September 25, 2017

2 Memang Benar, Janji Atasi Banjir Sepenggal Oleh @cmlimguaneng Bukan Di Penang, Tapi Di Pahang


Apabila teruk dikritik dengan banjir kilat yang tidak sudah-sudah berlaku di Pulau Pinang, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menyelesaikan masalah banjir di negeri itu dalam masa sepenggal.

Betul. Apa yang sebenarnya berlaku adalah Setiausaha Agong DAP ketika berlangsung Konvensyen DAP Ke 17 Selangor, beberapa bulan selepas PRU ke 13 berjanji akan menyelesaikan banjir di Pahang sekiranya DAP menang di negeri itu dan Putrajaya. Kata Joseph Lim Guan Eng,
We promise. If we win in Pahang and if we win in Putrajaya, give us one term and the floods in Pahang will be resolved.
Persoalannnya dengan peruntukan yang banyak diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan Rejim Pulau Pinang sendiri lebih dari mampu untuk mengadakan usaha mengawal banjir, negeri itu tidak mampu untuk menyelesaikan masalah banjir. 

Kos RM305 juta untuk laporan Terowong Dasar Laut boleh disediakan, kenapa beri alasan untuk projek tembatan banjir yang jauh lebih murah? Ada hati pula Joseph Lim Guan Eng hendak menyelsaikan masalah banjir di Pahang.



Kedua, ADUN Pulau Pinang, Ng Wai Aik pernah membentangkan banner bersama penduduk JKKK Taman Trafik yang berbunyi "40 years' flood solved in 9 months'. Itu hanya 9 bulan. Tidak sampaipun satu penggal.



Ketiga, di dalam satu ceramah, Joseph Lim Guan Eng berkata banjir kilat berlaku kerana wujudnya rasuah. Sejak 2015, 23 banjir kilat telah direkodkan di Pulau Pinang. Adakah ini bermakna rasuah berlaku secara berleluasa di Pulau Pinang sejak 2015? Tonton video ceramah Joseph Lim Guan Eng di bawah:

video

3 @AzminAli Ancam Saman Utusan Malaysia Isu Pesta Arak, Diharap Tajuk Berita Bertukar Esok


Menteri Besar DS Azmin Ali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia di atas muka depan akhbar itu mendakwa beliau benar pesta arak di Selangor.

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong mencabar Utusan Malaysia mengemukakan bukti Azmin mengeluarkan dakwaan sedemikian.

Kita menjangkakan tajuk dan berita mengenai Pesta Arak di Selangor akan berubah di dalam muka depan Utusan Malaysia esok, lebih kurang seperti di bawah (telah ditilik oleh rakan Facebook Ab Jalil Backer):

Ralat : Festival Beer - Azmin Ali Tiada Pendirian

Kuala Lumpur - Utusan Malaysia hari ini memohon maaf tanpa syarat kerana tersilap dan terkhilaf membuat laporan Menteri Besar Selangor, Dato Sri Azmin Ali bersedia untuk meluluskan 'Better Beer Festival 2017' di Selangor.

Azmin Ali memyatakan beliau belum ada pendirian terhadap pesta beer berkenAn dan menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan di bawah EXCO Ean Yong Hian Wah untuk membuat keputusan.

74 Sekembali Dari 'Menjual' Selangor Ke China, @AzminAli Setuju 'Festival Beer 2017' Dibuat Di Selangor



Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali baru sahaja selesai mengadakan lawatan ke China dengan alasan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke China. Sebelum ini, kejayaan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak membawa sejumlah pelaburan yang besar ini telah dijadikan modal politik apabila pihak pembangkang mendakwa Kerajaan Persekutuan sedang menjual negara kepada China.

Lawatan Azmin Ali ini juga jelas adalah suatu lagi tindakan hipokrit oleh pihak pembangkang yang selama ini menyatakan segala usaha pelaburan yang dibuat Kerajaan Persekutuan di China sebagai sesuatu yang tidak memberi keuntungan kepada negara. Rakyat tidak lupa juga sikap hipokrit pembangkang apabila kerajaan negeri Pulau Pinang turut sama mendapatkan pinjaman dari negara China bagi menampung perbelanjaan pembangunan di negeri tersebut. 

Kini, setelah kembali ke tanahair, Azmin Ali telah menamatkan polemik festival arak yang menjadi kontroversi setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan festival berkenaan diadakan di Kuala Lumpur dengan alasan keselamatan. Tahniah Azmin Ali kerana menjadi hero kepada DAP di Selangor dengan membenarkan pesta berkenaan menjadi kenyataan. 'Octo Beer Fest' bukan perkara baru di Selangor. Ianaya disambut sejak 2011 lagi. Baca di sini. Ini pula sewaktu pesta berkenaan disambut meriah oleh Wakil Rakyat DAP / PKR Selangor pada 2014. Baca di sini.

Nota Kaki: Untuk pengetahuan Menteri Besar Selangor, pihak polis Glasgow telahpun mengharamkan Oktoberfest pada tahun 2016 disebabkan berlaku keganasan pada festival tahun sebelumnua. Baca di sini.

September 24, 2017

16 Alasan @RafiziRamli Kenapa Notis Kebangkrapan Dikenakan Ke Atasnya


Rafizi Ramli hari ini telahpun menjawab kenapa Notis Kebangkrapan dikenakan ke atasnya oleh DS Mohammad Salleh dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Untuk berlaku adil dibawah posting saya letakkan kesemua alasan beliau secara penuh. Kita tidak perlu membaca panjang-panjang bunga-bunga bahasa Rafizi Ramli. Cukuplah para di bawah sahaja untuk mengetahui putar belit beliau.
Malangnya, perkara yang mudah iaitu menghubungi saya untuk membuat temujanji untuk menyerahkan notis tuntutan yang menyatakan jumlah yang perlu dibayar itu tidak pernah diusahakan oleh Dato’ Seri Salleh Ismail.
Pihak beliau hanya meninggalkan surat di rumah saya kononnya mereka datang tetapi saya tiada di rumah. Seterusnya mereka meninggalkan pula surat untuk menyatakan mereka berkehendakkan saya berada di rumah pada tarikh dan masa yang mereka tetapkan untuk saya menerima notis yang hendak mereka serahkan. 
Saya hanya satu arahan mahkamah yang sama seperti yang diiklankan di dalam akhbar buat kali pertama pada hari Selasa lepas iaitu 19 September 2017, semasa saya pulang ke rumah sekitar jam 1 pagi selepas program seharian,. Arahan mahkamah itu bertarikh 14 September 2017 dan memberi saya tempoh seminggu iaitu sehingga 21 September 2017, tetapi hanya ditampal di pintu rumah saya hanya pada 18 September 2017 dan hanya dilihat oleh saya pada pagi 19 September 2017.
Pada 20 September 2017, saya berada di Sitiawan pada sebelah malamnya dan pada 21 September 2017, saya ada kes di mahkamah. 22 September 2017 ialah cuti umum awal Muharram."
Kesimpulan:

1. Pihak NFC dan peguam syarikat memang cuba menghantar notis, tapi, Rafizi Ramli tiada di rumah. Bila tarikh pihak NFC datang, dan di mana Rafizi Ramli ketika itu?

2. Pihak NFC dan peguam syarikat memang cuba menetapkan tarikh untuk pertemuan untuk memberi tangan notis tersebut. Bila tarikh tersebut dan adakah Rafizi Ramli membuat usaha untuk berjumpa pada ketika itu?

3. Rafizi Ramli mengakui bahawa peguam telah datang dua kali ke rumahnya untuk meninggalkan dua surat. Rafizi Ramli kemudian berkata selepas dua surat itu, peguam ada meletakkan perintah mahkamah di pintu rumahnya pada 18/09/2017 yang beliau akui melihatnya keesokan harinya tetapi Rafizi Ramli berkata beliau sibuk selama beberapa hari. Itu masalah NFC kah?

4. Rafizi Ramli sendiri mengaku melihat notis pada pagi 19/09/2017, tapi kenapa pula berlengah dan tidak menunaikan arahan untuk membayarnya, padahal mempunyai peluang untuk mengusahakannya pada 19/09/2017, 20/09/2017 dan 21/09/2017?

5. Rafizi Ramli, anda telah membuat fitnah, kalah kes mahkamah dua kali, anda masih tidak membayar saman, anda mengabaikan notis mahkamah selama berbulan-bulan, anda mengemis kepada orang ramai meminta derma dan kemudian apabila proses biasa berlaku untuk Notis Kebangkrapan, anda mengatakan ia adalah suatu gerakan politik murahan oleh seorang lelaki berumur? Gila ka ini orang?


6. Sebanyak 1,333 patah perkataan bersamaan 4 muka surat, Rafizi Ramli cuba menjelaskan dalam laman sosial Facebook beliau tentang isu Notis Kebangrapan semata-mata hendak cakap beliau tidak bersalah. Ini pun beliau boleh hendak menipu? Dahsyat.

Kenyataan penuh Rafizi Ramli:
24 September 2017 
SKANDAL NFC: 
IKLAN NOTIS BANKRAP SENGAJA DIUSAHAKAN SEBAGAI MODAL POLITIK 
Saya merujuk kepada satu notis menuntut bayaran sebanyak RM306,999.17 setakat 13 Julai 2017 seperti yang  diiklankan di dalam akhbar tempatan atas arahan yang diperolehi oleh Dato’ Seri Salleh Ismail (suami kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno) dan NFC daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam. 
Saya tahu bahawa tindakan membuat permohonan terus di mahkamah tanpa berusaha sepenuhnya untuk menghantar notis secara tangan agar notis itu diterima sendiri oleh saya (seperti kehendak undang-undang yang biasa diamalkan) adalah satu helah murahan di pihak Dato’ Seri Salleh Ismail untuk memfitnah dan menyerang peribadi saya. Saya tidaklah terkejut, malah bersimpati dengan beliau kerana pada umur sedemikian beliau nampak terlalu terikut-ikut dengan perasaan marah dan dendam atas apa yang berlaku ke atas NFC yang mengheret keluarga beliau. 
Dengan mendapatkan notis dari mahkamah itu, ia bertujuan untuk memberi gambaran bahawa saya berlaku tidak jujur kerana menerima sumbangan orang ramai untuk membayar jumlah yang dituntut oleh beliau tetapi menyimpan jumlah itu dan tidak membayarnya kepada beliau. Selain itu, ia digunakan sebagai modal politik murahan oleh cyber trooper Umno untuk menyerang saya sebagai seorang yang bankrap. 
Rakyat secara umumnya tidak begitu arif tentang selok belok kaedah undang-undang dalam mengendalikan tuntutan bayaran selepas satu penghakiman kes saman dikeluarkan.
Oleh itu, mudah untuk menggunakan kaedah undang-undang untuk memberi gambaran saya enggan membayar walaupun sudah menerima sumbangan lebih RM1.5 juta dari rakyat Malaysia. 
Kaedah-kaedah di sisi undang-undang untuk menghantar notis menuntut bayaran selepas satu penghakiman dibuat dalam kes saman seperti ini tertakluk kepada kaedah-kaedah yang terkandung di dalam Peraturan Mahkamah 2012 (Rules of Court 2012) yang diwartakan. 
(Rujuk Peraturan Mahkamah 2012 http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=3766 )
Secara umumnya, kaedah-kaedah ditentukan oleh Perintah 10 (“ORDER 10: SERVICE OF ORIGINATING PROCESS: GENERAL PROVISIONS”) dan Perintah 62 (“ORDER 62
SERVICE OF DOCUMENTS”). 
Perintah 10 Peranggan 1 menyebut bahawa tertakluk kepada akta-akta dan peraturan-peraturan di dalam Peraturan Mahkamah, sesuatu notis (dipanggil juga writ) perlulah disampaikan secara peribadi kepada pihak yang menerima atau dihantar melalui pos berdaftar. Dalam kes notis menuntut bayaran seperti kes ini, ia bermakna peguam yang dilantik oleh Dato’ Seri Salleh Ismail perlulah membuat temu janji dengan saya untuk datang berjumpa dan menyampaikan sendiri notis tuntutan itu yang perlu ditandatangani oleh saya dalam satu salinan sebagai persetujuan saya telah menerima notis tersebut. 
Perintah 62 Perenggan 5 (mengenai “Substituted Service”) menyebut pula bahawa jika sesuatu notis perlu disampaikan secara peribadi tetapi Mahkamah merasakan adalah tidak praktikal (“impractical”) untuk menyampaikannya secara peribadi, satu permohonan boleh dibuat kepada Mahkamah oleh pemohon untuk mendapatkan arahan Mahkamah agar kaedah-kaedah lain digunakan untuk menyampaikan notis itu kepada pembayar. 
Mahkamah kemudiannya berhak mengarahkan agar satu notis diiklankan mengikut apa-apa kaedah yang difikirkan sesuai, selalunya diiklankan di dalam sebuah akhbar edaran nasional. 
Saya perlu menegaskan bahawa kaedah mendapatkan satu perintah mahkamah agar notis diiklankan bukanlah cara biasa yang digunakan untuk menuntut bayaran seperti dalam kes ini kerana tugas untuk menyampaikan notis secara tangan untuk diterima secara peribadi oleh saya bukan satu perkara yang susah. 
Saya dimaklumkan oleh beberapa orang rakan peguam bahawa pemohon (dalam kes ini Dato’ Seri Salleh Ismail) perlu menunjukkan bahawa beliau tidak dapat menjejaki saya sama ada kerana alamat yang diberikan tidak lagi wujud atau tiada yang tahu di mana saya berada. Tambahan pula, kaedah mengiklankan di dalam akhbar akan melibatkan kos yang tinggi.
Sebab itu saya tidak terkejut apabila Dato’ Seri Salleh Ismail dan NFC mengambil jalan yang pelik dan menelan belanja sedangkan cara biasa hanyalah menghubungi saya atau datang ke pejabat saya. Bagi saya, mereka berniat untuk memalukan dan menunjukkan kononnya saya seorang yang pecah amanah kerana telah mendapat sumbangan tetapi tidak membayar tuntutan mereka. 
Apa yang tidak dimaklumkan kepada rakyat adalah saya tidak dapat membayar sehingga mereka menyampaikan notis tuntutan itu secara tangan dan diterima peribadi kepada saya kerana saya tidak tahu jumlah sebenar yang perlu saya bayar. Hakim YA Azizul Azmi Adnan bukan sahaja menganugerahkan bayaran RM300,000 kepada NFC dan Dato’ Seri Salleh Ismail, jumlah itu perlu dibayar dengan bayaran faedah yang dikira pada setiap hari.  
Oleh itu, saya memang perlu menunggu notis tuntutan itu diserahkan secara tangan untuk memenuhi kehendak undang-undang dan mengetahui jumlah yang perlu dibayar. 
Malangnya, perkara yang mudah iaitu menghubungi saya untuk membuat temujanji untuk menyerahkan notis tuntutan yang menyatakan jumlah yang perlu dibayar itu tidak pernah diusahakan oleh Dato’ Seri Salleh Ismail.
Pihak beliau hanya meninggalkan surat di rumah saya kononnya mereka datang tetapi saya tiada di rumah. Seterusnya mereka meninggalkan pula surat untuk menyatakan mereka berkehendakkan saya berada di rumah pada tarikh dan masa yang mereka tetapkan untuk saya menerima notis yang hendak mereka serahkan. 
Saya hanya satu arahan mahkamah yang sama seperti yang diiklankan di dalam akhbar buat kali pertama pada hari Selasa lepas iaitu 19 September 2017, semasa saya pulang ke rumah sekitar jam 1 pagi selepas program seharian,. Arahan mahkamah itu bertarikh 14 September 2017 dan memberi saya tempoh seminggu iaitu sehingga 21 September 2017, tetapi hanya ditampal di pintu rumah saya hanya pada 18 September 2017 dan hanya dilihat oleh saya pada pagi 19 September 2017. 
Pada 20 September 2017, saya berada di Sitiawan pada sebelah malamnya dan pada 21 September 2017, saya ada kes di mahkamah. 22 September 2017 ialah cuti umum awal Muharram. 
Maka saya tidak terkejut apabila saya menyemak telefon saya semalam sekitar 7 malam setelah seharian berkempen di Kedah dan Perlis, saya terlihat ada dua panggilan dari wartawan New Straits Times yang bernama Syed Umar Ariff. Sebelum ini, wartawan ini menulis beberapa rencana pojok politik yang memburuk-burukkan saya tanpa sekali pun merujuk kepada saya sebelum menulis rencana-rencana itu. Itu hak beliau untuk menulis tetapi apabila wartawan pertama yang menghubungi saya mengenai notis kebankrapan ini adalah Syed Umar Ariff dari NST (sedangkan sebelum ini beliau tidak pernah pun menghubungi saya walaupun tulisan pojok beliau itu boleh sahaja disaman kerana serangan ke atas saya), saya fahamlah sebab musababnya. 
Jika niat mereka ini untuk memalukan saya kerana notis bankrap yang disiarkan dan dijadikan modal serangan media milik Umno seperti TV3, NST dan Berita Harian – saya tidak rasa itu berkesan. Saya sudah pun ada berbelas kes mahkamah dan sudah dijatuhkan hukuman penjara. Apalah sangat satu notis menuntut bayaran yang disiarkan di dalam media milik Umno. 
Jika niat mereka untuk menunjukkan saya seorang yang menipu kerana menerima sumbangan rakyat tetapi menyelewengkan wang itu untuk diri saya – tindakan yang diambil ini adalah bodoh kerana rakyat Malaysia boleh membaca permainan politik mereka. Cemuhan rakyat kepada keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan Dato’ Seri Salleh Ismail akan berterusan kerana bukan sahaja mereka tidak mengembalikan sepenuhnya RM250 juta wang rakyat yang diambil, kini mereka cuba bermain politik pula dengan menggunakan skandal NFC.
Mulanya Dato’ Seri Salleh Ismail menuntut bayaran RM300,000 walaupun rayuan masih berjalan dan beliau boleh sahaja menunggu sehingga rayuan terakhir. Ketika itu nampak beliau terdesak untuk mendapatkan wang RM300,000. 
Setelah saya berjaya mengumpul RM300,000 untuk membayar beliau dan NFC, kini lain pula helahnya. Saya nampak seperti mereka cuba pula mencari jalan untuk saya tidak membayar wang RM300,000 itu dan menggunakan kaedah permohonan mahkamah agar notis tidak disampaikan secara peribadi kepada saya agar saya dapat membayarnya. Sebaliknya satu tindakan mahkamah diambil dan ditampal di saat-saat akhir sebelum tarikh akhir yang diarahkan mahkamah. 
Peguam saya akan mengira jumlah terkini yang perlu dibayar dengan mengambil kira bayaran faedah terbaru dan saya akan menyerahkan cek itu kepada beliau esok (Isnin, 25 September 2017) untuk dibayar kepada Dato’ Seri Salleh Ismail dan NFC. Selepas itu, soal kebankrapan sepatutnya tidak timbul dan saya akan menunggu tarikh rayuan untuk membatalkan keputusan Hakim YA Azizul Azmi Adnan tempoh hari.  
Saya menasihati Dato’ Seri Salleh Ismail dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil supaya menumpukan perhatian mereka kepada usaha untuk mengembalikan kesemua RM250 juta yang mereka telah ambil dan sebahagiannya dibelanjakan bagi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan penternakan lembu seperti kondominium mewah.  
Tindakan kebudak-budakan seperti tidak mengusahakan untuk menyerahkan notis tuntutan dengan jumlah yang perlu dibayar secara tangan yang menghalang saya membayar (seperti yang lazim berlaku) supaya satu notis kebankrapan dapat disiarkan di akhbar-akhbar akan terus mengundang cemuhan rakyat terhadap mereka. 
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Nota Kaki: Teruk juga si sotong ni dibelasah di dalam ruangan komen Facebook miliknya. Strategi beliau seorang betul dan orang lain salah sudah tidak terpakai.




 

12 Untuk Apa @RafiziRamli Meminta Derma Sekiranya Beliau Bersedia Dimufliskan?



26/07/2017 - Dengan lakonan memek muka yang penuh simpati, Rafizi Ramli berlakon di dalam sidang videonya memohon daripada Rakyat Malaysia untuk membayar ganti rugi terhadap fitnah yang dilakukannya. Beliau memohon derma berkenaan untuk mengelak dirinya dari diisytihar muflis. 

04/08/2017 - Dengan penuh bangganya Rafizi Ramli mengumumkan beliau berjaya mengutip derma sebanyak RM1.5 juta dalam masa 10 hari daripada orang ramai. Angka yang diperlukannya hanya RM300,000 sahaja.

20/09/2017 - Rafizi Ramli telah menerima Notis Kebangkrapan daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam.

22/09/2017 - Dengan bongkaknya Rafizi Ramli telah mendedahkan senarai pendermanya. Dengan bongkaknya Rafizi Ramli mendedahkan beliau masih belum mebayar saman daripada National Feedlot Corporation Sdn Bhd dan mendedahkan bahawa derma orang ramai digunakan untuk kepentingan peribadi seperti membayar gaji sendiri dan kakitangan INVOKE

Sekarang kita fahamlah kenapa Rafizi Ramli telah mengeluarkan semua wang simpanan beliau dari Tabung Haji dan ASB. Rupanya beliau telah bersedia untuk dimufliskan. Jika telah bersedia untuk muflis, kenapa masih mengutip derma dari orang ramai kononnya untuk membayar saman?

Rakyat Malaysia tidak perlu diperdaya dengan helah Rafizi Ramli. Kononnya perlu bantuan dan dana untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Sebenarnya anda tidak perlu membayar wang atau mengeluarkan sesen pun. 

Anda boleh lakukannya secara percuma di pusat-pusat pembuangan undi di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Jangan biarkan diri anda terus ditipu oleh si penipu, yang mengenakan bayaran kepada anda terhadap benda yang boleh didapati secara percuma.


September 23, 2017

15 Apa Khabar Mangsa Banjir Pulau Pinang Sewaktu DAP Bergembira Dengan Majlis Makan Malam




video

Sekadar bertanya, mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang makan apa malam ini ketika rejim DAP Pulau Pinang sedang leka menikmati hidangan lazat di dalam Majlis Makan Malam DAP malam ini.

Mungkin kurang prihatin atau tidak dapat tidak majlis Makan Malam DAP yang oenuh gilang gemilang ini terpaksa diteruskan walaupun kejadian banjir yang dikatakan paling buruk dalam tempoh 10 tahun baru tidak sampai seminggu berlaku.

Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang akan berkata, jangan cakap banyak. Saya sudah beri RM400 'one-off' untuk semua mangsa banjir. Tidak tahu bersyukur ka?

Kesimpulannya, undi DAP, depa kenyang, Rakyat berenang.

14 @RafiziRamli ... Notis Kebangkrapan Dan Pengubahan Wang Haram


Semalam, Rafizi Ramli telah mendedahkan nama penuh semua orang yang menyumbangkan kepada Invoke termasuk jumlah sumbangan. Rafizi Ramli berkata beliau tiidak perlu meminta kebenaran penderma kerana dia percaya penderma ini tidak keberatan melanggar privasi mereka. Katanya.

"Saya yakin rakyat Malaysia yang nama mereka disenaraikan tidak berasa malu atau mahu bersembunyi dengan sumbangan mereka, sebab itu saya ambil keputusan untuk menyiarkan rekod transaksi....." Baca Malaysiakini, di sini. Rafizi Ramli di dalam Kenyataan Medianya telah membuat fitnah terhadap Pegawai Perdana Menteri, Dato Rizal Mansor. Baca jawapan balas Dato Rizal Mansor di laman sosial Facebook beliau di sini. Senarai nama-nama penderma pula telah dimuatnaikkan di dalam dua fail berikut, di sini dan di sini.

Sewaktu Rafizi Ramli perlu membayar jumlah wang saman daripada DS Dr Mohamad Salleh Ismail dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) berjumlah melebihi RM300,000, para penyokongnya termasuklah kakitangan awam yang berjawatan di Kementerian Pelajaran, berduyun-duyun menghulurkan derma mencecah RM1.5 juta secara terkumpul. Malangnya, hasil kutipan tersebut tidak digunakan untuk membayar saman tersebut. Sebaliknya Rafizi Ramli mengakui wang berkenaan digunakan untuk membayar gaji, saham-saham INVOKE dan sebagainya.

Terkini, Notis Kebangkrapan telah dikeluarkan oleh pihak DS Dr Salleh dan NFC seperti di atas. Pastinya Rafizi Ramli sekali lagi akan menggunkan Notis Kebangkrapan tersebut untuk sekali lagi mengemis derma dari penyokong-penyokongnya. Mungkin ini kali terakhir Rafizi Ramli akan menikmati hasil derma pernokong-penyokongnya sebelum berehat di Bamboo River Inn.

Teknik Rafizi Ramli mendedahkan kesemua pendeposit penderma-penderma beliau ternyata memakan diri. Ada penderma-penderma beliau dikenal pasti sebagai penjawat awam persekutuan. Lebih menarik lagi beberapa nama telah mendepositkan wang ke akaun Rafizi Ramli beberapa kali dalam sehari dalam jumlah yang besar memberi indikasi kepada pihak berwajib terutama bagi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyiasat adakah ini modus opeandi pengubahan wang haram atau 'money laundering'.


18 Selepas Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Dan Tun Daim, Penyakit Tak Tahu Sudah Berjangkit Kepada @LimKitSiang


Lim Kit Siang adalah pengkritik paling lantang terhadap Tun Dr Mahathir ketika Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian berbilion ringgit sekitar awal 90-an lalu.

Malah Lim Kit Siang yang menjadi Ketua Pembangkang padamasa itu pernah menyatakan bahawa kemungkinan BNM mengalami kerugian antara RM16.5 bilion ke RM25.6 bilion. Perkara itu terkandung dalam penyata rasmi (hansard) Parlimen bertarikh 12/04/1994.

Ketika itu juga, Lim Kit Siang telah mengulangi seruannya supaya Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian besar itu. Lim Kit Siang dalam ucapan di Sidang Dewan Rakyat, pada 1994 berkata,
Tugas pertama Suruhanjaya Siasatan DiRaja ialah memastikan sama ada kerugian tukaran wang asing Bank Negara sejak tahun 1992 boleh melebihi RM30 bilion.
Tugas kedua Suruhanjaya Siasatan DiRaja ialah menentukan sama ada terdapat apa-apa kecurangan kewangan dan penyalahgunaan kuasa memandangkan penjelasan tentang kerugian besar tukaran wang asing yang tidak konsisten dan bercanggah, “so many loopholes”, begitu banyak masalah. 
Adalah tidak masuk akal bagi Bank Negara menyalahkan kelewatan serahan komputer yang 'sophisticated'.
Kini sudah terbukti kehilangan lebih dari RM32 billion seperti yang dijangka Lim Kit Siang. Ianya juga merupakan angka yang sama dengan apa yang dulu Lim Kit Siang pernah tulis dalam bukunya bertajuk 'The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal' yang memiliki 38 muka surat. Buku ini ditulis oleh Lim Kit Siang pada tahun 1994.

Pada 04/04/2017, Lim Kit Siang telah dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan kes penyelewengan wang forex di Kementerian Kewangan, Putrajaya. 

Sidang panel seramai 7 orang yang diketuai oleh TS Mohd Sidek Hassan telah menemubual Lim Kit Siang dalam anggaran masa 30 minit sahaja. Hanya 30 minit sahaja Lim Kit Siang bercakap pasal forex, lebih pendek berbanding ceramah politik dan tulisan dalam bukunya mengenai forex. 

Tapi kini suara-suara Lim Kit Siang tidak selantang dulu. Mungkin sebab beliau sudah bersama-sama dengan Tun Dr Mahathir yang selalu melaungkan "Melayu Mudah Lupa". Kini wabak mudah lupa ini turut berjangkit pada Kit Siang, selepas wabak berkenaan dialami oleh Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr Mahathir.

September 22, 2017

3 @SivarasaRasiah Buat Drama Tamil @AnwarIbrahim Untuk Tutup Cerita Kakitangannya Ditangkap @SPRMMalaysia


Teknik murahan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah untuk mengalihkan isu kakitangan beliau ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agak kelakar. 

Cerita Tamil yang didendangkan adalah kenderaan membawa banduan Sungai Buloh, Anwar Ibrahim setelah banduan berkenaan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital, terlibat dalam kemalangan.

Pastinya, drama Tamil seterusnya selepas ini adalah babak Anwar sakit, Anwar cedera, Anwar kena dapat rawatan di luar negara, nyawa Anwar Ibrahim sedang terancam dan kekejaman Kerajaan kerana tidak membenarkan Anwar dirawat akan didendangkan.

Hakikatnya, Sivarasa Rasiah tidak dapat menyembunyikan bahawa kakitangannya termasuk anak saudaranya direman SPRM pagi tadi.


Agak kelakar apabila Ahli Parlimen pembangkang mempunyai Setiausaha Politik beliau sendiri, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani seperti di bawah. Pada kebiasaannya hanya Perdana Menteri dan Menteri Besar / Ketua Menteri sahaja yang layak memiliki Setiausaha Politik.

6 @cmlimguaneng Lawat Mangsa Banjir Orang Kaya Saja Ka? Orang Miskin Bukan Pengundi DAP?


Sudah dua tiga kali Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng melawat ke Pangsapuri Kayangan Puri Mutiara, berdekatan Taman Fettes di Tanjong Bungah. Masih ingatkah lagi kejadian di mana berlaku runtuhan lumpur yang mengakibatkan beberapa buah kereta musnah? Ini bukan kawasan kediaman golongan pendapatan rendah. Ini golongan orang ada-ada.

Semasa lawatan sebelum ini, Joseph Lim Guan Eng mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk melaksanakan kawalan lereng untuk mencegah runtuhan berlaku. Kos baik pulih lereng akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dan ianya telah mendapatkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Rabu lalu. Dianggarkan kos baik pulih mencecah jutaan Ringgit. 

Untung jadi orang ada-ada. Celik mata Kerajaan Negeri hendak membantu. Namun begitu, tiada pula laporan di nana Joseph Lim Guan Eng ada melakukan lawatan susulan ke kawasan Jalan P. Ramlee atau CaunterHall di Sungai Pinang di mana berlaku banyak kerosakan kepada rumah-rumah penduduk akibat banjir seminggu lalu. Mungkin mereka ini bukan orang ada-ada. Tak tahulah sama ada golongan orang bukan ada-ada bukan merupakan pengundi DAP.

Untuk rekod, jumlah peruntukan pembangunan kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) untuk 2017 hanya RM14,460,000 atau RM 14.46 juta sahaja. Mana dia RM150 juta yang disebut oleh Joseph Lim Guan Eng dalam ucapan pembentangan Bajet?


Kesimpulannya, undi DAP anda berenang.

13 Tindakan DAP Hendak Mengheret MCA Di Dalam Kontroversi Festival Arak Gagal


Tindakan terdesak DAP untuk mengheret MCA ke kancah kontroversi acara 'Better Beer Festival 2017' gagal apabila Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai berkata beliau menerima keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan permit kepada penganjur festival berkenaan untuk menganjurkan acara itu, susulan mesyuarat kabinet hari ini.

DS Liow, yang merupakan Menteri Pengangkutan, berkata beliau telah membangkitkan isu itu dengan Menteri Wilayah Persekutuan DS Tengku Adnan Tengku Mansor semasa mesyuarat kabinet hari ini dan diberitahu keputusan DBKL dibuat berdasarkan faktor keselamatan.

Ini susulan tindakan 5 Ahli Parlimen (MP) DAP Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh MP Seputeh, Teresa Kok mengesa pihak DBKL untuk mengkaji semula penolakan permohonan 'Better Beer Festival 2017'. Baca di sini. DS menambah beliau menghormati keputusan itu dan sekiranya festival itu tidak diadakan di tempat awam maka ia tidak menjadi masalah.

DAP pastinya terdesak untuk mendapatkan sokongan daripada parti Cina terbesar di dalam Barisan Nasional, MCA di dalam mendapatkan sokongan kaum Cina. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Jika MCA menyokong, DAP akan mendapat nama kerana mereka terlebih dahulu memperjuangkan isu ini. Jika sebaliknya, mereka akan menghasut masyarakat Cina bahawa MCA bersetuju menyekat hak kebebasan kaum Cina.

Pertama, isu festival arak di Malaysia bukanlah satu hak kebebasan mana-mana kaum. Mana-mana kaum dan agama di Malaysia menegah dan melarang tabiat meminum arak, apatah lagi dengan mengangkat arak sebagai satu pesta atau festival. Kedua, mana-mana orang bukan Islam di Malaysia tidak pernah sekalipun dihalang dari membeli dan meminum apa sahaja jenama minuman keras. Dan ketiga, dengan keputusan dibuat oleh DBKL dibuat atas faktor keselamatan, DAP sudah tidak mempunyai lasan untuk menghentam MCA. Check mate!

September 21, 2017

44 Majlis Bandaraya Pulau Pinang Mengalami Defisit RM190 Juta Pada 2018? Mana Mungkin! Ini Fitnah Terhadap @cmlimguaneng


Mana mungkin sebuah negeri yang ditadbir oleh Rejim DAP mengalami defisit untuk Majlis Perbandarannya? Bukankah negeri ini ditadbir oleh Rejim yang komited dan tegas melaksanakan dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT). Kalau betulpun Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah meletakkan sasaran defisit untuk tahun 2018, semua ini boleh diubah dan kembali dipulihkan dengan melakukan tindakan-tindakan berikut:
  • Naikkan lagi tariff air.
  • Keluarkan lebih banyak saman.
  • 'Clamp' atau kunci tayar lebih banyak kereta yang tidak meletakkan kupon parking.
  • Tunda lebih banyak kereta yang salah parking.
  • Tutup dan sita mana-mana premis penduduk yang gagal membayar cukai pintu.
  • Jual lebih banyak tanah Kerajaan Negeri.
  • Bina lebih banyak pembangunan di lereng-lereng bukit.
  • Yang paling utama, salahkan Kerajaan Persekutuan, salahkan Barisan Nasional dan salahkan UMNO!
Apa yang susah?

Nota Kaki: Pagi ini, tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Tun Sardon Balik Pulau ke Bayan Lepas / Relau/Paya Terubong. Laluan dipercayai tidak dapat dilalui buat sementara waktu. Kalau ikut pemahaman dan ucapan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, tiada hujan tiada banjir, kalau keadaan trafik terkawal itu bukan tanah runtuh namanya. Kalau ikut gambar, motorsikal boleh melalui jalan berkenaan. Kalau mengikut logik Lim Guan Eng dan Chow Kon Yeow ini bukan tanah runtuh atau 'landslide' ini hanya lumpur jatuh.




10 When Political Dinasour Like @LimKitSiang Talk About Youth Leaders


Lim Kit Siang talk cock again. This time a political dinosaur seeking for re-election to Parliament in coming General Election (GE) talking about a more youthful in the Federal Cabinet? Lim Kit Siang should check with his son how many young DAP ADUNs appointed as State EXCOs in Penang? Chong Eng probably the youngest among them as she is the Women, Youth & Sports EXCO. To those not knowing who the hell is Chong Eng, I present to you this 'ah so'. At least in Barisan Nasional (BN), we have Khairy Jamaluddin as a Sports Minister.


Lim Kit Siang must have selected amnesia when he said that, we must have a youthful Cabinet which must more attuned with the aspirations and problems of Malaysian youths as compared to today’s Cabinet. He surely forget how many youth listed in the Pakatan Harapan hierarchy line up. Is Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir, TS Muhyiddin Yassin, Dr Wan Azizah, Mat Sabu and Lim Guan Eng considered youth?

September 20, 2017

30 Kena Akui @AnwarIbrahim Hebat, Dalam Penjarapun Boleh Kencing Hospital KL Dan Jabatan Penjara


Kita kena akui Ketua De Facto Pakatan Harapan orang yang hebat. Apa tidaknya. Semasa beliau menjadi banduan di Penjara Sungai Buloh sekalipun beliau masih mampu untuk menipu Jabatan Penjara dan Hospital Kuala Lumpur.

Bandingkan sajalah dua Kenyataan Media di bawah. Pada 19/09/2017, Kenyataan Media PKR berbunyi,
Pada jam 2 petang tadi, DS Anwar Ibrahim telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat masalah tekanan darah kurang stabil. Beliau kini dalam pemantauan doktor.
Selepas pembohongan Anwar Ibrahim & Co. dikantoikan, Kenyataan Media berubah menjadi,
Dari semasa ke semasa, saudara Anwar akan dibawa ke HKL untuk beberapa hari bagi tujuan pemeriksaan yang dijadualkan, serta untuk pemantauan dan rawatan oleh pasukan doktor pakar yang ditugas menjaga kesihatan beliau. 
Anwar Ibrahim baru menyambut ulang tahun pembohongan beliau yang terbesar iaitu Perdana Menteri 16 September.  

Kalau mengikut Kenyataan Media bertarikh 20/09/2017, Anwar Ibrahim hanya melalui pemeriksaan berjadual. Kenapa perlu dimasukkan ke wad dan bermalam? Wayang betullah Anwar Ibrahim dan PKR.


KENYATAAN MEDIA 
DSAI DIKEJARKAN KE HKL 
Pada jam 2 petang tadi, DS Anwar Ibrahim telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat masalah tekanan darah kurang stabil. Beliau kini dalam pemantauan doktor. DS Anwar turut memerlukan rawatan fisioterapi intensif akibat kecederaan lama di bahu beliau. 
DS Anwar menggesa semua untuk terus berusaha membawa perubahan. Beliau turut mengingatkan pimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan untuk memberi keutamaan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat, termasuk isu salah tadbir ekonomi yang perlukan penyelesaian. "Change is imminent!" 
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
19 September 2017


KENYATAAN MEDIA 
KESIHATAN ANWAR TERKAWAL, UCAP TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN 
Semalam saudara Anwar Ibrahim telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana tekanan darah yang kurang stabil. Alhamdulillah keadaan beliau adalah terkawal. 
Dari semasa ke semasa, saudara Anwar akan dibawa ke HKL untuk beberapa hari bagi tujuan pemeriksaan yang dijadualkan, serta untuk pemantauan dan rawatan oleh pasukan doktor pakar yang ditugas menjaga kesihatan beliau. 
Bagi pihak saudara Anwar dan keluarga, saya ingin ucapkan terima kasih kepada para doktor dan semua pihak yang mendoakan kesihatan saudara Anwar.  
Seperti yang beliau sebutkan semalam, perubahan sudah menghampiri kita ("change is imminent"), maka kita perlu berdoa dan berusaha untuk memastikan kemenangan Rakyat pada PRU14 kelak, inshaAllah. 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
20 September 2017

32 Kalau Tun Daim Dan Tun Dr Mahathir Tak Tau Apa Pasal Kerugian Forex, Apa Lagi DS @NajibRazak Wahai @LimKitSiang


Dua hari lepas di dalam Siasatan Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengenai kerugian perjudian forex yang melebihi RM30 billion, Mantan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir dan Menteri Kewangan pada masa yang sama, Tun Daim Zainuddin mengambil jalan mudah dengan membela diri dengan berkata, saya tak tau, saya tak ingat, saya tidak dibagi tahu dan sebagainya. 

Kebetulan atau tidak, semalam Mantan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, DS Anwar Ibrahim telah dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah tidak menentu. Mungkin sakit jiwa melihat drama sinetron kedua-dua Tun kot?

Sementara itu, Lim Kit Siang pula semalam mengeluarkan kenyataan bahawa RCI Forex telah ditamatkan lebih awal semalam untuk mengelakkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak untuk memberi keterangan. Mungkin Lim Kit Siang cuba buat lawak badut DAP, sayangnya tidak menjadi.

Pertama, Lim Kit Siang sewaktu membentangkan penyelewengan RCI di Parlimen suatu waktu dulu tidak pernah melibatkan nama DS Najib Tun Razak. Begitu juga dengan tulisan beliau di dalam buku-buku skandal kewangan beliau.

Kedua, DS Najib Tun Razak pada waktu berkenaan menjawat jawatan sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan kemudiannya berpindah portfolio kepada Menteri Pertahanan. 

Kalau Menteri Kewangan sekalipun tidak tahu, bagaimana Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Menteri Pertahanan yang tidak terlibat secara langsung dengan Bank Negara Malaysia (BNM) hendak tahu? Bodoh benar Lim Kit Siang ini.

Ketiga, memang benar DS Najib Tun Razak merupakan salah seorang Menteri Kabinet pada masa itu. Namun, salah satu penemuan di dalam RCI yang berlangsung adalah kabinet langsung tidak dimaklumkan mengenai kerugian hasil perjudian BNM.

Kesimpulannya, kalau saya menjadi DS Najib Tun Razak, saya langsung tidak risau untuk dipanggil ke hadapan Suruhanjaya Di Raja Kerugian Forex. Saya yakin dan pasti jawapan saya adalah ... saya tak tau, saya tak ingat dan saya tak dibagi tahu.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates