May 17, 2014

6 @tm_insider Dan @RafiziRamli Kantoi Fitnahkan DS @NajibRazak Gagal Hadir Majlis Kenduri DS Ahmad Said




Portal The Malaysian Insiders dan Ketua Strategik PKR hari ini telah membuat fitnah paling bodoh di abad ini. Portal berkenaan melaporkan bahawa DS Najib berlepas ke Dubai setelah berjanji untuk hadir di majlis Mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Walaubagaimanapun, artikel portal berkenaan telah dipadam. Pihak kami sempat membuat 'print screen' fitnah berkenaan.

Manakala Ketua Strategik PKR pula sejak pagi meroyan di dalam ruangan media sosial Twitter beliau bahawa DS Najib mungkir janji untuk hadir ke majlis yang sama. Hakikatnya, fitnah tinggal fitnah. Hanya dosa sahaja yang dibawa ke kubur. DS Najib hadir ke majlis berkenaan dan foto-foto di bawah menyaksikan bahawa kemesraan kedua-dua pemimpin berkenaan masih tidak luntur.



2 Gambar-Gambar Raja Bomoh Ini Membuktikan BN Akan Menang Besar #PRKTelukIntan

Datuk Mah Siew Keong, Presiden Gerakan menjadi taruhan BN untuk berentap di PRK Telok Intan.Ia diumum TPM di Telok Intan sebentar tadi. Seperti yang CTS jangkakan dan tulis di dalam posting yang mendapat liputan daripada Malaysiakini, di sini. Pertarungan di Teluk Intan adalah di antara anak dan bapa, orang muda dan orang tua, Mah Siew Keong dan Dyana Sofya.

Namun CTS percaya, melihat sahaja gambar di bawah yang diambil di majlis Pelancaran Jentera BN Teluk Intan, BN akan menang dengan majoriti besar. Tak percaya? Tunggu Tok Bomoh VIP bawa dua biji buah kelapa. CTS rasakanlah lebih baik BN calonkan anak muda di sebelahnya tu, Saudara Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Pusat dan seorang peguam.

May 16, 2014

0 SPAD Akan Bekerjasama Di Dalam Operasi Larangan Merokok Dalam Kenderaan Awam Bermula Hari Ini

Operasi bersepadu penguatkuasaan larangan merokok dalam kenderaan awam di seluruh negara bermula hari ini dalam usaha memastikan pematuhan larangan itu terutamanya di kalangan para pemandu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman dalam satu kenyataan berkata operasi tersebut melibatkan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Objektif utama pelaksanaan operasi itu adalah memastikan pematuhan larangan merokok di dalam kenderaan awam khususnya oleh pemandu kenderaan awam dan penumpang. Operasi ini juga bertujuan memastikan semua pemilik kenderaan awam mempamerkan tanda larangan merokok dengan jelas di dalam kenderaan awam masing-masing seperti di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Semua kenderaan awam merupakan kawasan larangan merokok bertujuan melindungi bukan perokok daripada bahaya asap rokok pasif. Bagi setiap kesalahan merokok di dalam kenderaan awam boleh dikompaun tidak melebihi RM5,000, didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara maksimum dua tahun.

Manakala bagi kegagalan mempamerkan tanda larangan merokok di dalam kenderaan awam, pemilik kenderaan boleh dikompaun tidak melebihi RM1,500, didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara maksimum enam bulan. Kementerian Kesihatan juga akan menguatkuasakan peruntukan baharu di dalam PPKHT (Pindaan) 2013 mengenai larangan menjual, membeli atau memiliki rokok tidak sah.

Peraturan 15 (4A) telah dikuatkuasa pada 1 Januari tahun ini di mana sesiapa yang memiliki rokok tidak sah iaitu tidak dicetak dengan imej amaran kesihatan, mereka boleh dikompaun tidak melebihi RM5,000, denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

1 'YB Back To School' - Idea Pemimpin UMNO Di Luar Kotak, Tahniah Datuk Sharul Yahya!


Tahniah diucapkan kepada ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Yahya, yang mengadakan program di luar kotak (outside the box). Bersempena Hari Guru, hari ini, beliau telah berpakaian lengkap Sekolah Menengah dan melawat ke sekolah di dalam DUN beliau beliau untuk memberi penghargaan kepada guru-guru yang mengajar beliau. 

Pemimpin-pemimpin UMNO kena perbanyakkan program-program unik sebegini untuk menyerlah dan menarik pengundi atas pagar. Cukuplah dengan poster retorik dan 'stereotype' di media-media sosial. Perkara-perkara sekecil ini kadangkala memberi impak kepada mengembalikan aura UMNO di hati Rakyat.



May 15, 2014

10 Wah!! Banyak Taiko Ini Calon DAP #PRKBukitGelugor - Berkempen Naik Jeep Lesen Sudah Mati! @PDRMsia



Belum lagi menjadi Ahli Parlimen, sudah berlagak taiko dengan melanggar undang-undang. Mentang-mentanglah Pulau Pinang diperintah oleh DAP, apakah sudah tidak perlu mematuhi undang-undang jalanraya bagi pengikut-pengikut DAP? Apakah tujuan berkempen ke sana ke sini dengan menaiki jeep yang cukai jalannya telah tamat hendak menunjukkan bahawa anak Karpal Singh ini berada di atas undang-undang? Apakah calon DAP Bukit Gelugor ini tidak perasan bahawa cukai jalan jeep berkenaan sudah tamat atau beliau sengaja untuk mencabar undang-undang?


6 Adakah Ini Pemandangan Di Cambodia, Filipina, Indonesia? Tidak! Sadisnya Ini Di Perak!




Pernahkah kita terfikir, di Semenanjung, walau hanya sungai hanya selebar 50 meter, Kerajaan tidak mampu membina jambatan merentasinya. Sebaliknya, penduduk terpaksa menggunakan feri yang dioperasikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Menariknya negeri berkenaan adalah Perak! Tempatnya adalah di Hulu Bernam. Salah satu PDM dalam Parlimen Teluk Intan. Ianya terletak di sempadan Perak-Selangor. 

Terletak di Ladang Hulu Bernam yang jaraknya 1 jam 20 minit dari Teluk Intan. Apa usaha yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen DAP Parlimen Teluk Intan, Mendiang Seah Leong Peng. Apa tindakan yang dibuat oleh ADUN UMNO/BN Changkat Jong, Mohd Azhar Jamaluddin? 

Beberapa hari lagi bakal berlangsung PRK di sini. Kedua-dua belah pihak bakal menabur janji itu dan ini. Di sini terdapat 400 orang pengundi di sini bagi Parlimen Teluk Intan. Sepatutnya 400 pengundi ini boikot kedua-dua belah pihak sewaktu PRK kelak kerana gagal berkhidmat kepada Rakyat. Bukan setakat Wakil Rakyat, Pegawai Daerah makan gaji buta, Pegawai Tadbir buat tak perduli, JPS tak buat kerja dan JKR buat tak perduli. Yang jadi mangsa adalah Rakyat.

May 14, 2014

24 DAP Letakkan Calon Muda Bergetah, Dyana Sofya, Takkan BN Nak Letak Presiden Gerakan Yang Tua Di #PRKTelukIntan?


Anak gadis ini bernama Diyana Sofea. Beliau merupakan seorang peguam yang berkelulusan daripada Institusi Bumiputera yang diperjuangkan oleh UMNO, UiTM. Ibunya orang kuat Wanita UMNO di Ipoh Barat. Tidak tahu di mana silapnya, Dyana Sofya kini merupakan pejuang 'chauvinist' DAP. Beliau merupakan Setiausaha Politik Lim Kit Siang dan EXCO Belia Sosialis DAP (DAPSY). Perkhabaran kuat mengatakan bahawa beliau akan diletakkan sebagai calon DAP untuk Parlimen Teluk Intan berikutan kematian penyandangnya daripada DAP, Seah Leong Peng, akibat kanser, 01 Mei lepas . DAP bijak dalam strateginya meletakkan anak muda yang berpendidikan, berketrampilan dan sedap mata memandang untuk mempertahankan kerusi Teluk Intan.

Jika DAP mempertaruhkan seorang anak muda berwawasan, di pihak Barisan Nasional (BN) pula, terdapat ura-ura parti Gerakan yang selama ini diperuntukkan kerusi Teluk Intan akan mempertaruhkan Presiden mereka, Datuk Mah Siew Keong. Calon yang diketengahkan sudah berumur dan pernah gagal di dalam pilihanraya bagi kerusi berkenaan. Berdasarkan rekod lepas, Mah Siew Keong pernah kalah dua kali di dalam Pilihanraya Umum bagi kerusi berkenaan. Kali terakhir beliau kalah adalah dengan majoriti 7,300 undi? Kenapa BN terutama parti Gerakan masih mahu mencalonkan beliau, sedangkan Rakyat Teluk Intan menolak beliau sebanyak 2 kali!

BN perlukan calon muda yang agresif dan berwawasan. Tidak semestinya dari parti Gerakan itu sendiri. Mungkin tokoh muda daripada UMNO perlu diketengahkan. Bukan tiada anak muda tempatan dari Teluk Intan yang boleh dicalonkan. Seorang daripada calon berpotensi yang CTS kenal rapat adalah Tun Faisal Ismail bin Aziz. Beliau kini merupakan seorang Pemikir JASA, anak jati Perak dari Ipoh manakala isterinya orang Teluk Intan, seorang yang amat serius dalam bidang sosial media, bekas Pengerusi Unit Media Baru (UMB) UMNO dan bernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas DS Hishammuddin Tun Hussein. Bagi CTS, kenapa tidak?





May 13, 2014

12 @AnwarIbrahim Kemalangan - Nasib Baik Dipanjangkan Umur Untuk Bertaubat

Berikut adalah mesej yang baru diterima daripada Pengarah Komunikasi PKR. Jangan selepas ini Anwar Ibrahim salahkan Kerajaan yang.membina jalanraya dan lebuhraya sudahlah.
Assalamualaikum dan salam hormat,
Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi. DS Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. DS Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor.
Kedua-dua DS Anwar dan DS Dr Wan Azizah akan pulang ke rumah malam ini.
Sekian terima kasih.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

7 Majlis Persandingan Anak Perempuan Ahmad Said Pada 10 Mei Dan Sultan Mizan Tepung Tawar - Drama Apakah Ini?




Ada pembaca CTS mengirimkan gambar di atas bersama keterangan bahawa majlis persandingan anak Mantan Menteri Besar, DS Ahmad Said telahpun dilangsungkan pada 10 Mei yang lepas. Lebih mengejutkan lagi Sultan Mizan sendiri mencemar duli untuk turun menepung tawar kedua-dua pengantin berkenaan. 

Persoalan timbul, majlis apakah yang akan diadakan pada 17 Mei ini yang akan berlangsung di kediaman peribadi Ahmad Said di Teluk Kalong, Kemaman, seperti artikel yang ditulis oleh CTS pagi tadi? Apakah kad jemputan tersebut diadakan untuk memburuk-burukkan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak atau Ahmad Said terlalu kaya untuk membuat beberapa kenduri untuk pasangan yang sama?

Apakah ini sebahagian daripada strategi DS Ahmad Said untuk menarik simpati dan mewujudkan persepsi kejam atau zalim terhadap Perdana Menteri mengenai perlucutan jawatan beliau sebagi Menteri Besar Terengganu? Wallahualam. Hanya tuan punya diri yang mengetahuinya. Rakan blogger, RBF Online mempunyai kupasan yang cukup menarik mengenai kad jemputan majlis perkahwinan anak perempuan Mantan Menteri Besar itu pada 17 Mei ini. Baca di sini.

8 Panas!!! 10,000 Rakyat Ajil Berhimpun Protes Kepada Mantan Menteri Besar Terengganu




CTS bukanlah penyokong atau pengikut tegar Mantan Menteri Besar Terengganu, DS Ahmad Said. Beliau jadi Menteri Besar ka, beliau digugurkan jawatan ka, CTS tetap macam CTS. Tak kaya dan tak miskin. Kalau hendak buat protes sekalipun terhadap Mantan Menteri Besar, boleh tak bawa lebih orang sikit. Kalau tak sampai beribu-ribu orang seperti sebelah sana buat demo, dapat seratuspun jadilah.

Ini yang datang tak sampaipun 10 orang. Muka-muka pemprotes macam tak ikhlas saja. Cer check molek. Ni wayang ker guano? Hok pegang kain rentang tu ikhlas berdemo ker? Ker pasni amik duit kopi? Adeeh! Pakcik cer kelik main dengan cucu deh!

16 Terdesak Sangatkah Penasihat DS @NajibRazak Nak Buang Ahmad Said? Tak Boleh Tunggu Selepas Majlis Kahwin Anaknya?


Kad kahwin sudah dicetak. Bunting dan banner sudahpun siap. Majlis perkahwinan Puteri Mantan Menteri Besar Terengganu, Nor Ashahirah dan pasangannya Mohd Shahirpaul Redzuan, bakal diadakan di Kediaman Menteri Besar Terengganu. Terdesak sangatkah penasihat-penasihat Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak untuk membuang Mantan Menteri Besar tersebut. Tidak bolehkah Mantan MB tersebut dibuang selepas majlis walimatul urus puteri beliau?

Amat zalim sangat pembuangan seorang MB di dalam UMNO sehinggakan majlis angkat sumpah untuk MB baru dengan tergesa-gesa dilakukan pada waktu malam, dalam notis yang begitu singkat! Angkat sumpah MB baru dibuat esok hari tak bolehkah? Kita boleh faham dengan perasaan Ahmad Said. Mungkin betul beliau diberi tempoh setahun sebelum diminta mengosongkan jawatan. Apa salahnya diberi peluang beberapa hari untuk beliau menguruskan majlis penting anaknya? 

Macam mana beliau tidak memberontak. Beliau bukan calang ahli UMNO. Beliau adalah seorang Menteri Besar UMNO. Kalau seorang MB diperlakukan sebegini, bagaimana orang macai seperti CTS? Kenduri kahwin bagi orang Melayu amat penting dan tidak wajar beliau dimalukan sebegitu. Baca luahan hati beliau di Astro Awani, di sini:
"Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar? Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai. Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan."  

0 Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat Dibangunkan SPAD Bakal Memanfaatkan Pengguna


Masalah menunggu lama untuk mendapatkan teksi dan berhadapan dengan sikap biadap pemandu teksi akan berakhir apabila satu satelit khas mengesan bakal diperkenalkan bagi membolehkan pihak berkuasa mengetahui kedudukan teksi dan penumpang juga dapat melaporkan aduan dengan segera.

Tidak lama lagi teksi akan dilengkapi dengan teknologi sistem kedudukan global (GPS) yang membolehkan Kerajaan untuk memberi arahan kepada sesebuah teksi untuk menunggu pelanggan, bahkan juga memantau sikap pemandu.

Dikenali sebagai Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS) pada masa ini dibangunkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan akan dilaksanakan di Lembah Klang pada suku ketiga tahun ini. Berita baik untuk para penumpang apabila mungkin hanya satu nombor yang disediakan untuk mendapatkan khidmat teksi. Perkhidmatan radio teksi semasa akan melanggan sistem SPAD manakala pemandu akan melanggan perkhidmatan radio berkenaan.

CTSS itu juga akan digunakan untuk mengarahkan pemandu teksi yang paling dekat dengan penumpang yang menunggu, dan bukannya mereka untuk memanggil beberapa syarikat bagi mendapatkan khidmat teksi. Dengan CTSS, panel khas juga akan dipasang di bahagian belakang tempat duduk hadapan, bagi membolehkan penumpang untuk bercakap dengan SPAD semasa perjalanan.

Dianggarkan terdapat 60,000 teksi di Semenanjung dengan lebih 37,000 teksi di Lembah Klang sahaja. Berbanding dengan New York, bandar raya di Amerika Syarikat itu hanya mempunyai 13,000 teksi. Dianggarkan terdapat 7.2 juta penduduk di Lembah Klang manakala New York mempunyai kira-kira 20 juta orang. Walaupun dengan jumlah teksi yang sebesar itu, terdapat beberapa kawasan di mana pemandu teksi tidak akan pergi di Lembah Klang. 

Dengan CTSS, pemandu teksi boleh diarahkan oleh SPAD untuk berbuat demikian. Sistem ini juga akan dipasang bagi membolehkan SPAD mengetahui lokasi teksi itu berada dengan tepat, dan sekiranya meter tambang telah dimatikan. Satu lagi idea yang diusahakan SPAD di bawah sistem ini termasuk butang panik, bagi membolehkan penumpang menggunakannya untuk mendapatkan bantuan.

May 12, 2014

3 Gambar-Gambar Perlantikan MB Terengganu Yang Baru - Tahniah Datuk Ahmad Razif

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said setelah diperkenan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. Datuk Ahmad Razif telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu ke 14 di Istana Syarqiyyah, malam ini.

CTS mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya mengharung politik Terangganu kepada Menteri Besar yang baru. Semoga perlantikan ini tidak menambahkan bibit-bibit pepecahan di dalam politik Terengganu. Juga tidak lupa juga berterima kasih kepada Menteri Besar yang lama, Datuk Seri Ahmad Said, yang bagi CTS tidak ada cacat celanya dan senang dengan sikapnya yang 'down to earth'.

9 Chauvinist Cina DAP Demo Halang Guru Melayu Mengajar Di SJK Pulau Sebang - Ini Bukan Rasis Ka TS @MuhyiddinYassin ?




Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Pulau Sebang, Melaka, pagi tadi telah mengadakan satu demonstrasi menentang Kementerian Pelajaran dan Guru-Guru Melayu. Demonstrasi tersebut telah dibuat dari jam 6:00 pagi tadi sehingga jam 7:00 pagi di hadapan SMJK Pulau Sebang berhubung isu Guru Penolong Kanan (GPK) 1 yang bukan dari aliran Cina ditugaskan di sekolah berkenaan. Bantahan dianjurkan oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SMJK yang diketuai oleh Lee Khee Yoon, Pengerusi LPS SMJK Pulau Sebang, yang juga pemimpin DAP tempatan.

Bantahan tersebut telah dihadiri seramai lebih kurang 30 orang Cina. Pengerusi Dong Zhong Negeri Melaka, Yan Yin Chong dalam ucapannya berkata, apa yang mereka lakukan adalah mempertahankan hak sekolah tersebut dan hanya menuntut agar guru yang beraliran Cina sahaja dibenarkan bertugas di sekolah berkenaan. Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina tetapi telah dijajah oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.

Kalau Menteri Pelajaran tidak menganggap kejadian ini sebagai rasis dan perkauman yang melampau, CTS tidak tahu nak kata apa. Sepatutnya sekolah aliran Cina atau sekolah vernacular sebegini telah lama ditutup kalau benar DAP memperjuangkan konsep kesamarataan. Pemimpin-pemimpin Melayu banyak bagi muka dengan puak chauvinist ini. Baca laporan penuh demo berkenaan, di sini.

8 Gambar-Gambar Penamaan Calon PRK Bukit Gelugor - Inilah Sebab DAP Sayang Sangat Macai-Macai PAS






Kalau bukan Melayu yang hendak mengusung gambar dan poster mendiang Karpal Singh siapa lagi? Kalau bukan Melayu hendak bangun pagi-pagi berarak membawa bendera DAP siapa lagi yang hendak diharapkan? Kesian orang-orang Melayu Pulau Pinang, jiwa masih diperhambakan di bumi sendiri. Macam mana maruah mereka tidak dipijak-pijak dan dihalau di bumi sendiri? Mereka sendiri tidak memerdekakan diri dari menjadi hamba kepada parti 'chauvinist' DAP. Malu CTS dengan Melayu sebegini. Pemenang macai Melayu DAP Pulau Pinang hari ini jatuh kepada Makcik dalam video klip di bawah:

5 Video-Video Pergaduhan Pemilihan Cabang Di Selangor Semalam - Hebat Beb! Kalah Filem Tamil


Hebat tak hebat pemilihan di Cabang PKR Selangor semalam, disebabkan oleh bunga ros sahaja, proses pemilihan Cabang Shah Alam telah dibatalkan. Pergaduhan bukan disebabkan oleh macai-macai bawahan. Sebaliknya ianya melibatkan dua ADUN di Parlimen Shah Alam iaitu ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail dan ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari. Sebab bunga ros dua ADUN boleh bergaduh beb! Hebatnya gila kuasa di dalam PKR. 

Ini baru sedikit, banyak lagi gambar dan video yang diambil oleh golongan amatur mengenai insiden pergaduhan ini.  Lihat video-video amatur pergaduhan di bawah. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ketika mengulas kejadian ini berkata, ini semua telah diatur. Tindakan tegas akan diambil untuk membersihkan parti. Nasib baik Anwar Ibrahim tak cakap ini semua salah UMNO!!!




May 11, 2014

4 Maklumbalas Dutch Lady Malaysia Mengenai Penemuan Bendasing Meloyakan Di Dalam Susu Kotak


Beberapa hari lepas, heboh di dalam laman media sosial berkenaan penemuan bendasing meloyakan berbentuk pepejal di dalam kotak susu keluaran Dutch Lady. Baca pendedahan beliau seperti di atas. Hari ini Dutch Lady Malaysia telah memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan. 

Berdasarkan maklumbalas syarikat berkenaan di laman 'fanpage' syarikat berkenaan di Facebook, pepejal dalam gambar yang tersebar adalah tidak merbahaya dan terhasil daripada penyimpanan yang tidak betul. Menerut syarikat berkenaan, selepas kotak susu dibuka, ia sepatutnya dihabiskan di antara 2-3 hari dan disimpan ditempat yang sejuk dan kering. Baca penjelasan sepenuhnya di bawah.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates