku Sultan Selangor hari ini menyeru Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad agar jangan biadap dan jahil mengeluarkan kenyataan berhubung Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Tuanku Sultan Selangor bertitah ketika di majlis penyerahan bantuan Hari Raya di Masjid Pekan Sepang, Selangor, sebentar tadi. Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam itu dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan penentangan terhadap kuasa Tuanku Sultan.

Ini bukan kali pertama YB Khalid Samad mengeluarkan kenyataan mempersoalkan MAIS dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya lapuk. Baginda Sultan Selangor juga menyeru supaya Khalid jangan biadap dan jahil apabila membicarakan isu kuasanya dan peranan MAIS. MAIS titah Baginda sentiasa menghormati orang-orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam titah ketika Baginda turut merasmikan Masjid Pekan Sepang, Baginda secara terbuka menyebut nama Khalid Samad. Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu."
"Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah Negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-ndang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor."
"Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Beta dalam menjalankan kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor."
"Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang. Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif MAIS dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk."
"Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka."
"MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain di dalam menganut agama."
"Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di Negara ini sentiasa terpelihara."
TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR DI MAJLIS PERASMIAN MASJID PEKAN SEPANG PADA HARI SELASA, 15 JULAI 2014 BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1435 H

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke majlis perasmian masjid dan berjumpa serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh dengan rakyat Beta di daerah ini.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana negara Malaysia dan negeri Selangor yang kita kasihi ini adalah dalam keadaan aman dan tidak ada kekacauan dan rusuhan, yang mana umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan aman dan Allah Subhanahu Wata’ala telah menyuruh umat Islam menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini dan beramal serta menjalankan kerja-kerja yang mulia serta menghindari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan agama Islam .

Beta juga bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama menyambut Nuzul Quran yang mana ini adalah satu peristiwa agung yang perlu diingati iaitu turunnya Al-Quran dari Loh Mahfuz ke Baitul Izah di Langit Dunia dan juga turunnya ayat pertama daripada surah Al-Alaq yang diturunkan dari Baitul Izah kepada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, melalui Malaikat Jibril Alaihis Salam dan ianya mengambil masa selama dua puluh tiga (23) tahun untuk menyempurnakan Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjalankan kehidupan didunia ini dan beribadah kepada Allah Subhanahu

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Beta mengingatkan supaya orang Melayu umat Islam janganlah berbalah antara satu sama lain sebaliknya orang Melayu umat Islam, haruslah bersatu padu dan bermuafakat.

Orang Melayu umat Islam jangan fitnah-menfitnah, mencaci dan menuduh antara satu sama lain serta membuat cerita-cerita yang tidak benar hingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan seterusnya akan mencetuskan permusuhan antara sesama orang Melayu umat Islam dan akan mengakibatkan kerugian kepada generasi kita di masa depan.

Perpecahan orang Melayu akan merugikan orang Melayu sendiri, baik hari ini ataupun untuk generasi akan datang. Orang Melayu mestilah bersatu padu dan mengukuhkan bangsa Melayu serta agama Islam agar tidak diperlekehkan.

Beta percaya seandainya orang Melayu tidak mahu bersatu padu, nescaya di satu hari nanti tragedi akan menimpa orang Melayu yang mana orang Melayu akan menjadi satu bangsa yang kian pupus dan tenggelam ditelan zaman serta akhirnya akan hanya tinggal nama semata-mata.

Adakah kita mahu tragedi sebegini berlaku kepada orang Melayu yang beragama Islam di tanah air kita sendiri? Fikirkanlah siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi.

Selain itu, Beta juga amat dukacita dengan golongan ekstremis agama, liberalisasi agama dan juga pluralisme agama yang sedang berleluasa di negara kita. Ekstremis agama, liberalisasi agama dan pluralisme agama bukan sahaja akan merosakkan aqidah umat Islam, malah akan menghancurkan umat Islam di suatu masa nanti.

Ekstremis agama yang Beta maksudkan adalah golongan ekstremis yang sering mencetuskan keganasan tanpa batasan, manakala liberalisasi agama adalah golongan yang mengamalkan budaya seperti LGBT yang secara terang-terangan melanggar aqidah umat Islam.

Pluralisme agama pula adalah mereka yang berpendapat semua agama termasuk agama Islam adalah sama dan tidak ada satu agama pun boleh diberikan kelebihan berbanding agama-agama lain.

Walau bagaimanapun kita perlu akur bahawa agama Islam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi kerana ia adalah Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, semua golongan ini perlu dibendung agar aqidah umat Islam terpelihara dan dilindungi. Beta mahu rakyat Negeri Selangor mengamalkan agama Islam yang “moderate” mengikut fahaman Ahli Sunah Dalam pada itu, Beta merasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat. Ada di kalangan mereka ini telah dengan berani mempersoalkan kuasa institusi agama Islam seperti MAIS yang selama ini berperanan memastikan kesucian agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor

Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.

Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah Negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-ndang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Beta dalam menjalankan kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.

Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang. Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif MAIS dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.

Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka.

MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain di dalam menganut agama.

Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di Negara ini sentiasa terpelihara.

Di bulan yang mulia ini juga Beta berkenan supaya semua umat Islam di Negeri Selangor ini mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanuhu Beta mengingatkan sekali lagi janganlah dijadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan juga tempat mengadakan demonstrasi yang negatif, baik di dalam atau di kawasan perkarangan masjid.

Masjid dan surau adalah tempat Umat Islam dan Orang Melayu beribadat dan bertemu bagi mengeratkan silaturrahim antara sesama orang Melayu umat Islam.

Beta mengakhiri ucapan Beta ini dengan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam, semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah Subhanahu Wata’ala. Jadikanlah masjid sebagai tempat yang aman, selesa dan kondusif untuk setiap umat Islam melakukan ibadah dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.

Maka dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta merasmikan Masjid ini dengan nama Masjid Pekan Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

July 14, 2014

2 Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) Rakam Takziah Ke Atas Wira Yang Gugur Di Pulau Mabul

Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) merakamkan kesedihan atas gugurnya seorang anggota polis, Allahyarham Koperal Abdul Rajah Jamuan dalam satu kejadian serangan di Pulau Mabul pada 12 Julai 2014 serta kehilangan seorang lagi anggota bernama Koperal Zakia Aleip. 

Apa yang mengecewakan adalah berlakunya pencabulan undang-undang negara di mana serangan tersebut telah mensasarkan anggota-anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan negara. Serangan yang tidak berperikemanusiaan ini pasti memerlukan peningkatan tumpuan ESSCOM terhadap strategi keselamatan di kawasan timur Sabah.  

Menurut Pengerusi Pengaman, Tan Sri Norain Mai, adalah menjadi harapan Pengaman agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah terutamanya ESSCOM, lebih tegas dalam mengambil tindakan supaya kejadian yang pastinya telah menggugat maruah PDRM tidak berulang lagi. Pengaman berpendapat, ESSCOM dengan kerjasama pihak berkuasa Filipina akan dapat menghasilkan kejayaan, terutama dalam bidang risikan dan penguatkuasaan.

5 Disebabkan Parking Di Tempat Larangan, @cmlimguaneng Terpaksa Buat Sidang Akhbar



Dua gambar di atas menjadi viral di media sosial Facebook semalam apabila keraeta Mercedes Benz S300L kelabu bernombor pendaftaran PG1 milik Ketua Menteri Pulau Pinang, telah meltakkan parking di tempat yang dikhaskan "No Parking, Drop Off Only" di Kompleks Penang Times Square semalam. Di dalam sidang media Setiausaha Agung DAP itu, beliau memberi alasan bahawa pemandunya telah diarahkan untuk meletakkan kenderaan di situ, jadi ianya bukannya menjadi satu kesalahan. 

Tambahnya, lagi, kenderaannya telah diletakkan di tempat persendirian dan bukannya di tempat awam. Tahniahlah. Seorang Ketua Menteri terpaksa buat sidang akhbar untuk menjelaskan kesalahannya meletakkan parking. Tinjauan hari ini mendapati, tempat parking persendirian Ketua Menteri itu sudah pun ditutup.


Kejadian ini bukanlah kes kali pertama kenderaan berkenaan tersalah parking. Ogos tahun lepas, pengguna Facebook yang sama, Tan Khai Beng, telah mengambil gambar kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang ini yang bernombot PG1 telah diletakkan di tempat "clamping zone" di Lebuh Cambell. Gambar pengguna Facebook ini menjadi viral dan mendapat liputan meluas dari media cetak.


July 13, 2014

32 Dah Habis Ustaz Yang Ada, YB Gemuk DAP Juga Dipanggil Ceramah Di Surau




Patutlah ahli-ahli PAS bengap tak sudah. Berapa banyak Ustaz dan Tahfiz yang ada di Malaysia ini yang boleh dipanggil untuk bagi tazkirah, YB Cina DAP Kafir yang disanggap oleh mereka. Kejadian berlaku di sebuah surau di Ledang. ADUN Tangkak YB Ee Chin Li telah dipanggl untuk berucap di Majlis Iftar Ramadhan PAS Ledang. Mungkin dengan dua tiga ayat Al Quran tergangga habis pak-pak lebai ini. Kalau berucap di luar surau tak boleh kah? Perlukah si gemuk ini untuk mencemar surau? Baghal sungguh khariah di kawasan ini.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates