January 24, 2014

3 Video Biadap Kumpulan Hijau Menganggu Sambutan Hari Kebangsaan Australia di KLCC


Tindakan kumpulan Anti Lynas, Himpunan Hijau menganggu sambutan Hari Kebangsaan Australia di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dua hari lepas amat memalukan. Adalah amat biadap dan tidak beradab apabila Rakyat Malaysia menceroboh dan membuat kacau di majlis orang apatah lagi yang melibatkan negara luar. Apakah rancangan untuk menceroboh dan menganggu majlis Kedutaan Australia ini sudah dirancang oleh PR?

Sehari sebelum kejadian, PR telah menolak sama sekali jemputan Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur untuk menghadiri sambutan Hari Australia, di stu. Sesudah Shamsul Iskandar memalukan Negara dengan mengadakan demonstrasi, membakar dan memijak bendera Jepun di Kedutaan Jepun sehari sebelumnya, giliran Himpunan Hijau pula yang bertindak memalukan negara. Apakah tidak ada undang-undang bagi menghukum pengkianat yang memalukan negara atau pihak Kerajaan turut bersekongkol dengan dua kejadian yang memalukan ini?

7 Kelemahan BR1M Yang Patut Kerajaan Fikirkan Untuk Membantu Rakyat @ahmadmaslan @NajibRazak

Rakyat Malaysia pasti teruja dengan pemberian BR1M yang bakal dimasukkan ke dalam setiap akaun individu tidak lama lagi. Beberapa ketidakpuasan kedengaran apabila Kerajaan membuat keputusan untuk membayar BR1M terus ke dalam akaun. Dari satu sudut memang ada kebaikannya. Rakyat tidak perlu beratur panjang dan mendengar ceramah yang tidak perlu. Namun, bagi orang yang tidak mempunyai akaun bank terpaksa meminjam sana sini atau mengeluarkan duit sendiri kerana untuk membuka akaun perlukan RM100 wang permulaan sekurang-kurangnya. Baki di dalam buku kemudiannya harus mempunyai minima RM10. Ini belum lagi diambil kira caj RM8 sekiranya pengguna ingin mempunyai kad ATM untuk kemudahan pengeluaran.

Terdapat ura-ura bahawa daripada RM650 BR1M yang diperuntukkan kepada orang yang layak, RM50 darinya akan dipotong untuk insuran nyawa. Tidak dapat dipastikan insuran berkenaan Islamik atau tidak. Jumlah bersih yang akan diterima hanyalah RM600. Perlukah insurans berkenaan untuk BR1M. Insurans adalah bertujuan untuk kemudahan waris yang tinggal dan bukan untuk kemudahan dan faedah orang yang memohon BR1M berkenaan. Dan soalan cepumas yang CTS rasa bijak pandai yang berada di sekeliling Perdana Menteri fikirkan adalah bagaimana orang-orang yang muflis/bangkrap untuk membuka akaun di Bank? Mereka tidak layak dan tidak boleh membuka akaun di Bank. Bagaimana wang BR1M akan disalurkan? Apakah akaun pihak ketiga boleh digunakan?

Lihat analogi berikut betul-betul. Katakan penerima BR1M adalah sebanyak 4 juta orang. RM10 tidak dibenarkan keluar dari akaun Bank. Berapa banyak Bank di Malaysia kongsi duit BR1M? Duit RM50 pula digunakan untuk membeli insurans. Berapa banyak syarikat insurans yang digunakan untuk tujuan BR1M ini? Boleh kita tahu syarikat insurans mana yang mendapat keuntungan ini? Berapa banyak syarikat insurans untung kesan dari BR1M ini? Kerajaan hendak membantu Rakyat atau Bank dan syarikat insurans?

January 23, 2014

6 Tadika KEMAS Di Ampang Pula Hendak Ditutup

Apa sudah jadi dengan Kerajaan PR Selangor? Apakah semua pusat pendidikan di negeri pemerintahan mereka hendak ditutup? Sebelum ini riuh rendah Pusat Giat MARA Selayang hendak ditutup, untuk memberi lalauan kepada syarikat pembaikan kapal terbang. Sekarang timbul pula isu Tadika KEMAS di Lembah Jaya Selatan, Ampang Indah pula diberikan arahan supaya mengosongkan bangunan tempat belajar dengan alasan hendak membuat pejabat Jawatan Kuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK). 

Sudah tidak ada tempat lainkah untuk JKKK untuk membuat pejabat selain dari menutup pusat pendidikan kanak-kanak? Apakah arahan pengosongan Tadika KEMAS ini berkaitan dengan politik kepartian? Apakah arahan pengosongan datang dari Pejabat Penghulu atau ada tangan-tangan ghaib dari atas?

January 22, 2014

0 SPAD Timbang Iklan Pada Bas Sekolah Untuk Mengatasi Masalah Kenaikan Kos

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menimbang kemungkinan membenarkan pengusaha bas sekolah memasang iklan dan  menggunakan kenderaan itu sebagai 'feeder bas' untuk membolehkan golongan itu menambah pendapatan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, langkah itu adalah salah satu daripada cadangan SPAD supaya pengusaha bas sekolah  tidak mempunyai alasan lagi untuk menaikkan tambang sewenang-wenangnya.

Tan Sri Syed Hamid berkata isu kenaikan tambang bas sekolah juga disebabkan daripada kesanggupan ibu bapa membayar kerana mereka tidak  mempunyai alternatif lain untuk menghantar anak  ke sekolah.

"Sekarang kita ada formula baharu. Pengusaha mengadu tindakan menaikkan tambang disebabkan tidak cukup pendapatan. Kita sedang  mengkaji kemungkinan membenarkan mereka untuk memasang iklan di bas. Kita juga sedang kaji kemungkinan membenarkan bas sekolah itu  digunakan sebagai 'feeder bus' supaya mereka dapat pendapatan tambahan dan tidak perlu naikkan tambang," kata beliau.

January 21, 2014

0 SPAD Lancar Kempen Kesedaran & Pematuhan SPAD ICOP


Bertempat di Terminal Bersepdu Selatan petang tadi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat telah melancarkan Majlis Perlancaran Kempen Kesedaran Dan Pematuhan SPAD ICOP - Keselamatan Untuk Pengendali Bas Dan Kenderaan Barangan. Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar sebagai Pengerusi SPAD telah melancarkan kempen tersebut.

Kempen ini dijalankan untuk pengendali bas dan kenderaan barangan, sebagai langkah keselamatan yang diambil oleh SPAD bagi memastikan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya. SPAD telah  menetapkan had laju kenderaan 90 km/sejam sebagai syarat lesen pengendali bas dan kenderaan barangan. SPAD ICOP ini amat penting sebab kebanyakan kes kemalangan berpunca daripada pemandu yang memandu terlalu laju.

Had laju yang terkandung dalam SPAD ICOP untuk pengendali bas berkuatkuasa pada 20 Ogos tahun lalu manakala untuk  pengendali kenderaan barangan, pada 11 November tahun yang sama. Program latihan SPAD ICOP telah dijalankan sejak  November 2012 dan selesai pada Oktober 2013.

Di bawah program SPAD-ICOP, pengendali yang tidak mematahui had laju akan diberikan surat amaran jika melakukan  kesalahan untuk kali pertama. Jika mereka lakukan kali kedua, permit kenderaan akan digantung selama sebulan. Jika pengendali melakukan  kesalahan kali ketiga, permitnya akan digantung tiga bulan dan untuk kesalahan keempat, permitnya akan dibatalkan terus.






10 Gambar-Gambar Demo Boikot Barangan Jepun Diketuai Oleh MP @shamsuliskandar





Berpuluh ribu orang membanjiri Kedutaan Jepun di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini bagi membantah tindakan Kerajaan Jepun yang tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memasuki Jepun melalui Lapangan Antarabangsa Narita. Jalan Tun Razak sesak dengan kehadiran penyokong-penyokong yang turut berkempen untuk Demo Memboikot Barangan Jepun. 

Turut hadir adalah Ratu Cantik dari kilang mana pun tak tahu (lihat gambar di atas). Ironinya, seorang penyokong PKR kelihatan sedang merakam Demo Memboikot Barangan Jepun menggunakan kamera CANON! Dia lupa kot Jepun adalah pembuat barangan Canon. Sekian laporan berita yang amat serius ini. Tolong jangan ketawa. Kredit gambar-gambar kepada rakan penyiasat saya, Detective Conan.


January 20, 2014

3 Satira @anwaribrahim Gagal Masuk Ke Jepun Bakal Menyaingi Satira #Kangkung


Semenjak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membuat posting di laman sosial Fanpage Facebooknya gara-gara beliau tidak dibenarkan masuk ke Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, pelbagai satira telah dikeluarkan oleh Masyarakat Malaysia.

Satira-satira berkenaan menjadi trending semenjak semalam dan nampak gayanya bakal menyaingi satira #kangkung. Anwar Ibrahim juga bersifat terbuka dan memberi respons baik kepada satira-satira yang ditujukan kepada beliau. Antaranya seperti di bawah:



Di bawah ini dikongsikan satira-satira yang diambil di laman sosial.






Namun ada juga di antara penyokong-penyokong PKR yang cuba memberi alasan kenapa Anwar Ibrahim dihalang dari memasuki Jepun. Baca di bawah:

January 19, 2014

2 @malaysiakini & @tm_insider Portal Putar Belit Suka Edit Berita



Dalam perhimpunan aman membantah tindakan ADUN PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan kuncu-kuncunya menghina Perdana Menteri semalam, di Bandar Sunway, Bukit Mertajam semalam, Malaysiakini telah pada mulanya melaporkan kehadiran orang ramai sebanyak 3,000 orang. Laporan ini disediakan pada sebelah pgi.

Namun pada sebelah petangnya berita berkenaan telah diedit. Jumlah kehadiran orang ramai berjumlah 3,000 orang telah bertukar menjadi 600 orang pada sebelah petangnya. Nasib baik ada sahabat-sahabat laman maya yang sempat 'screen page' berita Malaysiakini berkenaan. Kejadian yang sama berlaku di portal berita The Malaysian Insiders. Namun 'screen page' ke atas berita The Malaysian Insiders tidak sempat dilakukan.

Siapa yang menipu dari segi jumlah bilangan orang yang datang? Diharap Malaysiakini dan The Malaysian Insiders dapat memberikan pencerahan. Atas arahan siapa jumlah kehadiran orang ramai diubah? Rakyat Malaysia tuntut kebenaran berita dari Malaysiakini dan The Malaysian Insiders. Kami Rakyat Malaysia tidak mahu tertipu dengan laporan tidak bertanggungjawab dan dimasukkan kedalam 'vortex spinning' kalian.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates