October 26, 2013

11 Larang Acara Korban Di Sekolah - YB @PKamalanathan Tidak Perlu Melatah


CTS amat terkilan apabila Timbalan Menteri Pelajaran, YB P Kamalanathan melatah apabila seorang Rakyat Malaysia berbangsa India, "Saravanan" beberapa hari lalu mempertikaikan tindakan seorang Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya yang mengadakan acara korban di padang sekolah. Kenapa seorang Timbalan Menteri menjadi sensitif dengan acara keagamaan ini sehingga menjadi satu larangan? 

Perkara ini telah lama dilakukan dan dipraktikkan, kenapa baru sekarang menjadi pertikaian? Sekolah berkenaan melakukan acara korban bukan niat hendak menghina. Pihak sekolah pun faham dan tidak pernah mengajak seorang anak murid dari kalangan penganut Agama Hindu ke majlis berkenaan. 

Sebagai seorang Timbalan Menteri, YB berkhidmat untuk semua kaum dan bukan kepada satu-satu kaum tertentu sahaja. Sebagai seorang Timbalan Menteri sepatutnya YB tidak gopoh buat kenyataan begini terutama kepada media massa. Sepatutnya  YB memikirkan dan mencari jalan terbaik. Sekiranya YB mengeluarkan kenyataan sebegini, Umat Islam akan anggap kau berat sebelah dan tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. 

Apakah hanya kaum India sahajakah yang boleh mempertikaikan acara keagamaan Umat Islam? Bayangkan kalau Umat Islam di Malaysia membalas kembali ugutan dengan mempertikaikan perayaan penganut-penganut Agama Hindu seperti Thaipusam? Apa pendapat YB sekiranya Umat Islam memberikan analogi seperti di bawah?
Bagaimana sekiranya perarakan Thaipusam tidak boleh diadakan di jalanraya / laluan awam? Kenapakah perarakan berkenaan harus dilakukan di jalan raya? Bukankah ianya menganggu lalu lintas dan menambah kesesakan di jalanraya? Lebih baik dilakukan di kuil sahaja bukan? 
Bagaimana sekiranya upacara mencucuk anggota badan semasa Thaipusam dengan membawa kavadi tidak boleh dilakukan di depan khalayak ramai / orang awam. Bukankah ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak kerana itu aksi ganas dan melampau? Sekiranya mengikut pendapat Saravanan, sembelih lembu itu kejam, bagaimana dengan upacara ini?
Dan bagaimana pula sekiranya Umat Islam mempertikaikan upacara memecahkan dan membaling kelapa di jalanraya tidak digalakkan? Bukankah itu satu pembaziran? Bukankah ia juga mengotorkan jalanraya?
Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat, seperti contoh-contoh di atas. Cadangan CTS kepada semua Menteri dan Timbalan Menteri yang bijak pandai, jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya sekali.

3 The Malaysian Insider Mohon Maaf Kerana Memfitnah Tun Dr Mahathir @tm_insider


Tohmahan, fitnah dan adu domba sudah menjadi seperti kemestian kepada portal akhbar ini. Hari ini sekali lagi portal The Malaysian Insider memohon maaf kepada Negarawan Tun Dr Mahathir kerana memfitnah beliau "salur RM200 untuk menang di peringkat bahagian".

Sebelum ini juga portal yang sama turut memfitnah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebelum cepat-cepat memohon maaf selepas itu. Apakah terdapat dalang di sebalik portal berkenaan yang cuba menjatuhkan kredibiliti kedua-dua anak beranak ini? Apa pula motif di sebalik fitnah-fitnah ini?

Dalam 2 minggu ini sudah 3 permohonan maaf dilakukan oleh The Malaysian Insider. Satu kepada Datuk Mukhriz, satu kepada Khazanah Malaysia dan satu kepada Tun Dr Mahathir. Boleh tak CTS sarankan selepas ini tolonglah saman portal ini??? Wartawan dan editor yang menulis rencana berkenaan wajar didesak untuk meletakkan jawatan kerana mereka meletak etika kewartawanan di dalam longkang!

October 25, 2013

0 Tanggungjawab Berat Menanti SPAD Di Dalam Bajet 2014

"Mengukuhkan Jaringan Pengangkutan Awam" menjadi agenda Kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran YAB DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Ianya dinyatakan secara jelas di dalam Bajet 2014, di bawah Teras Keempat iaitu "Mempergiat Pembangunan Bandar Dan Luar Bandar".

Sememangnya, perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap dapat memudahkan mobiliti serta menjimatkan masa dan kos perjalanan. Lantas, Kerajaan komited untuk menambah baik pengangkutan awam termasuk menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan berkualiti. Antara langkah yang diambil adalah: 

Pertama: Membina landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan kemudiannya ke Johor Bahru serta menaik taraf rel dan landasan di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak 2.9 bilion ringgit; 

Kedua: Menyediakan kemudahan park and ride di stesen LRT, stesen KTM komuter serta stesen ERL dengan peruntukan 62 juta ringgit; 

Ketiga: Memperkenalkan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat dengan peruntukan sebanyak 15.3 juta ringgit bagi membolehkan pengagihan teksi kepada penumpang dengan lebih cekap;

Keempat: Membina hentian akhir bandar dan menaik taraf perhentian bas serta kemudahan 'drop and ride' dengan peruntukan 28 juta ringgit; dan

Kelima: Membaik pulih tren Electric Multiple Unit (EMU) dengan peruntukan 28 juta ringgit bagi memastikan kekerapan dan kecekapan perkhidmatan. 

Bagi mempastikan kemudahan jaringan antara kawasan bandar dan luar bandar, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 130 juta ringgit bagi subsidi pengangkutan udara luar bandar, terutama bagi penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak. Walaupun tidak ekonomik dan tidak menguntungkan, Kerajaan akan tetap meneruskan subsidi perkhidmatan keretapi di laluan Wilayah Timur, yakni di Pahang dan Kelantan. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 600 ribu pengguna dengan peruntukan RM52.9 juta.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai badan berkanun yang di tubuhkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, bertanggungjawab sepenuhnya di dalam merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bus dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi, selaras dengan peruntukan dan subsidi yang telah dibentangkan di dalam Bajet 2014.

Alhamdulillah, usaha SPAD dalam memainkan peranan penting di dalam usaha membaik pulih perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia  telah diberi perhatian yang sewajarnya di dalam Bajet 2014. Kita berharap peruntukan dan subsidi ini dapat memangkinkan usaha untuk mengukuhkan jaringan pengangkutan awam dan memberi manfaat kepada Rakyat, yang mana usaha ini salah satu agenda utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pengangkutan awam bandar seperti yang digariskan di dalam Pelan Transformasi Kerajaan, yang diterajui oleh Perdana Menteri.

October 24, 2013

4 Video Lelaki Mengamuk Di Taman Melati Yang Ditangkap Telah Tersebar


Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati. Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok. 

Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral. Suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian. Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki. 

Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian. Orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.

10 Bendera DAP Dikibarkan Di #PRKSgLimau - SPR Harus Bertindak Tegas




Yang bertanding di PRK DUN Sg Limau adalah parti PAS bukannya gabungan PR. Gabungan parti-parti dalam PR adalah haram kerana PR tidak berdaftar. Oleh itu penggunaan bendera DAP dan PKR adalah tidak mematuhi peraturan SPR berhubung bendera dan poster semasa PRK.

SPR harus bertindak tegas bagi memastikan pembangkang mematuhi peraturan dan hanya menaikkan bendera atau poster parti yang bertanding sahaja. Lagipun apalah agaknya yang dihadapkan oleh makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang bersongkok dan bertudung labuh dengan mengusung bendera DAP?

October 23, 2013

0 AIM? Bukan! FFM? Bukan! Selamat Datang Ke Anugerah Pengangkutan Awam Darat 2013

Kalau industri muzik boleh berbangga dengan Anugerah Industri Muzik (AIM), industri filem dengan anugerah Festival Filem Malaysia (FFM), industri pengangkutan awam darat juga tidak ada kurangnya. Buat julung kalinya bersemperna LPT Symposium pada 1 Disember 2013, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan memberi penganugerahan kepada pengendali pengangkutan awam darat yang terpilih bagi kategori rel, bas, kenderaan barangan dan teksi bagi mengiktiraf sumbangan dan pencapaian pihak industri.

Kita amat mengalu-alukan sikap proaktif SPAD yang berinitiatif mengadakan anugerah berkenaan. Ini secara langsung dapat memberi imej yang lebih baik kepada pengendali pengangkutan awam darat yang sering kali dilihat dari sudut keburukan dan kelemahan sahaja oleh pengguna. Tambahan dari itu, anugerah ini dapat memberi imej yang lebih positif kepada pihak SPAD yang seringkali dilihat sebagai "Abang Polis" yang mengeluarkan saman.

Jarang mana-mana pihak memberi sanjungan atau pengiktirafan kepada industri ini apabila mereka menjulang nama negara di mata dunia. Anugerah ini yang dinamakan "Anugerah Pengangkutan Awam Darat 2013" secara tidak langsung dapat menggalakkan penambahbaikan dan transformasi industri pengangkutan awam darat. Akhirnya, pengguna perkhidmatan awam darat juga yang akan mendapat keuntungannya.

Terdapat 4 kategori anugerah yang akan dipertandingkan, iaitu:
• Anugerah Pengendali Terbaik (Best Operator Award) 
• Anugerah Pengurusan Sumber Manusia Terbaik (Best Human Capital Management Award) 
• Anugerah Inovasi Terbaik (Best Innovation Award)
• Anugerah Khas Pemandu Teksi Contoh (Best Taxi Driver Award)

Pengendali perkhidmatan awam darat yang berminat boleh mengemukakan borang penyertaan yang diisi lengkap berserta dengan dokumen sokongan untuk dikemukakan sebelum atau pada 06 Nov 2013, jam 12 tengah hari  ke SPAD Academy. Borang pencalonan, garis panduan penyertaan serta maklumat lanjut boleh dirujuk ke laman rasmi SPAD, di sini. Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan anugerah industri perkhidmatan awam darat.

6 Gambar 'Jantan' Bakal Naib Ketua Pemuda UMNO Tersebar


Ini kali pertama CTS melihat gambar ini. Gambar berkenaan sudah tersebar luas di laman sosial Facebook. Tidak pasti gambar tersebut disebar untuk menjatuhkan kredibiliti beliau atau tidak. Dari gaya seorang perempuan di atas memegang 'microphone', CTS rasakan gambar ini diambil di sebuah bilik karaoke.

CTS juga tidak pasti adakah kedua-dua perempuan berkenaan 'mahram' kepada lelaki berkenaan. Kalau bukan 'mahram', pastinya kelakuan di atas haram bukan? Kalau 'marham' sekalipun, pakaian kedua-dua wanita berkenaan amat menghairahkan.

Walau bagaimanapun, dari gaya kemesraan  mereka, CTS boleh katakan bakal Naib Ketua Pemuda UMNO sememangnya betul-betul jantan. Mungkin ini Melayu "liberal dan progressif" yang dimaksudkan oleh Ketua Pemuda UMNO kot?

Jangan pula ada pihak yang dengki dan iri hati melihat bakal Naib Ketua Pemuda UMNO ini bersukaria di karaoke. Sebabnya, kekayaannya melimpah ruah. Jawatan di dalam syarikat dan syarikat yang dimilikinya tidak cukup tangan untuk membilangnya. Tak percaya, lihat blog B2BSpa, di sini, untuk melihat senarai syarikat yang dimilikinya.

5 Terkini - Gambar-Gambar Banjir Dan Tanah Runtuh Di Bertam Valley, Cameron Highland












Dua pekerja warga asing terbunuh manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir di sekitar tebing Sungai Bertam, Ringlet, Perak. Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands berkata, setakat ini mayat seorang pekerja lelaki warga Bangladesh dan wanita warga Indonesia ditemui manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang. Kejadian jam 1.00 pagi tadi berpunca daripada pelepasan air empangan air berdekatan sebanyak dua kali berikutan tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan akibat hujan lebat.

2 PRK Sungai Limau - Adakah Gambar-Gambar Ini Bermakna Biduk Lalu Kiambang Bertaut?




Terkini di PRK Sungai Limau. Biar gambar sahaja berbicara. Apa kata penyokong-penyokong kat bawah ni?

October 22, 2013

12 @tianchua Tak Dapat Bezakan "Government Service Tax" & "Goods & Services Tax" - Bodoh?


Amat memalukan bagi seorang Ahli Parlimen yang tidak dapat membezakan di antara "Government Service Tax" yang digunapakai selama ini dengan "Goods & Services Tax" yang masih belum diluluskan di Parlimen. Ahli Parlimen Batu membebel di Twitter seolah-olah Kerajaan telah melaksanakan cukai "Goods & Services Tax (GST)" yang belum diluluskan.

Beliau dengan bangga menunjukkan bukti resit parkir pasar borong DBKL. Hendak salahkan Kerajaan sebaliknya diri sendiri nampak kebodohannya. Buat malu sama Rakyat Batu memilih Tian Chua sebagai Ahli Parlimen!

6 Hudud - Satu Cadangan Yang Bernas Dari Seorang Peguam Muslim

CTS amat tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh rakan CTS di laman sosial Facebook beliau. Pandangan ini dilontarkan oleh Peguam Melayu kontroversi yang terkenal dengan kelantangannya menentang "ketidakadilan" yang berlaku di dalam Majlis Peguam. Beliau, Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz, yang menggunakan nama pena Buzze Azam, adalah pemilik firma guaman Azam Aziz & Co. Baca, nilaikan dan sama-sama kita fikirkan bersama.

October 21, 2013

6 Gambar Presiden PAS Potong Kek Hari Jadi Dengan Anwar & Kit Siang



Gambar-gambar comel Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang memotong kek jari jadi beliau ke 66. Majlis yang disaksikan oleh kedua rakan karibnya, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Selamat hari jadi Tuan Presiden. Awat kek Tuan Presiden lebih kecil daripada kek Datuk Nik Aziz Nik Mat?

13 MB Kedah Dan Wakil Rakyat BN Sinting Seluar Harung Bah Tolong Rakyat

YAB Datuk Paduka Mukriz Tun Dr Mahathir

YB Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

YB Senator Shahanim Mohamad Yusoff
Kalau nak lihat pemimpin berjiwa Rakyat atau tidak, tunggulah apabila Rakyat susah, mereka turun padang atau tidak. Sekarang musim banjir di sebelah Utara tanahair terutama negeri Kedah dan Pulau Pinang. Orang utara panggil banjir sebagai bah. Inilah ciri-ciri Wakil Rakyat yang Rakyat perlukan. Seorang Menteri Besar dan Ahli Parlimen serta Senator yang dilantik "sinting" kaki seluar dan berendam kain dalam lumpur untuk turun mengharung banjir membantu Rakyat.

Keikhlasan Menteri Besar Kedah dan Wakil-Wakil Rakyat beliau membantu Rakyat hanya Allah sahaja yang tahu. Biarlah gambar-gambar sahaja yang berbicara. Tidak guna beretorik untuk liberal, progresif dan mesra Rakyat sehingga senyum sampai ke telinga sekiranya nasib Rakyat tidak terbela. Biarlah orang-orang UMNO tidak menghargai Menteri Besar Kedah. Kami Rakyat Kedah sayangkan Menteri Besar kami.




October 20, 2013

1 DAP Pulau Pinang Rasis!!! Papantanda Kawasan Perumahan Bertulisan Cina


Pendedahan yang dilakukan oleh rakan Facebook, Analisa Politik Terkini, cukup mengejutkan. Pintu masuk Projek Taman Perumahan berhampiran persimpangan bulatan ke Lapangan Terbang Pulau Pinang menggunakan tulisan Cina sepenuhnya!!! Kalau tidak salah CTS terdapat undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang menetapkan adalah menjadi satu kesalahan membuat iklan dan papan tanda tanpa kebenaran dan menggunakan bahasa selain Bahasa Malaysia.

Adakah Pulau Pinang sudah menjadi Pulau Mini Cina? Adakah perumahan itu khas untuk orang-orang Cina? Adakah orang-orang Melayu dan India di Pulau Pinang tidak mampu beli rumah lagi dan tinggal di kawasan pulau? Apakah ini tidak RASIS!!! Ini taman perumahan dan bukan taman Nirwana tempat simpan abu orang-orang Cina. Ini Malaysia dan bukan negara Republik of China. Mana pihak berkuasa tempatan? Sudah kena suapkah?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates