May 3, 2014

1 Angus Houston Pemangku Menteri Pengangkutan, Ikut Kata CNN La DS @HishammuddinH2O


The Cable News Network (CNN) pernah melaporkan Kuala Lumpur sebagai Ibu Negeri Indonesia sebelum ini. Sekarang, stesen TV yang sama meletakkan Angus Houston (maaf CTS tak kenal) sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia. Sejak bila Pemangku Menteri Pengangkutan yang sedia ada DS Hishammuddin Tun Hussein meletakkan jawatan? Kalau inilah tahap berita yang disampaikan oleh CNN, bagaimana kredibiliti stesen TV ini boleh dipercayai?

May 2, 2014

3 Video Pendemo #BantahGST Tidak Faham Apa Itu GST - Kerajaan Gagal Beri Penerangan!!! @NajibRazak @AhmadMaslan

Menteri-Menteri Kabinet DS Najib Razak berbangga dengan penerangan dan 'road show' yang dibuat kononnya kepada Rakyat, mengenai kepentingan dan kebaikan "Goods and Services Tax (GST)". Malah ada Menteri secara terbuka telah memuji cybertroopers beliau di dalam group Whatsapp bahawa mereka telah berjaya meyakinkan Rakyat mengenai GST. Puluhan juta dan mungkin ratusan juta sedang dan akan dihabiskan untuk mengadakan promosi penerangan GST tersebut. Apakah program penerangan berkenaan berjaya? Lihat video di bawah sahaja kita boleh simpulkan penerangan GST yang sedang dan telah dilakukan sekarang adalah gagal sama sekali. 

Macai-macai pendemo Bantah GST yang turun ke Dataran Merdeka semalam gagal untuk menjawab soalan-soalan mudah mengenai GST. Video di bawah memang wajib ditonton untuk melihat kebodohan macai. 7 orang di atas mewakili puluhan ribu lagi yang bengap pegetahuan tetapi hendak berdemo di Dataran Merdeka semalam. Kalau macaipun bodoh, bagaimana masyarakat lain di kampung dan luar bandar misalnya? Sememangnya betul macai-macai ini senang dan mudah ditipu oleh pembangkang. Kalau disuruh menjilat tahi sekalipun, mereka akan buat. Namun Kerajaan gagal untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik dan berkesan untuk menerangkan kepada Rakyat apa itu GST.

0 Mulai 1 Mei, Teksi berusia 10 tahun kena tukar kepada TEKS1M


Semua 2,604 teksi bajet dan eksekutif di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang yang mencapai had usia 10 tahun pada tahun ini, diwajibkan menukar kenderaan mereka kepada Teksi 1 Malaysia (TEKS1M). Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar pada sidang akhbar semalam berkata, pada ketika ini terdapat 39,531 teksi bajet dan 3,111 teksi eksekutif yang beroperasi di ketiga-tiga ibu negeri itu.

Katanya, dalam masa lima tahun akan datang, hampir 50 peratus daripada keseluruhan teksi bajet dan eksekutif itu akan mencapai had umur 10 tahun dan perlu ditukar. Peralihan teksi bandar sedia ada kepada TEKS1M mulai 1 Mei bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, serta setaraf dengan teksi yang terdapat di London, New York, Tokyo dan Dubai. Melalui TEKS1M  yang menggunakan Proton Exora, Malaysia dapat melaksanakan operasi teksi bandar dengan lebih seragam dan efisien.

Syed Hamid berkata, pemilik teksi yang permitnya tamat antara 1 Mei hingga 31 Oktober tahun ini boleh memohon untuk mendapatkan TEKS1M dan mereka akan diberikan tempoh sehingga 1 November untuk mendapatkan Proton Exora. Sementara menunggu kelulusan, pemandu teksi berkenaan boleh menggunakan kenderaan sedia ada masing-masing.

May 1, 2014

0 Kerajaan PR Selangor Tidak #BantahGST Rupanya - Ada Program Hari Pekerja Di Dataran MBPJ


Ingatkan semua pihak di dalam PR bersatu hati di dalam menjayakan demonstrasi Himpunan 501 Bantah GST hari ini. Rupanya tidak. Sebagai contohnya, Kerajaan Negeri Selangorpun tidak memberi sokongan kepada himpunan ini. Tidak seperti sokongan padu yang diberikan oleh Kerajaan PR Selangor sewaktu himpunan BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0, Kerajaan PR Selangor hari ini mengadakan Sambutan Hari Pekerja anjuran MTUC dihadiri oleh YAB MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan EXCO Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali di Dataran MBPJ. Patutlah hanya ribuan kera dan monyet sahaja yang berhimpun di Ibu Kota. Tidak semeriah dahulu Himpunan 501 yang diadakan hari ini.




9 Himpunan 501 Bantah GST - Kanak-Kanak Diperguna, Ibu Bapa Melayu Dilembukan



Sedang bangsa-bangsa lain sedang enak beristirehat di rumah, pusat membeli belah dan bercuti, bangsa Melayu sudah pagi-pagi lagi sibuk berhimpun di seluruh ceruk Ibu Kota memakai pakaian badut, duduk merempat di jalanan untuk dijadikan keldai dan lembu untuk dibawa berarak ke jalanraya. Tanyalah kepada keldai dan lembu ini, apa itu GST. Aci kerat jari, mereka semua tahu apa itu GST yang mereka cuba bantah. Inilah perangai juak-juak macai PAS yang amat senang dipergunakan. Kalau rasa diri tu lembu dan keldai, usahlah menyeret anak-anak kecil untuk turut sama dikeldaikan, Kesian mereka.









0 SPAD Tambah Laluan Baru Bas Go-KL Mulai 1 Mei


Mulai 1 Mei, warga Kuala Lumpur terutama yang bercadang keluar bersiar-siar di sekitar Chow Kit dan Bukit Bintang boleh menggunakan perkhidmatan bas Go-KL. Pada tarikh berkenaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan membuka dua laluan baru untuk perkhidmatan bas Go-KL di sekitar kawasan berkenaan.

Bagi perjalanan Laluan Biru, perkhidmatan bas Go-KL yang percuma, berhawa dingin dan dilengkapi wi-fi itu akan bermula dari Medan Mara ke Bukit Bintang sejauh 9.2 kilometer manakala Laluan Merah yang jaraknya 10.8 kilometer bermula dari KL Sentral ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid berkata, pada ketika ini hampir 20 ribu warga Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan Go-KL dalam sehari dan beliau yakin dengan pelancaran dua laluan baharu itu, ia akan meningkat sekali ganda kepada 40 ribu. SPAD telah menetapkan frekuensi perkhidmatan kedua-dua laluan itu setiap lima minit pada waktu puncak dan 10 minit pada waktu bukan puncak.

Syed Hamid berkata kepada pemberita yang mengikutinya menaiki bas Go-KL Laluan Merah, pada Isnin yang lepas. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Kamal dan Ketua Pegawai Pembangunan, Azmi Abd Aziz dan pegawai-pegawai pengurusan kanan SPAD. 

Syed Hamid berkata, SPAD yakin peningkatan perkhidmatan bas Go-KL dapat mempertingkatkan mobiliti orang awam yang memasuki kawasan Pusat Perniagaan (CBD) Kuala Lumpur melalui pengangkutan awam yang mudah diakses.

2 Tindakan Provokasi Anti Hudud DAP Bermula Menjelang Perhimpunan 501 Hari Ini

Tidak faham dengan provokasi yang cuba ditimbulkan oleh puak-puak fahaman PR ini. PKR menjadikan Himpunan 501 hari ini adalah hari Anti GST. PAS pula ingin menjadikan hari ini sebagai hari untuk mempromosikan hukum Hudud mereka. BERSIH pula bengong dengan kempen pilhanraya yang adil sedangkan mereka tutup mata dengan pilihanraya PKR yang kotor yang sedang berlangsung. Anti Lynas ula memang bangang. Protes entah apa-apa sedangkan Rakyat Selangor akan minum air lombong yang banyak plumbum.

Namun sudah ada stiker-stiker yang diletakkan di sekitar Ibu Negara pagi ini berkisarkan Anti Hudud oleh parti DAP. Untuk apa provokasi sebegini diadakan. Sedangkan sesama sendiri tidak jelsa dengan apa yang diperjuangkan. Perhimpunan di sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur hari ini tidak lebih dari hanya untuk menunjukkan kepada dunia, Malaysia tidak aman dan huru hara. Mereka gagal memerintah Malaysia melalui proses demokrasi. Okeh itu, mereka ingin merampas Malaysia kononnya melalui demonstrasi jalanan. Sudah-sudahlah macai-macai PR ini. Hari Pekerja 1 Mei, Rakyat Malaysia tidak boleh datang ke Kuala Lumpur untuk bercuti dengan aman.

April 29, 2014

14 MACAI PR Berdemo @BarackObama Masuk Masjid Negara, Mereka Diam Bila Amoi Nampak Peha Masuk Masjid?



Kekadang CTS memang tidak boleh hadam logik yang digunakan oleh macai dan pecacai PR memprotes sesuatu isu. Sewaktu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama datang ke Malaysia, salah satu agenda beliau adalah melawat Masjid Negara. Sewaktu itulah, macai dan pencacai PR mengadakan demonstrasi dan protes mempertikaikan Obama masuk ke dalam Masjid. Salahkah Obama melawat Masjid Negara? Salahkah orang bukan Islam ingin melihat keindahan senibina Islam?

Obama bukanlah menghina Masjid sepertimana YB-YB PR yang bukan Islam yang sering menggunakan ruang sembahyang umat Islam untuk berceramah politik! Lihat sahaja gambar di bawah. Kenapakah juak-juak PR membenarkan seorang amoi yang terdedah paha gebunya untuk duduk di dalam ruangan solat sebuah Rumah Allah? Apakah perbuatan amoi berkenaan lebih mulia dari lawatan Obama ke Masjid Negara. Ini adalah logik Macai yang tak akan dapat CTS faham.


April 28, 2014

4 Gambar-Gambar Pesawat Jenis Piper Worrior 2 Terhempas Di Kota Bharu

Sebuah pesawat ringan jenis Piper Worrior 2 yang sedang menjalani latihan terhempas di Taman Kurnia Jaya, di sini, menyebabkan juruterbangnya cedera parah. Berikutan nahas jam 12.45 tengahari itu, juruterbang berusia 20 tahun itu tersepit hampir 30 minit sebelum dikeluarkan pihak bomba.









0 Apa DS @Mustapa_Mohamed Buat Mengajar Tuisyen? Gaji Menteri Tidak Cukupkah?


CTS amat kagum dengan usaha murni Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Dato Sri Mustapa Mohamed atau lebih mesra dengan panggilan Tok Pa ini. Beliau sendiri turun padang dan mengajar di kelas tuisyen Bahasa Inggeris di Darul Falah. Darul Falah adalah merupakan pusat tuisyen percuma yang disumbangkan oleh Tok Pa sendiri untuk semua Rakyat Parlimen Jeli. 

Seorang pemimpin yang mesra rakyat tanpa memilih peringkat usia. Ini baru dikatakan pemimpin berjiwa Rakyat. Pemimpin yang mendorong Rakyat untuk menimba ilmu demi membangunkan negara. Tidak seperti pemimpin PR yang suka mengajar anak bangsa mereka jadi kurang ajar dan suka berguling-guling di jalanraya. Tahniah buat Tok Pa.

April 27, 2014

5 TS @MuhyiddinYassin Melawat Dato Nik Aziz - DAP Pasti Tak Senang Duduk

Di sebalik semua mata menumpukan kepada kehadiran Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia, rasanya ramai yang terlepas pandang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, meluangkan masa untuk melawat Mantan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat di kediaman beliau di Kampung Pulau Melaka. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Perbezaan ideologi politik bukan penghalang bagi memupuk perpaduan.

Pertemuan yang di nanti, agar tiada kata nista sesama mukmin, pertemuan yang memaut hati sesama kita, tiada kata yang lebih indah dari saat sebegini. Alhamdulillah. Sejuk melihat gambar-gambar pemimpin politik negara dari dua ideologi yang berlainan dapat bertegur sapa dan beramah mesra. Persaudaraan di dalam Islam tidak akan putus walau bagai manapun kita bergaduh atas nama politik. Semoga Dato Nik Aziz cepat sembuh dan dipanjangkan umur.










 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates