May 31, 2014

5 Tahniah Datuk Mah Dan BN, Cuba Lagi 'YB' @dyanasmd PRU14 Akan Datang ... Bye Sayang

Terkini 10.00 p.m.:

Keputusan Penuh Dan Rasmi PRK Teluk Intan

BN : 20,157

DAP : 19,919

Majoriti : 238

% perbezaan undi : 0.6%

Jumlah peti undi keseluruhan: 122

Jumlah Peti Undi Diterima : 122

Jumlah Peti undi blom terima :0

Calon BN Datuk Mah Siew Keong Menang PRK Teluk Intan


Terkini 9.45 p.m.:

BN 20,157

DAP 19,919

Menang BN 238

Alhamdulillah.

Osting Asal:

eputusan TIDAK RASMI PRK TELUK INTAN

Laporan Kedudukan Semasa:
Keputusan TIDAK RASMI sehingga jam 8.00 mlm.

Jumlah keluar mengundi adalah 39,850 (66.50%). Jumlah undi yg telah dikira sehingga jam 8.00 mlm adalah sebanyak 39,508 (65.47%)

Dari Jumlah tersebut:
BN: 19, 922 (49.74%)
DAP: 19, 621 (48.74%)
Majoriti: 301 (BN)

NOTA: Terdapat 1 saluran lagi masih dikira semula. Ubah TV (DAP) menyatakan BN menang dengan 238 undi. BN pun sudah maklum kemenangan BN.

May 29, 2014

2 @dyanasmd Seorang Penipu - Gambar Beliau Di Raptai Perhimpunan PERKASA Bertarikh 21/03/2009 Pula Tersebar

Dyana Sofya, calon DAP bagi PRK Teluk Intan dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 26 Mei 2014 menyatakan yang beliau hanya membantu Ibunya mengendalikan sessi pendaftaran ahli baru PERKASA di Majlis Pendaftaran Ahli baru pada 21 Oktober 2008. Di dalam kenyataan akhbarnya, beliau menegaskan seolah-olah itulah satu-satunya majlis beliau bersama PERKASA. Mana-mana pembaca yang lurus akan membuat kesimpulan yang sama selepas mendengar penjelasannya. Kenyataan Ibunya selepas itu juga memberi gambaran yang sama. 

Apa yang Dyana Sofya tidak jelaskan kepada umum adalah beliau turut bergiat aktif di dalam PERKASA selepas sessi pendaftaran berkenaan. Buktinya, pada 21 March 2009, beliau juga turut terbabit di dalam membantu menyempurnakan Raptai Perhimpunan Dan Sidang Kemuncak Peribumi PERKASA Negara yang telah diadakan pada keesokkan harinya. Gambar-gambar Dyana Sofya di bawah yang berbaju hijau diambil di blog PERKASA, di sini. Lihat Dyana Sofya yang memakai tag berwarna kuning seperti tag penganjur. Ini membuktikan bahawa beliau aktif di dalam PERKASA. Pengundi-pengundi di Teluk Intan harus tahu pembohongan ini.



0 SPAD Gantung Dua Bas Yang Tidak Diselenggara Dengan Baik


Dua buah bas yang tidak diselenggarakan dengan baik telah diperintahkan untuk menghentikan operasi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD ) selepas pengendali bas berkenaan gagal untuk memastikan bahawa bas mematuhi peraturan-peraturan operasi jalanraya. SPAD kini sedang menunggu laporan penuh daripada pengendali bas berkenaan selepas kedua-dua bas yang dirampas pada hari Rabu dalam satu operasi di Pudu Sentral dan kawasan berhampiran.

Ketua Penguatkuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata tindakan tegas telah diambil sebagai bas tidak memenuhi piawai operasi yang ditetapkan oleh SPAD dan ia boleh mencemarkan reputasi pengangkutan awam di negara ini. Menurut beliau, struktur luaran dan hiasan dalaman bas yang dirampas adalah tidak diselenggarakan dengan baik menjadikan mereka tidak layak berada di jalanraya. 

Tambah beliau, SPAD mahu mengingatkan semua pengusaha pengangkutan awam darat di negara ini bagi memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan selamat dan selesa untuk penumpang. Ini penting kerana ramai pelancong menggunakan perkhidmatan mereka dan imej negara yang dipertaruhkan.

Pada masa yang sama Che Hasni menggesa pihak pengguna untuk membuat aduan sekiranya mereka mendapati pengangkutan awam atau kenderaan perdagangan yang tidak berada dalam keadaan operasi yang baik. Bagaimanapun, mereka yang membuat aduan perlu bersedia untuk dipanggil oleh SPAD untuk memberi kenyataan lanjut untuk memudahkan siasatan pihak SPAD.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 22, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan pengendali boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM1,000 atau tidak lebih daripada RM500,000, atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Terdahulu, dilaporkan bahawa pihak SPAD telah menggantung 600 permit bas ekspres dari 107 syarikat-syarikat yang gagal untuk menggunakan Sistem Kedudukan Global ( GPS) dalam latihan audit baru-baru ini .

3 Gambar-Gambar DS @NajibRazak Menziarahi Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan isteri, DS Rosmah Mansor pagi tadi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam. DS Najib yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, tiba di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini pada 9 pagi dan akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan enam hari yang bermula Selasa sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

1 @dyanasmd Dan @mbnizar Melawat Jenazah Almarhum Tuanku Sultan Perak Pun DAP Buat Promosi? Ikhlas Ke Tidak Ni?



Gambar-Gambar calon PRK Teluk Intan, Dyana Sofea menziarahi jenazah Almarhum Tuanku Sultan Perak di Istana Bukit Chandan, diberi publisiti yang meluas oleh media-media pembangkang. Turut kelihatan mengiringi Dyana Sofya adalah Mantan Menteri Besar Perak yang masih menggunakan 'tweet handle' 'mb' pada pangkal namanya, DS Nizar Jamaluddin. Kelihatan juga Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan Ketua DAP Perak, YB Ngeh Koo Ham.

Kehadiran pemimpin-pemimpin pembangkang Perak ini menimbulkan tanda tanya. Adakah mereka berniat ikhlas atau sengaja mencari publisiti murahan untuk mendapatkan iklan percuma untuk kempen PRK Teluk Intan. Ini memandangkan tidak ada seorangpun di antara mereka yang meminta maaf kepada Almarhum Tuanku Sultan Azlan Shah ketika hayat Baginda kerana dosa-dosa menderhaka yang mereka lakukan.

Mungkin pembaca meminta CTS berfikiran positif. Baiklah. Mungkin Nizar Jamaluddin datang ke sini untuk sembah derhaka sekali lagi? Nak berfikir positif lagi, kenapa juak-juak pembangkang ini hadir ke majlis ini dengan muka tersenyum gembira? Apa yang mengembirakan hati mereka?

May 28, 2014

8 Tindakan Blogger Pro PAS Perak Samakan Sultan Perak Dengan Berhala Amat Biadap Dan Keterlaluan cc. @PDRMsia



Media sosial dihebahkan dengan berita palsu kemangkatan DYMM Sultan Perak pada Hari Ahad yang lepas, sedangkan Baginda Sultan Perak hanya dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaan Baginda dilaporkan stabil. Umum juga mengetahui bahawa apabila berlaku sebarang kemangkatan Sultan atau pembesar negara, bendera akan dikibarkan separuh tiang.

Tindakan seorang blogger pro PAS Perak yang dikenali sebagai Otai Manjung di laman sosial Facebook, menyamakan Baginda Sultan Perak dengan 'berhala' amat keterlaluan dan biadap. Dalam parti PAS sedang mengusung dan menjunjung ikon anak muda DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya, mereka sendiri terlupa mentarbiyah akhlak dan sahsiah anak muda yang menyokong perjuangan PAS.

0 Gempar!!! Pemuda UMNO Bakar Pusat Gerakan DAP #PRKTelukIntan Di Changkat Jong Semalam


Sejak malam semalam, pihak Red Bean Army (RBA) telah membuat provokasi dan publisiti murahan untuk memburuk-burukkan UMNO dengan menyebarkan fitnah bahawa Pemuda UMNO telah membakar Pusat Gerakan DAP di Changkat Jong semalam. Fitnah ini bertujuan bagi membangkitkan kemarahan pengundi-pengundi PRK Teluk Intan.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah kebakaran sebuah kedai perabot. Gambar-gambar tapak kedai perabot yang terbakar semalam dilampirkan di bawah. Walaupun bukan UMNO yang bertanding secara langsung di Teluk Intan, DAP masih takutkan dengan bayang-bayang mereka sendiri. Pengaruh kuat UMNO masih lagi menjadi ingauan ngeri.


May 27, 2014

4 Depan Ahli PAS, MP DAP Batu Kawan, Kasthury Patoo Ibarat #PRKTelukIntan Sebagai Perang Badar


Bukan susah hendak kelentong juak-juak PAS dalam ceramah. Mulakan ceramah dengan Alhamdulillah walaupun yang menyebutnya kafir harbi. Gelarkan UMNO dengan nama-nama binatang dan masukkan sedikit sejarah Islam atau lebih baik sikit, hafal ayat-ayat Al Quran seperti mana yang dilakukan oleh MP Taiping, Nga Kor Ming. Kebiadaban pemimpin Dap makin menjadi-jadi. Semalam semasa berceramah di PRK Teluk Intan, Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthury Patoo telah membuat provokasi dengan mengungkapkan UMNO sebagai lembu. 

Kasthury Patoo ini beragama Hindu atau Kristian? Kalau beragama Hindu, bukankah lembu itu adalah Tuhan kepada Kasthury Patoo. Adakah beliau menghina atau mengangkat UMNO sebagai Tuhan? Kasthury Patoo juga menyamakan PRK Teluk Intan sebagai Perang Badar sehinggakan terlopong lebai malang juak-juak PAS. Tahukah Kasthury Patoo sejarah Perang Badar atau beliau sesedap mulut sahaja menyebutnya? Bukankah merekalah kafir harbi yg sebenarnya wajib diperangi?

5 Fatwa MP PAS, YB @KhalidSamad Berbunyi Tidak Mengapa Calon DAP #PRKTelukIntan @dyanasmp Tidak Bertudung


Maka berkatalah Ahli Parlimen PAS Shah Alam, YB Khalid Samad yang dipetik oleh The Rakyat Post, di sini:
With regards to her not covering her hair, Khalid said that while covering the aurat was a must, Dyana’s dress was not revealing even though she does not wear a headscarf. The difference is that Dyana Sofya is in DAP. But she always takes care of her appearance in public.
CTS tolong terjemahkan petikan di atas ke dalam Bahasa Malaysia untuk juak-juak PAS yang tidak pandai berbahasa English:
Berkenaan beliau (Dyana Sofya) tidak menutup rambutnya, Khalid berkata, walaupun menutup aurat sesuatu yang wajib, pemakaian Dyana tidaklah menonjol (tidak terdedah) walaupun beliau tidak memakai penutup kepala (tudung). Perbezaannya adalah Dyana Sofya berada di dalam DAP. Tapi beliau sentiasa menjaga penampilannya di khayalak ramai.
Kesimpulan yang kita boleh perolehi daripada fatwa pemimpin PAS seperti Khalid Samad adalah:

1. Kesesuaian hukum hakam Islam boleh diubahsuai atas nama politik mengikut hukum akal dan nafsu pemimpin-pemimin PAS.

2. Pemakaian tudung wajib untuk perempuan-perempuan Islam. Namun, kelonggaran diberikan sekiranya mereka menjaga penampilan mereka di khayalak ramai dan memakai pakaian yang tidak mendedahkan.

2. Menutup rambut hanya wajib untuk wanita-wanita UMNO. Tidak wajib untuk wanita-wanita Islam DAP.

Aib adalah perkara yang memalukan. Tetapi jika seseorang mengubah hukum Allah, kita wajib menegur mengikut keupayaan diri kita. Kalau tidak mampu menegur dengan perbuatan, kita hendaklah menegur dengan kata-kata. Sekiranyanya tidak mampu juga cukuplah sekadar menegur dan tidak bersetuju dengan hati. Hukum Allah tetap hukum Allah. Jangan dipersenda hanya kerana kepentingan politik. Tak gitu wahai YB Khalid Samad?

May 25, 2014

9 'Polis Persendirian' DAP Bermaharajalela Di #PKRBukitGelugor

Ini negara republik. Republik Pulau Pinang. Suka hati kami untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Polis persendirian di negeri republik kami. Suka hati kami sekiranya polis persendirian ini digunakan di merata-rata tempat pembuangan undi untuk merayu undi dan memberi tekanan kepada pengundi-pengundi agar mengundi calon DAP. Malah kami Kerajaan DAP Pulau Pinang menghantar EXCO Pulau Pinang, Phee Boon Pooh untuk berkempen saat-saat akhir di dalam pakaian seragam polis persendirian. Apa SPR boleh buat?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates