March 22, 2014

3 6 Amanat PM @NajibRazak Untuk Rakyat Kajang #PRKKajang #PilihMeiFun

1. Esok pengundi N25 Kajang akan menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru. Pilihan raya kecil ini atau "Kajang Move" dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat bagi kepentingan politik parti tersebut.

2. Saya harap pengundi Kajang akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional. Kemenangan untuk BN akan menyemarakkan lagi usaha kita memperkukuhkan semangat kerjasama antara kaum dan pembangunan negara.

3. Kempen pilihanraya kali ini berlangsung ketika kerajaan terpaksa mengendalikan usaha antarabangsa secara besar-besaran mencari pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal.

4. Marilah kita terus berdoa agar usaha ini akan berjaya dan tidak sepatutnya MH370 dijadikan isu politik kerana apa yang sebenarnya berlaku masih menjadi tanda tanya pihak penyiasat.

5. Kita juga kesal kerana kempen Pilihanraya Kecil Kajang ini juga menjadi medan pemimpin parti pembangkang untuk mencemar bekas pemimpin negara yang telah lama bersara dari politik.

6.Ini termasuklah serangan ke atas Tun Daim Zainuddin yang telah banyak menyumbang bakti kepada negara. Serangan dan tuduhan yang mengaibkan pemimpin lama tidaklah mencerminkan nilai menghormati merekalah yang berbakti kepada negara selama ini.

Dato Sri Mohd Najib Tun Razak
22 Mac 2014


1 12 Sebab Pengundi #PRKKajang Perlu Undi @chewmeifun Esok #PilihMeiFun

1) Anwar Ibrahim sudah tahu dia akan di dapati bersalah meliwat Saiful Bukhari dan desak mahkamah menghukum beliau segera supaya isu ini boleh di politikkan
安华本身已经知道将会在肛交案中被定罪而促请法庭给予下判来制造政治课题。

2) Mampukah Wan Azizah selesaikan masalah penduduk Kajang? Dah jadi wakil rakyat Permatang Pauh tapi kosongkan kerusi untuk suami dan keadaan berulang lagi!
旺阿兹莎能否解决加影人民的问题?已经是巴东浦人民代表却让为给安华,分明是重蹈覆辙!

3) Tujuan asal Anwar Ibrahim hendak tendang Khalid Ibrahim dari Selangor masih kekal sungguhpun Anwar tak tanding di Kajang. Siapa untung di Kajang, Khalid Ibrahim atau Azmin Ali?
虽然已经不战加影,但安华想踢走卡立的立场还在。最后谁得益,是卡立或者是阿兹敏?

4) Wan Azizah dan PKR hanya pandai ceramah tapi masalah rakyat tak selesai juga lepas 2 penggal berkuasa di Selangor. Fikirlah.
旺阿兹莎和公正党只会空口说白话,已经在雪州两届了人民的问题依旧如一,自己想想吧

5) Di saat seluruh Rakyat Malaysia berdoa untuk keselamatan MH70, Wan Azizah dan PKR jadikan isu ini sebagai bahan lawak dengan mendakwa kerajaan upah bomoh untuk kesan pesawat malang tersebut. Fikirlah.
在全国人民为MH370班机祷告之时,旺阿兹莎和公正党却将之成为政府聘用巫师协助寻找该班机的课题。请三思

6) Semua yang kerajaan buat salah termasuk beri BR1M. PKR beri apa? Dengan ceramah saja boleh ke selesaikan masalah Rakyat di Kajang?.
如果说政府所提供的援助包括BRIM都是错的,那么公正党的区区讲座会难道可以解决加影人民的问题?

7) Selepas dua penggal berkuasa di Selangor kenapa masalah kesesakan lalu lintas tak selesai, kenapa gerai melayu dirobohkan, kenapa masalah kutipan sampah masih tak teratur, masalah air semakin kritikal, kenapa cukai pintu dan cukai perniagaan naik, kenapa parit tersumbat hingga berlaku banjir kilat dan banyak lagi. Adakah Wan Azizah dan kerajaan negeri Selangor mampu selesaikan semua masalah ini? Adakah kita akan terus ditipu?
已两届在雪州了,但交
通问题始终一样,马来同胞的摊位为何要拆除,垃圾回收问题,水供问题,门牌税和商业税问题,沟渠阻塞导致闪电水灾还有一大堆的难题,旺阿兹莎和州政府是否能够一一解决,还是人民会继续承担?


8) PRK Kajang adalah seorang calon PKR yang bertanding hanya untuk suami dan partinya. Wan Azizah tidak pernah kata apa janjinya kepada penduduk Kajang? Chew Mei Fun sudah janji dan bersedia berkhidmat untuk anda? Tidak salah beri satu peluang kepada Chew Mei Fun. Buatlah pilihan terbaik demi untuk DUN Kajang dan bukan untuk kepentingan satu parti atau individu tertentu sahaja. Terima Kasih.
加影补选看来是一场公正党候选人为自己丈夫和自党利益的战争,旺阿兹莎至今仍未对加影居民做出承诺。反之周美芬已经答应为大家服务,给她一个机会有何不为?请您做出明智决定来投您手上神圣的一票。谢谢!!!

9) Lesen perniagaan di Kajang naik 300%. Kajang adalah dibawah Kerajaan PR dan bukan BN. Pengundi Cina kena beri mesej kepada Kerajaan PR Selangir agar jangan buat sesuka hati. Pengundi telah sokong PKR tapi balasannya kebajikan peniaga diabaikan. Undi BN untuk beri amaran kepada PR. Nothing to loose.
民联政府执政所属的加影商业执照起了300%,华裔选民应该知会雪州民联州政府不要这么随意。选民已经投给了公正党但得到的却是生意方面福利的损失,请投国阵一票以警惕民联!!!

10) Kepada pengundi pengundi Kajang yang dihormati. Selama ini Kajang adalah kerusi untuk wakil rakyat Cina. Wakil rakyat PKR yang meletak jawatan telah mengkhianati pengundi Cina. Berilah peluang untuk calon Cina berkhidmat untuk anda.
尊贵的加影选民,一路以来加影州议席都是由华人出任州议员。公正党人民代表辞去州议员一职已经背叛了华裔选民,恳请您给予华裔候选人周美芬一个为您服务,带出华人心声的机会。谢谢!!!

11) Anwar Ibrahim tahu bahawa kes liwat tidak boleh ditangguh lagi. Jadi beliau dengan sengaja mengadakan PRK bertujuan memperolehi jawatan MB supaya mahkamah sukar untuk menjatuhkan hukuman. Anwar merasakan bahawa pengundi Kajang pasti akan undi PR. Tapi kena ingat, kita bukan badut dan tidak semestinya kena undi PR. Jika benar Anwar akan dilantik sebagai MB, apakah ini bukan satu konspirasi politik?
安华本身知道自己的肛交案已经不能在拖下去了,所以特意制造加影这场补选来获取大臣一职,使得法庭难以下判。 在他看来加影选民是非民联而不投的,但必须切记,加影选民不是扯线公仔也不是傀儡,也不是一定要投给民联。 二来安华如果说真的会被委任为雪州州务大臣的话,那么他的肛交案岂不是可以掩人耳目?再者岂不是一场政治阴谋?

12) Undi CMF janji 4 tahun akan kerja untuk rakyat Kajang. Undi Wan Azizah apa jaminan dia tidak akan letak jawatan lagi. Ingat! Wan Azizah pernah letak jawatan Parlimen Permatang Pauh dulu. Cukuplah, jangan main dengan pengundi lagi.
周美芬承诺会为加影人民服务4年,旺阿兹莎则承诺不会再辞职。切记!旺阿兹莎曾经辞去巴东埔国会议员一职!别再玩弄选民了,我们受够了!

March 21, 2014

6 'Live' Laporan Reformasi 2.0 - Laungan Reformasi Sudah Basi, 4,500 Orang Saja Yang Hadir #PRKKajang








Setakat 11.30 malam, hanya sekitar 4,500 orang yang hadir di Stadium Kajang untuk menyertai Pelancaran Reformasi 2.0. Pecahan lebih kurang Melayu 65%, Cina 20% dan India 15%. Ramai yang hadir dari serata Malaysia. Kunjungan pada mulanya sedikit suram, namun meningkat setiap masa sepanjang perhimpunan berlangsung. Kehadiran tidak seperti yang dijangkakan. Stadium Kajang tidak penuh dan padat. 

Laungan reformasi tidak mendapat jeritan yg kuat. Banyak penceramah daripada Wakil Rakyat PR dan NGO seperti Jingga 13 dan Royalti. Bentuk ceramah yang disampaikan seperti telah disusun dan ulangan isi yang sama. Masing-masing membawa isu dan agenda tersendiri. Tidak seperti perhimpunan sebelum ini seperti BERSIH dan BERSIH 2.0, kelihatan semangat reformasi tidak seperti yang dikehendaki oleh Anwar Ibrahim. Hadirin yang datang dari luar tidak dapat merasai aura 'Kajang Move" yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim.

2 Bubur Lambuk Wan Azizah & Jemputan Pelancaran Reformasi 2.0 Semalam



Bubur lambuk Wan Azizah berserta jemputan ke Pelancaran Reformasi 2.0 Di Stadium Kajang telah diletakkan di dalam bakul-bakul motorsikal yang berada di sekitar masjid sekitar Kajang semasa Sembahyang Jumaat semalam. Bukankah sumbangan bubur lambuk sebagai hadiah untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk undi dikira sebagai rasuah? 

Walaupun pelbagai usaha promosi dilakukan termasuk rasuah bubur lambuk, Pelancaran Reformasi 2.0 semalam bagi CTS adalah gagal. Malaysiakini melaporkan kehadiran seramai 10,000 orang. Blog-blog PR melaporkan lebih lagi. Namun realitinya Stadium Kajang yang tidak sebesar Stadium Nasional Bukit Jalil tidak mampu dipenuhi dengan pengikut-pengikut PR. Ini yang mereka panggil kejayaan program?


0 SPAD Gantung Perkhidmatan 10 Pemandu Teksi Kenakan Caj Tambang Berlebihan

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah menggantung lesen 10 pemandu teksi selama tiga bulan bermula dari 1 April 2014 hingga 30hb Jun 2014, kerana tidak menggunakan meter semasa membawa penumpang. Setelah menerima banyak aduan berhubung dengan pemandu teksi yang tidak mengunaka meter, pihak penguatkuasaan SPAD telah membuat serbuan dan penyamaran dan mengambil tindakan kepada pemandu teksi terbabit.

Mohd Nur Ismal bin Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD berkata "SPAD memandang serius berhubung aduan orang ramai terhadap pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab dan SPAD tidak akan teragak-agak untuk menggantung lesen pemandu pemandu teksi yang dapati bersalah. Pengendali syarikat teksi juga telah diberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka, ini termasuk membatalkan lesen pengendalian mereka, jika kesalahan ini diulangi."

SPAD tegas dengan pendiriannya untuk mengingatkan pengendali syarikat teksi agar mengambil rasa tanggungjawab dan seterusnya bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap pemandu mereka yang melanggar peraturan operasi. Pengendali syarikat teksi berkewajipan untuk membuktikan bahawa mereka telah mengambil langkah langkah sepatutnya untuk memantau, melatih dan mendisiplinkan pemandu mereka. 

"SPAD akan terus untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada orang awam dan menggesa mereka untuk menghantar maklumat seperti rakaman video dan laporan mereka kepada pihak SPAD, Pihak SPAD juga memohon kepada para pengadu agar sentiasa menjaga keselamatan mereka dan mengambil langkah berjaga jaga pada setiap masa ketika membuat rakaman atau laporan," tambah Mohd Nur.

Orang ramai yang merasakan diri mereka teraniaya dengan tingkah laku pemandu teksi boleh terus berhubung dengan bilik aduan SPAD yang boleh di hubungi melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter serta email aduan@spad.gov.my atau melalui SPAD Hot Line ( 1-800-88-7723 )

3 Lagi Tindakan Desperado PKR Menyimbah Cat Merah Ke Poster @chewmeifun? #PRKKajang #PilihMeiFun

Gambar-gambar di bawah diambil di sekitar Saujana Impian, Kajang. Nampak gayanya kempen provokasi dan ganas mula dimainkan di saat-saat akhir kempen PRK Kajang. Tindakan membaling cat merah ke atas poster pemimpin-pemimpin BN dan calon BN amat melampau.Adakah tindakan ganas dan tak bertamadun ini boleh mendatangkan kemenangan kepada calon PKR, Wan Azizah? 

Adalah diharapkan pengundi Kajang dapat membuat pilihan yang tepat dengan melantik calon yang benar-benar berwibawa seperti Chew Mei Fun, sebagai Wakil Rakyat untuk berkhidmat kepada mereka dan juga menjadi suara lantang bagi pembangkang di DUN Selangor.

2 Panas!!! 'Black Ops' Pembangkang Burukkan @chewmeifun Dikesan Di Sg Sekamat #PRKKajang #PilihMeiFun

Tinggal 2 hari lagi tempoh berkempen, pembangkang sudah ketandusan idea untuk memburukkan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Tindakan pembangkang mengadakan 'black ops' dengan menyebarkan risalah di sekitar Sg Sekamat, kononnya calon BN meletakkan jawatan Timbalan Menteri kerana mendera amah amat tidak masuk akal.

Nampak sangat ada niat buruk pembangkang apabila meletakkan logo PERKASA pada risalah berkenaan. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melaga-lagakan PERKASA dan MCA. Umum mengetahui Mei Fun meletakkan jawatan beliau kerana prinsip. Beliau tidak mahu berketuakan seorang Presiden yang mempunyai masalah moral. Tudak sepeti seorang calon tu yang sanggup jadi isteri kepada seseorang yang amat rosak moralnya.


Gambar dan kes pembantu rumah berkenaan boleh dibaca di Utusan Malaysia, di sini dan keputusan kes perbicaraan berkenaan dapat dibaca di Sinar Harian, di sini. Pembantu rumah berkenaan dikenali sebagai Suryani dan kes berkenaan berlaku pada tarikh 23 November 2012 di Taman Patani Indah, Sungai Petani, Kedah. Tertuduh, Chia Lin anak kepada majikan pembantu rumah telahpun dikenakan hukuman penjara 3 tahun. Kes ini tiada kena mengena langsung dengan calon BN, Chew Mei Fun!!!

March 20, 2014

2 UMNO Anjur Majlis Selawat Rasul, PKR Anjur Pelancaran Jelajah Reformasi Esok Malam - Mana Lebih Penting?



Pejabat Setiausaha Agung PKR sudahpun mengedarkan perkeliling bertarikh 18 Mac 2014 mengesa seluruh pimpinan dan ahli PKR berhimpun di Stadium Kajang, 8.30 malam esok untuk Pelancaran Jelajah Reformasi 2.0. Majlis ini tidak lain tidak bukan untuk memperjuangkan keadilan untuk pesalah liwat yang dihukum penjara 5 tahun iaitu Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Dalam masa yang sama, bertempat di Dataran Masjid Putra, Putrajaya, satu majlis keagamaan diadakan untuk penyatuan ummah. Tinggal sehari lagi sahaja sebelum langit Putrajaya bergema dengan penyataan cinta terhadap Maha Pencipta dan RasulNya. Jangan lupa temujanji kita Jumaat 21 March Jam 8 malam Dataran Masjid Putra, Percint 1,Putrajaya.

Mana satu majlis bakal mengumpulkan ummah? Mana satu majlis yang melalaikan, mana satu majlis yang diberkati Allah? Anda pilih, anda dapat.


2 Orang PKR Nak Jadi Polis Trafik Pulak Dah! Tak Sedar Langgar Undang-Undang Jalanraya #PRKKajang #PilihMeiFun

Kejadian berlaku di hadapan SK Seri Sekamat. PR telah melakukan satu kesalahan jalan raya mengikut Akta Pengangkutan Jalan Raya 1984 (att.333) iaitu dengan sengaja menahan, melencong sesuatu kenderaan yang bukan dibawah pengawasanya. PR menggunakan bendera parti bagi tujuan menahan kereta. Disabit kesalahan boleh disaman sebanyak RM300. Kalau tak langgar undang-undang bukan PKR namanya. Malaysia ni depa yang punya.


0 Pilih Calon Yang Buat Kerja, Nasihat TPM #PilihMeiFun #PRKKajang


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menasihatkan penduduk Kajang supaya memilih wakil rakyat yang mudah ditemui dan mampu bekerja bukannya dipilih atas dasar kasihan. Muhyiddin berkata demikian pada ceramah Perdana di Kajang, semalam. Turut hadir ialah presiden MCA, DS Liow Tiong Lai, Presiden MIC, DS G Palanivel dan calon BN, Chew Mei Fun. Kata beliau lagi,

"Peranan wakil rakyat menjadi lebih penting bagi bandar yang pesat membangun dan Kajang mempunyai keperluan yang kompleks membabitkan soal infrastruktur, sosial, pendidikan dan keselamatan. Semua ini perlu diurus dengan baik oleh individu yang mempunyai pengalaman. Apakah pengundi Kajang serba salah memilih di antara dua calon yang bertanding? Saya yakin penduduk Kajang tahu siapa yang berhak dipilih."





March 19, 2014

0 PKR Main Kotor Dalam #PRKKajang - Guna MPKJ Untuk Cabut Bendera BN #PilihMeiFun

Nampaknya PKR sudah mula main kotor dalam kempen di PRK Kajang. Pada waktu ini MPKJ telah dikerah untuk mencabut bendera-bendera BN. Sebelum ini mereka telah kalah di dalam memasang bendera di Kajang. Memasang bendera PKR pun melibatkan pihak kontraktor. Tiada sukarelawan untuk menolong memacak bendera.

Sekarang mereka dengki dengan sokongan penduduk-penduduk Kajang yang semakin meminati BN terutama calon BN, Datin Chew Mei Fun. Langkah terdesak adalah dengan menggunakan tektik kotor. BN harus membuat laporan rasmi kepada SPR mengenai penyelewengan kuasa ini.


41 Semalam Wan Azizah Kena 'Sound', Hari Ini Giliran Nurul Izzah Pula Kena Maki Dengan Makcik Gerai



Apalah nasib malang anak beranak Wan Azizah dan Nurul Izzah. Semalam CTS ada siarkan posting Wan Azizah kena 'sound' dengan peniaga gerai berasal dari Permatang Pauh yang menumpang berniaga di gerai di Sungai Kantan, lihat di sini. Hari ini pula giliran anak perempuan sulungnya pula kena basuh dengan makcik gerai yang berniaga di Taman Mesra, Kajang. Apa tidaknya, makcik itu sudah berniaga sejak 11 tahun, akhirnya gerainya diarahkan roboh oleh Kerajaan PR Selangor. 

Padan muka Nurul Izzah kena maki dengan makcik ni. Kata makcik berkenaan, sejak PR memerintah Selangor, gerai Melayu banyak yang kena roboh. Bila nak undi baru datang melawat. ''Apa punya haramjadah" kata makcik itu dengan garang. Sudahlah nak robohkan gerai orang tanpa bagi alasan atau berikan tempat pengganti, ada hati lagi nak sibuk minta undi simpati.

March 18, 2014

4 Video Wan Azizah Kena 'Sound' Dengan Peniaga Penang Semasa Kempen #PRKKajang #PilihMeiFun


Panas!!! Memang memalukan sekali. Mana nak letak muka apabila peniaga yang berasal dari Penang 'sound' Wan Azizah yang ketika itu sedang berkempen di gerai di Kajang. Gerai makan di sini amat popular di Sungai Kantan yang menyajikan kari ikan bawal. Peniaga-peniaga tersebut menyambut kedatangan Wan Azizah ke gerai mereka dengan berkata "Kami dihalau dari Penang oleh Kerajaan Negeri". 

Peniaga berkenaan kebetulan datang dari Bandar Perda dalam parlimen Permatang Pauh. Cuba teka siapa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang letak jawatan nak bagi suami bertanding? Wan Azizah dengan muka bodoh dan selambanya beredar dari gerai peniaga dari Penang berkenaan tanpa sempat berbual lanjut dan bersalam. Cuba mai tengok video Kak Wan kena 'sound' di bawah:


Dalam satu sidang media oleh Datuk Dr Wee Ka Siong pagi tadi pula, beliau telah sentuh tentang isu cukai pintu naik gila-gila di Kajang. Salah seorang pemilik tanah, Ng Poh Khoo, memberitahu bahawa cukai pintu yang dulunya berjumlah RM9.20 tahun 2007 sekarang sudah jadi RM662.20 tahun2013. Kenaikan cukai sebanyak 7,167%. Wee Ka Siong cakap ini sudah boleh masuk Malaysia Book Of Record!

Lebih menyedihkan tiada sebarang kemudahan seperti air, lampu jalan, longkang dan khidmat kutip sampah untuk kawasan terbabit sepadan dengan cukai pintu yang tak masuk akal yang dikenakan. Inikah parti yang sering melaungkan slogan Juara Rakyat? Itulah ... undi PR lagi. Ni penduduk Kajang nak undi Wan Azizah pulak ka? Tak serik-serik lagi?



12 Biadap!!! Cina RBA Mula Mempertikaikan Program Selawat Perdana Di Putrajaya


Sungguh biadap tindakan Cina 'Red Bean Army (RBA)' yang mempertikaikan program Selawat Perdana - Malam Cinta Allah & Rasul 1435H yang akan diadakan di Dataran Masjid Putra, Putrajaya. Cina-Cina RBA ini menghina umat-umat Islam dengan menyamaratakan program berkenaan untuk mengaut keuntungan duniawi semata-mata. Malah mereka turut menghina dua pendakwah Islam terkenal kelahiran Indonesia bermata duitan.

Ini program Umat Islam. Bangsa lain tidak ada hak untuk mempertikaikannya. Apatah lagi berlaku biadap untuk menghina. Sebelum ini Putrajaya pernah digemakan dengan bacaan selawat dan qasidah ketika Program Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival 2013 yang berlangsung pada 7 November 2013. Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal.

Program seperti ini perlu diperbanyakkan kerana ia melahirkan rasa cinta kepada Islam di jiwa anak muda. Selain itu program ini juga dilihat mampu melahirkan kesedaran di dalam diri kita umat Islam untuk mencontohi sikap serta kepimpinan Nabi Muhammad SAW. RBA amat takut dengan program seperti ini kerana melalui program seperti ini Umat Islam akan bersatu. Ini semua dapat mengeratkan kembali perpaduan dan persaudaraan sesama umat Islam yang semakin berpecah akibat perbezaan ideologi politik.





 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates